Rabu, 7 April 2010

Rumusan HBML2203 BM


TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

- Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh daripada segi amalan P & P dan pengurusan sekolah untuk menyediakan kanak-kanak bagi zaman maklumat. Institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat.
- Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti P & P, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.
- Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Koridor Raya Multimedia (MSC).
- Dalam RMK9 Program PemBestarian Sekolah dilaksanakan bagi memperkasa Sekolah Kebangsaan.


TOPIK 2 KOMPONEN SEKOLAH BESTARI

- Empat komponen P & P bestari ialah kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan sumber P & P.
- Kurikulum Bestari digubal berdasarkan FPK untuk melahirkan pelajar yang holistik dan menyediakan zaman maklumat kepada kanak-kanak.
- Elemen-elemen Pembelajaran Bestari merujuk kepada ciri-ciri pelajar, kemahiran generik, strategi P & P, serta pendekatan pembelajaran.
- Ciri-ciri Pedagogi Bestari yang mengutamakan aktiviti dan berpusatkan pelajar sesuai dengan gaya pembelajaran untuk meningkatkan pencapaian pelajar yang holistik.


TOPIK 3 KOMPONEN-KOMPONEN SEKOLAH BESTARI

- Penilaian, pengujian serta pengukuran adalah saling berkaitan.
- Penilaian Bestari berbeza daripada penilaian sekolah harian biasa.
- Perbezaan penilaian ini dapat dilihat daripada aspek bentuk, ciri serta cara pelaksanaan.
- Bahan P & P Bestari terdiri daripada pelbagai sumber.
- Bahan interaktif dan media konvensional yang diintegrasikan dengan media
berteknologi tinggi berasaskan komputer dan software dapat meningkatkan potensi murid.
- Sistem penilaian Sekolah Bestari menggunakan pelbagai pendekatan dan instrumen untuk menghasilkan penilaian yang autentik yang berpusatkan murid.
- Bahan P & P Bestari berfokus kepada kecerdasan pelbagai murid.


TOPIK 4 PEDAGOGI BESTARI

- Komponen teras Pedagogi Bestari ialah teori pembelajaran, kemahiran generik, ciri-ciri pelajar, strategi P & P serta jenis pembelajaran.
- Konsep pengajaran dan pembelajaran bestari adalah berdasarkan teori Konstruktivisme Piaget, Bruner dan Vygotsky.
- Kemahiran generik terdiri daripada kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai. kemahiran fasilitator dan kemahiran teknologi maklumat serta komunikasi (ICT).
- Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari ialah generatif, direktif, mediatif, koperatif dan kolaboratif, konteks luar, pemerhatian, metakognitif serta kajian masa depan.
- Kecerdasan Pelbagai (KP) atau Multiple Intelligence (MI) merupakan komponen ciri-ciri pelajar. Sembilan KP iaitu verbal linguistik, logik matematik, kinestetik, musik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, naturalis serta kerohanian.
- Jenis pembelajaran ialah pembelajaran masteri, pembelajaran kadar kendiri, pembelajaran akses kendiri serta pembelajaran terarah kendiri.
- Konsep pengajaran dan pembelajaran bestari adalah berdasarkan Teori Konstruktivisme yang berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan zon perkembangan prokimak/termampu oleh Vygotsky.
- Teori Konstruktivisme menekankan bahawa ilmu wujud dalam minda iaitu akal manusia.
- Pengajaran Bestari menekankan kepada keupayaan akal manusia untuk berfikir bagi membangunkan ilmu dan ummah.


TOPIK 5 PEDAGOGI BESTARI

- Konstruktivisme bermaksud membina, iaitu murid membina sendiri pengetahuan atau konsep baru berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
- Menurut teori konstruktivisme guru berfungsi sebagai pemudah cara dan pembelajaran lebih berpusatkan murid.
- Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) konstruktivisme berdasarkan koperatif dan kolaboratif.
- Banyak kelebihan dan kebaikan pembelajaran secara konstruktivisme.


TOPIK 6 PEDAGOGI BESTARI

- Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari terdiri daripada strategi mediatif, koperatif dan kolaboratif, generatif, metakognitif, kontekstual serta direktif.
- Strategi generatif menjurus ke arah pemikiran menggunakan metafora dan analogi.
- Strategi mediatif merupakan proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
- Strategi P & P koperatif membantu murid berinteraksi untuk mencapai matlamat yang sama.
- Strategi pembelajaran kolaboratif membantu murid menggunakan kemahiran interpersonal.
- Strategi metakognitif membolehkan murid mengawal pembelajarannya melalui proses merancang, memantau serta menilai.
- Unsur-unsur penting strategi kontekstual adalah kepelbagaian konteks, kepelbagaian persekitaran serta kepelbagaian disiplin ilmu.
- Model yang popular untuk pengajaran secara direktif ialah Model Robert Salvin.


TOPIK 7 PEDAGOGI BESTARI

- Terdapat enam jenis pendekatan pembelajaran bestari, iaitu pendekatan berpusatkan murid, pembelajaran berpusatkan individu, pembelajaran berdaya fikir atau berfikrah, pembelajaran berbantukan teknologi, pembelajaran berasaskan otak serta pembelajaran berasaskan projek.
- Pembelajaran berpusatkan individu terbahagi kepada empat jenis, iaitu pembelajaran masteri (PM), pembelajaran kadar kendiri (PKK), pembelajaran akses kendiri (PAK) serta pembelajaran terarah kendiri (PTK).
- PKK, PAK serta PTK merupakan tunjang P & P Bestari untuk meningkatkan pencapaian murid yang holistik dan melahirkan modal insan.
- PAK memfokuskan kepada pusat akses kendiri. Bahan pembelajaran ditempatkan di dalam bilik akses kendiri.
- Kecerdasan emosi (EQ) memberi penekanan terhadap aspek kerohanian. EQ penting dalam kehidupan seseorang individu. EQ terbahagi kepada dua, iaitu kecekapan personal dan kecekapan sosial.
- Kecekapan personal terbahagi kepada tiga unsur, iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri serta motivasi.


TOPIK 8 PEDAGOGI BESTARI

- Kemahiran generik merupakan kemahiran-kemahiran utama yang perlu ada pada setiap murid bagi menghadapi abad 21 dan cabaran globalisasi.
- Pengintegrasian kemahiran generik secara berkesan dalam P & P Bestari berkait rapat dengan penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, kemahiran mentaksirkan dan menilai, kemahiran pemudah cara dan yang penting ialah kemahiran ICT.
- Guru harus menguasai kemahiran fasilitator demi memperoleh keberkesanan optimum dalam P & P.
- Ciri-ciri fasilitator yang berkesan ialah mempunyai kualiti personaliti seperti sabar, kreatif, kecindan serta mempunyai kemahiran pemudah cara seperti kemahiran motivasi dan pengurusan bilik darjah.
- Teknologi pendidikan zaman kini mendesak penggunaan sumber-sumber digital dan ICT secara meluas dengan cara mengintegrasikannya dalam P & P di samping penggunaan sumber-sumber lain.


TOPIK 9 APLIKASI STRATEGI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

- Strategi kontekstual menggalakkan murid mengamalkan kaedah REACT.
- Aktiviti yang sesuai bagi strategi generatif ialah mencipta metafora dan analogi.
- Kaedah pencapaian konsep atau Concept Attainment (CA) sesuai dilaksanakan dalam pengajaran tatabahasa bahasa Melayu melalui strategi mediatif.
- Strategi kontekstual membantu murid mengaitkan apa yang diperoleh dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dengan situasi di luar konteks bilik darjah.
- Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan dan peluang untuk penemuan imkuiri.
- Melalui strategi mediatif, guru tidak menyampaikan maklumat secara langsung kepada murid, tetapi menggalakkan murid memberi pendapat melalui perbincangan terbuka (Open-ended Discussion) dan pencapaian konsep atau Concept Attainment (CA).


TOPIK 10 APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

- Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.
- Prosedur pelaksanaan strategi metakognitif dan mediatif dalam P & P Bahasa Melayu menggunakan teknik DRTA.
- Fasa pertama DRTA ialah proses membaca dan berfikir dan fasa kedua ialah hasilan atau produk.
- Soalan perbincangan terbuka (open-ended discussion) merupakan aktiviti sebelum membaca supaya murid dapat membuat ramalan.
- Prinsip pembelajaran koperatif ialah PIES.
- Prosedur pelaksanaan strategi koperatif dimulakan dengan sumbang saran, diikuti dengan membuat inferens, menyenaraikan isi-isi penting dan menulis. Murid belajar saling bergantungan positif dan berkemahiran sosial.
- Kemahiran menulis dalam strategi koperatif melibatkan enam peringkat, iaitu pramenulis, menulis, maklum balas, menyemak, mengedit dam menilai.
- Cara penilaian dalam kemahiran menulis ada dua, iaitu holistik dan analitikal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan