Jumaat, 23 Januari 2009

HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBML 1103 : PENGENALAN BAHASA MELAYU
SEMESTER: JANUARI 2009
TUGASAN KURSUS (35%)



Draf Assignment BM


i) Aspek Bahasa
ii) Aspek nilai
iii) Aspek struktur


ISI KANDUNGAN

- Sekapur sireh
1.0 Pengenalan
2.0 Aspek Bahasa
2.1
2.1
2.3
3.0 Aspek Nilai
4.0 Aspek Struktur
4.1
4.2
4.3
5.0 RPH
6.0 Kesimpulan
- Rujukan

Analisa yang perlu di buat mengenai Sajak

1. Tema

Tema merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam sajak, contohnya tema kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan negara.

2. Persoalan

Persoalan pula merupakan perkara sampingan yang hendak disampaikan. Misalnya, sesebuah sajak akan menyelitkan persoalan kasih sayang, kemarahan, dan kekecewaan dalam sajak tersebut.

3. Bentuk

Jenis bentuk, bilangan rangkap, jumlah baris, jumlah suku kata dalam baris, jumlah perkataan dalam baris dan rima akhir setiap baris.

4. Gaya Bahasa
i. Perbandingan
(a) Metafora

Perbandingan yang tidak jelas. Penggunaannya secara langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bak, umpama.
(b) Hiperbola
Gaya bahasa yang keterlaluan. Biasanya digunakan untuk memberi penekanan maksudnya berhubung dengan perasaan dan suasana.
(c) Personofikasi
Benda yang tidak hidup, peristiwa atau keadaan diberi perbandingan dengan manusia.
(d) Simile
Membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa diberi perbandingan dengan manusia.
ii. Penggunaan ayat
Inversi - Gaya bahasa yang menyongsangkan ayat.
iii. Pengulangan
Anafora / Epifora / Simplok
Memperlihatkan aspek pengulangan perkataan dalam setiap perkataan di awal ayat( anafora), tengah ayat ( simplok), dan akhir ayat (epifora).
iv. Unsur Bunyi
Asonansi _ pengulangan bunyi vokal ( a,e,i o,u)
Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan
v. Nada
Nada Melankolik - Menggambarkan suasana sedih
Nada Patriotik - Menggambarkan penuh perasaan
Nada Sinis - Menggambarkan perasaan kurang senang.
Nada Protes - Menggambarkan perasaan menentang
Nada Romantik - Menggambarkan perasaan yang tenang


Contoh RPH - Sajak

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Angsana
Tarikh : 6 Febuari 2009
Masa : 60 minit
Bilangan murid : 38 orang
Tajuk : Kesenian dan kebudayaan
Objektif :
Pada akhir pelajaran, murid akan dapat:
i. Melafazkan sajak dengan intonasi dan sebutan yang betul.
ii. Mengenal pasti isi penting dan menyusun isi penting berdasarkan bahan rangsangan.
iii. Menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam teks.

Fokus Utama :
6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
Aras : 2 (i) Mengimbas maklumat yang sesuai daripada teks untuk
menyokong fakta.
Fokus Sampingan :
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras : 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi
dan gaya penyampaian yang betul.

Sistem Bahasa :
1. Morfologi : kata kerja.
2. Sintaksis : ayat tanya.
3. Kosa kata : nescaya, diberkati dan canggung.

Pengisian Kurikulum:
a. Ilmu : Kajian Tempatan.
b. Nilai Murni : Kerajinan, patriotisme dan semangat bekerjasama.
c. Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir, pembelajaran konstruktivisme,
menganalisis dan kecerdasan pelbagai.

Pengetahuan Sedia ada:
- membina ayat.
- mengetahui serba sedikit mengenai tarian tradisional yang ada di Malaysia.

Bahan Bantu Mengajar: Teks Sajak
Kompang
Lembaran kerja
Kad kata kerja

LANGKAH/
MASA

Set Induksi
( 5 minit )

Soalan :
1. Apakah kesenian
yang popular di
Malaysia?
2. Siapa yang pernah
melihat persembahan
kesenian?
3. Waktu bilakah acara
kesenian selalu
diadakan?

• Guru bertanya kepada murid tentang kesenian yang popular di Malaysia.
• Guru dan murid bersoal jawab dengan murid tentang perkara tersebut.
• Guru mengaitkan tajuk pelajaran.

Strategi:
Soal jawab

Nilai:
Semangat bekerjasama

Langkah 1
( 20 minit )

Sajak
• Guru memaparkan Sajak di layar putih.
• Guru membaca sajak dan diikuti oleh murid.
• Murid dibahagikan kepada empat kumpulan dan dikehendaki membincangkan isi-isi penting
yang terdapat dalam sajak tersebut.
• Wakil bagi setiap kumpulan diminta ke hadapan kelas dan membentangkan hasil
perbincangan.
• Guru dan murid bersoal jawab tentang isi perbincangan yang diperolehi.

BBM:
Persembahan grafik Sajak
Komputer riba
LCD

Strategi:
Perbincangan
Pembentangan

Nilai:
Kerjasama

Langkah 2
( 20 minit )

Kompang
• Murid masih berada dalam kumpulan masing-masing.
• Guru menunjukkan kompang kepada murid.
• Guru menunjukkan teks mengenai kompang.
• Murid dikehendaki menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam teks tersebut.
• Wakil kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

BBM:
Kompang
Persembahan grafik kompang
Komputer
LCD

Strategi:
Perbincangan
Pembentangan

Nilai:
Kerjasama

Langkah 3
( 10 minit )

Kata kerja
• Melompat
• Berlari
• Menulis
• Membaca
• Menonton
• Memasak

11 ulasan:

  1. salam kepada semua yang membaca. ari ni 1st time aku tgk laman nie. thanks best sgt. laman ni byak membantu. aku dah letak laman ni kat fav ku.

    BalasPadam
  2. sesape student oum kohot 5 yang sama dengan saya
    major muzik
    minor psv dan kesihatan bolehlah contact saya untuk berkongsi maklumat tentang assigemnt( ajas-ejas hat mana patut )
    tel- 0194331301
    email : hanifahsaid@yahoo.com

    BalasPadam
  3. timaa ksihla, blog ni byk membantu saya yg tengah blank nak wat assingmen. ada tak contoh mt..

    BalasPadam
  4. tq, laman web ini banyak membantu saya. ada tak nota padat maths dan draf tugasan maths

    BalasPadam
  5. Hai,saya student oum kohot 5 juga,blok ini sangat berguna dan bermanfaat kerana banyak memberi panduan dan kita boleh berkongsi idea.Terima kasih dan ada sesiapa tak yang boleh berkongsi maklumat tentang assignment Kem.Hidup?
    pizzadahari@yahoo.com

    BalasPadam
  6. hi, rekaan blog ni sungguh menarik dari segi rekaan dan isi....terima kasih

    BalasPadam
  7. Terima kasih ..laman ini banyak membantu saya...Alhamdulillah..moga allah mudahkan segala urusan dunia dan akhirat.. Amin

    BalasPadam
  8. terima kasih banyak2 ,blog ini banyak membantu saya....saya dah bookmarks ini blog...teruskan usaha murni....

    miewann@gmail.com
    pm........ks/kh

    BalasPadam
  9. tq byk2...tgh sibuk wat asmt..tjumpa contoh dpt le bukak minda cam na nk mula.

    BalasPadam
  10. Hai,saya bertuah kerana dapat melayari blog ni..banyak panduan untuk buat asaignment.....

    BalasPadam
  11. Bagus...bagus..... kepala tengah buntu tiba2 kuar cth yg awak buat. TQ la dapat juga idea. Aku smp kohot 5 jugak, BM, Kesihatan and kajian sosial. email aku cful74@yahoo.com

    BalasPadam