info terkini

 

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Jumaat, 2 Disember 2011

Nota Padat HBML4303 Kurikulum dan Pengkaedahan Dalam Pengajaran BM

NOTA LENGKAP HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu OUM

Read more...

Ahad, 23 Oktober 2011

Isi kandungan PENGUCAPAN AWAM

Isi Kandungan (Elemenelemen yang perlu ada dalam penyediaan pengucapan awam) ...

Tujuan Pengucapan Awam
1. Memberitahu / Penerangan
2. Memujuk / Mempengaruhi
3. Mengacara
4. Forum Perbincangan
5. Syarahan Umum
6. Menghibur / Jenaka
Jenis-jenis Majlis
1. Ucapan Mempengaruhi Majlis
2. Ucapan Perasmian
3. Ucapan Tahniah
4. Ucapan Penghargaan
5. Ucapan Hari Jadi
6. Ucapan Perpisahan / Persaraan
7. Ucapan Ceramah (Agama / Politik / Sosial)
8. Ucapan Mengiringi Jenazah
Jenis-jenis Ucapan
1. Ucapan Spontan / Impromptu
2. Ucapan Nota Ringkas / Ekstemporaneous
3. Ucapan Manuskrip / Teks Ucapan
4. Ucapan Hafalan
Kaedah Pengucapan
1. Pemikiran
2. Tajuk
3. Objektif
4. Faedah
Penyediaan
1. Rujukan
2. Penyelidikan
3. Pemerhatian
4. Pengalaman
5. Kreatif
Penyampaian
1. Teks Ucapan
2. Nota Ringkas
3. Menghafal
4. Spontan
Format Pengucapan Awam (Kesesuaian Majlis)
• Pendahuluan
o Kata-kata Aluan (Pangkat / Gelaran)
o Ucapan Selamat
o Memperkenalkan Diri
o Menarik Perhatian
• Isi Kandungan
o Tujuan Ucapan
o Fakta / Angka / Ilustrasi
o Penjelasan Munasabah
• Cadangan
o Cadangan Munasabah
• Penutup
o Penggulungan Hujah
o Pujian Kepada Hadirin
o Ucapan Terima Kasih
Elemen Komunikasi
1. Pengucap / Speaker
2. Pendengar / Audience
3. Mesej / Subjek
4. Setting / Layout Bilik
5. Saluran (Lisan / Tidak Lisan)
6. Gangguan
7. Maklumbalas / Reaksi
Langkah Persediaan (Maklumat Peserta / Audience)
1. Bilangan Hadirin
2. Latarbelakang / Budaya
3. Taraf Pekerjaan
4. Taraf Pendidikan
5. Umur / Jantina
Penampilan Diri
1. Kelakuan Tangan / Gestures
2. Pergerakan Badan / Postures
3. Gimik Muka / Facial Expressions
4. Temuan Mata / Eye Contact
5. Penggunaan Ruang / Proximity
6. Suara Yang Jelas / Clarity
7. Kelancaran / Fluency
8. Pakaian / Attire
9. Barang Kemas & Kosmetik / Jewellery & Cosmetics
Kesilapan Yang Tidak Wajar
1. Tidak Releven Dengan Majlis
2. Terlalu Banyak Maklumat
3. Terlalu Teknikal
4. Kurang Persediaan
5. Tidak Bersemangat
6. Terlalu Lama / Panjang
7. Vokal / Visual Tidak Jelas
8. Kurang Hubungan Mata
9. Kelantangan Yang Melampau
10. Gugup
Kawalan Suara
1. Nada / Emosi
2. Kelantangan
3. Kejelasan / Vokal
4. Tempo
5. Pengulangan
Menarik Minat Hadirin
1. Timbulkan Kelucuan / Keanehan
2. Timbulkan Aura / Bahasa Badan
3. Cetusan Idea Baru
4. Unsur-unsur Suspen
5. Fakta / Realiti
Keberkesanan
• Pengucapan Berkesan
o Mesej Jelas
o Mesej Difahami
o Mesej Tepat & Betul
• Ciri-ciri Pengucap
o Tahu
o Mahir
o Yakin
o Kreadibiliti
o Bermotivasi
o Bersemangat
o Merancang
o Peka Kepada Reaksi
Kesan Kepada Pendengar
1. Memberi Tumpuan Kepada Ucapan
2. Timbul Rasa Empati
3. Boleh Menangkap Makna
4. Memerhati Pengucap Dengan Minat
5. Gaya Badan Dan Air Muka Menunjukkan Minat Mendengar
6. Tidak Kelihatan Gelisah / Jemu
7. Tidak Menyampuk
Apa Yang Pendengar Mahu / Harapkan
1. Dihormati
2. Dihargai
3. Didengari
4. Dipuji
5. Disanjung

Read more...

Sabtu, 22 Oktober 2011

Pengucapan Awam

PENGUCAPAN AWAM

Konsep dan Kaedah Asas Pengucapan Awam

Ianya merupakan komunikasi berteraskan adanya penyampai mesej dan ada pihak yang menerima mesej.

Jenis-jenis Komunikasi

• Komunikasi Interpersonal
• Komunikasi Intrapersonal
• Komunikasi Kumpulan Kecil/Kelompok
• Komunikasi Awam
• Komunikasi Massa

Definisi Ucapan

“ … idea, suara, pergerakan fizikal individu yang merangsang audien untuk mendengar serta yang boleh mempengaruhi pemikiran dan perasaan pendengar”
Wilson & Arnold

Ucapan melibatkan proses komunikasi yang disampaikan oleh individu secara oral kepada audien. Mesej ucapan boleh disampaikan secara terus /langsung kepada audien secara bersemuka atau melalui media tertentu (seperti radio, tv, internet, multimedia dan lain-lain.

Elemen Dalam Ucapan

• Pengucap
• Ucapan
• Audiens
• Situasi

Prinsip Utama

• Info gathering (Pengumpulan)
• Organizing (Penyusunan)
• Memorize (penghafalan)
• Language (Gaya Bahasa)
• Delivery (Penyampaian)

Tujuan Ucapan Dibuat

• Memberitahu (to inform)
• Menghibur (to entertain)
• Memujuk (to persuade)
• Majlis Khas (Special Occation)

Cara Ucapan Dibuat

• Inpromptu /Extemporaneus
• Dihafal
• Dibaca dari teks

Sifat-sifat positif pengucap

• Berpengetahuan (knowledgeable)
• Berkemahiran berucap (skillful)
• Berkeyakinan (confident)
• Berkeperibadian baik (integrity)
• Berperawakan baik (personality)
Penyampaian Ucapan

• Berdiri tegak (tegakkan diri dengan selesa)
• Bersedia (fokus dan berkeyakinan)
• Mulakan ucapan
• Pertembungan mata
• Rujuk nota sesekali
• Bercakap dengan audiens
• Kawal suara
• Gayakan bahasa badan
• Hindari tabiat buruk
• Sembunyikan kesilapan
• Gunakan APD dengan berkesan
• Beredar dengan menutup ucapan secara hormat
• Berjalan ke tempat duduk dengan sopan

Persiapan Perlu Sebelum Ucapan

• Kenalpasti tujuan ucapan (sama ada memberitahu,mumujuk atau majlis khas)
• Kenalpasti siapa audien anda
• Sediakan rangka ucapan
• Berlatih

Ciri Penyampaian Yang Berkesan

• Ketrampilan diri yang menarik
• Kebolehan mengingat
• Yakin dan tenang
• Ketepikan halangan
• Pandangan mata menyeluruh dan aktif bahasa badan
Kawalan Suara Semasa Ucapan

• Kelantangan suara (volume)
• Nada (pitch)
• Kelajuan (rate)
• Jeda (pauses)
• Sebutan (pronunciation)
• Ulangan (repetition)

5 Perkara Yang Menggagalkan Ucapan Pembukaan

• Lambat bermula
• Mulakan ucapan dengan mohon maaf
• Mulakan dengan perkara yang tidak bersangkutan dengan topik
• Bermula dengan nada yang sangat perlahan
• Kegagalan alat bantu

Suara dan Nada

• SUARA PENDE
P- Pleasant
E- Expressive
N- Natural
D- Dynamic
E- Easily Heard
• NADA PELANGI
Turun Naik Mengikut Situasi
• SEBUTAN
Jelas Fasih dan Lancar


Bahasa Badan

• Satu bentuk komunikasi yang bukan bahasa lisan (non- verbal communication)
• Mempunyai maksud tersendiri dan dinilai dari penampilan diri, pergerakan badan, cara berjalan, pertembungan mata, pergerakan tangan dan mimik muka

Unsur-Unsur Bahasa Badan

• Penampilan diri (appearance)
-imej diri yang positif
-imej luaran dinilai melalui rupa diri iaitu rambut sentiasa kemas dan disikat, gigi yang bersih dan mulut tidak berbau, hidung, alat solek dan bau wangian

Penampilan diri

• Cara berpakaian
-kemas,bersih, sesuai dengan keadaan dan bidang tugas
-pastikan tali leher, kolar baju,kasut dan zip seluar dalam keadaan baik
-tunjuk cara berpakaian mengikut peraturan dan terkini
• Pakai kasut yang sesuai
• Elakkan memakai barang kemas yang berlebihan
• Imej dalaman
• Sentiasa bersikap positif
• Mengamalkan nilai-nilai murni dalam semua bentuk pertuturan, perbuatan dan cara bertindak
• Berkebolehan
• Sentiasa bergaul dan berkomunikasi seperti ciri-ciri berikut:
• Mempunyai kualiti kepimpinan
• Mampu membuat perancangan
• Berkeyakinan berhujjah
• Sedia menyumbang ilmu pengetahuan dan ide-ide baru
• Sentiassa berinisiatif dan menghasilkan kerja terbaik
• Senang berkomunikasi

Cara Mendekati dan Meninggalkan Tempat Berucap

• Buat sedikit tugasan sebelum berucap
• Sedari bahawa perhatian audien sangat tinggi
• Pastikan tiada kesilapan dilakukan

Posissi Tubuh

• Posisi Berdiri- tegakdan berkeadaan sedia
• Posisi Berjalan- bergaya dan konfiden
• Posisi Duduk- selesa dan tertib

Gerakan Tangan

Gerakan tangan semasa berucap memainkan peranan yang penting dalam pengucapan awam. Pengucap yang baik sentiasa berhati-hati menggunakan teknik ini dan sentiasa peka kerana ianya sesuatu yang semulajadi.

Pertembungan mata

• Pengucap yang baik sentiasa focus dan melihat audiens
• Pandai membaca reaksi audiens
• Mata bertemu mata bila berucap


Mimik muka

• Sesuai dengan topik ceramah
• Sesuai dengan kandungan ceramah
• Sesuai dengan jalan cerita dalam ucapan

Prinsip Penggayaan Bahasa Badan

• Membantu pengucap dan tidak menonjol
• Beri penekanan maksud
• Bersahaja
• Tidak berecanggah
• Tepat masa

Penggunaan Alat Bantu

• Carta
• Overhead projector
• Slide projector
• Videotape dan Filem
• Peralatan Teknologi Tinggi (video conference dan lain-lain)

Penutup Ucapan

• Buat ringkasan kepada penutupan ucapan anda
• Tutup dengan Taklukan emosi dan dorongan kepada penonton
• Ringkasan yang berkesan bermakna objektif dan matlamat ucapan anda tercapai.



Adakah Teknik Ucapan Dasar Berbeza Dengan Ucapan Biasa?

• Pada asasnya adalah sama iaitu:
- Penampilan Diri + Berkarisma
- Gaya bahasa + Body languang
- Kandungan:- relevan + bukti kukuh
- Cara Penyampaian:- menarik, memukau,mempengaruhi
- Suara jelas, lantang (di mana perlu)
- Rate – kelajuan ucapan(mengikut kesesuaian)
- Humor – selingan menghiburkan tetapi don’t overdo
- Gunakan kredibiliti
- Fahami hadirin
-
Etika Dalam Ucapan Dasar

• Kemukakan bukti kukuh dalam menguatkan hujah atau dasar
• Hujah mesti logik dan khusus
• Jujur
• Menggunakan seruan-seruan yang relevan dan mematuhi nilai-nilai murni berikut:
• tidak memburukkan orang lain /pihak lawan
• -tidak membangkitkan rasa marah dan benci
• tidak menggunakan istilah bahasa negatif spt zalim, kafir, sindiran dan kiasan.
• Jangan mendustai hadirin
• Jangan mengucapkan pendapat yang kita sendiri tidak setuju
• Jangan berlagak yang kita yakin sesuatu perkara itu tepat dan betul walhal kita sendiri tahu ianya tidak tepat dan tidak betul
• Jangan ambil mudah dalam sesuatu perkara
• Jangan salah tafsirkan maklumat, kesan-kesan dan akibat yang akan dialami
• Jangan menggunakan rayuan-rayuan emosi sedangkan audiens berupaya berfikir secara kritikal

Apakah Ucapan Berbahasa RETORIK?

• Bahasa yang melangkai batas akal fikiran
• Digunakan bagi menguatkan hujah
• Mudah diingan dan menyerap dalam minda
• Menunjukkan ungkapan keramat dan Tragis
• Contoh Bahasa Retorik
-..takkan Melayu Hilang di Dunia- Hang Tuah
-…mari bekerja bersama saya – YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Badawi
-..Melayu Mudah Lupa -Tun Dr Mahadir
Teknik Soalan Retorik

• Tanyakan soalan semasa berucap
• Tidak semestinya dijawab, biarkan tergantung
• Khalayak akan berfikir berkenaan jawapannya
• Berkesan jika digunakan ditempat yang sesuai
• Contoh: “Anda bertanya apakah matlamat negara kita? Saya dapat menjawabnya dengan satu perkataan sahaja iaitu kemenangan. Kemenangan dengan apa sekalipun…tanpa kemenangan tidak akan ada survival”- Winston Churchill

Teknik Prinsip Tiga (Triad)

• Audien mudah tertarik kepada bunyi, rima, drama dan rentak ucapan
• .Kata-kata yang sama spt “saya berjuang, berjuang dan berjuang lagi bagi meyelamatkan maruah negara
• Kata-kata yang berlainan “saya datang, saya nampak, saya takluki” –Julies Caeser
• Tiga Frasa – “Government of the people, by the people, for the people” Abraham Lincoln
• Tiga Klausa – “ Kebenaran bukannya sesuatu yang hanya baik atau pun benar pada satu fasa ataupun sesuatu tempat sahaja, sebaliknya dia kekal dan tidak berubah-ubah”

Teknik Pengulangan

• Pengucap dapat menimbulkan kesan dan keindahan mesej misalnya Di semua tempat.. Di semua forum saya bertemu rakyat. Rakyat sebagai pemegang kedaulatan.. rakyat berteriak dan mahukan perubahan..rakyat yang datang sebagai gelombang. -Susilo Bambang Yudhoyono

Teknik Berlawanan

• Kesan atau impak yang mendalam pada hadirin
• Perlu pintar dan berhati-hati menggunakan teknik ini
• Contoh “ I come to buyCeaser, not to praise him”- Julius Ceaser, Shakespeare
• Contoh II “ Saya tidak berjanji, apa yang saya sampaikan di atas bukan janji tetapi saya ,memberikan pilihan-pilihan yang lebih luas-pilihan bagi menuju kehidupan yang lebih baik – Susilo Bambang Yudhoyono

Teknik Keterbalikan

• Contoh “Manusia perlu menamatkan perang atau perang akan menamatkan manusia. Kita tidak harus berunding kerana takut tetapi kita tidak harus takut untuk berunding”- John F Kennedy

Teknik Penamsilan

• Kias ibarat dan analogi (kaedah perbandingan)
• Ia menjelaskan sesuatu yang kabur
• Ia perlu logik dan boleh dijadikan bukti untuk mengesahkan kesimpulan
• Contoh:
• “sesebuah universiti bagi saya adalah gedung akal dan gudang ilmu, lautan yang menghimpunkan khazanah budi dan daya manusia, samudera yang berkilau dengan permata kata pendita kerana ia universiti…” Usman Awang 1996

Kiasan

• Gaya yang mempersilangkan kata-kata dalam ayat
• Contoh: “..tuan-tuan jangan bimbang. Hari ini dia zalimi kita esok orang akan menzalimi dia”

Pembetulan

• Bermakna membetulkan sesuatu yang seolah-olah silap tetapi sebenarnya disengajakan bagi menimbulkan kesan
• Contoh: ”Kalau kita tidak berjaga-jaga, jumlah rakyat akan melebihi 70 juta dalam masa yang agak singkat. Sebenarnya kalau kita tidak tidur”. Dr. Mahadir, Persidangan Agung UMNO

Julukan

• Elakkan dari menggunakan julukan kerana ia boleh menjatuhkan maruah orang lain
• Contoh: : “ekstrem, “kepala batu” “Petualang””penderhaka” dll
• Penyediaan ucapan majlis
• Ucapan Majlis Anugerah
-Ucapan ini dinamakan ucapan khusus
• Terdapat 2 jenis:
`1.Ucap jasa daripada pihak yang memberi anugerah
2.Ucapan balas dari penerima anugerah
• Ucap jasa daripada pihak yang memberi anugerah
• Ucapan perlu kreatif dan disampaikan dengan stail yang menarik
• Ucapan perlu mengandungi sumbangan, pengorbanan, pencapaian dan keistimewaan tokoh
• Bidang-bidang yang biasa diadakan anygera ialah politik, ekonomi, perniagaan, sukan,budaya dan sastera.
• Mesti diselitkan perwatakan dan perkara menarik berkaitan tokoh
• Teks ucapan perlu spesifikmemuatkan pujian ke atas pencapaian, keistimewaaannya, bersifat personal, jujur dan memberi ilham dan ransangan kepada khalayak
• Kaedah mewawancara tokoh, keluarga dan rakan bagi mendapatkan petikan dan keistimewaan beliau
• Nyatakan mengapa calon dipilih
• Nyatakan anugerah yang diterima

Ucapan Balas Daripada Penerima Anugerah

• Rakamkan ucapan terima kasih
• Nyatakan rasa terharu dan penghargaan itu dengan ikhlas dan bahasa yang sesuai
• Nyatakan pandangan dan harapan tokoh berkaitan bidang yang diceburi dan organisasi yang memberi anugerah.




Ucapan Makluman

• Bersifat informatif
• Padat dengan fakta
• Penuh dengan maklumat dan penjelasan sesuatu hal
• Ucapan makluman menyentuh dsasar negara, negeri,sekolah, syarikat, jabatan dll.
• Biasanya disampaikan oleh ketua sesuatu jabatan misalnya Perdana Menteri, CEO,pengarah,pengetua.

Ucapan Perpisahan

• Disampaikan semasa seseorang hendak berpisah sama ada berpindah tempat kerja, berhenti kerja ataupun berakhirnya sesuatu projek seperti lawatan.
• Ada dua jenis ucapan:
1. Ucapan penganjur
2. Ucapan orang yang diraikan

Ucapan Penganjur

• Nyatakan terima kasih di atas jasa dan khidmat orang yang diraikan
• Imbas peristiwa menarik dan sikap mulia dengan memberi contoh yang sesuai
• Beritahu contoh pembaharuan dan kejayaan yang dicapai
• Akhir ucapan nyatakan betapa mereka yang ditinggalkan akan merasa kehilangan beliau
• Doakan semoga orang itu akan berjaya dalam hidup dan kerjayanya



Ucapan Orang Yang Diraikan

• Berterima kasih kepada ahli jawatankuasa penganjur kerana menjayakan majlis
• Memuji-muji pekerja sokongan atas segala khidmat dan pertolongan
• Berterima kasih kepada pengurus atau ketua jabatan atas tunjuk ajardan nasihat
• Mohon maaf atas segala kesilapan
• Rangkaikan detik-detikpaling indah
• Mempelawa semua kakitangan atasan ataupun bawahan mengunjungi beliau bila ada masa lapang.


Read more...

Khamis, 29 September 2011

Soalan Assignment OUMH2203 alih Bahasa ke BM


ASSIGNMENT QUESTION
PENUGASAN SOALAN


PURPOSE
The purpose of this assignment is to enhance learners’ ability to organise information and write a good report.

TUJUAN
Tujuan tugasan ini adalah untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk menguruskan maklumat dan menulis laporan yang baik.

QUESTION
You work in a hypermarket as a Store Manager. Some frozen lamb delivered by a supplier has a peculiar taste, and customers have complained about it. Write a report to the Branch Manager complaining about this matter.

SOALAN
Anda bekerja di sebuah pasar raya besar sebagai Pengurus Kedai. Beberapa kambing beku yang dihantar oleh pembekal mempunyai rasa yang aneh, dan pelanggan telah membuat aduan mengenainya. Menulis satu laporan kepada Pengurus Cawangan mengadu mengenai perkara ini.


Your report should have the following criteria:
Laporan anda harus mempunyai ciri-ciri berikut:

(a) INTRODUCTION
- Present the purpose of the report and describe proposals or actions that need to
be taken;

(a) PENGENALAN
- Present tujuan laporan dan menerangkan cadangan atau tindakan yang perlu
diambil;


(b) BODY
- Describe the present situation, identify possible problems (at least 4);
- In this section you can also describe the need for changes to be made, or
describe any costs and/or benefits that involved; and

(b) BADAN
- Terangkan keadaan yang ada sekarang, mengenalpasti masalah yang mungkin
(sekurang-kurangnya 4);
- Dalam seksyen ini, anda juga boleh menggambarkan keperluan untuk perubahan
yang dibuat, atau menggambarkan apa-apa kos dan / atau faedah yang terlibat;

(c) CONCLUSION
- Evaluate changes and provide recommendations.

(c) KESIMPULAN
- Menilai perubahan dan memberikan cadangan.

In writing your report, try to be as detailed as you could, by giving in-depth descriptions of the problems and recommendations.

Dalam menulis laporan anda, cuba terperinci seperti yang anda boleh, dengan memberi penerangan mendalam masalah dan cadangan.

[Total: 30 marks]





Read more...

Jumaat, 23 September 2011

Nota Padat HBML4303 Kurikulum dan Pengkaedahan Dalam Pengajaran BM

NOTA LENGKAP HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu OUM

Read more...

Jumaat, 26 Ogos 2011

Salam Aidil Fitri




Read more...

Jumaat, 12 Ogos 2011

SOALAN ULANGLAJI HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

1.Apakah yang dimaksudkan dengan Kesusasteraan ?
Kesusasteraan bermaksud semua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berguna kepada khalayak.

2. Apakah fungsi kesusasteraan?
Kesusasteraan memberi pengetahuan,menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani ,memberi ketenangan dan merehatkan fikiran,dan memberi kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni.

3. Mengapakah pengarang bersusah-payah menghasilkan karya?
Pengarang berkarya untuk mendapatkan keseronokan, menajamkan pemikirannya,berbakti kepada
masyarakat, dan menyara kehidupannya.

4. Apakah 5 aspek penting dalam ciri2 kesusasteraan?
Lima aspek penting dalam ciri2 kesusasteran adalah lisan,tulisan,kreatif,bukan kreatif dan estetika.



(a) Bincangkan ciri-ciri penting pembentukan Kebudayaan Kebangsaan sebagaimana diputuskan dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971

i. Kebudayaan kebangsaan haruslah berteraskan kebudayaan peribumi dirantau ini
ii. Unsur kebudayaan lain yang sesuai wajar diterima menjadikan unsure kebudayaan kebangsaan
iii. Islam menjadi unsure yang penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

BUKTI
i. Bahasa Melayu menjadi lingua Franca di Asia Tenggara sebelum kedatangan penjajah Barat
ii. Bahasa Melayu diamalkan oleh ratusan juta umat manusia di Alam Melayu
iii. Dari segi geografi, Malaysia terletak di dalam kawasan budaya Melayu
iv. Dari segi sejarah, Malaysia merupakan sebahagian daripada keseluruhan rantau ini

(b) Jelaskan masalah yang menghalang pelaksanaan Kebudayaan Kebangsaan dan cadangkan langkah untuk mengatasinya.

Lima masalah utama yang dikenal pasti untuk memasukkan unsur tradisional di dalam kebudayaan kebangsaan ialah:
a. Mengetengahkan unsur budaya tradisional bukan sebagai kepunyaan satu golongan atau suku, tetapi sebagai kepunyaan bersama dengan meyakinkan bahawa unsur budaya adalah warisan zaman silam yang tidak dapat dipisahkan daripada sejarah Malaysia sekarang ini.

b. Meyakinkan bahawa unsur budaya tradisional adalah warisan budaya yang mempunyai tunjang yang dalam di bumi Malaysia.

Penyelesaian masalah pertama dan kedua di atas serta kejayaan memberi keyakinan kepada golongan termaklum bahawa kita telah memberi makna yang baru kepada unsur budaya tradisional itu. Tujuan kita berbuat demikian adalah untuk memupuk identiti kebangsaan.

c. Unsur budaya tradisional hendaklah dilihat dari kaca mata yang berlainan daripada yang asal.

Manakala masalah ketiga dapat diatasi apabila kita menyedari bahawa anggota masyarakat dapat disosialisasikan menerusi institusi masyarakat. Melaluinya, generasi muda di negara ini dapat menerima unsur budaya tradisional di dalam erti kata yang baru.

d. Unsur budaya tradisional yang dikemukakan hendaklah menimbulkan perasaan dan nilai yang tinggi, baik dari segi nilai sosial mahupun dari segi estetika

Masalah keempat pula dapat diatasi apabila kita menyedari hakikat bahawa penerimaan terhadap sesuatu di dalam budaya tidak timbul secara automatis. Hal ini perlu dikembalikan kepada institusi pendidikan kerana unsur tersebut perlu dipupuk dan dipelajari.

Hanya institusi sosial peringkat nasional tidak memadai untuk memupuk penerimaan terhadap sesuatu yang dikemukakan. Ini kerana sosialisasi di dalam masyarakat Malaysia berlaku juga menerusi institusi sosial yang lebih dekat seperti keluarga dan kaum kerabat, kampung dan jiran, agama masing-masing dan sebagainya. Oleh sebab itu, tanggapan baru terhadap unsur budaya tradisional di dalam hasil ciptaan kebangsaan juga hendaklah berdasarkan penyesuaian dengan ciri persambungan. Sekurang-kurangnya tidak timbul pertentangan dan pertelingkahan yang dasar.

e. Sikap purisme terhadap unsur budaya tradisional Bagi masalah kelima, ia dapat diatasi dengan menetapkan bahawa unsur budaya tradisional mestilah dalam bentuk seasli-aslinya, yakni tidak diubah dan tidak diolah. Kita harus sedar, mereka yang bersikap demikian lupa bahawa budaya tidak statik tetapi dinamis. Unsur di dalam budaya akan lenyap, terus hidup, atau berubah mengikut keadaan semasa, sekurang-kurangnya dari segi tanggapan terhadapnya.

Bertitik tolak dari penyataan di atas, jelaslah bahawa unsur budaya tradisional tidak dapat dielakkan daripada menjadi landasan kepada kebudayaan kebangsaan. Ini kerana unsur tersebut memberikan identiti kebangsaan berdasarkan kesejarahan. Secara praktik, fokus hendaklah diberi kepada unsur yang dapat menjadi asas kepada hasil ciptaan nasional, terutamanya di dalam kesenian, falsafah dan karya kreatif. Masalah yang dihadapi untuk merealisasikannya adalah mengemukakannya sebagai suatu tanggapan baru. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan seluas-luasnya institusi sosial di dalam sosialisasi generasi muda kita sekarang ini.

Read more...

Rabu, 3 Ogos 2011

Salam Ramadhan


Read more...

Sabtu, 11 Jun 2011

Panduan Assignment HBML4203 Perkembangan Bahasa Melayu


Isi kandungan HBML 4103


Prakata


Abstrak


1.0 – Pengenalan/pendahuluan

1.1 – Kejayaan bahasa lain yang Berjaya ( cth: Jepun, Korea, Cina, Inggeris )
1.2 – Punca/sebab BM hilang upaya
1.3 – langkah yg perlu diambil oleh golongan intelek

2.0 – Perbincangan isu/tajuk

2.1 – faktor penyebab BM hilang upaya
2.1.1 – Faktor sejarah ( buat huraian )
2.1.2 – Faktor pendidikan ( buat huraian )
2.1.3 – Faktor sikap pengguna bahasa ( buat huraian )
2.2 – Langkah-langkah golongan intelek
2.2.1 – Dewan Bahasa dan Pustaka
2.2.2 – Kementerian pelajaran
2.2.3 – warga pendidik
2.2.4 – Institusi Pengajian tinggi (IPTA dan IPTS)

3.0 – Kesimpulan/penutup


Bibliografi



selamat buat assignment......

Read more...

Nota Padat HBML4103 Sejarah Perkembangan BM



Read more...

Ulangkaji & Nota HBML4203 Kesusteraan Melayu




Read more...

Sabtu, 9 April 2011

Soalan HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah
1. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan untuk menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.
Bincangkan DUA peranan murid di dalam melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) ini.

2. Bagaimanakah ibu bapa dan masyarakat dapat memainkan peranan agar Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) mencapai matlamatnya.

3. Bincangkan DUA langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan suasana sekolah sentiasa bersih, indah dan ceria sepanjang masa.

4. Huraikan DUA objektif khusus penubuhan program PROSTAR (Program Sihat Untuk Remaja).

5. Pelajar yang jatuh sakit atau cedera perlu berehat sementara menunggu rawatan lanjut daripada pasukan perubatan di hospital. Oleh itu, bilik rawatan di sekolah umpama klinik mini disediakan untuk menempatkan pelajar berkenaan.
Nyatakan kelengkapan asas yang perlu ada di bilik rawatan sesebuah sekolah.

BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. SOALAN Markah
1. Aspek penjagaan keselamatan di rumah tidak boleh dipandang ringan. Golongan dewasa juga memerlukan peralatan perlindungan keselamatan.
(a) Bincangkan EMPAT langkah keselamatan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan di rumah.

(b) Huraikan dengan jelas EMPAT panduan penggunaan peralatan perlindungan keselamatan yang perlu diutamakan semasa di rumah.

2. Konsep SAFE telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996 yang berkaitan dengan penjagaan keselamatan di sekolah.
(a) Huraikan hubungan konsep SAFE dengan langkah-langkah keselamatan di padang sekolah.

(b) Huraikan TIGA jenis risiko yang berpotensi mendatangkan kemudaratan kepada pengguna khasnya pelajar dan guru-guru berserta contoh yang sesuai.


3. Pencemaran air oleh aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan banyak punca air bersih mula tercemar. Pencemaran boleh membahayakan kesihatan manusia dan mengancam sumber alam dan ekosistem.
(a) Huraikan hujah-hujah untuk menyokong pernyataan di atas iaitu aktiviti yang di lakukan oleh manusia boleh menyumbang kepada pencemaran.

(b) Bincangkan TIGA faktor yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air.

(b) Bincangkan TIGA faktor yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air.

4. Terdapat beberapa Akta yang telah digubal untuk menjaga alam sekitar.
(a) Bincangkan EMPAT akta yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kawalan pencemaran alam sekitar ini.

(b) Sanitasi persekitaran amatlah penting untuk menjamin sesebuah kawasan itu bebas daripada bahan cemar yang berpunca daripada air kubahan dari kawasan perumahan, perindustrian, penternakan dan sebagainya.
Huraikan dengan terperinci kemudahan untuk sanitasi persekitaran.


5. Dewasa ini, terdapat banyak penyakit dan masalah kesihatan yang berlaku akibat daripada aspek perbandaran, migrasi dan perindustrian. Antaranya adalah wabak Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS), selsema burung, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta influenza A HINI. Wabak ini boleh tersebar dengan cepat. Oleh itu langkah pencegahan perlu diambil berat terlebih dahulu sebelum memikirkan aspek rawatan.
(a) Terangkan konsep Diagnosis Awal dan Rawatan Awal dalam pencegahan pencemaran dalam sesebuah masyarakat.

(b) Bincangkan konsep Promosi Kesihatan yang boleh memberikan kesedaran kepada orang ramai bagi melakukan langkah-langkah pencegahan terhadap sesuatu penyakit.

BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA. SOALAN Markah
1. Bincangkan bagaimana Human Immunodeficiency Virus (HIV) boleh berjangkit dan huraikan LIMA langkah pencegahan yang boleh diambil untuk menghindari virus ini.

2. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mendefinisikan toksid sebagai bahan dan sediaan yang jika disedut atau dihadam atau menembusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang serius dan kematian.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan DUA jenis penyakit yang dapat dikesan daripada jangkitan toksid dan cadangkan cara pengawalan bahan toksid ini.


Read more...

Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

TOPIK 1
• Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dimulakan sejak tahun 1967.
• Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan trend penyakit. Oleh itu, amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.
• Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek Health Promoting School (HPS) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
• Projek ini berdasarkan konsep HPS yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berteraskan Piagam Ottawa.
• Persidangan HPS yang telah diadakan pada bulan Disember 1996, di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mencadangkan supaya RKS yang sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS ).
• Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.


TOPIK 2
• Tugas, tanggunggjawab serta peranan sekolah itu penting dalam mewujudkan persekitaran yang ceria di sekolah di samping dapat memainkan peranan dalam melatih murid-murid menyayangi dan memahami erti kebersihan yang sebenar.
• Dengan adanya kesedaran ini maka amalan kebersihan di sekolah dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
• Kerjasama daripada semua pihak merupakan elemen yang terpenting dalam merealisasikan amalan kebersihan di sesebuah sekolah.

TOPIK 3
• Melalui program kesihatan sekolah diharap dapat melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan bersahsiah tinggi tetapi dapat melahirkan pelajar yang dapat menjadikan penjagaan aspek kesihatan sebagai sesuatu yang amat penting dalam kehidupan mereka.
• Pelbagai program berorientasikan kesihatan dapat memperkasakan pelajar berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan. Ia juga mendorong pelajar mengambil langkah sendiri dalam memelihara tahap kesihatan diri sendiri.
• Warga sekolah yang sihat diharap mampu menggerakkan negara ke arah pembangunan yang lebih pesat. Selain itu, masyarakat yang sihat pada hari ini dapat melahirkan generasi yang sihat pada masa hadapan.
• PROSTAR dan program pendidikan AIDS membentuk pelajar yang berpengetahuan, bersikap positif serta mengelakkan amalan yang berisiko mendedahkan mereka kepada jangkitan HIV.
• Program Doktor Muda membentuk sekumpulan Doktor Muda selaku Pembimbing Rakan Sebaya yang membantu pihak sekolah dalam menjayakan beberapa aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit.
• Pelaksanaan program melibatkan usaha sama pihak sekolah, ibu bapa, NGO serta pelbagai agensi awam yang berkaitan.

TOPIK 4
• Konsep keselamatan diri perlu dilihat berdasarkan aspek emosi dan fizikal. Dalam aspek emosi, keselamatan diri dipersepsi sebagai seseorang itu berasa selesa dan mesra terhadap gerak balas dirinya terhadap orang lain seperti keluarga, rakan dan masyarakat sekitarnya. Aspek fizikal pula melibatkan seseorang itu bebas daripada penderitaan atau kesakitan yang berpunca daripada kecederaan.
• Keselamatan diri boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk melindungi dirinya daripada mendapat kemudaratan secara fizikal dan mental, sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya serta di sekelilingnya.
• Kemalangan tidak memilih mangsa sekiranya seseorang itu tidak mengambil langkah-langkah pencegahan. Konsep keselamatan bergantung pada di mana, bagaimana dan kenapa ia berlaku.
• Penggunaan alat-alat perlindungan keselamatan merupakan kaedah kawalan yang penting setelah langkah-langkah kawalan yang lain dilakukan. Penggunaannya berbeza mengikut bidang tugas dan persekitaran kerja.
• Salah satu punca utama kes kecederaan dan kemalangan adalah kerana kecuaian. Ia berpunca daripada sikap sambil lewa atau sikap tidak ambil peduli.
• Prinsip utama apabila anda berhadapan dengan sebarang keadaan kecemasan ialah mempastikan keselamatan anda terjamin terlebih dahulu sebelum anda membantu orang lain.

TOPIK 5
• Penjagaan keselamatan bukan setakat menjadi hangat hanya apabila berlakunya sesuatu kemalangan di sekolah tetapi mestilah menjadi salah satu agenda utama pengurusan sekolah.
• Bertindaklah sebelum sesuatu kemalangan berlaku dan bukannya bertindak selepas sesuatu kemalangan berlaku.
• Infrastruktur bilik darjah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar bukan setakat bersih dan ceria tetapi mestilah selamat.
• Penyelenggaraan alat-alat bantuan mengajar sentiasa menjadi salah satu keutamaan pihak sekolah. Peralatan yang tidak diselenggarakan secara berkala dan sempurna boleh mengurangkan jangka hayat penggunaan peralatan tersebut.
• Prosedur keselamatan dalam bilik darjah dan makmal haruslah sentiasa diingatkan dan dimaklumkan kepada semua warga sekolah. Prosedur keselamatan mengutamakan tiga perkara yang paling utama iaitu tahu, faham serta buat.
• Persekitaran sekolah yang berteraskan kepada empat elemen iaitu kecantikan, keindahan, keselamatan dan keselesaan (4K) amatlah berguna dalam membentuk dan menjamin suasana yang kondusif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kemalangan dan kecederaan di kawasan persekitaran sekolah dapat dikurangkan dengan kaedah menilai dan mengawal risiko.
• Konsep SAFE dapat menerangkan berkaitan penjagaan keselamatan di sekolah.

TOPIK 6
• Pendidikan Kesihatan Persekitaran dapat dilaksanakan secara formal dan juga tidak formal. Pendidikan Kesihatan Persekitaran menjamin wujudnya persekitaran sihat yang membentuk suasana sejahtera bagi warga sekolah.
• Pendidikan Kesihatan Persekitaran boleh dijalankan secara perkongsian bijak dengan agensi-agensi lain. Agensi-agensi luar dapat memberi sokongan dalam bidang masing-masing.
• Usaha-usaha perlu untuk menambahbaik aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah untuk memperkemaskan Pendidikan Persekitaran.
• Menjadikan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai kesepaduan dengan mata pelajaran akademik yang lain. Warga sekolah khusus para pelajar harus diberi pendedahan dalam pembelajaran berdasarkan pengalaman bersama agensi-agensi luar.

TOPIK 7
• Air merupakan keperluan utama manusia dan perlu dikekalkan tahap kebersihannya.
• Air terdiri daripada pelbagai jenis seperti air kerpasan, air permukaan dan air bumi.
• Pencemaran air berlaku kerana aktiviti manusia yang gagal mengurus sisa dan sumber yang menyebabkan air tercemar.
• Kaedah pembuangan sampah perlu dilestarikan agar kita tidak akan ditimpa musibah akibat sistem pelupusan yang tidak berkesan.
• Air yang bersih menjamin kesihatan.

TOPIK 8
• Pencemaran bukan setakat mendatangkan kesan buruk kepada manusia malah kepada organisma lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
• Pencemaran udara atau atmosfera berlaku apabila bahan beracun atau toksid sama ada dalam bentuk gas, asap atau habuk dilepaskan ke udara.
• Pencemaran air melibatkan sumber atau punca air seperti tasik, sungai, laut dan air bawah tanah yang dicemari oleh bahan cemar yang dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti perkilangan, pertanian, perumahan, penerokaan tanah dan sebagainya.
• Pencemaran tanah berlaku apabila terdapatnya bahan cemar yang dibuang secara sengaja atau tidak sengaja ke atas permukaan atau ke dalam tanah. Keadaan ini mengganggu keadaan asal atau semulajadi struktur tanah.
• Peraturan utama yang berkaitan dengan semua aktiviti persekitaran adalah termaktub di dalam Akta Kualiti Persekitaran (Environment Quality Act, 1974), pindaan tahun 1985 dan 1996 (Azizi Ahmad, 2007). Akta ini turut disokong oleh lain-lain akta yang menjurus kepada matlamat yang sama iaitu untuk mempelihara dan menjaga alam sekitar.
• Keperluan dan perancangan untuk membina kilang dan pembukaan kawasan baru untuk industri tertakluk kepada panduan yang tedapat di dalam Akta Kualiti Persekitaran 1974 yang menyediakan rangka kerja berkaitan dengan undang-undang dan peraturan alam sekitar di Malaysia.
• Sanitasi persekitaran amatlah penting untuk menjamin sesebuah kawasan itu bebas daripada bahan cemar yang berpunca daripada air kumbahan dari kawasan perumahan, perindustrian, penternakan dan sebagainya.
• Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Ungkapan ini membawa kepada makna bahawa langkah-langkah pencegahan hendaklah diambil berat terlebih dahulu dalam aspek perancangan dan pelaksanaan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan aspek persekitaran.
• Promosi kesihatan bukan setakat memberikan kesedaran kepada orang ramai atau masyarakat awam berkaitan maklumat kesihatan. Malah, ia lebih kepada menggerakkan dan memperkasakan mereka supaya sedar serta mengambil tindakan yang perlu untuk melakukan langkah-langkah pencegahan terhadap sesuatu penyakit atau masalah kesihatan.
• Diagnosis awal dan rawatan awal amatlah penting dalam pengendalian sesuatu penyakit. Dengan membuat pemeriksaan awal, pihak hospital atau klinik boleh mengenal pasti punca-punca penyakit serta jenis rawatan dan ubat yang boleh diberikan kepada pesakit.
• Rehabilitasi atau pemulihan bukan setakat memberikan ubat bagi mengurangkan penyakit yang dihidapi tetapi juga untuk mengurangkan ketidakupayaan serta mempertingkatkan kualiti hidup seseorang pesakit itu.

TOPIK 9
• Bakteria adalah mikroorganisma bersaiz kecil di antara 0.3 ke 14 μm. Bakteria tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop.
• Virus adalah mikroorganisma dan hanya dapat hidup dalam tisu-tisu hidup seperti dalam darah atau bendalir dalam badan manusia atau haiwan.
• Kulat atau dalam istilah perubatan disebut Fungi. Kulat adalah mikroorganisma sel Eukaryotic.
• Protozoa merupakan mikroorganisma yang mempunyai sel Eukaryotic. Protozoa adalah sel tunggal yang paling kecil dan bersaiz di antara 5 hingga 50 μm.
• Mekanisme pertahanan manusia terbahagi kepada dua iaitu mekanisme pertahanan luaran dan dalaman.
• Lingkungan jangkitan sesuatu mikroorganisma dapat diterangkan dengan prinsip rangkaian jangkitan (chain of infection). Terdapat enam elemen utama dalam rangkaian jangkitan yang saling berkaitan dalam menyebabkan berlakunya sesuatu jangkitan.
• Apabila Patogen memasuki badan seseorang dan hidup di dalamnya, seseorang itu dikatakan telah dijangkiti. Sekiranya Patogen itu membiak dan menyebabkan seseorang itu sakit, dia dikatakan telah menghidap penyakit berjangkit.
• Sistem pertahanan atau imuniti badan adalah umpama bala tentera yang mengawal sesebuah negara dari dicerobohi oleh musuh.
• Teknik Aseptik ialah kaedah khusus serta prosedur tertentu yang digunakan dalam keadaan yang amat terkawal yang bertujuan mengelak dan mencegah pencemaran oleh Patogen atau lain-lain mikroorganisma merbahaya.
• Prinsip dalam kawalan jangkitan ialah mencegah jangkitan dengan cara memutuskan dan memusnahkan rangkaian jangkitan sesuatu penyakit. Sebahagian organisma tidak secara serta-merta menyebabkan sesuatu penyakit. Ia bergantung kepada tahap ganas (virulence) dan tahap menakluki (invasiveness) sesuatu Patogen itu.
• Piawai pengawasan yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan jangkitan dapat dilihat dalam beberapa perkara seperti polisi dan peraturan, kumpulan atau jawatankuasa pelaksana kawalan jangkitan, pendidikan dan latihan, kemudahan dan kelengkapan serta persekitaran yang bersih.

TOPIK 10
• Bunyi bising bukan setakat memberi kesan kepada masalah kesihatan secara fizikal malah dalam aspek mental. Kebisingan diukur dengan Desibel (dB).
• Terdapat beberapa punca bunyi bising. Antaranya ialah punca secara semula jadi dan buatan manusia.
• Tahap bunyi yang menimbulkan keadaan kacau-bilau dan hingar-bingar kepada seseorang sama ada di persekitaran kerja atau semasa berehat di rumah boleh dianggap sebagai suatu bentuk kebisingan. Kebisingan inilah yang dimaksudkan sebagai pencemaran bunyi.
• Kesan bunyi bising kepada manusia terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada telinga (auditory effect) dan kesan di luar telinga (non-auditory effect).
• Unit Kawalan Mutu Makanan (UKMM) berperanan dalam merancang, melaksana, memantau serta menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan aspek keselamatan, kualiti serta kebersihan makanan.
• Matlamat utama Unit Rancangan Kebersihan Alam Sekitar (URKAS) adalah untuk mewujudkan suatu persekitaran sihat dan sesuai serta mampu mendatangkan kebaikan kepada kesihatan fizikal dan mental penghuni-penghuninya.
• Unit Kesihatan Am (UKA) adalah sebuah unit yang bertanggungjawab terhadap bidang-bidang kesihatan am yang menyokong unit-unit lain di dalam sesebuah organisasi pejabat kesihatan.
• Simptom-simptom jangkitan yang berkaitan dengan toksik boleh dilihat dari segi pendedahan seseorang terhadap bahan tersebut. Terdapat dua jenis pendedahan iaitu pendedahan yang teruk (acute exposure) dan pendedahan yang kronik (chronic exposure).
• Antara bahan toksid yang boleh menyebabkan penyakit kanser ialah bahan yang mengandungi Karsinogen. Debu dan habuk yang berterbangan di udara boleh memasuki saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan pada paru-paru.
• Kawalan terhadap bahan-bahan toksik memerlukan tahap teknologi dan kos yang tinggi. Tetapi jika dilihat dari segi keuntungan jangka panjang kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk, sememangnya pengurusan yang cekap terhadap bahan atau sisa toksik dari industri merupakan satu langkah yang wajib dilakukan oleh semua pihak.
• Prinsip utama apabila menghadapi penyakit atau masalah kesihatan ialah perlu mendapatkan rawatan dengan segera.


Read more...

Jumaat, 8 April 2011

Rumusan HBAE3203 kRAFTANGAN

TOPIK 1
• Kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek
moyang kita masa dahulu.
• Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa terdapat banyak pengaruh kepercayaan lama orang Melayu, iaitu pengaruh Aninisme dan Hindu.
• Tujuan kita untuk mempelajari kraf tradisional adalah untuk:
a. Menanamkan sikap;
b. Menyedarkan pelajar agar ia tidak akan lupus;
c. Menyedari bahawa ia mempunyai nilai estetik; dan
d. Merasa bangga dengan tradisi warisan negara.
• Kepentingan mengenali kraf tradisional adalah untuk:
a. Mempelajari teknik;
b. Memahami bahan-bahan semula jadi yang digunakan; dan
c. Mengetahui nama pada corak ragam hias kraf tradisional.
TOPIK 2
• Batik boleh dikatakan berasal dari Indonesia. Dalam Bahasa Melayu, batik bermaksud ‘titik’, manakala dalam bahasa Jawa pula batik membawa maksud
‘setitik lilin’.
• Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar.
• Anda telah didedahkan dengan pengetahuan mengenai apa jenis alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan batik.

TOPIK 3
• Dalam topik ini anda telah didedahkan kepada latar belakang ukiran.
• Ukiran kayu dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu.
• Anda juga telah didedahkan kepada motif dan ragam hias dalam ukiran.
• Akhir sekali, anda sekarang tahu bagaimana untuk menghasilkan sesebuah ukiran.

TOPIK 4
• Dalam topik ini anda telah belajar sedikit sebanyak tentang latar belakang tenunan.
• Tenunan sonkat dipercayai berasal daripada kerajaan Dongson di Kemboja sebelum ianya diperkenalkan di negara ini.
• Anda juga telah didedahkan dengan motif dan ragam hias dalam tenunan.

TOPIK 5
• Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan latar belakang anyaman.
• Anyaman merupakan seni tradisi yang dipercayai muncul dan berkembang tanpa pengaruh dari luar.
• Anda juga telah pelajari tentang motif dan ragam hias dalam anyaman.
• Akhir sekali, anda sekarang tahu tentang alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan anyaman.

TOPIK 6
• Dalam topik ini anda telah didedahkan tentang latar belakang tembikar.
• Anda sekarang juga maklum tentang motif dan ragam hias dalam tembikar.
• Akhir sekali anda telah pelajari mengenai alatan dan bahan untuk menghasilkan tembikar.

TOPIK 7
• Dalam topik ini anda telah pelajari tentang latar belakang tekatan.
• Anda juga sekarang tahu tentang motif dan ragam hias dalam tekatan.
• Akhir sekali anda sekarang sudah maklum tentang alatan dan bahan untuk menghasilkan tekatan.

TOPIK 8
• Dalam topik ini anda telah pelajari tentang latar belakang wau.
• Anda juga telah didedahkan dengan motif dan ragam hias dalam wau.
• Akhir sekali anda telah maklum tentang alatan dan bahan untuk menghasilkan sesebuah wau.

TOPIK 9
• Dalam topik ini anda telah pelajari tentang latar belakang gasing.
• Anda juga telah didedahkan dengan jenis-jenis gasing.
• Akhir sekali, anda telah pelajari tentang cara untuk menghasilkan sesebuah gasing.

TOPIK 10
• Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan latar belakang perhiasan diri.
• Anda juga telah pelajari tentang motif, ragam hias dan rekabentuk perhiasan diri.
• Akhir sekali anda sekarang tahu bagaimana untuk menghasilkan perhiasan diri.




Read more...

Sabtu, 2 April 2011

Contoh Soalan dan Jawapan HBML3203 Tatabahasa

1. Jelaskan maksud morfologi?
Morfologi ialah ilmu yang membincarakan struktur,bentuk dan golongan kata serta cara perktaan diwujudkan pd bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata.

2. Jelaskan maksud sinbtaksis.
Sintaksis ilah ilmu yg membicarakan proses pembinaan ayat,cara perkataan itu disusun menjadi ayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat iaitu dalam membentuk frasa,klausa dan ayat.

3. Bincangkan golongan perkataan.Golongan kata terdiri daripada :
i. Kata nama- nama khas,nama am,ganti nama
ii. Kata kerja – kata yg menjadikan inti dlm frasa kerja,samada yg berlaku atau dilakukan. Contoh ,berjln,makan memakan,dimakan dsb.
iii. Kata adjektif – kata yg menjadi dlm frasa adjektif spt manis sekli,sudah lama sungguh,masih lebat
Kata2 dlm golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.Blh dibahagikan kpd 9 sub golongan
iv. Kata tugas - hadir dlm ayat utk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu.
v. Kata hubung- bertugas utk menghubungkan klausa,ayat,frasa atau perkataan utk membentuk ayat majmuk. Dlm bhasa melayu terdapat dua ayat majmuk iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu kata hubung dpt dibahagikan kpd 2 jenis iaitu kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan.
a. Kata hubung gabungan : menghubungkan klausa yg sama tarafnya :- dan,atau serta,tetapi,malahan,sambil sementara,sebaliknya,seterusnya.
b. Kata hubung pancangan :-pancangan relatif- menghubungkan klausa utama dgn klausa pancangan(kecil) yg menggunakan kata ‘ yang’.
pancangan komplemen,-menghubung satu klausa komplimen kpd satu klausa utama. (pelengkap klausa utama) kata hubung yg berperanan begitu adalah bahawa dan untuk.
pancangan keterangan – menghubungkan klausa keterangan dgn klausa utama:- kerana,atau meskipun,sekiranya dsb.

4. Kenal pasti dua tujuan wacana.
i. Memilih teknik penyampaian wacana
ii. Menentukan bentuk wacana
iii. Utk mdptkan maklumat
iv. Untuk menyampaikan maklumat


5. Jelaskan maksud kohesi dalam wacana.
Kohesi merupa aspek formal dlm wacana. Kohesi merupakan hubungan di antara ayat di dlm sesebuah wacana samada dr segi strata gramatikal atau strata leksikal terterntu.

6. Terangkan konsep tautan.
Tautan berbeza dgn keteraturan fikiran,ia merupakan konsep semantic yg juga merujuk kpada perkaitan kebahasaan yg didapati pada satu ujaran yg membentuk wacana. Menurut Halliday dan Hassan (1976) tautan adalah satu set kemungkinan yg wujud dlm bahasa utk menjadikan sesatu teks itu berkesatuan.

7. Mengapakah kohesi penting dalam wacana?
Kohesi sngt penting kerana ia merupakan organisasi yg sintatik yg meruipakan wadah ayat yg disusun secara padu dan padat yg menghasilkan tuturan.Wacana yang baik dihasilkan melalui penguasaan kohesi yg baik.

8. Bincangkan istilah kohesi dalam wacana.
Kohesi yang bermakna tautan merupakan aspek formal dalam bahasa wacana.Tautan berbeza dgn keteraturan fikiran. Kohesi atau atautan merupakan konsep semantic yg juga merujuk kepada perkaitan kebahasaan yg di dapati pada suatu ujaran yg membentuk wacana.

9. Bagaimana anda mencerakinkan kohesi dalam wacana?

10. Jelaskan ciri2 kohesi dalam wacana.
Ciri2 kohesi dalam wacana :

11. Bincangkan keutuhan wacana dalam penulisan.
keutuhan wacana adalah untuk:
• Menentukan sama ada sesebuah wacana itu berkualiti ataupun tidak.
• Hubungan dilihat dalam bahagian-bahagian wacana, iaitu dari segi semantik, fonologi, leksikal dan gramatikal.

12. Terdapat 7 unsur komunikasi dalam wacana.Nyatakan empat daripada unsur tersebut.
i.satuan bahasa 2. Terlengkap 3. Mengatasi ayat/klausa
4. teratur/tersusun rapi 5. Berkesinambungan
6. Kohesi lisan/tulisan awal/akhir yg nyata.
13. Analisis maksud penanda wacana berdasarkan 3 contoh.
14. Berikan empat perbezaan antara format surat kiriman tidak rasmi dan format surat
kiriman rasmi.
Surat kiriman tidak rasmi
1. Alamat di sebelah kiri
2. Tidak ada garisan memanjang
3. Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim.
4. Tidak ada tajuk
Surat kiriman rasmi
1. Alamat di sebelah kanan
2. Tdpt garisan memanjang di bawah alamat pengirim
3. Tarikh ditulis di sebelah kanan sebaris dengan baris dengan alamat penerima
4. Tarikh ditulis dgn huruf besar
5. Ada tajuk surat
15. Huraikan morfem bebas dan morfem terikat beserta contoh yang sesuai.
a. morfem bebas- berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri.
cth: minum,makan,cuti,periksa
b.morfem terikat - btk imbuhan iaitu mem,pem,per,kan dan ber…tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu yg blh mengubah makna sesuatu kata seterusnya makna ayat.
16. Jelaskan jenis-jenis penanda wacana.

. Tiga Jenis Penanda Wancana
i. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi.
ii. Memperjitu organisasi penulisan.
iii. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain.
b. Menunjukan pertautan dari segi kronologi
i. Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu.
Contoh:
Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman dahulu, pada hari esoknya dan sebagainya.
ii. Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh di atas.
c. Memperjitu organisasi penulisan
i. Berfungsi untuk menghubungkan bahagian wacana dengan bahagian wacana yang lain.
ii. Memberitahu pembaca apa-apa yang dibuat / didedahkan kepada bahagian tertentu.
Contoh:
sebagai kesimpulan
untuk merumuskan
contohnya
tegasnya
dapat dinyatakan bahawa pertama
akhir sekali
dengan kata lain
dalam hal ini
dalam hubungan ini
untuk menjelaskan lagi


Nota: Bagi seperti contoh-contoh di atas, diwajibkan bagi anda meletakkan tanda koma selepas setiap frasa (rujuk Rajah 4.1).

Rajah 4.1: Tanda koma berfungsi sebagai jeda
Sumber: www.sochurch.org/newabout.html
d. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lain
Leman Ahmad (1984) membahagikan jenis penanda wacana kepada tiga bahagian, iaitu:
i. Menambah atau memperluas idea

Contoh:
dan
selanjutnya
di samping itu
selain itu
lebih-lebih lagi
tambahan pula
begitu juga
seterusnya
satu lagi
dan sebagainya

ii. Menunjukkan pertentangan idea

Contoh:
tetapi
sebaliknya
pada masa yang sama
walaupun
walau bagaimanapun
walaupun demikian
sama ada
sebenarnya
dan sebagainya

iii.
iv. Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat dan tujuan-syarat

Contoh:
jadi
oleh sebab itu
disebabkan
oleh yang demikian
untuk tujuan itu
maka (kata pangkal ayat)
berikutan itu
dengan demikian
kecuali
dengan syarat

• tetapi – Sekiranya tetapi terletak pada permulaan ayat, penggunaannya mestilah diikuti dengan tanda koma.

Contoh: “Tetapi, buku itu bukan buku saya.”
• sebaliknya – Sekiranya di pertengahan ayat, tanda koma sebelum perkataan 'sebaliknya'.

Contoh: “Buku itu bukan buku saya, sebaliknya ia adalah buku Ariff.”
• pangkal ayat – Antara contoh-contoh pangkal ayat seperti berikut: hatta, arakian, sebermula dan alkisah.

17. Mengapakan penanda wacana penting dalam penulisan?

18.Tunjukkan tiga contoh perenggan pendek yang terdapat kepelbagaian penanda wacana.

19.Bincangkan fungsi-fungsi penanda wacana.
FUNGSI-FUNGSI PENANDA WACANA
Terdapat empat fungsi penanda wacana.
Fungsi menunjukkan maksud:
• Tambahan;
• Sebaliknya;
• Sebab; dan
• Ketika.
a. Penanda Wacana untuk Menunjukkan Maksud Tambahan
Antara penanda wacana yang membawa maksud tambahan ialah:
i. Ini bererti;
ii. Sejajar dengan ini;
iii. Pendek kata;
iv. Justeru; dan
v. Sebagai tambahan.
b. Penanda Wacana untuk Menujukkan Maksud Sebaliknya
Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya ialah:
i. Sungguhpun;
ii. Berbanding dengan;
iii. Dalam masa yang sama;
iv. Sebaliknya; dan Walau bagaimana sekalipun.
c. Penanda Wacana untuk Menunjukkan Sebab
Antara penanda wacana bagi menunjukkan sebab ialah:
i. Berdasarkan;
ii. Berpegang pada;
iii. Sekiranya begitu;
iv. Akibatnya; dan
v. Kesudahannya.
d. Penanda Wacana yang Menunjukkan Maksud Ketika
Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika ialah:
i. Merujuk;
ii. Berbalik kepada;
iii. Akhirnya;
iv. Sementara itu; dan
v. Sejenak kemudian.
Keterangan:
• Oleh itu merupakan penanda wacana yang melanjutkan idea sebelum ini dengan idea yang berikutnya.

Contoh: “Oleh itu, haruslah kamu berdua bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan ini.”
• Dengan itu merupakan penanda wacana yang digunakan untuk melanjutkan idea.

Contoh: “Dengan itu, tamatlah upacara kita pada pagi ini.”
• Dengan demikian ialah penanda wacana yang melanjutkan idea.

Contoh: Dengan demikian, karikatur politik menjadi lebih pedas, kasar, keterlaluan dan langsung terkena batang hidung tokoh berkenaan selepas krisis politik tahun 1998.
• Akhirnya merupakan penanda wacana yang menunjukkan kesimpulan kecil bagi keseluruhan gagasan atau idea dalam perenggan tersebut.

Contoh: “Akhirnya, dapat juga aku petik bunga harum mekar malam ini.”
• Penanda wacana yang terakhir ialah Sebagai kesimpulannya yang merupakan simbol atau tanda yang menunjukkan bahawa penulis akan menamatkan perbincangan bagi keseluruhan idea atau gagasan yang dibincangkan dalam tajuk.

Contoh: Sebagai kesimpulannya, sehingga kini, belum ada iklan yang boleh dikatakan berjaya menyampaikan mesej yang cuba mengangkat bahasa Melayu dan mempertahankan kedaulatannya dengan tepat.
• Penanda wacana Jelaslah merupakan penegasan sekali lagi idea keseluruhan yang terdapat dalam perenggan pertama. Penegasan ini pula diikuti dengan huraian lanjutan.

Contoh: Jelaslah, pada era siber ini, bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda dunia yang lain terdedah dengan pelbagai ancaman dan cabaran.
• Sungguhpun merupakan kata yang menunjukkan pertentangan idea atau gagasan antara frasa ’kelihatan orang di negara maju seronok’ dengan ’keseronokan mereka tidak berpunca daripada ketenangan jiwa’.

Contoh: Sugguhpun begitu, hal ini tidak bermakna satu-satu bahasa tersebut adalah lebih kaya atau lebih miskin daripada bahasa yang lain dari segi dalamannya.
• Penanda wacana Maka itu merupakan kesimpulan kecil bagi perenggan yang kedua.

Contoh: Maka itu, karikatur penghinaanm khususnya yang melibatkan soal akidah dan kepercayaan, penerbitannya tidak patut dibenarkan sama sekali.

Read more...

Khamis, 31 Mac 2011

Rumusan HBML32403 Tatabahasa BM

Topik 1
• Sistem bahasa mengandungi morfem dan penyusunan morfem.
• Struktur pertuturan atau penulisan yang diulang adalah berasaskan fungsi dan tindak balas.
• Pernyataan jelas tentang ikatan asas adalah dibenarkan.
• Alat untuk menghasilkan ayat yang betul adalah tidak terbatas.
• Sistem rumus adalah terbatas untuk mewujudkan struktur yang tidak terbatas.
• Sistem bahasa salah satu cabang kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa.
• Sistem bahasa ialah ilmu yang membicarakan aturan, kaedah atau sistem yang umum, meliputi bidang morfologi dan sintaksis, iaitu bersifat nalar dalam sesuatu bahasa.
• Morfologi ialah ilmu yang membicarakan struktur, bentuk dan golongan kata, serta cara perkataan diwujudkan daripada bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata.
• Sintaksis ialah ilmu yang membicarakan proses pembinaan ayat, cara perkataan itu disusun menjadi ayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat, iaitu dalam membentuk frasa, klausa dan ayat.
• KLAUSA: Unit lebih rendah daripada ayat terdiri daripada satu kumpulan atau lebih.
• FRASA: Kata yang membentuk unit sintaksis letaknya antara kata dengan klausa.
• KATA: Morfem atau gabungan morfem ialah unit terkecil yang berstatus ayat atau ujaran.
• Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik.
• Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa.
• Ciri lakuan bahasa itu mestilah dapat dilihat dan dirumuskan.
• Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem.
• Fungsi rumus tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik.

Topik 2
• Wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat selalunya didapati dalam struktur dan sistem yang teratur.
• Ayat sistem ialah ayat atau tutur yang dikeluar dan diasingkan daripada konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.
• Hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan, kata-kata penghubung (verbindings woorden) dan pengguguran (ellips). Kesatuan makna dalam wacana akan dilihat dari segi makna logik dan makna tautan.
• Makna tautan merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana.
• Terdapat persamaan dan perbezaan pendapat tentang definisi wacana yang diperoleh daripada ahli-ahli linguistik ataupun penulis.
• Wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan (cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat.
• Unsur-unsur penting dalam wacana adalah seperti satuan bahasa, terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi, berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata.
• Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana. Dengan itu kohesi adalah 'organisasi sintaktik'. Organisasi sintaktik merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan padat. Dengan susunan sebegitu, organisasi tersebut adalah untuk menghasilkan tuturan.
• Kohesi merupakan hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana, tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Dengan penguasaan dan juga pengetahuan kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wacana yang baik.
• Dalam kohesi, kaedah-kaedah yang digunakan berdasarkan penyampaian maklumat lama dan maklumat baru. Kaedah-kaedah itu adalah seperti kaedah perujukan, kaedah penggantian, kaedah pengguguran, kaedah konjungsi dan kohesi leksikal. Wacana juga dicirikan oleh kesinambungan maklumat yang diertikan sebagai kesatuan makna. Kesatuan makna dalam wacana ini pula dapat dilihat dari segi makna logik dan makna tautan.
• Tautan (cohesion) berbeza dengan keteraturan fikiran, ini bermaksud bahawa kohesi ataupun tautan adalah merupakan konsep semantik yang juga merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana. Manakala menurut Halliday dan Hasan (1976), tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu 'teks' itu berkesatuan.
• Hubungan makna, sama ada makna leksikal mahupun makna nahuan, perlu diwujudkan secara padu dalam kesatuan yang membentuk teks. Tautan makna dari dua sudut, iatu tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Tautan ataupun kohesi ini juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan cara menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur. Kaedah pertautan ini lebih dikenali dalam istilah perujukan, penggantian, pengguguran, konjungsi dan nahuan leksikal.
• Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kesepaduan dan sebagainya.
• Perujukan ataupun rujukan ini ialah merujuk kepada unsur sebelum atau selepas yang berkaitan dengan hubungan semantik. Perujukan ini dilihat dari dua sudut, iaitu perujukan Eksoforik dan Endoforik.
• Perujukan Eksoforik ini digunakan untuk merujuk kepada hal-hal yang mempunyai kaitan dengan situasi yang berkembang di depan penutur ataupun pendengar yang menerima mesej ataupun maklumat yang telah disampaikan kepadanya.
• Perujukan eksoforik ini menerangkan tentang situasi yang merujuk kepada sesuatu yang telah diidentifikasi dalam sesuatu konteks bagi sesebuah situasi.
• Perujukan eksoforik ini merupakan hal ataupun fungsi yang menunjukkan kembali kepada sesuatu yang ada di luar daripada sesebuah situasi.

Topik 3
• Suatu wacana mempunyai ciri-ciri koheren (keutuhan wacana), maksud pengirim, keboleh terimaan, memberikan informasi, situasi pengujaran dan intertekstualisasi.
• Koheren bermaksud keterikatan unsur-unsur dunia teks, terutamanya susunan gagasan atau konsep; berkat hubungan-hubungan yang mengetengahkan hal tersebut dan isi teks dapat difahami secara relevan.
• Koheren dapat dipertahankan apabila dipenuhi dengan aturan-aturan berikut:
a. Aturan pengulangan;
b. Aturan perkembangan;
c. Aturan hubungan; dan
d. Aturan yang tidak terkandung pertentangan.
• Untuk mempelajari wacana, terlebih dahulu perlu diketahui tentang teori komunikasi, sama ada unsur-unsurnya mahu pun kaedah komunikasi.
• Wacana merupakan satuan yang terlengkap dan terbesar atas ayat atau klausa dengan kerapian (koheren) berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir nyata yang disampaikan secara lisan atau bertulis.
• Kepaduan makna dan kerapian bentuk merupakan faktor penting untuk menentukan tingkat keterbacaan dan kefahaman wacana.
• Kepaduan dan kerapian merupakan unsur hakikat wacana, iaitu unsur yang turut menentukan keutuhan wacana.

Topik 4
• Pelajar tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan kesinambungan idea yang dikemukakan.
• Pelajar yang tersilap memilih penanda wacana akan mengakibatkan hilang pertautan isi dalam penulisan. Keadaan ini melemahkan pengolahan dan seterusnya mengakibatkan penyampaian penulisan menjadi kabur.
• Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap.
• Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
• Tiga jenis penanda wacana adalah:
a. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi;
b. Memperjitu organisasi penulisan; dan
c. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lain.
• Antara fungsi penanda wacana adalah:
a. Untuk menunjukkan maksud tambahan;
b. Untuk menunjukkan maksud sebaliknya;
c. Untuk menunjukkan sebab; dan
d. Untuk menunjukkan maksud ketika.

Topik 5
• Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandung format-format tertentu.
• Penulisan tersebut adalah seperti berikut:
a. Surat kiriman tidak rasmi;
b. Surat kiriman rasmi;
c. Dialog;
d. Syarahan;
e. Ucapan;
f. Laporan;
g. Berita;
h. Catatan harian; dan
i. Perbahasan.
• Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang ditulis tidak mengikut format yang ditetapkan, boleh menjejaskan konsep wacana.
• Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolah rendah dan menengah membabitkan kehendak atau peraturan penulisan, proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan.
• Peraturan wacana berformat:
a. Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai sekurang-kurangnya tiga isi minimum yang dikembangkan dengan huraian dan contoh atau bukti yang kukuh dan relevan dengan isu-isu semasa yang dikemukakan dan bertepatan dengan tajuk yang dipilih.
b. Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberi.
c. Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi agar terlihat kesinambungan idea antara ayat.
d. Murid juga perlu menggunakan penanda wacana dengan betul.
e. Murid juga harus menggunakan bahasa yang baik dan lancar agar tidak menampakkan ketergantungan idea.
f. Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang. Pemerengganan yang dicadangkan antara lima hingga tujuh perenggan dan menggunakan tanda baca yang betul dan tepat.
g. Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu atau dua kesalahan bahasa sahaja.
h. Murid harus menggunakan kepelbagaian ragam ayat dan penggunaan struktur ayat yang betul.
i. Gariskan perkara-perkara penting dan tentukan format yang dikehendaki jika penulisan berkehendakkan format.
j. Hasilkan peta minda atau membuat rangka penulisan sebelum menulis agar dapat membimbing pelajar/memberi contoh dalam menyusun isi/idea.
• Proses menulis pula adalah seperti berikut:
a. Pilihlah tajuk yang benar-benar difahami, sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan mengolah dan mengembangkan isinya. Pengetahuan tentang tajuk yang dipilih adalah dari segi:
i. Bentuk atau format penulisan
ii. Isi-isi
1. Laras bahasa
iii. Daripada penguasaan perkara-perkara tersebut, barulah dapat membuat pemilihan yang terbaik dan sekali gus mampu menghasilkan penulisan yang sempurna.
iv. Walau bagaimanapun, jika mempunyai pengetahuan tentang tajuk atau soalan yang diberi, tetapi tidak tahu kehendaknya, ini juga bukanlah satu pilihan yang baik dan tepat kerana ini akan memerangkap diri sendiri.
v. Begitu juga jika memiliki pengetahuan dan faham dengan kehendak soalan atau tajuk, tetapi tidak yakin akan kemampuan untuk menghurai atau mengembangkannya, maka itu juga bukan satu pilihan yang tepat.
vi. Oleh sebab itu, pilihlah tajuk atau soalan yang benar-benar difahami dan yakin boleh menguasainya.
vii. Untuk menguasai kemahiran tentang format karangan dan laras bahasanya, perlu memahami perbezaan format dan laras bahasa bagi penulisan yang pelbagai jenisnya dan perlulah rajin membuat latihan pelbagai jenis penulisan.
viii. Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentang sesuatu tajuk penulisan, murid perlu banyak membaca bahan bacaan, seperti buku ilmu pengetahuan, majalah, surat khabar dan sebagainya.
ix. Catatlah fakta daripada bahan bacaan yang dibaca, kemudian simpan dengan baik. Dengan cara ini, murid boleh membuat rujukan pada bila-bila masa.
b. Susunan penulisan berformat ialah:
i. Rangka ialah garis kasar bagi membentuk penulisan yang lengkap.
ii. Rangka penulisan berfungsi sebagai panduan untuk murid menulis.
iii. Rangka penulisan membantu murid:
1. Memastikan bahawa perkara-perkara yang dikemukakan tidak lari/terpesong daripada tajuk atau soalan.
2. Menyusun isi-isi/fakta mengikut susunan yang betul.
 Menghasilkan perenggan yang cemerlang.
 Menganggarkan bilangan patah perkataan dalam setiap isi yang dihuraikan/diolah.
 Memastikan had karangan ditulis mengikut arahan melebihi jumlah patah perkataan dikehendaki.
 Mengelakkan pengulangan fakta.
3. Rangka penulisan itu mestilah ringkas. Sebaik-baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting untuk menjimatkan masa.
iv. Secara umumnya, rangka sesuatu penulisan mestilah terdiri daripada:
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. Penutup
v. Pembinaan perenggan pula perlu disesuaikan dengan perkara-perkara berikut:
a. Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu isi yang lengkap dengan huraian dan contoh untuk mengukuhkan isi.
b. Huraian yang dimaksudkan ini ialah keterangan atau penjelasan berupa maklumat tambahan, ulasan dan sokongan tentang isi-isi tersebut.
c. Struktur perenggan yang baik ialah memulakan perenggan dengan menyatakan isi pokok, diikuti oleh huraian lanjut serta contoh yang dapat memperkukuh isi penting.
d. Walau bagaimanapun, binaan perenggan tidak semestinya tetap. Anda boleh juga memulakan perenggan itu dengan isi pokok.
e. Setiap isi dalam setiap perenggan mestilah mempunyai pertalian. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk mewujudkan kesinambungan isi.
f. Panjang setiap perenggan perlu seimbang. Sebaik-baiknya panjang pendahuluan dan penutup harus seimbang dengan isi.
vi. Proses penyemakan adalah seperti berikut:
. Proses akhir selepas menulis ialah menyemak atau menyunting. Perkara ini perlu dilakukan untuk memastikan segala aspek dalam penulisan dipatuhi.
a. Aspek yang perlu disemak atau disunting ialah kesalahan bahasa, jumlah perkataan, pemerengganan.
b. Ketika menyemak, pastikan tidak ada isi penting yang tertinggal.
c. Seandainya terdapat isi-isi penting yang tidak disertai contoh atau contoh yang disertakan itu agak lemah, tambahlah contoh yang lebih tepat.
d. Aspek bahasa yang perlu disemak ialah ejaan, tanda baca dan tatabahasa.
e. Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya, maka kemaskanlah tulisan kata-kata tersebut.
f. Penulisan yang disunting dengan baik akan memudahkan pembaca membaca dan mengesan isi; oleh yang demikian, penulisan akan menjadi mantap.
vii. Rangka penulisan meliputi contoh tentang pendahuluan, isi-isi dan penutup.

Topik 6
• Konsep wacana tak berformat dalam bahasa Melayu berfokus kepada pengujian kefahaman mengenai topik penulisan, pengujian kebolehan, kemahiran dan keupayaan untuk menarik minat pembaca, pengujian fikiran, pendapat dan idea-idea dan pengujian tentang pengukuran pembacaan.
• Sebelum membuat sesuatu penulisan, pelajar hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak sesuatu soalan. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang:
a. Pengenalan;
b. Isi-isi; dan
c. Penutup.
• Setiap penulisan wacana tak berformat juga mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan, hendaklah diperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Pelajar hendaklah mampu menarik perhatian pembaca supaya ingin membaca sesuatu penulisan itu. Pengenalan dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan penulisan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pembaca. Oleh itu, pastikanlah terlebih dahulu pembukaan penulisan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
• Isi hendaklah mengikut kehendak sesuatu topik. Penulisan perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat isi. Isi yang lebih tidak menjadi masalah, tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun denganteratur dan berkait antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Setiap isi perlu dikembang atau dihuraikan dan ada contoh/bukti. Sebaik-baiknya satu isi bagi satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiaptiap perenggan tidak semestinya sama panjang. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Hal ini demikian kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.
Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti penulisan tersebut, maka penutupnya juga hendaklah memberikan sesuatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu penulisan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan penulisan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu, penutup juga penting dalam tiap-tiap penulisan.
• Wacana tak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu dimaksudkan sebagai penulisan yang bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format. Walau bagaimanapun, penulisan jenis ini banyak berfokus kepada pencorakan idea dan kesinambungan yang kreatif.
• Ciri-ciri wacana tak berformat berkisar kepada penggunaan kaedah, penyusunan, proses semasa penulisan dan penyemakan.
• Penyusunan rangka penulisan:
a. Pilih mana-mana kaedah yang mudah untuk memperoleh isi.
b. Senaraikan semua isi penting secara ringkas.
c. Susun isi mengikut urutan kepentingannya.
d. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan
dihuraikan.
e. Isi penting jangan diulang-ulang.
• Semasa penulisan:
a. Semasa menulis, mulakan dengan pendahuluan terlebih dahulu dalam
satu perenggan.
b. Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta
dengan contoh.
• Bahagian-bahagian penulisan yang ideal:
a. Perenggan pendahuluan
b. Perenggan isi pertama
c. Perenggan isi kedua
d. Perenggan isi ketiga
e. Perenggan isi keempat
f. Perenggan penutup
• Penyemakan:
a. Setelah selesai menulis, murid perlu menyemak untuk memastikan sama ada terdapat tulisan yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
b. Baca berulang kali untuk memastikan ketepatan penulisan.
• Murid digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas, tepat dan padat berbanding ayat yang panjang. Hal ini demikian kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.

Biasakan diri untuk mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan. Aplikasi dalam pengajaran penulisan wacana tak berformat di sekolah rendah dan menengah kebiasaannya menjurus kepada konteks panduan dan kerangka.
• Contoh Panduan Penulisan Perbincangan / Pendapat:
a. Penulisan jenis ini tidak mempunyai format khusus.
b. Lazimnya, penulisan jenis ini menghendaki murid membincangkan sesuatu topik yang diberikan dengan berdasarkan pengalaman.
c. Bagi menulis karangan jenis ini, murid perlu mempunyai kemahiran berhujah dan pengetahuan yang luas tentang topik yang dibincangkan.
d. Hujah yang diberi mestilah logik untuk menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan dalam menghuraikan contoh berdasarkan isi.
e. Murid perlu mempunyai sikap yang rasional untuk membuat pertimbangan dan menghuraikan isu-isu yang sensitif.
• Bagi sesuatu topik, murid perlu bergantung kepada kehendak penulisan.
a. Sesuatu topik selalunya menghendaki murid:
i. mengemukakan hujah daripada satu pihak sahaja; atau
ii. mengemukakan hujah daripada dua pihak.
b. Contoh topik yang memerlukan murid mengemukakan hujah daripada satu pihak ialah: Bincangkan keburukan kedatangan pekerja asing ke negara ini.
c. Contoh topik yang memerlukan murid mengemukakan hujah daripada kedua-dua pihak ialah: Bincangkan kebaikan dan keburukan kehadiran pekerja asing ke negara ini.
d. Gunakan bahasa yang mudah, tepat, padat dan ringkas. Elakkan daripada menggunakan bahasa yang berbunga-bunga dan terlalu panjang.
e. Penulisan mesti mengikut kebiasaan format penulisan sebenar, iaitu terdapatnya pendahuluan, isi dan penutup, iaitu:
i. Pendahuluan - Membayangkan perkara yang ingin dibincangkan selanjutnya.
ii. Isi - Mengandungi hujah, ulasan dan pendapat tentang isu yang dikemukakan. Sertakan contoh yang sesuai.
iii. Penutup - Kesimpulan tentang isu yang dibincangkan.

Topik 7

• Wacana argumentatif biasanya digunakan untuk mempengaruhi penerima pesan (adressee) agar melakukan perubahan sikap dan tindakan. Di dalam wacana ini, yang terpenting adalah fungsi ajakan (appeal) yang terdapat pada mana-mana model organon Bühler, iaitu disebut sebagai aspek signal bahasa, iaitu penerima pesan mengesan sesuatu daripada pesanan.
• Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai wacana persuasif yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.
• Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi atau berbentuk propaganda, wacana persuasif adalah wahana dalam penulisan untuk mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai.
• Secara umumnya, kemahiran dalam wacana persuasif melibatkan:
a. Penguasaan tatabahasa
b. Penggunaan pelbagai ragam bahasa
c. Penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik(
d. Penguasaan corak dan bentuk penulisan
• Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi seseorang, wacana yang terhasil merupakan manifestasi yang dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Di samping itu, struktur wacana persuasif pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Wacana persuasif dikembangkan kepada empat cara, iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.
Induktif Mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk khusus dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan.
Deduktif Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang khusus.
Analogi Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan antara dua perkara atau senario.

• Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi atau berbentuk propaganda, persuasif adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai. Secara umumnya, kemahiran persuasif melibatkan penguasaan tatabahasa, penggunaan pelbagai ragam bahasa, penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik dan penguasaan corak dan bentuk penulisan.
• Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikan perhatian dalam penggunaan persuasif. Yang pertama, seseorang penghasil wacana perlu menguasai sesuatu bahasa dengan baik. Kedua, penghasil wacana mestilah tahu akan perkara atau tajuk yang hendak disampaikan dengan bahasa tersebut.
• Persuasif pemerian bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas kepada khalayak seperti dalam pelukisan.
• Dalam persuasif pemerian, penghasil wacana memindahkan pengamatan dan perhatiannya kepada khalayak. Bahan yang dipindahkan termasuklah imej, hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, latar dan sebagainya. Pemerian seharusnya dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.
• Untuk menghasilkan wacana dengan persuasif pemerian, penghasil wacana boleh memberikan gambaran secara realistik atau impresionistik. Selain bentuk prosa, persuasif pemerian juga terdapat dalam bentuk puisi.
• Persuasif pemujukan dikenal juga sebagai persuasif pengaruhan.
• Dalam persuasif pemujukan, penulis atau penutur berusaha untuk mengubah dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan pembaca atau pendengar.
• Persuasif pemujukan mementingkan kehalusan berbahasa dengan menyelitkan unsur-unsur psikologi serta perbandingan kebaikan dan keburukan.
• Salah satu ciri penting dalam persuasif pemujukan ialah penghasil wacana akan memainkan emosi penerima wacana.
• Dengan memanipulasikan emosi khalayak, penghasil wacana berharap pendirian penerima wacana akan berubah, lalu bertindak mengikut kehendak penghasil wacana.
• Persuasif pemujukan juga sering menggunakan bahasa yang manis dan menarik. Penggunaan bahasa yang demikian terdapat dalam iklan yang menggunakan persuasif pemujukan.
• Persuasif pemujukan memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain. Persuasif penerangan bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penguna wacana.
• Persuasif pemujukan dikatakan bersifat informatik.
• Dalam lisan, persuasif penerangan menyampaikan maklumat dan mesej tertentu dengan intonasi dan nada yang menarik.
• Persuasif penerangan menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas supaya orang yang diberi penerangan mengetahui dan memahami maklumat yang dsampaikan.
• Persuasif ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam bentuk penulisan mahupun lisan. Selain itu, gaya naratif ini boleh ditemui pada laporan akhbar, laporan aktiviti, minit mesyuarat atau ceramah syarahan yang menerangkan sesuatu.
• Persuasif penceritaan menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik.
• Persuasif penceritaan digunakan dalam penulisan cerpen, novel, autobiografi, lipur lara, hikayat dan sebagainya. Persuasif ini mengandung empat prinsip yang bertalian iaitu kesatuan, pertautan, penekanan dan gaya bahasa yang menarik.
• Persuasif pendedahan merujuk kepada satu teknik pemakaian bahasa yang menampakkan sesuatu perkara atau topik sehingga perkara atau topik tersebut dapat diketahui dan difahami oleh khalayak. Selain pendedahan, persuasif ini juga dikenali sebagai persuasif penjelasan.
• Hal ini demikian kerana tujuan persuasif adalah untuk memberikan pemahaman kepada khalayak.
• Dalam persuasif pendedahan, penghasil wacana berusaha memindahkan ideanya kepada khalayak secara berkesan. Biasanya idea sering dijelaskan adalah dengan menggunakan persuasif pendedahan, iaitu idea yang berkaitan dengan definisi, konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses dan dasar tertentu.
• Sama seperti persuasif pemujukan, persuasif penghujahan juga tergolong sebagai persuasif pengaruh.
• Persuasif penghujahan turut dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek.
• Perbezaan lain antara persuasif pemujukan dengan persuasif penghujahan adalah dari segi pendekatan. Dalam hal ini, persuasif pemujukan agak agresif sehingga menghendaki khalayak bertindak mengikut kemahuan penghasil wacana.
• Persuasif penghujahan hanya memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang dikemukakan.
• Khalayak dianggap orang yang sangat bijak, objektif dan berkemampuan membuat penilaian sendiri terhadap sesuatu usul.
• Terdapat tiga unsur penting dalam persuasif penghujahan, iaitu kenyataan tesis, premis dan khalayak.
• Umumnya, persuasif penghujahan boleh memanfaatkan teknik penyampaian idea secara deduksi dan induksi. Persuasif penghujahan sering digunakan dalam perbahasan, perbicaraan, forum, tesis, kertas kerja dan latihan ilmiah.
• Prinsip-prinsip persuasif ini adalah berlandaskan Sistem Teoritikal Koheren, iaitu segala bentuk pendapat, penyusunan dan gaya penyampaian adalah berkaitan.
• Berkaitan antara satu idea merupakan satu proses pemikiran yang penting untuk melahirkankesinambungan dalam penulisan. Setiap pendapat adalah saling berhubungan dengan simbolik penjelmaan dalam proses berfikir. Proses pemikiran yang tidak logik juga penting dalam proses penulisan.
• Proses penulisan adalah satu proses yang murni. Murni jika penulisan mengikut ketepatan tajuk.
• Proses menulis bermula daripada satu pergerakan idea yang tidak dikenali keseluruhannya kepada yang diketahui keseluruhannya. Pengulangan dalam proses perubahan adalah daripada bentuk terhad kepada luas. Pembentukan wacana adalah penting dalam setiap bahagian penulisan.
• Analisis sintagmatik dan paradigmatik juga sangat penting untuk mengembangkan wacana dalam proses penulisan.
• Dalam memperkatakan persuasif penulisan, aspek yang utama adalah frasa penghubung dan kata rujukan.
• Dalam kemahiran menulis, terdapat beberapa subkemahiran yang perlu sekiranya mahu menghasilkan penulisan yang berkualiti baik. Antara subkemahiran yang penting adalah kemahiran sintaksis pada peringkat ayat yang merupakan perkara utama dan paling asas dalam ekspresi dan penyampaian idea.
• Perenggan-perenggan yang baik tidak dapat dibina tanpa ayat-ayat yang efektif untuk menyampaikan hasrat dan maksud penulis.
• Satu gejala universal wujud dalam berbahasa sesuatu sama ada tentang manusia, benda atau hal tidak akan dipergunakan berulang kali dalam konteks yang sama.
• Pengulangan kata yang sama tanpa satu tujuan yang jelas akan menimbulkan rasa kurang selesa.
• Kata ganti tersebut timbul untuk menghindari pengulangan dalam ayat berikutnya. Dengan demikian, kata rujukan atau kata ganti dapat berfungsi untuk menjadi kesepaduan yang baik dan teratur antara ayat-ayat yang membina sesuatu penulisan.
• Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh penghasil wacana untuk menyampaikan idea dengan berkesan dalam sesebuah penulisan. Antaranya ialah takrifan, pencerakinan, analogi, petikan, deduksi dan induksi.
• Pendekatan persuasif menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting dalam sesuatu penulisan.
• Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisan terletak kepada input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logik serta kemahiran menulis yang dimilikinya. Kesemua elemen ini akan merangkumkan perenggan-perenggan penulisan.
• Kemahiran persuasif merupakan kemahiran menulis yang diperlukan oleh seseorang penulis sebelum dapat menghasilkan penulisan yang berkesan serta idea yang jelas dan tepat.
• Kemahiran persuasif memerlukan latihan yang sistematik dan berterusan. Penulis yang telah dapat menguasai kemahiran persuasif pastinya akan dapat menghasilkan penulisan yang bermutu dan menarik. Dalam penulisan surat rasmi, persuasif yang digunakan ialah persuasif penerangan, iaitu persuasif yang menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas supaya orang yang diberikan penerangan mengetahui dan memaklumi maklumat yang disampaikan.
• Dalam penulisan rencana, persuasif yang digunakan ialah persuasif penerangan, pendedahan dan penghujahan. Persuasif tersebut digunakan dalam rencana adalah untuk menyampaikan maklumat dan mesej tertentu dengan intonasi dan nada yag menarik, memberi pemahaman dan hujah yang logik.
• Bagi penulisan laporan dan minit mesyuarat, persuasif yang digunakan adalah persuasif penerangan untuk memberikan maklumat kepada pembaca, sekali gus bersifat informatif. Dalam persuasif jenis ini, bahasa formal yang jelas dan tepat digunakan untuk memberikan penerangan terhadap maklumat yang disampaikan. Ulasan dan komentar juga menggunakan persuasif penerangan dalam penulisannya.
• Pengumuman dan pengacaraan majlis menggunakan persuasif penerangan dan pendedahan.
• Persuasif penerangan bertujuan memberikan maklumat kepada pendengar dan mesej serta maklumat disampaikan dengan nada dan intonasi yang menarik.
• Persuasif pendedahan pula berfungsi untuk memberikan pemahaman kepada khalayak supaya khalayak dapat memahami sesuatu topik.

Topik 8
• Beberapa definisi dan pendapat daripada pakar-pakar bahasa tentang wacana deskriptif. Dalam pengertian linguistik, wacana deskriptif adalah kesatuan makna (semantik) antara bahagian dalam sesuatu binaan bahasa.
• Wacana deskriptif berfungsi sebagai kesatuan makna dan dilihat sebagai pembina bahasa yang utuh. Hal ini demikian kerana setiap bahagian dalam wacana tersebut saling berhubungan dan padu kedudukannya. Selain dibina atas hubungan makna antara satuan bahasa, wacana deskriptif juga terikat dengan konteks.
• Kontekslah yang dapat membezakannya dengan wacana lain yang digunakan dalam pemakaian bahasa komunikasi dan bahasa yang bukan untuk tujuan komunikasi.
• Wacana deskriptif adalah komunikasi kebahasaan yang terlihat sebagai pertukaran antara penutur dengan pendengar, juga sebagai aktiviti personal, iaitu bentuknya ditentukan oleh tujuan sosial.
• Wacana deskriptif adalah komunikasi lisan dan tulisan yang dilihat daripada penghayatan, nilai dan kategori dalamannya. Wacana deskriptif juga sebagai bidang daripada semua pernyataan. Kadangkala turut dikenali sebagai kelompok pernyataan atau praktik kebiasaan dan dilihat daripada sejumlah pernyataan.
• Wacana deskriptif sebagai cara objek atau idea dibincangkan secara terbuka kepada awam sehingga menimbulkan pemahaman tertentu yang tersebar luas.
• Wacana deskriptif dapat dilihat daripada tahap teoritikal konseptual, konteks penggunaan dan kaedah penjelasan.
• Wacana deskriptif diertikan sebagai domain daripada semua pernyataan, iaitu semua ujaran atau teks yang mempunyai makna dan kesan dalam dunia nyata. Wacana deskriptif menurut konteks penggunaannya merupakan sekumpulan pernyataan yang dapat dikelompokkan dalam kategori teoritikal konseptual tertentu. Menurut kaedah penjelasannya, wacana deskriptif merupakan suatu praktik yang diatur untuk menjelaskan sejumlah pernyataan.
• Wacana deskriptif merupakan suatu pernyataan atau rangkaian pernyataan yang dinyatakan secara lisan ataupun tulisan serta memiliki hubungan makna antara satuan bahasanya serta terikat kepada konteks. Dengan demikian, apapun bentuk pernyataan yang disalurkan melalui pelbagaian media, makna konteks dikatakan sebagai sebuah wacana deskriptif.
• Klasifikasi wacana lain berdasarkan fungsi bahasa, seperti dijelaskan berikut:
a. Wacana ekspresif – wacana ini bersumberkan gagasan penutur atau penulis sebagai saranan ekspresi, seperti wacana pidato.
b. Wacana fatis – wacana ini bersumberkan saluran untuk melancarkan komunikasi.
c. Wacana informasi – wacana ini bersumberkan pesanan atau informasi, seperti wacana berita dalam media massa.
d. Wacana estetik – wacana ini bersumberkan pesanan dengan tekanan keindahan, seperti wacana puisi dan lagu.
e. Wacana direktif – wacana ini diarahkan pada tindakan atau reaksi daripada mitra penutur atau pembaca, seperti wacana khutbah.
• Berdasarkan saluran komunikasi, wacana lain dapat dibezakan atas wacana lisan dan tulisan. Wacana lisan memiliki ciri, iaitu adanya penutur dan mitra penutur bahasa yang dituturkan serta pertukaran pertuturan dengan bermula daripada giliran bicara.
• Wacana tulisan dicirikan dengan adanya penulis dan pembaca, bahasa yang ditulis dan penerapan sistem ejaan.
• Wacana lain juga dapat dibezakan berdasarkan cara pemaparannya, iaitu yang terdiri daripada wacana naratif, wacana ekspositoris, wacana hortatoris dan wacana prosedural.
• Setiap wacana memiliki tema sebab.
• Tema merupakan hal yang diceritakan sepanjang isi wacana. Tema menjadi acuan atau ruang lingkup agar isi wacana teratur, terarah dan tidak menyimpang. Sebelum menulis wacana, seseorang harus terlebih dahulu menentukan tema, setelah itu barulah tujuan.
• Tujuan ini berkaitan dengan bentuk atau model isi wacana. Tema wacana akan diungkapkan dalam corak atau jenis tulisan seperti bergantung pada tujuan dan keinginan si penulis.
• Kerangka penulisan bermanfaat adalah seperti berikut:
a. Pedoman agar penulisan dapat teratur dan terarah.
b. Menggambarkan pola susunan dan kaitan antara pemikiran pokok / topik.
c. Membantu penulis melihat adanya pokok kebahasaan yang menyimpang daripada topik dan adanya pemikiran pokok yang sama.
d. Menjadikan gambaran secara umum tentang struktur idea penulisan sehingga membantu pengumpulan bahan-bahan yang diperlukan.
• Kaedah penyusunan kerangka penulisan supaya efektif, iaitu seperti berikut:
a. Menentukan tema/topik penulisan.
b. Menghayati tema dalam topik-topik/subtema.
c. Mengembangkan topik-topik menjadi subtopik.
d. Mengintegrasikan beberapa subtopik.
e. Menyelaraskan topik dan subsubtopik.
f. Menentukan pola pengembangan penulisan.
• Kerangka Penulisan dapat ditulis dalam dua bentuk, iaitu seperti berikut:
a. Kerangka kalimat adalah kerangka penulisan yang disusun dalam bentuk kalimat lengkap yang menggarap idea-idea pokok penulisan.
b. Kerangka topik adalah kerangka penulisan yang digarap dalam bentuk frasa dan klausa sehingga tampak lebih praktik.
• Narasi adalah cerita yang didasarkan pada urutan suatu kejadian atau peristiwa. Narasi dapat berupa fakta, misalnya biografi (riwayat seseorang), riwayat hidup seseorang yang ditulisnya sendiri atau kisah pengalaman. Narasi seperti ini disebut dengan narasi ekspositoris.
• Unsur-unsur penting dalam sebuah narasi adalah:
a. Kejadian
b. Tokoh
c. Konflik
d. Alur / plot
e. Latar yang terdiri atas latar waktu, tempat dan suasana.
• Narasi dihuraikan dalam bentuk penceritaan yang ditandakan oleh adanya huraian secara kronologis (urutan waktu). Penggunaan kata hubung yang menyatakan waktu atau urutan, seperti lalu, selanjutnya, keesokan harinya, atau setahun kemudian kerap digunakan.
• Tahap menulis narasi, iaitu sebagai berikut:
a. Menentukan tema cerita.
b. Menentukan tujuan.
c. Mendaftarkan topik atau gagasan pokok.
d. Menyusun gagasan pokok menjadi kerangka penulisan.
e. Secara kronologis atau urutan waktu.
f. Mengembangkan kerangka menjadi penulisan.
• Kerangka penulisan yang bersifat naratif dapat dikembangkan dengan pola urutan waktu. Penyajian berdasarkan urutan waktu adalah urutan yang didasarkan pada tahap-tahap peristiwa atau kejadian. Pola urutan waktu ini sering digunakan pada cerpen, novel, cinta, kisah perjalanan, cerita sejarah dan sebagainya.
• Tahap penulisan eksposisi:
a. Menentukan objek pengamatan
b. Menentukan tujuan dan pola eksposisi
c. Mengumpulkan data atau bahan
d. Menyusun kerangka penulisan
e. Mengembangkan kerangka menjadi penulisan
• Pengembangan kerangka penulisan berbentuk eksposisi yang berpolakan penyampaian berikut:
a. Urutan topik yang ada:
Pola urutan ini berkaitan dengan penyebutan bahagian-bahagian bagi sesuatu benda, hal atau peristiwa tanpa mengecualikan yang terpenting. Semua bahagian dianggap bernilai sama.
b. Urutan klimaks dan antiklimaks:
Pola persembahan dimulai dari hal yang mudah / yang sederhana menuju kepada hal yang semakin penting atau puncak peristiwa dan sebaliknya bagi antiklimaks.

Topik 9
• Murid boleh mendapat markah penuh bagi aspek isi jika penulisan mempunyai perkara yang ditetapkan, iaitu pengenalan, isi yang lebih daripada tiga dan penutup.
• Murid juga akan memperoleh markah penuh bagi aspek bahasa jika penulisan mengandungi wacana yang mantap, selain tidak melakukan sebarang kesalahan.
• Sekiranya penulisan tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak 3 markah boleh ditolak daripada markah keseluruhan.
• Bagi penulisan yang terpesong pula, hanya 5 markah sahaja diberi.
• Beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik.
• Fahami kehendak soalan dan format penulisannya (jika karangan berformat).
• Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi.
• Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup. Pelbagai cara mencatat isi, antaranya menggunakan konsep peta minda dan penomboran.
• Menulis berdasarkan isi/kerangka penulisan. Patuhi format (jika berkaitan).
• Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat.
• Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti dengan penjelasan atau keterangan lanjut serta contohnya. Memadai dengan tiga atau empat ayat.
• Penutup juga ringkas sebagai rumusan atau kesimpulan. Memadai dengan satu atau dua ayat.
• Baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama semak pelbagai perkara, iaitu:
a. Format
b. Isi / Huraian
c. Imbuhan
d. Struktur Ayat
e. Ejaan
f. Tanda Baca
g. Perbendaharaan Kata
• Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan.
• Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti penulisan tersebut, maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca.
• Penutuplah yang menjadi wacana kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu penulisan.
• Dalam penutup digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk.



Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP