info terkini

 

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Rabu, 24 Februari 2010

JADUAL PEMBELAJARAN STRATEGI GENERATIF

3.1.1 – Mata Pelajaran Bahasa Melayu ( 1 jam ) 8.00 pagi – 10.00 pagi

3.1.2 – Tajuk – Asal Usul Nama Sabak Bernam

3.1.2 – Kumpulan Sasaran – Tahun 6 ( 40 orang murid )

3.1.3 – Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
a) Menyatakan maksud yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan
perkataan sendiri dalam bentuk ayat mudah.
b) Menjelaskan maksud diksi, frasa, ungkapan dan ayat secara bertulis.
c) Membaca dengan gaya sebutan dan intonasi yang betul bersesuaian
dengan petikan.
d) Menyambung dan menyusun cerita mengikut keutamaan menggunakan
penanda wacana.

3.1.4 – Mod Pembelajaran
a) Mod Tutorial
i) Pembelajaran Individu.
ii) Belajar ikut kemampuan sendiri.
iii) Meningkatkat Motivasi.
iv) Penyeliaan yang minimum.

b) Mod Penerokaan
i) Pelajar/murid bebas memilih gaya/haluan pembelajaran.
ii) Pelajar/murid aktif membina pengetahuan.
iii) Peluang menangani masalah sebenar.
iv) Sesuai dengan konsep pembelajaran terkini konstruktivis/
kecerdasan pelbagai.

c) Mod Aplikasi
i) Pelajar atau murid dapat mengaplikasikan kemudahan ICT dalam
pelajaran.
ii) Memudahkan tugasan yang diberi.

d) Mod Komunikasi
i) Pembelajaran kolaboratif.
ii) Meningkatkan pengelibatan pelajar/murid.
iii) Mampu berkomunikasi terus dengan pakar dari seluruh dunia.

Read more...

Sabtu, 20 Februari 2010

Perasmian Laman Blog Interaktif HEMsksa16

Catatan sejarah hari ini bahawa

Laman Blog HEM SK Shah Alam dengan ini telah dirasmikan dengan penuh gilang gemilang Bersempena dengan Mesyuarat Agung PIBG ke-32, dengan rasa bangga Laman Blog HEM di...


DISEMPURNAKAN SECARA RASMI OLEH :
Yang Berbahagia
TUAN HAJI YUSOFF BIN HM HANIFF
Setiausaha Politik kepada
YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yasin
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Pada : 20 Februari 2010



Penggunaan blog juga merupakan salah satu daripada mekanisma popular yang sering digunakan oleh pengguna komputer untuk membincangkan sesuatu isu. Tahap populariti blog ini telah pun sampai ke suatu peringkat di mana semua warga sksa dan masyarakat setempat wajar mengetahui serba sedikit mengenainya.


PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

kepada
Yang Berbahagia
TUAN HAJI YUSOFF BIN HM HANIFF
kerana telah menyempurnakan perasmian
BLOG HEM SK SHAH ALAM 2010


info, gambar dan catatan menarik
akan diterbitkan pada hari selasa 22/2/2010
tunggu.....

Read more...

Selasa, 16 Februari 2010

RPH TAHUN 5 – KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN

1. Kesihatan diri
Amalan asas kesihatan diri dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang.
Amalan asas kesihatan
(i) Kebersihan tubuh badan
(ii) Kebersihan pakaian
(iii) Kebersihan alatan keperluan diri

2. Kekeluargaan
Ciri-ciri perbezaan antara generasi.
Jurang generasi
• Perbezaan pendapat
• Perbezaan amalan

HASIL PEMBELAJARAN
Murid dapat:

ARAS 1
• Menyenaraikan cara menjaga kebersihan tubuh badan, pakaian dan alatan.
ARAS 2
• Menjelaskan kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan, pakaian dan alatan.
ARAS 3
• Membuat kesimpulan tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri.

ARAS 1
• Menyatakan peranan dan tanggungjawab kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
ARAS 2
• Menerangkan perbezaan pendapat dan amalan yang berkaitan dengan jurang generasi.
ARAS 3
• Membincangkan cara-cara untuk merapatkan jurang generasi.

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Guru boleh merujuk cadangan berikut bagi mencapai hasil pembelajaran. Guru juga boleh mencadangkan aktiviti pembelajaran lain mengikut kebolehan murid.

• Perbincangan dalam kumpulan kecil.
• Menyediakan senarai semak tentang kebersihan diri.
• Menunjukkan perkataan ketiga-tiga amalan asas kesihatan diri.
• Perbincangan dalam kumpulan kecil.
• Main peranan.
Lakonan


Contoh RPH yang boleh dijadikan panduan untuk Tugasan HBHE2203
Ini RPH tahun 1 dan boleh diubah untuk tahun 5


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN


Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan
Tarikh : 25 Mac 2009
Hari : Rabu
Masa : 7.45 pg – 8.15pg (30 minit )
Tahun : 1 Bistari
Bilangan Murid : 24 Orang ( 10 lelaki & 14 perempuan)
Tunjang : Kesihatan Diri dan Keluarga (Tahap 1)
Tajuk : Kesihatan Diri
Sub Tajuk : Mengenali Bahagian-Bahagian Anggota Badan
Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran murid dapat:
• Kognitif :
1. Mengenali bahagian-bahagian dan fungsi-fungsi anggota badan.
2. Menyatakan secara lisan bahagian-bahagian anggota badan.
• Afektif :
1. Berasa seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran
2. Bekerjasama dengan ahli kumpulan menulis semula semua anggota dan fungsi badan.
Pengetahuan sedia ada :
1. Murid pernah mengenali anggota badan dan fungsinya hasil didikan awal keluarga.
2. Murid mempunyai pendedahan awal semasa pra sekolah
Penggabungjalinan : Sains (Fungsi tubuh badan Manusia) ,Lukisan (Melakar bentuk Anggota badan),
dan Muzik (Nyanyian)
Penerapan Nilai : Kerjasama, tanggungjawab & menyayangi diri sendiri
Alat Bantu Mengajar : Kertas soalan, Gambarajah, kertas Mahjong


Langkah/ Masa
• Set induksi
(5 minit)
Aktiviti/ Kaedah
• Guru menunjukkan gambarajah anggota badan kepada murid-murid.
• Guru mengadakan sesi soal jawab sebagai menguji pengetahuan sedia ada murid:-
Namakan bahagian-bahagian anggota badan yang anda ketahui
Guru memberi penerangan kepada murid tentang gambarajah tersebut
Butir Mengajar
1. Murid melihat poster yang dipamerkan oleh guru disudut yang disediakan.
2. Murid-murid memberitahu nama bahagian anggota badan yang ditunjuk oleh guru.
 Bahagian kepala
 Bahagian tangan
 Bahagian abdomen
 Bahagian kaki
3. Murid meneliti gambarajah yang ditunjukkan.

Langkah/ Masa
• Perkembangan
Langkah 1
(7 minit)
Aktiviti/ Kaedah
• Guru menerangkan fungsi anggota badan kepada murid
 Bahagian kepala
 Bahagian tangan
 Bahagian abdomen
 Bahagian kaki
Butir Mengajar
1) Murid mendengar penerangan guru

Langkah/ Masa
• Langkah 2
(5 minit)
Aktiviti/ Kaedah
• Guru menerangkan akibat kecuaian menjaga kesihatan diri.
• Guru berbincang bersama murid bagaimana cara menjaga kesihatan diri:
 Bahagian kepala
 Bahagian tangan
 Bahagian abdomen
Bahagian kaki
Butir Mengajar
• Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
• Murid-murid memberikan pendapat masing-masing berdasarkan pengalaman

Langkah/ Masa
• Langkah 3
(10 minit)
Aktiviti/ Kaedah
• Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan
• Guru mengedarkan kertas soalan gambarajah anggota badan kepada setiap kumpulan.
• Guru mengedarkan kertas Mahjong kepada kumpulan yang sama dan
• Murid dikehendaki melukiskan gambarajah anggota badan manusia keseluruhannya.
• Guru mempamerkan hasil lukisan terbaik.
• Guru dan murid sama-sama menyanyikan lagu ”kalau rasa gembira” menggunakan pergerakan tangan, kaki, badan dan sebagainya (anggota badan)

Butir Mengajar
1. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid
2.Setiap kumpulan dikehendaki melabelkan gambarajah anggota badan dan fungsi-fungsinya.
• Murid melukis gambarajah bahagian anggota badan manusia keseluruhannya.
• Murid bekerjasama menghasilkan lukisan bahagian anggota badan dengan baik
• Murid bersama-sama guru menyanyi bersama

Langkah/ Masa
• Penutup
(3 minit)

Aktiviti/ Kaedah
Rumusan isi pelajaran daripada guru

Butir Mengajar
Beberapa orang murid akan ditanya berkaitan kefahaman terhadap isi pelajaran.

Catatan/ ABM
Gambarajah
Perbincangan antara guru dan murid.
• Kertas soalan
• Hasil kerja berkumpulan
(melibatkan keseluruhan kelas)
• Kertas Mahjong
• Hasil kerja berkumpulan
(melibatkan keseluruhan kelas)
Penggabungjalinan
Pendidikan Muzik

Read more...

Isnin, 15 Februari 2010

CETAKAN


CETAKAN


Cetakan terbahagi kepada 4 iaitu :
1. Cetakan Timbulan : blok kayu atau blok lino
2. Cetakan Benaman : blok logam (intaglio)
3. Cetakan Datar/planografi : blok batu kapur
4. Cetakan Sarigrafi/stensil : blok sutera saring.

Terdapat pula 3 jenis teknik cetakan sarigrafi :
1. kertas pendua
2. profilem/filem leker
3. foto emulsi/skrin foto

Video di bawah tentang cetakan timbulan menggunakan blok lino :


Read more...

Ahad, 14 Februari 2010

FORMAT ASSIGNMENT HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN sem 5 2010

Tajuk yang dipilih : CETAKAN


SOALAN 1

Pra Kata

Isi Kandungan
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
1.2 Tokoh mesti orang Malaysia
Contoh – Juhari Muhammad Said / Redza Piyadasa (1939)
1.3 Fomalistik – biodata
1.4 Representasi – persembahan / bahan
1.5 Subjek Metter – tema / tajuk
1.6 Pengaruh dan pertahankan budaya – hasil karya dipengaruhi budaya melayu / cina / india (pengaruh luar)
1.7 Emosi – marah / berani
1.8 Keaslian – asli / ciplak
1.9 Kerativiti – pandangan sendiri
1.10 Contoh-contoh hasil karya


SOALAN 5

PowerPoint
1. Tentang seni cetakan – penerangan sahaja
2. Pengunaan dalam P & P selama 60 minit
3. Isi kandungan
3.1 Pengertian / Definisi Cetakan
3.2 Jenis-jenis cetakan
3.3 Huraian
3.4 Unsur-unsur seni
3.5 Prinsip-prinsip seni – garisan, ruang dsb
3.6 Gambar-gambar cetakan




KESIMPULAN DAN PENUTUP

BIBLIOGRAFI - APA System
- Rujukan internet
- Lampiran - CD powerpoint



Read more...

TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) – PROGRAM KERJASAMA PJJKPM DAN OPEN UNIVERSITY MALAYSIA




Rujukan kami : REG-RK-750-31

Tarikh : 13 Feb 2010


Tuan/Puan

TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) – PROGRAM KERJASAMA PJJKPM DAN OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


Adalah dimaklumkan bahawa tempoh pengajian program Sarjana Muda Pengajaran (SMP) kemasukan Kohot 5 yang bermula pada semester September 2008 akan tamat pada 30 April 2012.


Sehubungan dengan itu kami mohon supaya pihak tuan/puan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi tujuan tajaan dan perjanjian.


Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.


Yang benar,


KAMARIAH MOHD. NOOR
Pendaftar

Read more...

Selasa, 9 Februari 2010

REDZA PIYADASA

Malay Couple: Redza Piyadasa(1988), Mixed media collage, 60 x 50 cm

Menerusi catan ini kelihatan seorang lelaki yang berambut putih, berkot, seluar dan berkasut coklat muda serta memakai tali leher sedang berdiri disisi seorang wanita muda yang sedang duduk di kerusi. Wanita tersebut memakai baju warna biru dan kain batik berserta kasut biru. Mereka kelihatan seperti sedang bersiap sedia untuk diambil gambarnya. Catan ini berlatarkan tumbuh-tumbuhan dan garis-garis pelbagai warna.

Makna
Lelaki yang berambut hitam keputihan ini menunjukkan umurnya yang sudah sedikit lanjut dan berdiri di sisi seorang wanita menunjukkan mereka sepasang suami isteri. Berdirinya lelaki ini disisi perempuan yang sedang duduk menunjukkan rasa sayang dan sentiasa menjaga isterinya dengan baik. Daun-daun dan warna-warna kehijauan menunjukkan nilai-nilai kebahagian sepasang suami isteri.

Cerita

Di sini Redza Pyadasa ingin menyampaikan tentang kebahagiaan sepasang suami isteri dan nilai kasih sayang seorang suami kepada isterinya dan seorang isteri kepada suaminya dari awal dan selamanya.

Ekspresif

Di dalam karya ini menunjukkan rasa gemberi dan teruja pengkarya pada kebahagiaan pasang suami isteri tersebut dan mengabadikannya di dalam karyanya sendiri.


REDZA PIYADASA
lahir pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang. Berpendidikan awal di Sekolah Abdullah, Kuantan dari 1945 hingga 1956 dan menerima anugerah Cambridge Overseas School Certificate (Grade One) dalam tahun 1957.
Dari tahun 1958 hingga 1959, beliau menyambung pelajaran di Malayan Teachers' College, Brinsford Lodge, England dan menerima ‘Certificate in Education’ dari Institute of Education, University of Birmingham, England. Pengajiannya diteruskan di Hornsey College of Art, London, England dari 1963 hingga 1967 sehingga dianugerahkan Diploma in Art and Design (U.K.)
Beliau kemudiannya menjalani Post-Graduate Studies at the Art Department of the University of Hawaii, at Honolulu, Hawaii dari tahun 1975-1977 dengan pengkhususan dalam bidang Asian Art History Studies dan Graduate Sculpture Studies sebelum dianugerahkan Master of Fine Arts Degree (M.F.A.)
Selain itu, Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture Learning Institute, East-West Center, Honolulu dari tahun 1975-1977 yang di akhirnya memberi anugerah Graduate Certificate of the East-West Center
Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima Anugerah “PRINCE CLAUS AWARD” pada tahun 1998
Pada tahun 60an dan 70an, Redza Piyadasa bertanggungjawab mengisi suatu kelompongan seni yang serius, tatkala di waktu itu hampir tiada perdebatan tentang subjek sejarah atau kritikan seni di Malaysia. Sumbangan besar beliau di dalam bidang tersebut sememangnya membawa kesan yang besar di dalam persejarahan seni tanahair. Melalui penulisan-penulisan beliau mahu pun karya-karya seni tampaknya, Piyadasa meneliti konteks kesenian serta hubungkaitnya untuk pengstrukturan semula tradisi serta nilai seni.

Read more...

Isnin, 8 Februari 2010

FORMAT ASSIGNMENT HBML2203 BM sem 5 2010

termenung memikirkan tugasan kali ni....

Tajuk yang dipilih : STRATEGI MEDIATIF DALAM PEMBELAJARAN BESTARI

Pra Kata

Isi Kandungan
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
1.2 Definisi Konsep – cth Strategi Mediatif
1.2.1 Strategi mediatif – mengikut pandangan …..
1.2.2 Pembelajaran Bestari – maksud

2.0 STRATEGI MEDIATIF DALAM PEMBELAJARAN BESTARI
2.1 Ciri-ciri strategi Mediatif
2.2 Langkah-langkah Pengajaran Mediatif
2.2.1 Penerangan / Pra penerangan
2.2.2 Proses pembelajaran
2.2.3 Pasca pembelajaran

3.0 JADUAL PEMBELAJARAN STRATEGI MEDIATIF
3.1.1 Tajuk pelajaran – cth warisan budaya kita
3.1.2 Kumpulan sasaran – tahun 4
3.1.3 Objektif Pembelajaran
3.1.4 Mod pembelajaran
3.1.5 Pengetahuan sedia ada – cth murid tahu/ pengalaman sendiri
3.1.6 Kemahiran Generik
3.1.7 Kandungan pembelajaran – synopsis/huraian/permainan bahasa
3.1.8 Aktiviti pembelajaran – apa yang diajar/tajuk cth ujian bahasa/aktiviti
3.1.9 Aktiviti penilaian - rujuk an norma / kreateria
- kecekapan menjawab
3.1.10 ulasan tentang pedagogi – Bagaimana perisian mediatif dapat ….
(rujuk 3.1.3)

4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP

BIBLIOGRAFI - APA System
- Rujukan internet
- Lampiran - CD powerpoint




Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP