info terkini

 

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Khamis, 30 April 2009

Walimatul Urus 3 MEI 2009(Ahad)

Dalam diam tak diam aku dah nak terima menantu. Tapi untuk kali ni bukan la anak aku,
anak teruna aku mencecah 19 tahun. Dah besar anak bujang aku. 3 @ 4 tahun lagi mula la
dok sibuk nak merisik la, nak tunang la .....
Yang nak kahwin ni adik ipar aku la....dia dah duduk nan aku dah lama dari umur 15 tahun, member-member dia pun ramai di sini, so...majlisnya buatlah kat rumah aku.
Dalam minggu ni agak terlalu sibuk dengan urusan kerja, pagi ngajar,
petang uruskan apa-apa yang patut untuk persediaan majlis ahad ni.
Any way, kalau sesiapa yang menenali aku,
aku terlepas pandang jemputlah datang ke rumah aku ahad ni.

WALIMATUL URUS
Di jemput hadir ke Majlis Perkahwinan adik saya pada:
3 MEI 2009 (Ahad) bersamaan 8 Jamadil Awal 1430H
Dikediaman Kami:

36, LORONG KOPI 2
PERUMAHAN PANTAI BAHRU,
OFF JALAN NENAS,
42200,KAPAR
KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Semoga dengan kehadiran para jemputan yang kami hormati akan menyerikan lagi
majlis tersebut.

Read more...

Selasa, 28 April 2009

Anda kenal mereka ini ?






Read more...

Isnin, 27 April 2009

Mereka ini ialah ...

1
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Tan Sri Muhyiddin Yasin


2
TIMBALAN MENTERI PELAJARAN 1
Datuk Dr Wee Ka Siong


3
TIMBALAN MENTERI PELAJARAN 2
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi


4
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PELAJARAN
Tan Sri Dr. Zulkurnain Hj Awang


5
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Dato’ Hj Alimuddin Hj Mohd Dom


6
PENGARAH PELAJARAN SELANGOR
Dr Hj Zahri Aziz

Read more...

Ahad, 26 April 2009

Tukar lagi ....



Tukar lagi...
ini kali ke empat rasanya aku tukar paparan/template blog.
Entah apa yang tak puas hati lagi aku ni.
Aku rasa kali ni lebih kreatif dan menarik dari kacamata aku.
Kali ni template 4 column, lebih tersusun dan mudah dikendalikan,
sesuai untuk you all tengok. Harap-harap ok la kali ni.
Kepada you all, semua exam dah selesai,
rasa lega sikit sambil menunggu toturial sem depan.
Moga sukses dan rilex dapat menjalani tugas dan hidup harian.

Read more...

Khamis, 23 April 2009

Pelan Pendidikan Anak Anda?


Adakah ini yang dikejar?


by : http://isuhangat.blogspot.com

Read more...

Rabu, 22 April 2009

Serangan Jantung dan Minum Air Suam


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.



Read more...

Isnin, 20 April 2009

Amalan Rasulullah

"1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah.
Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat, beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari ! sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::


Read more...

RENUNGAN



MENCARI ERTI DARI SESUATU YANG TERJADI BUKANLAH MUDAH MELAINKAN
BAGI MEREKA YANG MENGGUNAKAN AKAL DAN HATI KERANA
PANDANGAN MATA SERINGKALI MENIPU DIRI.



Read more...

Sabtu, 18 April 2009

MPV Proton Exzora 2009




Read more...

Jumaat, 17 April 2009

Nota untuk Bekal Esok sebelum Exam HBML1103 BM

1. Teori Fungsional
Teori Fungsional yang dipelopori oleh Holliday dan Wilkins berkembang pada tahun 60– 70-an. Penteori ini mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Mereka menumpukan kajian pada bentuk dan perubahan bahasa semasa berkomunikasi. Di samping itu, mereka menganggap bahawa bahasa sebagai alat pertuturan (perhubungan). Oleh yang demikian, dapatan mereka ini mementingkan aspek semantik. Mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi dalam penggunaan bahasa tidak boleh dinafikan. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur.Golongan ini beranggapan bahawa pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal.

Ciri-ciri bahasa fungsional :
(i) Sistem bahasa digunakan oleh masyarakat untuk berhubung atau berkomunikasi dan bukannya satu sistem yang tertutup dan statik;
(ii) Asas elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya sintaksis.
(iii) Terdapat beberapa variasi dalam penggunaan bahasa yang timbul akibat tekanan sosial.
(iv) Bahasa ialah alat perhubungan dan melalui bahasa penutur boleh menggambarkan fikiran dan diri atau identiti penutur yang berkenaan.

2. Teknik Inkuiri
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Pengendalian teknik inkuiri ialah :
1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusan

3. Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar melibatkan dua peringkat kemahiran.
Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hamper sama. Contoh :
1. b – p bagi pagi kibas kipas
baba bapa
betis petis
jambi jampi
bajak pajak
bawang pawang
lobal lopak

Peringkat kedua ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa bergantung pada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar itu.
Kemahiran mendengar boleh juga dibahagikan kepada tiga peringkat
Peringkat pertama dikenali sebagai peringkat awal
(a) Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
(b) Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat.
(c) Melakukan sesuatu yang disuruh.

Peringkat kedua ialah peringkat pertengahan
(a) Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.
(b) Mengenal maklumat khusus.
(c) Mengesan urutan.

Peringkat ketiga ialah peringkat maju.
(a) Mengenal isi-isi penting.
(b) Mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap.
(c) Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi.


4. Kemahiran Membaca

Mekanis
Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang.

Tujuan bacaan mekanis ialah;
(i) Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
(ii) Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul.
(iii) Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.

Langkah-langkah:
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.

Contoh aktiviti
Aktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaan kuat dengan menggunakan kad imbasan yang mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat.
(a) Contoh Kad huruf

(b) Contoh kad suku kata


5. Teknik-teknik Khusus Bacaan dan Pemahaman

Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan membaca. Teknik-teknik ini boleh dijalankan dalam bilik darjah. Penggunaan teknik ini bergantung kepada situasi, kecerdesan pelajar, dan tujuan pembelajaran membaca

Teknik Membaca SQ3R
Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapian baik dan mahir membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson (1941).
S-SURVEY (Tinjau)
• Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca.
• Pelajar hanya memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik, pemenggalan teks.
Q-QUESTION (penyoalan/pertayaan)
• Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks.
• Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks.
• Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi.
R-READ (Baca)
• Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.
• Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi.
• Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh menyenaraikan soalan tambahan.


6. Teknik Membaca KWLH

Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia
ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya.
KWLH bermaksud:
K (know) – Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau topik bahan bacaan.

W (what) – Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) – catat apa yang ingin diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan.
L (learned) – Apa yang telah diketahui (selepas membaca) – catat isi penting daripada tajuk atau topik yang dibaca.
H (how) – Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya) – catat bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan
selepas membaca teks/tajuk tersebut.
Tujuannya ialah:
(i) Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
(ii) Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan.


7. Konsep Menulis
Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahrikan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Tujuan Menulis
• Melatih murid-murid melahirkan idea
• Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea
• Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul
• Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.
• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul
• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari
• Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.
• Menyuburkan minat
• Meluaskan kosa kata
• Memberikan kepuasan jiwa.

8. Masalah Pengajaran Menulis
Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan pengajaran menulis di sekolah di negara ini. Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB) dan inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya kesalahan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu Standard (BMS) dengan betul.

Masalah ini tidak hanya tertumpu kepada pihak pelajar bahkan kepada sebilangan besar guru bahasa sendiri kerana melalui observasi yang pernah penulis lakukan kebanyakan guru bahasa lebih berminat menggunakan BMB dari BMS sepanjang sesi pengajaran.

Selain itu, faktor kekurangpekaan guru terhadap kesalahan yang dilakukan pelajar juga perlu diambil perhatian seperti kesalahan menggunakan tanda-tanda baca, tatabahasa -
cara membuat ayat yang betul, jenis ayat; ayat tunggal; ayat majmuk dan sebagainya.
Masalah-masalah ini tidak harus dibiarkan demi kebaikan pelajar dan demi mengelakkan masalah-masalah itu berlanjutan, khasnya apabila pelajar itu hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.


9. Sintaksis
Sintaksis bermaksud kajian tentang pembentukan ayat. Sintaksis bahasa Melayu merangkumi tajuk-tajuk seperti Frasa, Klausa, Pola Ayat, Jenis Ayat, Bentuk Ayat, Ragam Ayat dan Proses Penerbitan Ayat.
Frasa
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurangkurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Dalam susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.
Klausa
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terdiri daripada klausa bebas dan klausa tak bebas.
Pola
Pola Jenis Pola Subjek Predikat
1. FN + FN Encik Shari ejen insuran
2. FN + FK Dia menjerit kesakitan
3. FN + FA Budak itu sangat nakal
4. FN + FS Pejabat saya di Kuala
Terengganu


Jenis ayat
• Ayat penyata: Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan
• Ayat tanya: Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu,
Ayat perintah: Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
• Ayat seruan: Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya.
Bentuk Ayat
• Ayat tunggal
• Ayat majmuk
Ragam Ayat
• Ayat aktif
• Ayat pasif
Proses Penerbitan Ayat
Penerbitan ayat bermaksud hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis iaitu melibatkan pelaksanaan rumus trnsformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa.


10. Prinsip Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama

Aspek latar belakang dan keadaan persekitaran masyarakat.
Dialek Daerah
Apabila anda mendengar perbualan teman-teman anda, dapatkah anda menentukan negeri asal mereka? Di Malaysia, boleh dikatakan setiap negeri mempunyai dialek daerah yang tersendiri seperti Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.
Beberapa faktor yang mempengaruhi kewujudan dialek daerah ini.

(i) Keadaan Geografi
Pada amnya semua negeri di Malaysia menggunakan satu bentuk bahasa Melayu yang seragam. Bentuk topografi seperti bukit, gunung, perairan dan sebagainya telah mempengaruhi kewujudan sesuatu dialek daerah di negerinegeri
berkenaan. Faktor ini juga dipengaruhi oleh ruang dan masa.
(ii) Faktor Politik
Faktor politik telah membahagikan-bahagikan sesuatu bahasa itu kepada dialek. Walaupun pada asalnya adalah dari bahasa yang sama. Contohnya
bahasa Melayu Singapura tidak dikatakan bahasa Melayu Indonesia kerana Singapura dan Indonesia adalah dua buah negara yang berasingan. Begitu juga keadaan di Malaysia dengan Brunei masing-masing menamakan bahasa negara mereka sebagai Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Melayu Brunei walaupun kedua-dua bahasa itu ialah bahasa Melayu.
(iii) Persekitaran Pergaulan
Persekitaran pergaulan boleh mempengaruhi sesuatu dialek. Contohnya seseorang anak yang lahir di Kuala Lumpur akan bertutur dialek Pulau Pinang kerana dipengaruhi oleh persekitaran keluarganya yang berasal dari Pulau Pinang. Hal ini diperkukuh lagi oleh pergaulan persekitarannya yang menuturkan dialek yang sama.

Read more...

Soalan Ramalan HBML1103 Pengenalan BM 2009

1. Teori Fungsional
- Ciri-ciri bahasa fungsional

2. Teknik Inkuiri
- Pengendalian teknik inkuiri

3. Kemahiran Mendengar
- Ada 3 peringkat

4. Kemahiran Membaca
- Mekanis
- Tujuan bacaan mekanis ialah;
- Langkah-langkah:
- Contoh aktiviti

5. Teknik-teknik Khusus Bacaan dan Pemahaman
- beberapa teknik membaca
- Teknik Membaca SQ3R
- S-SURVEY (Tinjau)
- Q-QUESTION (penyoalan/pertayaan)
- tugasan yang diberi.
- R-READ (Baca)

6. Teknik Membaca KWLH
- KWLH bermaksud:
- Tujuannya

7. Konsep Menulis
- Tujuan Menulis

8. Masalah Pengajaran Menulis
- Masalah-masalah ini

9. Sintaksis
- maksud sintaksis
- Frasa
- Klausa
- Pola
- Jenis ayat
- Bentuk Ayat
- Ragam Ayat
- Proses Penerbitan Ayat

10. Prinsip Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama
- Aspek latar belakang dan keadaan persekitaran masyarakat.
- Dialek Daerah
(i) Keadaan Geografi
(ii) Faktor Politik
(iii) Persekitaran Pergaulan

Read more...

Khamis, 16 April 2009

Tajuk dalam Modul yang perlu diambil perhatian untuk exam HBML1103 BM

Teori Fungsional

Teknik Inkuiri

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Membaca

Teknik-teknik Khusus Bacaan dan Pemahaman

Teknik Membaca KWLH

Konsep Menulis

Masalah Pengajaran Menulis

Sintaksis

Prinsip Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama

Read more...

Isnin, 13 April 2009

PERISIAN HBML1103 BM

Topik 1: Topik ini akan melihat Teori Huraian Bahasa yang merangkumi Teori Tradisional, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional. Selain itu, pelajar juga akan mempelajari Teori Pemerolehan Bahasa yang di dalamnya terangkum topik Teori Behavioris, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori Konstruktivisme. Topik ini akan turut melihat Hubungan Teori dengan Pengajaran dan Pembelajaran dengan memberikan fokus kepada Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Topik 2: Topik ini berkaitan dengan Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Di bawah topik ini, akan dibincangkan beberapa topik kecil iaitu pertamanya Strategi Pengajaran yang akan menyentuh tentang konsep strategi, ciri strategi dan pengaplikasian keduaduanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Keduanya, topik ini akan melihat penghuraian terhadap Pendekatan Pengajaran dengan memberikan perincian terhadap definisi pendekatan, jenis pendekatan, dan pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketiganya, topik ini akan menghuraikan tentang Kaedah Pengajaran dengan membuat perincian terhadap definisi kaedah, jenis kaedah dan pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, Topik 2 ini akan melihat Teknik dalam Pengajaran dengan memberikan tumpuan terhadap definisi teknik dan jenis teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Topik 3: Topik ini akan membincangkan Kemahiran Lisan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam topik ini pertamanya akan disentuh tentang Kemahiran Lisan yang di dalamnya mengandungi subtopik Konsep Mendengar, Jenis dan Proses Mendengar serta Peringkat Kemahiran Mendengar. Topik kedua dalam topik Kemahiran Lisan ini akan menyentuh tentang Kemahiran Bertutur yang akan membicarakan Konsep Bertutur, Tujuan Bertutur dan Peringkat Kemahiran Bertutur. Akhirnya, topic ketiga ini akan membicarakan Pengajaran dan Pembelajaran yang di dalamnya merangkumi Perancangan Aktiviti Lisan, Membina atau Memilih dan Menggunakan Bahan Pengajaran kemahiran Lisan dan Penilaian.

Topik 4: Topik keempat ini ialah Kemahiran Membaca. Topik pertama yang akan disentuh ialah Bahagian Pendahuluan yang akan membicarakan tentang Definisi Membaca, Tujuan Membaca dan Proses Membaca. Topik kedua dalam Topik keempat ini adalah berkaitan dengan Jenis Bacaan yang merangkumi Bacaan Mekanis, Bacaan Mentalis, Bacaan Intensif dan Bacaan Ekstensif. Akhirnya, topik ini akan membincangkan tentang Peringkat Kemahiran Membaca yang akan menyentuh tentang Kesediaan Membaca, Prabacaan, Mekanis, Membaca dan Memahami, Bacaan Intensif dan Bacaan Ekstensif.

Topik 5: Topik ini ialah lanjutan daripada topik keempat yang akan membincangkan tentang Kemahiran Membaca. Dalam topik ini, tiga topik yang berkaitan dengannya akan diperkatakan; pertamanya tentang Peringkat Pemahaman Membaca yang secara umumnya terbahagi kepada Peringkat Lateral, Peringkat Intepretasi, Peringkat Inferens dan Peringkat Menilai. Keduanya, Topik ini akan juga melihat Teknik Khusus Bacaan dan Kefahaman yang merangkumi topik Teknik Membaca SQ3R, SQRC, SQ4R, KWLH, dan REAP. Topik terakhir dalam topik kelima ini ialah Pengajaran dan Pembelajaran yang di dalamnya akan dibicarakan tentang Perancangan Aktiviti Membaca, Memilih/Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran Kemahiran Membaca dan juga Penilaian.

Topik 6: Topik 6 membicarakan tentang Kemahiran Menulis. Dalam topik ini, pertamanya akan dilihat Bahagian Pengenalan yang menyentuh tentang Konsep Menulis, Tujuan Menulis dan Periangkat Kemahiran Menulis. Topik kedua dalan Topik 6 ini adalah tentang Jenis Penulisan yang merangkumi Penulisan Terkawal, Separa Terkawal, Berpandu, Separa Berpandu dan Bebas. Topik terakhir dalam Topik 6 ini ialah Pengajaran dan Pembelajaran Menulis yang akan menyentuh soal Perancangan Aktiviti Menulis, Pendekatan Pengajaran Menulis dan Penilaian..

Topik 7 : Topik 7 bertopik Sistem Bahasa. Di bawah topik ini, pertamanya akan dilihat Aspek Sistem Bahasa yang merangkumi Tatabahasa, Sistem Ejaan, Sebutan dan Intonasi, Kosa Kata, dan Peribahasa. Topik kedua dalam Topik 7 adalah berkaitan dengan Pendekatan Pengajaran yang akan memperkatakan tentang Pendekatan Induktif, Pendekatan Deduktif, Pendekatan Eklektik, dan Pendekatan Komunikatif. Akhirnya, Topik 7 ini akan menjelaskan tentang Prinsip Pengajaran Berdasarkan Konteks yang menjurus kepada Pengajaran Terancang dan Secara Penyerapan.

Topik 8 : Topik 8 menyentuh tentang aspek Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Topik 8 ini, perkara pertama yang akan dilihat adalah yang berkaitan dengan Bahagian Pengenalan yang menyentuh tentang Konsep Kesusasteraan melayu, Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Bahan Sastera, dan Kriteria Pemilihan Bahan Sastera. Seterusnya Topik 8 ini akan memperkatakan Aspek Bahan Sastera yang akan melihat Penggunaan Bahasa, Penerapan Nilai dan Struktur Karya. Akhirnya, Topik 8 ini akan memperkatakan tentang Teknik Pengajaran dan Pembelajaran yang mencakupi Lakonan., Teater Pembaca, Teater Bercerita, Kerusi Panas, Simulasi, Improvisasi dan Drama.

Topik 9 : Topik 9 bertopik Bahan Bantu Mengajar. Dalam Topik 9 ini, pertamanya akan dibicarakan Bahagian Pengenalan yang akan membicarakan Konsep Bahan Bantu Mengajar, Kepentingan Bahan Bantu Mengajar, dan Prinsip Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Keduanya, Topik 9 ini akan membicarakan tentang Pemilihan, Penyesuaian dan Penggunaan Bahan yang di dalamnya tercakup Topik Pemilihan Bahan, Penyesuaian Bahan dan Penggunaan Bahan. Akhirnya Topik 9 ini akan melihat Hubungan Bahan Bantu Mengajar dengan Kemahiran Bahasa yang berkaitan dengan Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis dan Kemahiran Sistem Bahasa.

Topik 10: Topik 10 akan membincangkan tentang Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama. Pertamanya, Topik 10 ini akan membicangkan tentang Bahagian Pengenalan yang menyentuh Konsep Bahasa Melayu, Konsep Bahasa Pertama dan Bahasa Keuda, dan Penguasaan Bahasa Pertama. Keduanya, Topik 10 ini akan membicarakan tentang Gangguan Bahasa yang mencakupi topik Gangguan Dialek, dan Gangguan Bahasa Ibunda. Akhirnya Topik ini akan membicarakan Prinsip Pengajaran yang akan melihat Pendekatan dan Kaedah yang Sesuai, Aspek Latar Belakang dan Keadaan Persekitaran Masyarakat dan Proses Pengukuhan dan Pengayaan Bahasa.


Read more...

Ahad, 12 April 2009

Contoh Soalan dan Jawapan HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu - 2

BAHAGIAN A
ARAHAN: Terdapat SEPULUH (10) soalan dalam Bahagian A. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1
Teori Struktural, yang dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, De Saussure, dan Otto Jespherson; merupakan salah satu daripada Teori Huraian Bahasa Tradisional.
Berikan DUA (2) pendapat pelopor teori ini tentang Teori Struktural.
[4 markah]
i. Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat.
ii. Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan, bersistem,arbitrari, dan untuk perhubungan.
iii. Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta- fakta yang dilihat.

SOALAN 2
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarnya. Jelaskan secara ringkas Teknik Main Peranan.
[4 markah]
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

SOALAN 3
Anda bercadang untuk mengajarkan kemahiran bertutur di bilik darjah. Tajuk pengajaran anda ialah “Kemajuan Teknologi”. Apakah bahan bantu mengajar yang sesuai untuk anda gunakan dalam pengajaran berkenaan?
[4 markah]


- Belum ada jawapan lagi -

SOALAN 4
Pelajar anda tidak dapat menguasai aspek bacaan secara lantang dengan baik. Cadangkan DUA (2) cara bagi memperbaiki kelemahan ini.
[4 markah]
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.

SOALAN 5
Bahan sumber pengajaran kemahiran menulis boleh didapati daripada pelbagai sumber, seperti internet, digital, audio dan audio visual, gambar, dan filem. Berikan EMPAT (4) ciri bahan sumber pengajaran kemahiran menulis yang baik.
[4 markah]
a• Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaankelas guru semasa mengajar.
b• Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.
c• Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.
d• Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaankelas guru semasa mengajar.
e• Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.
f• Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.

SOALAN 6
Sistem bahasa merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Beri takrifan morfologi dan sintaksis dalam tatabahasa.
[4 markah]

Morfologi merupakan bidang yang mengkaji tentang pembentukan kata. Pembentukan kata itu terdiri daripada morfem, jenis morfem, struktur kata, penggolongan kata dan bentuk kata.
Sintaksis bermaksud kajian tentang pembentukan ayat. Sintaksis bahasa Melayu merangkumi tajuk-tajuk seperti Frasa, Klausa, Pola Ayat, Jenis Ayat, Bentuk Ayat, Ragam Ayat dan Proses Penerbitan Ayat.

SOALAN 7
Pengajaran sistem bahasa boleh dilaksanakan secara terancang dan penyerapan. Jelaskan secara ringkas cara pengajaran sistem bahasa secara penyerapan.
[4 markah]
a• Guru mengenal pasti kemahiran sistem bahasa yang hendak mereka sampaikan kepada pelajar.
b• Pendekatan induktif, komunikatif dan juga eklektik merupakan antara pendekatan yang sesuai digunakan.
c• Isi pelajaran disampaikan melalui aktiviti yang dirancang oleh guru
d• Murid tidak menyedari bahawa mereka sedang diajarkan dengan sesuatu bahagian sistem bahasa.

SOALAN 8
Bahan sastera digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Beri DUA (2) sebab kenapakah bahan sastera sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
[4 markah]
a• memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;
b• memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
c• mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;

SOALAN 9
Pola suku kata bahasa Melayu terbahagi kepada dua (2). Nyatakan KEDUA-DUA pola suku kata yang berkenaan.
[4 markah]

Pola-pola suku kata bahasa Melayu terbahagi kepada :-

• Pola suku kata terbuka
• Pola suku kata tertutup

Pola suku kata tertutup

V+KV : a + pi, i + bu, u + li, e + la.

VK+KVK : am + bil, un + dur, an + ting.

KV+KV : ba + tu, da + du, ka + ki.

KVK+KVK : kan + cil, san + ding, sek +


SOALAN 10
Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan, perkara, atau benda yang digunakan oleh guru untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan menarik. Bagaimanakah bahan bantu mengajar dapat membantu proses pembelajaran di bilik darjah?
[4 markah]
[Jumlah: 40 markah]

(a) menarik minat murid untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sesuatu isi pelajaran dan sekali gus mengelakkan kebosanan dan ketegangan;
(b) mengekalkan tumpuan pemerhatian dan pemikiran murid kepada apa yang hendak diajarkan dan sekali gus mengelakkan masalah disiplin dalam semasa di dalam bilik darjah;
(c) mencetuskan pemikiran murid dan sekali gus mengelakkan suasana mengantuk dan kebuntuan fikiran;
(d) menyeronokkan emosi dan rohani murid dan sekali gus mengelakkan kebosanan di kalangan murid;



BAHAGIAN B
ARAHAN: Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian B. Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

SOALAN 1
Terdapat banyak masalah berhubung dengan pengajaran menulis di sekolah. Masalah ini tidak harus dibiarkan berlanjutan, khasnya apabila pelajar itu hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.
(a) Senaraikan EMPAT (4) masalah yang dihadapai dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis.
[8 markah]
(b) Cadangkan langkah yang sesuai bagi mengatasi EMPAT (4) masalah yang telah anda senaraikan.
[12 markah]
[Jumlah: 20 markah]
SOALAN 2
Bahan bantu mengajar digunakan oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh, guru perlu memikirkan bahan yang sesuai bagi mengajarkan kemahiran mendengar dan bertutur.
(a) Senaraikan EMPAT (4) bahan bantu mengajar dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.
[4 markah]
(b) Jelaskan penggunaan EMPAT (4) bahan bantu mengajar ini untuk membantu guru dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.
[16 markah]
[Jumlah: 20 markah]

SOALAN 3
Bahasa pertama ialah bahasa yang mula-mula sekali diperoleh dan dikuasai oleh seseorang sejak dia masih kanak-kanak, iaitu sebelum dia mempelajari sesuatu bahasa asing atau bahasa kedua.
(a) Jelaskan bagaimana bahasa pertama itu diperolehi oleh seseorang kanak-kanak.
[8 markah]
(b) Di sekolah, kelemahan dalam pembelajaran Bahasa Melayu antara lain berpunca daripada dua (2) gangguan bahasa yang utama, iaitu gangguan dialek dan gangguan bahasa ibunda. Jelaskan bagaimanakah kedua-dua gangguan ini boleh menjejaskan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
[12 markah]
[Jumlah: 20 markah]
SOALAN 4
Baca petikan berikut dan jawab soalan yang berkaitan dengannya.
Nadia tidak ambil peduli akan kata-kata Abang Kamal. Bagi Nadia, tindakan Abang Kamal yang sedemikian tidak menjejaskan sedikit pun usahanya untuk memulihkan perusahaan abah. Yang penting, kilang abah mesti diselamatkan. Dan Nadia pasti, abah akan tentu menyebelahinya.
“Berhati-hati Nadia. Kalau bertindak, biar seperti menarik benang dalam tepung. Benang dapat ditarik, tanpa mengecahkan tepung,” peringat abah sewaktu mereka berbincang tentang abang Kamal.
“Abah tak boleh memecat abang Kamal tanpa sebarang sebab. Itu Nadia tahu kan. Jadi, Nadia kenalah cari bukti tentang salah laku Abang Kamal sebelum abah mengambil tindakan,” pesan abah lagi.
“Itu Nadia faham abah. Dan Nadia pun bukan sengaja nak cari kesalahan Abang Kamal. Tapi kalau tindakannya boleh menjejaskan kilang ini, Nadia rasa kita patut bertindak. Tempatnya perlu digantikan dengan orang lain,” balas Nadia kemudiannya.
“Siapa agaknya yang sesuai” soal abah. Nadia tersenyum mendengar pertanyaan abah. Abah hairan melihat reaksi Nadia.

(Dipetik daripada Elby Wahida, 1995, Ceria Kasih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Dengan menggunakan petikan di atas, cadangkan aktiviti pengajaran Kemahiran Membaca dengan menggunakan teknik DR-TA.
[20 markah]
SOALAN 5
Sebagai guru Bahasa Melayu, anda berasa bahawa tahap penguasaan bahasa Melayu perlu dipertingkat di kalangan pelajar di sekolah anda. Hal ini amat penting memandangkan bahawa peranan bahasa Melayu amat signifikan dalam kedudukannya sebagai bahasa rasmi Negara ini. Jelaskan beberapa langkah yang boleh anda laksanakan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu pelajar di sekolah anda.
[20 markah]


Read more...

Contoh soalan HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu - 1

BAHAGIAN A
ARAHAN: - Terdapat LIMA (5) soalan dalam bahagian A. Sila jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1
Terdapat EMPAT (4) peringkat pemahaman membaca iaitu peringkat lateral, peringkat interpretasi, peringkat inferens, dan peringkat menilai. Anda mendapat bahawa murid anda lemah pada peringkat pembacaan lateral. Cadangkan DUA (2) aktiviti pengajaran peringkat lateral yang boleh membantu murid anda dalam memahami pembacaan mereka.
[2 markah]
SOALAN 2
Seorang murid anda masih lagi tidak dapat membentuk huruf dengan betul dan tepat. Cadangkan latihan yang sesuai bagi membantu murid anda itu mengatasi masalah ini.
[2 markah]
SOALAN 3
Terdapat beberapa jenis ayat dalam bahasa Melayu dan setiap satu daripadanya mempunyai ciri yang tersendiri. Huraikan dengan ringkas DUA (2) jenis ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu.
[2 markah]
SOALAN 4
Salah satu daripada tujuan penggunaan bahan sastera adalah untuk membantu penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Jelaskan bagaimanakah unsur bahasa yang terdapat dalam bahan sastera dapat membantu anda dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid anda di sekolah?
[2 markah]

SOALAN 5
Nyatakan DUA (2) kepentingan bahan bantu mengajar.
[2 markah]
[Jumlah:-10 markah]

BAHAGIAN B
ARAHAN:- Terdapat TIGA (3) soalan dalam bahagian B. Sila jawab DUA (2) soalan sahaja.

SOALAN 1
Pengajaran dan pembelajaran membaca melibatkan tiga peringkat iaitu pertama peringkat perancangan aktiviti, kedua peringkat pemilihan, pembinaan dan penggunaaan bahan, dan akhir sekali peringkat menilai. Bagaimanakah anda melaksanakan ketiga-tiga peringkat itu berdasarkan hasil pembelajaran 5.1 iaitu membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang bertul dan memahami perkara yang dibaca?
[10 markah]
SOALAN 2
Anda telah merancang untuk mengajarkan murid menulis e-mel yang mudah seperti yang dinyatakan dalam hasil pembelajaran 10.1 iaitu menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. Jelaskan pelaksanaan pengajaran anda itu dengan mengambil kira ketiga-tiga peringkat pengajaran mengarang.
[10 markah]

SOALAN 3
Anda bercadang untuk mengajarkan bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda dengan menggunakan pantun yang berikut.
Anak buaya terenang-renang, Anak kunci dalam perahu ; Hanya saya terkenang-kenang, Orang benci saya tak tahu.
Dua tiga kucing berlari, Manakan sama si kucing belang; Dua tiga hamba mencari, Manakan sama abang seorang.
Bagaimanakah anda dapat mengajarkan bentuk kata yang berkenaan?
[10 markah]

Read more...

Jumaat, 10 April 2009

Ucapan Terima kasih kalian...

catatan: tUaN pUnYa bLoG
jam12.00mlm(jumaat-10.4.09)

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada sekelian pengunjung blog ini. Pada hari ini catatan pengunjung/visitor 14,305 dari jam 12.00mlm(9/4/09) hingga ke saat ini 15,055, dalam tempoh 24 jam lalu seramai 750 pengunjung telah melayari blog ini. Terima kasih daun keladi jika sudi datang kembali di atas segala sokongan dan perhatian di blog ini. Perkongsian ilmu amat kita harapkan dan diperlukan bagi menghadapi cabaran menempuh onar sebagai student.

Pasti bagi kalian yang sedang menghadapi minggu exam ini, sama-samalah kita berdoa agar tabah dan kejayaan menyebelahi kita.

' Selamat Maju Jaya '



Read more...

Khamis, 9 April 2009

44 Perkara Yang membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

selamat beramal.....

Jangansengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Read more...

Info Terkini Kabinet Baru Malaysia


Lapan Menteri Penuh Telah Digugurkan

Lapan menteri digugurkan dalam barisan Kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak. Mereka ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Amirsham A Aziz, Datuk Azalina Othman, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Ong Ka Chuan, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Datuk Shahrir Samad dan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Mukhriz Timbalan, Khairy Tidak Tersenarai

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Dr Mahathir antara muka baru barisan Kabinet apabila dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bagaimanapun tidak tersenarai. Manakala Timbalan Ketua Pemuda, Razali Ibrahim pula dilantik Timbalan Menteri Belia Dan Sukan.

Hishamuddin, Zahid Dan Shafie Bertukar

Datuk Seri Dr Mohd Zahid Hamidi pula bertukar potfolio sebagai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri. Datuk Mohd Shafie Apdal pula pula sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Najib Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan

Datuk Seri Najib Razak memegang potfolio Menteri Kewangan manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang turut menjadi Menteri Pelajaran.

Read more...

Last minit punya hal – kasi gegar kepala

Perkataan yang perlu dihafal sebagai kata kunci PSV
untuk persediaan exam nanti


penghayatan
penilaian
pengukuran
pengayaan
imaginasi
estetik
kreativiti
inovatif
prospek
kesempurnaan
kesejahteraan
pengamatan
penafsiran
pemikiran kritis
JERI (jasmani,emosi,rohani,intelek)
interaktif
apresiasi (penghargaan)
perlanjutan
refleksi (renung kembali)
kognitif
penghasilan
pemerhatian
ketelitian
aplikasi
intelektual
keaslian

Read more...

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

JPA (S) TT/71/195( 5 ) No. Siri
KERAJAAN MALAYSIA

_______________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009
LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM
SKIM CEPAT KAYA
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan Kerajaan berhubung larangan penglibatan pegawai awam dalam skim cepat kaya.

TAKRIF

2. Bagi maksud Pekeliling ini:
“Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu Kementerian, Jabatan, institusi, agensi atau unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi Kementerian, Jabatan, institusi, agensi atau unit untuk bertindak bagi pihaknya.

“Pegawai” bermaksud seorang anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan.
“Skim Cepat Kaya” bermaksud satu bentuk pelaburan yang menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan bebas daripada sebarang risiko, yang tidak berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau pihak-pihak berkuasa lain. Ia juga termasuk sebarang bentuk pelan / aktiviti pelaburan yang menyalahi undang-undang walaupun ianya dijalankan oleh institusi berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan.

LATAR BELAKANG
3. Pada masa ini, Kerajaan mendapati ramai pegawai awam terlibat dalam skim cepat kaya sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga menjejaskan imej perkhidmatan awam. Selain itu, pengendali skim cepat kaya ini turut mengeksploitasi penglibatan pegawai awam bagi memberi gambaran seolah-olah skim sedemikian telah diluluskan oleh pihak Kerajaan untuk menarik pelabur-pelabur lain.
4. Gejala yang tidak sihat ini juga boleh menyebabkan pegawai yang terlibat terjebak dalam masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta akhirnya menjejaskan prestasi pegawai selaku penjawat awam.

PERATURAN BARU
5. Dengan ini Kerajaan telah memutuskan bahawa pegawai awam dilarang sama sekali terlibat dalam mana-mana skim cepat kaya termasuk sebagai penganjur atau pengantara atau pelabur.
6. Pegawai awam yang melabur dalam skim cepat kaya akan dikenakan tindakan tatatertib kerana boleh diertikan / ditafsirkan sebagai bersubahat atau bersekongkol dengan penganjur atau pengantara skim tersebut.
7. Pegawai yang ingkar dengan larangan ini akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
8. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, semua pegawai awam yang terlibat dalam skim cepat kaya termasuk sebagai penganjur atau pengantara atau pelabur dikehendaki menghentikan penglibatan mereka dengan serta-merta.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
9. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memantau pegawai di bawah penyeliaannya dan melaporkan sebarang ketidakpatuhan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk tindakan sewajarnya.

TARIKH KUAT KUASA
10. Peraturan baru ini berkuat kuasa mulai tarikh Pekeliling Perkhidmatan ini dikeluarkan.

PEMAKAIAN
11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

(TAN SRI ISMAIL ADAM)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
PUTRAJAYA
13 Januari 2009

Read more...

Selasa, 7 April 2009

Bahagian B - Contoh Soalan dan Jawapan HBHE1103 Pendidikan Kesihatan

BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA SAHAJA.

1. (a) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan individu.
1. Pengaruh individu
2. Pengaruh Interpersonal, Sosial dan Kerjaya
3. Pengaruh Persekitaran
4. Pengaruh Penjagaan Kesihatan
5. Pengaruh Komuniti

(b) Huraikan faktor-faktor yang dinyatakan pada (a) di atas.
(i) Pengaruh Individu
Gaya hidup atau tabiat tingkahlaku kesihatan, baka, kesihatan mental merupakan antara elemen-elemen kesihatan yang mempengaruhi tahap kesihatan individu. Individu yang mengamalkan gaya hidup atau tabiat kesihatan yang buruk seperti merokok, ketagihan arak dan dadah akan mendapati tahap kesihatan mereka semakin merosot dari masa ke semasa.
(ii) Pengaruh Interpersonal, Sosial dan Kerjaya
Hubungan, gaya berkomunikasi, kepuasan kerja, sokongan sosial dan interaksi kekeluargaan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Individu yang dapat berkomunikasi dengan baik serta dapat menjalinkan hubungan positif dengan orang lain akan dapat mencapai tahap kesihatan yang baik.
(iii) Pengaruh Persekitaran
Persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran kerja yang bersih, selesa, aman dan tidak tercemar meningkatkan tahap kesihatan individu. Pencemaran persekitaran mengancam kesihatan dan nyawa manusia.
(iv) Pengaruh Penjagaan Kesihatan
Rutin penjagaan kesihatan yang sistematik dan berkala menjadikan individu sentiasa berkeadaan sihat. Perkembangan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan juga membantu meningkatkan taraf kesihatan.
(v) Pengaruh Komuniti
Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti yang berkesan dan sistematik juga mempengaruhi tahap kesihatan individu. Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti seperti klinik, hospital, pusat-pusat penjagaan membantu meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan individu.

(c) Nyatakan perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan.
(i) Perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian program pendidikan dan promosi kesihatan
(ii) Pengurusan kempen-kempen seperti Kempen Cara Hidup Sihat, sambutan harihari kesihatan dan program-program khas
(iii) Penerbitan, pinjaman dan pengedaran bahan pendidikan kesihatan
(iv) Pengurusan program pendidikan kesihatan melalui media massa
(v) Pembentukan program latihan dalam bidang pendidikan / promosi kesihatan
(vi) Penyelidikan dalam bidang promosi kesihatan

2. (a) Nyatakan TIGA tunjang sukatan pelajaran Kesihatan KBSR.
1. Kesihatan Diri dan Keluarga
• konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan asas, keluarga dan masyarakat secara proses berterusan.
• Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan ke ibubapaan.
2. Gaya Hidup Sihat
• Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkahlaku berisiko secara berterusan.
• Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan penyakit.
3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
• Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran secara berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.
• Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.

(b) Senaraikan objektif pendidikan kesihatan KBSR di sekolah.
1. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran;
2. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan;
3. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman;
4. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan
5. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

(c) Guru perlu menilai pelajar bagi melihat keberkesanan pendidikan.
Huraikan secara ringkas ENAM tujuan penilaian pendidikan kesihatan.
(i) Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
Segala aktiviti fizikal, kognitif, bahasa, kreativiti dan kerohanian dapat dilaksanakan dengan lancar jika pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu normal.
(ii) Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid.
Guru hendaklah membuat beberapa pemerhatian bagi melihat tahap penerimaan maklumat baru serta perubahan kemahiran yang dicapai oleh setiap kanak-kanak.
(iii) Membuat perancangan aktiviti.
Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam membentuk aktiviti bimbingan dan pengayaan.
(iv) Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan.espons kanak-kanak semasa aktiviti dan rutin harian dijalankan memberi gambaran berkenaan status penerimaan.
(v) Mempelajari keperluan setiap murid.
Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan tersendiri dan kadar perkembangan mereka berbeza.
(vi) Menyelesaikan sesuatu masalah.
Guru dapat memerhati tingkah laku kanak-kanak dengan lebih jelas semasa dia berada di tadika.

3. (a) Sebagai guru pendidikan kesihatan anda perlu mengetahui system pergerakan dan perlindungan badan. Nyatakan TIGA sistem tersebut.
(a) sistem rangka
(b) sistem otot
(c) sistem integumentari

(b) Nyatakan LIMA fungsi sistem rangka.
(i) Sokongan.
berfungsi untuk menyokong tisu-tisu lembut serta menyediakan tempat lekatan otot rangka.
(ii) Perlindungan.
Organ dalaman dilindungi daripada mendapat kecederaan oleh rangka tubuh.
(iii) Pergerakan.
Otot rangka melekat pada rangka tulang. Apabila otot menguncup, ia menarik tulang dan menghasilkan pergerakan.
(iv) Penyimpanan Mineral.
Tulang menyimpan pelbagai mineral terutama sekali kalsium, fosforus yang bakal disalurkan ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh.
(v) Penyimpanan sel darah dan penghasilan sel-sel.
Dalam tulang-tulang tertentu, tisu-tisu perantara yang dikenali sebagai sum-sum tulang akan menghasilkan sel-sel darah. Proses ini dikenali sebagai hemopoiesis.

(c) Deria dikategorikan kepada enam jenis. Huraikan jenis-jenis deria tersebut.
(i) ‘Cutaneous’
Sensasi ‘cutaneous’ terdiri daripada sensasi ‘tactile’ (sentuhan, tekanan, getaran),
(ii) ‘Proprioceptive‘
Kesedaran aktiviti-aktiviti otot, tendon, sendi dan keseimbangan adalah disumbangkan oleh deria proprioceptive ataupun deria kinestetik.
(iii) ‘Olfactory’
Reseptor deria olfactory atau deria bau terletak di bahagian superior dan di tengah ‘nasal conchae’ tulang ethmoid serta di bahagian atas ‘nasal septum’.
(iv) ‘Gustatory’
Reseptor gustatory atau reseptor rasa ini terletak di bintil-bintil rasa lidah, lelangit mulut dan kerongkong.
(v) ‘Visual’
Struktur aksessori mata termasuklah kening, bulu mata, kelopak mata dan peralatan ‘lacrimal’.
(vi) Auditori dan keseimbangan
Di samping bertindak sebagai reseptor untuk gelombang bunyi, telinga juga bertindak sebagai reseptor untuk keseimbangan.

4. (a) Senaraikan LIMA jenis pencemaran.
1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Pencemaran kimia
4. Pencemaran radiasi
5. Pencemaran bunyi


(b) Huraikan langkah-langkah pencegahan dan pengawalan pencemaran.
(i) Mengenal pasti punca sisa-sisa buangan dan mencari jalan bagi meminimakan penghasilannya.
(ii) Menggunakan sumber dan tenaga secara berkesan.
(iii) Melibatkan semua pihak dalam masyarakat termasuk penggubal dasar.
(iv) Menguasai kemahiran, pengetahuan, kreativiti dan keterbukaan minda untuk mengenal pasti peluang atau ruang untuk peningkatan dan inovasi.

(c) Perubahan cuaca menyebabkan cuaca dunia menjadi kering kontang.
Nyatakan kesan yang wujud.
(i) Pengurangan daya tahan semula jadi untuk mengatasi perubahan cuaca.
(ii) Pengurangan produktiviti tanah.
(iii) Merosakkan pelindung sayur-sayuran.
(iv) Meningkatkan banjir lumpur, mengurangkan kualiti air, mencetekkan sungai, tasik dan saliran.
(v) Menyebarkan wabak penyakit, seperti penyakit yang berkaitan dengan pernafasan, alahan, stres dan penyakit bawaan vektor.
(vi) Mengurangkan produktiviti pertanian terutamanya bahan makanan.
(vii) Menambahkan jumlah penghijrahan manusia

5. (a) Nyatakan tugas utama yang perlu dimainkan oleh para professional kesihatan.
(a) merawat,
(b) menyelia,
(c) menasihat,
(d) membimbing, dan
(e) membuat kajian dan penyelidikan berkaitan dengan kesihatan.

(b) Nyatakan sikap dan penampilan baik yang perlu ditunjukkan oleh para profesional kesihatan.
(i) bertanggungjawab
(ii) sentiasa bersikap positif
(iii) mesra
(iv) sentiasa bertenaga
(v) sedia membantu (‘ringan tulang’)
(vi) berupaya menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
(vii) sedia untuk belajar dan memperbaiki diri dan kemahiran

(c) Huraikan kandungan kod dan etika bagi ahli profesional kesihatan.
(a) Tanggungjawab Terhadap Masyarakat
(b) Tanggungjawab Terhadap Profesion
(c) Tanggungjawab Terhadap Majikan
(d) Tanggungjawab dalam Menyampaikan dan Melaksanakan Perkhidmatan

Read more...

Contoh Soalan dan Jawapan HBHE1103 Pendidikan Kesihatan - exam sept 2007


BAHAGIAN A

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan

1. Pendidikan kesihatan melalui tiga proses penting. Nyatakan TIGA proses penting tersebut dan huraikan SATU daripadanya.
1. Konsep asas kesihatan
Konsep dan asas kesihatan merujuk kepada apa itu kesihatan?
2. Tujuan-tujuan sebenar kesihatan
Matlamat kesihatan yang merujuk kepada pola-pola tingkahlaku kesihatan individu dan komuniti yang dikehendaki.
3. Proses pendidikan
Ianya adalah proses pemindahan ilmu, informasi dan kemahiran kesihatan melalui proses pendidikan.

2. Sebagai guru anda perlu mengetahui konsep pendidikan kesihatan KBSR. Nyatakan konsep tersebut.
‘Kesihatan pada asasnya adalah konstruk sosial. Ianya dibentuk melalui interaksi di antara manusia dengan persekitaran mereka dalam proses kehidupan seharian di mana manusia hidup, berkasih sayang, bekerja dan bermain (Kickbusch, (1997))’. Apa yang mendefinisikan kesihatan tidak hanya bergantung semata-mata kepada individu maupun faktor-faktor biologikal, malah ianya bergantung juga kepada persekitaran sosial dan budaya hidup individu tersebut. Dalam konteks ini faktor perubatan secara sendirinya tidak dapat menjelaskan mengapa dan bagaimana manusia atau individu mengidap sesuatu penyakit. Persekitaran fizikal dan persekitaran sosial juga memainkan peranan yang tidak kurang penting bagi menjelaskan fenomena ini. Adalah penting bagi Pendidikan kesihatan mengambil kira faktor-faktor sosial, persekitaran dan ekonomi dalam menentukan tahap kesihatan seseorang individu. Pendidikan Kesihatan dewasa ini seharusnya mampu menggerak manusia mengubah keadaan-keadaan serta faktor factor ini.

3. Senaraikan TIGA sistem tenaga yang digunakan untuk membekalkan tenaga ke dalam tubuh dan huraikan satu daripadanya.
(a) Sistem Phosphagen – (ATP-PCr)
Sistem tenaga tubuh yang paling mudah adalah sistem tenaga ATP-PCr. PCr singkatan
bagi ‘phosphocreatine‘ merupakan sebatian tenaga yang kaya dengan ‘phosphate’. Ianya disimpan di dalam sel-sel otot dan apabila ianya dipecahkan ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang banyak. Tenaga yang dihasilkan oleh PCr ini tidak digunakan secara langsung oleh sel-sel tubuh malah ia menghasilkan semula ATP (Adenosine Triphosphate) bagi mengekalkan bekalan tenaga relatif yang tetap.
(b) Sistem Tenaga Asid Laktik
Satu lagi sistem tenaga yang dipunyai oleh tubuh adalah sistem tenaga asid laktik. Sistem tenaga ini melibatkan pemecahan (lysis) glukos. Sistem ini juga dikenali sebagai system glikolitik kerana ianya melibatkan proses glikolisis di mana glukos dipecahkan oleh enzim yang khusus dikenali sebagai enzim glikolitik.
(c) Sistem Tenaga Aerobik
Sistem tenaga aerobik merupakan sistem tenaga yang lebih kompleks berbanding system tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga asid laktik. Oleh kerana sistem ini menggunakan oksigen dalam proses menjana tenaga maka sistem ini dikenali sebagai sistem aerobik. Sistem tenaga aerobik melibatkan tiga proses iaitu;
(i) Glikolisis
(ii) Kitaran Krebs
(iii) Rantaian pengangkutan elektron.

4. Nyatakan kesan kekurangan dan kelebihan vitamin D kepada kanak-kanak.
vitamin D
Kesan Kekurangan
pertumbuhan tulang kanak-kanak terjejas sehingga menyebabkan penyakit riket di kalangan kanak-kanak dan Osteomalcia di kalangan orang dewasa.
Kesan Kelebihan
Toksik, muntah-muntah, cirit-birit, keletihan, dahaga.
vitamin A
Kesan Kekurangan
penyakit rabun malam. dan kekurangan yang berlanjutan menyebabkan penyakit mata.
Kesan Kelebihan
Hypervitaminosis A , kulit kering dan mudah mengelupas, keguguran rambut, sakit tulang, kerosakan pada hati.
vitamin C
Kesan Kekurangan
penyakit skurvi dan mudah dijangkiti penyakit.
Kesan Kelebihan
Meningkatkan paras asid urik dalam air kencing dan menyebabkan penyakit gout.

5. Isikan tempat kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai.

Kesihatan Fizikal

KESIHATAN
KELUARGA

Kesihatan Gender Kesihatan Sosial


6. Berikan definisi makanan seimbang.
Makanan seimbang ialah sajian yang mengandungi semua nutrient yang diperlukan oleh tubuh bagi memenuhi keperluan pembesaran dan memelihara kesihatan. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan boleh digunakan sebagai panduan bagi memilih makanan secara sihat.

7. Nyatakan DUA faedah sukan dan rekreasi dari segi fisiologi.
Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia, seperti sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem otot. Orang yang aktif dalam senaman dan kegiatan rekreasi akan memperolehi faedah seperti peningkatan daya tahan kardiovaskular dan tahap kelenturannya. Faedah fisiologi yang lain termasuklah dapat mengawal koordinasinya dan meningkatkan daya tahan dan kekuatan ototnya.
Faedah senaman dan rekreasi dari segi fisiologi termasuklah peningkatan:
• daya tahan;
• kelenturan;
• koordinasi; dan
• kekuatan.

8. Nyatakan DUA kepentingan komunikasi terhadap kesihatan individu.
(a) mengeratkan hubungan antara ahli profesional kesihatan dengan para pesakit.
(b) mendedahkan individu terhadap proses mencari dan menggunakan informasi kesihatan.
(c) memperoleh sokongan individu terhadap peraturan dan cadangan klinikal yang berkaitan dengan kesihatan.
(d) membentuk dan mempromosikan maklumat-maklumat kesihatan.

9. Berikan definisi rehat dan nyatakan jenis-jenisnya.
Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita boleh mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.
(a) Rehat pasif bermakna rehat tanpa melakukan pergerakkan badan, iaitu tiada regangan otot. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan ialah latihan mental, pembayangan gambaran dan istirehat fizikal. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam postur yag selesa.
(b) Rehat aktif ialah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal untuk meregangkan otot badan. Kita boleh membuat senaman yang ringan seperti berjalan-jalan dan mengambil angin di taman bunga atau melakukan senamrobik. Senamrobik boleh dilakukan rentak muzik.

10. Nyatakan DUA matlamat MERCY.
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY)
1. Meningkatkan kesedaran dan semangat mengambil berat, kesukareaan dan kemanusiaan di kalangan ahli tanpa mengambil kira kaum, agama dan budaya.

2. Menyediakan bantuan kemanusiaan terutama sekali dalam bentuk bantuan perubatan kepada rakyat Malaysia dan rakyat asing apabila diperlukan.

3. Mendidik masyarakat, termasuk para professional perubatan tentang bantuan kecemasan dan kerja-kerja bantuan yang berkaitan dengan perubatan.

Read more...

Isnin, 6 April 2009

Contoh Soalan dan Jawapan HBHE1103 Pendidikan Kesihatan

BAHAGIAN A

SOALAN 1
Apakah tujuan doktor perubatan atau doktor pergigian melakukan pemeriksaan fizikal terhadap pesakit?
[2 markah]
Pemeriksaan fizikal boleh dilakukan serta merta seperti semasa kecemasan ataupun secara berkala dari semasa ke semasa untuk mengesan sebarang masalah kesihatan. Pemeriksaan fizikal dilakukan untuk menentukan keadaan kesihatan keseluruhannya, mengenalpasti dan mengesan sesuatu masalah yang telah pun disedari ataupun bagi mengenalpasti dan mengesan masalah pada peringkat awal atau sesuatu keadaan yang berpotensi untuk menjadi masalah. Pemeriksaan fizikal melibatkan usaha-usaha mengumpul kajian sejarah, pemeriksaan klinikal dan ujian-ujian. Pemeriksaan fizikal berupaya untuk memperoleh maklumat tambahan bagi membuat diagnosis ke atas masalah perubatan dan pergigian.

SOALAN 2
Apakah yang menyebabkan malnutrisi?
[ 2 markah]
adalah keadaan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.
• Kekurangan zat makanan mungkin disebabkan oleh pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi, proses pencernaan makanan yang tidak sempurna atau masalah penyerapan zat makanan.
• Kekurangan satu jenis vitamin adalah sejenis malnutrisi, begitu juga dengan kekurangan makanan atau kebuluran.
Bagi kanak-kanak malnutrisi protein menyebabkan keadaan yang dinamakan Kwashiorkor .
• Kanak-kanak ini mengalami pertumbuhan yang terbantut, anemia, metalbolisme terjejas dan perut menjadi buncit.
Fungsi zat makanan tertentu, kesan kekurangan dan kesan pengambilan berlebihan zat makanan tersebut.

SOALAN 3
Jelaskan secara ringkas maksud kesenggangan.
[2 markah]
ialah waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari.
(Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan) Biasanya waktu terluang ini diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan badan dan otak. Akan tetapi, sesetengah orang lebih gemar mengisi waktu senggangnya dengan aktiviti yang proaktif seperti melukis, mengubah lagu, menanam dan menyiram pokok bunga dan sebagainya. Waktu senggang ini boleh juga digunakan untuk memulihkan keadaan badan dan otak yang telah penat berkerja. Iaitu dengan cara berehat atau tidur. Setiap hari kita perlu mempunyai waktu kesenggangan yang berkualiti pada masa tertentu.
Aktiviti kesenggangan
• Memancing ikan – aktiviti yang boleh menenangkan pemikiran seseorang dan membentuk sikap tidak terburu- buru.
• Bermain bola sepak – sukan yang boleh mengeratkan hubungan pemain.
• Berenang – sukan yang boleh melegakan badan seseorang.
• Mendengar muzik yang merdu – boleh menenangkan pemikiran seseorang.
• Bermain alat muzik – ini dapat menyenangkan seseorang.
• Menyanyi – ini dapat meyebabkan seseorang meluahkan perasaannya.
• Bermain catur – ini dapat melatih kecergasan pemikiran seseorang.
• Menonton televisyen – ini dapat menyeronokkan seseorang.

SOALAN 4
Nyatakan faedah atau kebaikan media massa sebagai saluran komunikasi dalam kesihatan.
[2 markah]
Komunikasi merupakan alat dan media bagi mempromosi atau meningkatkan tahap kesihatan individu dan masyarakat. Ia boleh membantu mencegah penyakit serta mempromosikan kesihatan kepada individu dan masyarakat melalui pelbagai aspek dan cara. Antara kepentingan komunikasi terhadap kesihatan individu adalah:
(a) mengeratkan hubungan antara ahli profesional kesihatan dengan para pesakit.
(b) mendedahkan individu terhadap proses mencari dan menggunakan informasi kesihatan.
(c) memperoleh sokongan individu terhadap peraturan dan cadangan klinikal yang berkaitan dengan kesihatan.
(d) membentuk dan mempromosikan maklumat-maklumat kesihatan.
(e) menyebarkan informasi-informasi risiko kesihatan individu dan masyarakat.
(f) menonjolkan imej-imej tentang kesihatan melalui media massa.
(g) mendidik individu dan masyarakat tentang bagaimana memperoleh kemudahankemudahan kesihatan.
(h) membentuk aplikasi telekesihatan.


SOALAN 5
Nyatakan salah SATU (1) misi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
[2 markah]
[Jumlah:-10 markah]
Misi Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk mempromosikan kesihatan rakyat Malaysia melalui:
• Penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara yang inovatif, saksama dan tepat pada waktu
• Dorongan ke atas individu dan komuniti supaya mereka dapat bertindak terhadap faktor- faktor yang mempengaruhi kesihatan mereka
• Kolaborasi antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dan dengan sektor swasta


BAHAGIAN B

SOALAN 1
Penyediaan dan penyajian makanan yang bersih dan selamat adalah penting bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan. Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh penyedia dan penyaji makanan kantin sekolah bagi menjamin makanan yang disediakan dan disajikan kepada murid-murid sekolah tidak tercemar.
[10 markah]
Pada ‘amnya semua pengendali makanan(sesiapa saja yang menyentuh makanan untuk dimasak termasuk juga suri-suri rumah) mesti mematuhi keselamatan pengendalian makanan ini dari mengelakan bahan makanan dikontiminasi oleh bakteria-bakteria yang membahaya yang akan membawa pada gejala keracunan makanan.Keracunan makanan ini adalah mimpi buruk yang akan melanda pengusaha kafeteria atau kantin.Setiap pengusaha atau pengurus pengendalian makanan perlu mengetahui langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya diambil.Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang peerlu diambil untuk menyediakan makanan itu bersih dan terhindar dari keracunan makanan.
1. Kaedah Pembelian Bahan Mentah atau cara penerimaan pesanan pembeliaan.
2. Kaedah Simpanan catuan Kering. Setor Kering atau Dry Store.
3. Kaedah Simpanan Catuan Makanan Basah.
4. Kaedah Mencegah Keracunan Makanan.
5. Memanaskan kembali Makanan yang telah sedia masak (Reheating cooked Food).
6. Penetapan Kepanasan Makanan (Hot Holding Foods).
7. Pencemaran Bersilang (Cross - Contimination).
8. Cara Pengawalan.
• Sejukan (Refrigerate) Bahan untuk masak sebelum penyediaan masak.
• Di larang mempersiapkan Hidangan masakan terlalu awal.
• Sediakan Hidangan yang sedikit demi sedikit.
9. Amalan yang Betul Menghidang / layani Pelangan.
10. Kebersihan Diri ( Personel Hygiene ).
11. Pakaian.


SOALAN 2
Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup. Manusia dapat berfungsi dan menjalankan aktiviti hariannya dengan cergas dan berkesan jika mempunyai rehat yang cukup.
Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan rehat. Jelaskan juga apakah yang dimaksudkan dengan rehat aktif dan rehat pasif. Berikan juga contoh-contoh aktiviti-aktiviti bagi kedua-dua jenis rehat tersebut.
[10 markah]
Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita
boleh mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.
(a) Rehat pasif bermakna rehat tanpa melakukan pergerakkan badan, iaitu tiada regangan otot. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan ialah latihan mental, pembayangan gambaran dan istirehat fizikal. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam postur yag selesa.
(b) Rehat aktif ialah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal untuk meregangkan otot badan. Kita boleh membuat senaman yang ringan seperti berjalan-jalan dan mengambil angin di taman bunga atau melakukan senamrobik. Senamrobik boleh dilakukan rentak muzik.


SOALAN 3
Fizikal, sosial dan gender merupakan aspek-aspek yang saling berkait rapat bagi menentukan taraf kesihatan keluarga. Jelaskan bagaimana aspek-aspek ini saling berkait bagi menentukan taraf kesihatan keluarga.
[10 markah]
Keluarga adalah institusi yang paling penting bagi menjamin kehidupan yang bermakna, penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Dalam sesebuah keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu. Ini kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung rapat kepada kesejahteraan fizikal. Seseorang mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang sihat. Kita bersama-sama menjaga kesihatan keluarga dengan sentiasa bersenam, mengamalkan pemakanan yang seimbang, bijak menangani stres dan yang penting sekali menyayangi diri sendiri.

Aspek Fizikal
Aspek Fizikal adalah berkenaan dengan sistem pembiakan lelaki dan perempuan; perubahan fizikal, emosi dan psikologi yang berlaku semasa akil baligh, serta proses fisiologi persenyawaan manusia.
Aspek Sosial
Aspek sosial meliputi tajuk tentang tingkah laku seksual, seksualiti alam kanak-kanak dan alam remaja, kasih sayang, pergaulan dan perhubungan, kehamilan remaja, kesusilaan dan kesopanan. Kesihatan keluarga di aspek sosial pula merujuk kepada keberkesanan seseorang itu dalam konteks hidup bermasyarakat dan keupayaannya memenuhi tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anggota keluarga.
Aspek Gender
Aspek gender adalah berkenaan dengan ekspekstasi peranan, peranan lelaki, peranan perempuan dan stereotaip jantina. Keharmonian akan tercapai jika nilai kesihatan keluarga dan budaya hidup yang positif dapat diterapkan dalam diri setiap ahli keluarga.

Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP