Contoh Soalan dan Jawapan HBAE1103 Pendidikan Seni Visual
1. Matlamat PSV
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Peranan guru PSV
Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS adalah untuk:
(i) mengemaskini maklumat pelajar dalam pencapaian Pendidikan Seni Visual sepanjang persekolahan sehingga tahun enam;
(ii) membuat laporan pencapaian untuk tindakan susulan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual;
(iii) memperinci maklumat pencapaian aspek kognitif, afektif dan psikomotor;
(iv) memastikan alat dan bahan untuk penilaian PKBS diperolehi daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Negeri;
(v) meneruskan penilaian bulanan, semester dan memenuhi keperluan rekod profil dan rekod prestasi;
(vi) melakukan penilaian secara formal dan tidak formal; dan
(vii) menggunakan penilaian formatif yang dikumpulkan untuk menghasilkan penilaian sumatif pada jangka panjang.
3. Penilaian Portfolio
Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar, pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar.
Bahan portfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap kerja. Penilaian portfolio merupakan satu cara atau kaedah menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan penguasaan kemahiran dalam konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Eropah termasuk Amerika Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford menunjukkan bahawa porfolio ini membawa kesan yang amat memberangsangkan untuk menilai pelajar.
Penilaian yang demikian dianggap amat adil dan memperuntuk masa yang mencukupi kepada pelajar untuk menyiapkannya. Di Malaysia, penilaian portfolio ini diperkenalkan di maktab-maktab perguruan untuk menilai guru pelatih. Penilaian berportfolio ini amat wajar untuk diimplimentasi di sekolah-sekolah kerana amat relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan konsep JERI seperti yang disebut di atas.
Portfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagai jenis dokumen, sketsa, penjanaan idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam satu atau lebih bidang pelajaran.
Portfolio dalam Pendidikan Seni Visual menampilkan beberapa ciri yang tertentu. Ia merupakan satu fail kerja yang dibina secara berterusan dan beransur-ansur mengikut keperluan semasa dalam proses pembelajaran. Koleksi perkembangan pembelajaran pelajar dirancang secara bersistem dengan menunjukkan adanya rujukan buku dan tokoh seni. Akhirnya, anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual yang menilai portfolio pelajar akan dapat melihat usahanya, kemajuan pembelajaranya dan pencapaian secara menyeluruh dan pencapaian spesifik.
4. Format rancangan tahunan dan mingguan PSV
(a) Rancangan Tahunan dan Semester
(i) Berdasarkan Sukatan pelajaran dan huraian yang dibahagikan mengikut penggal, perkara-perkara yang perlu dinyatakan ialah:
_ Kegiatan/Bidang
_ Jenis Aktiviti
_ Isi Kandungan
_ Kemahiran
_ Bahan/Alat
_ Catatan
(ii) Rancangan Penggal yang disediakan perlulah merangkumi aspek-aspek:
_ Bidang Melukis dan Menggambar
_ Mereka dan Mencorak
_ Membentuk dan Membina
_ Mengenali Kraf Tradisional
(iii) Rancangan penggal yang disediakan mestilah mengikut peringkat perkembangan dan seboleh-bolehnya mempunyai kaitan di antara tajuk yang dirancang.
Penggal ...................... Tahun ..................
Kegiatan/
Bidang Jenis
Aktiviti Isi
Kandungan Kemahiran Bahan/
Alat Catatan
(b) Rancangan Mingguan
(i) Rancangan mingguan adalah perincian daripada rancangan penggal yang mana rancangan ini menunjukkan kesinambungan dan perkembangan pelajaran dari seminggu ke seminggu.
(ii) Perkara-perkara berikut perlu dicatatkan dalam rancangan mingguan:
_ Mata Pelajaran
_ Tahun
_ Kemahiran
_ Isi kandungan
_ Aktiviti
_ Alatan
Minggu ke ......................
Mata
Pelajaran Tahun Kemahiran Isi
Kandungan Aktiviti Alatan
5. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran PSV
Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni Visual iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi dan penulisan.
Kaedah pemerhatian adalah proses penilaian yang melibatkan guru secara aktif. Guru memerhati, membuat inerpretasi dan menilai aspek-aspek yang diperhatikan. Melalui kaedah ini, penilaian dapat dijalankan ke atas proses dan hasil kerja murid.
Pemerhatian proses adalah penilaian yang menitikberatkan proses penghasilan bahan. Guru perlu memerhati cara murid mentafsir, mengelola idea, pew ujudan idea dan cara mereka menggunakan alat.
Sekiranya proses tidak dilakukan dengan betul, guru perlu memberi bimbingan yang sewajarnya. Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan adalah pew ujudan idea di mana proses murid menentukan tema dan peningkatan idea mereka perlu diambil kira. Selain daripad itu, pemilihan dan penyediaan alat dan bahan, proses dan teknik yang dipilih dan kemasan adalah beberapa elemen yang perlu diperhatikan.
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran mur id yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.
Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama, ketelitian dan kesempurnaan.
Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jaw ab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.
Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.
Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan taxonomy Bloom seperti ingatan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
6. Maksud aktiviti Pengayaan dan Pemulihan
Pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni juga akan melalui proses pengayaan dan pemulihan.
Bagi pelajar-pelajar yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas seperti membentuk, mengunting, melakar dan mewarna, anda sebagai guru perlu memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan.
Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh murid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari kebosanan. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam pembelajaran, misalnya aktiviti yang berbentuk projek, kajian serta tugasan-tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dan kerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran Belajar Cara Belajar, Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan.
Begitu juga dengan aktiviti pemulihan, anda sebagi guru tidak dapat lari daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah. Pemulihan amat perlu untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan Seni. Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat.
Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi kelemahan murid. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan murid perlu mahir dalam sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih kepada kemahiran yang lain, contohnya strategi Masteri amat sesuai dalam situasi ini. Pemulihan adalah penting untuk mengembangkan potensi murid disamping membina keyakinan untuk terus belajar dengan kadarnya sendiri.
7. Iklim bilik seni dari segi aspek fizikal
Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.
(a) Aspek fizikal
Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:
(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.
(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.
(iv) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid.
(v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
8. Proses apresiasi seni
Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
(a) Menggambarkan (‘description’)
(b) Menganalisa (‘analysis’)
(c) Tafsiran (‘interpretation’)
(d) Penilaian (‘evaluation’)
(a) Menggambarkan
Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.
(b) Menganalisa
(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.
(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
(iii) Menghuraikan stail sesuatu karya.
(c) Tafsiran
(i) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.
(iI) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.
(d) Penilaian
(i) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.
(ii) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (‘significance’) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan