info terkini

 

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Ahad, 12 April 2009

Contoh soalan HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu - 1

BAHAGIAN A
ARAHAN: - Terdapat LIMA (5) soalan dalam bahagian A. Sila jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1
Terdapat EMPAT (4) peringkat pemahaman membaca iaitu peringkat lateral, peringkat interpretasi, peringkat inferens, dan peringkat menilai. Anda mendapat bahawa murid anda lemah pada peringkat pembacaan lateral. Cadangkan DUA (2) aktiviti pengajaran peringkat lateral yang boleh membantu murid anda dalam memahami pembacaan mereka.
[2 markah]
SOALAN 2
Seorang murid anda masih lagi tidak dapat membentuk huruf dengan betul dan tepat. Cadangkan latihan yang sesuai bagi membantu murid anda itu mengatasi masalah ini.
[2 markah]
SOALAN 3
Terdapat beberapa jenis ayat dalam bahasa Melayu dan setiap satu daripadanya mempunyai ciri yang tersendiri. Huraikan dengan ringkas DUA (2) jenis ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu.
[2 markah]
SOALAN 4
Salah satu daripada tujuan penggunaan bahan sastera adalah untuk membantu penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Jelaskan bagaimanakah unsur bahasa yang terdapat dalam bahan sastera dapat membantu anda dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid anda di sekolah?
[2 markah]

SOALAN 5
Nyatakan DUA (2) kepentingan bahan bantu mengajar.
[2 markah]
[Jumlah:-10 markah]

BAHAGIAN B
ARAHAN:- Terdapat TIGA (3) soalan dalam bahagian B. Sila jawab DUA (2) soalan sahaja.

SOALAN 1
Pengajaran dan pembelajaran membaca melibatkan tiga peringkat iaitu pertama peringkat perancangan aktiviti, kedua peringkat pemilihan, pembinaan dan penggunaaan bahan, dan akhir sekali peringkat menilai. Bagaimanakah anda melaksanakan ketiga-tiga peringkat itu berdasarkan hasil pembelajaran 5.1 iaitu membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang bertul dan memahami perkara yang dibaca?
[10 markah]
SOALAN 2
Anda telah merancang untuk mengajarkan murid menulis e-mel yang mudah seperti yang dinyatakan dalam hasil pembelajaran 10.1 iaitu menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. Jelaskan pelaksanaan pengajaran anda itu dengan mengambil kira ketiga-tiga peringkat pengajaran mengarang.
[10 markah]

SOALAN 3
Anda bercadang untuk mengajarkan bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda dengan menggunakan pantun yang berikut.
Anak buaya terenang-renang, Anak kunci dalam perahu ; Hanya saya terkenang-kenang, Orang benci saya tak tahu.
Dua tiga kucing berlari, Manakan sama si kucing belang; Dua tiga hamba mencari, Manakan sama abang seorang.
Bagaimanakah anda dapat mengajarkan bentuk kata yang berkenaan?
[10 markah]

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP