info terkini

 

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Sabtu, 22 Januari 2011

Assignment HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL sem 8

SOALAN

Wau merupakan alat permainan yang diperbuat daripada kertas, gentian atau kain yang digubah halus dan padat dengan awan larat yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan. Ia begitu popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Sebelum wau dihasilkan, perancangan yang rapi dan teliti perlu dilakukan bagi mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dan menepati kehendak pelukis. Sehubungan dengan fungsi tersebut, anda dikehendaki menghasilkan tugasan seperti berikut.

1. Sediakan satu folio untuk menghasilkan lakaran berwarna wau tradisional untuk hiasan dinding sekurang-kurangnya sebanyak lima helai dengan menggunakan kertas lukisan berukuran dalam lingkungan (42cm X 30cm). Perkara-perkara di bawah menjadi perhatian utama di dalam lakaran idea tersebut:

 Jenis wau : Wau Bulan / Wau Jala Budi / Wau Kucing / Wau Barat /
Wau Burung / Wau Helang
 Ciri wau : Mesti mempunyai kepala, pinggang, sayap dan ekor
 Membuat ‘thumbnail-print’ (lakaran idea)
 Pemilihan lakaran terbaik
 Memperincikan motif corak lakaran hiasan wau
(10 markah)

2. Anda merupakan penasihat Kelab Kesenian di sekolah dan bercadang untuk mengadakan pameran bertemakan permainan tradisional melayu. Wau adalah antara hasilan kreatif yang diperlukan untuk menjayakan pemeran tersebut. Berdasarkan folio yang ditugaskan dalam soalan no. 1, hasilkan satu reka bentuk wau hiasan yang menarik dan berkualiti mengikut spesifikasi berikut:

 Jenis wau : Wau Bulan / Wau Jala Budi / Wau Kucing / Wau Barat /
Wau Burung / Wau Helang
 Ciri wau : Mesti mempunyai kepala, pinggang, sayap dan ekor
 Saiz : Dalam lingkungan ( 40cm X 40cm )
 Bahan : Kertas, kertas warna, kertas lutsinar, buluh atau lidi
 Warna : Mengikut kombinasi yang sesuai
 Corak motif : Bebas ( flora dan fauna )

(20 markah)

[Jumlah: 30 markah]

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP