info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Sabtu, 9 April 2011

Soalan HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah
1. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan untuk menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.
Bincangkan DUA peranan murid di dalam melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) ini.

2. Bagaimanakah ibu bapa dan masyarakat dapat memainkan peranan agar Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) mencapai matlamatnya.

3. Bincangkan DUA langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan suasana sekolah sentiasa bersih, indah dan ceria sepanjang masa.

4. Huraikan DUA objektif khusus penubuhan program PROSTAR (Program Sihat Untuk Remaja).

5. Pelajar yang jatuh sakit atau cedera perlu berehat sementara menunggu rawatan lanjut daripada pasukan perubatan di hospital. Oleh itu, bilik rawatan di sekolah umpama klinik mini disediakan untuk menempatkan pelajar berkenaan.
Nyatakan kelengkapan asas yang perlu ada di bilik rawatan sesebuah sekolah.

BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. SOALAN Markah
1. Aspek penjagaan keselamatan di rumah tidak boleh dipandang ringan. Golongan dewasa juga memerlukan peralatan perlindungan keselamatan.
(a) Bincangkan EMPAT langkah keselamatan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan di rumah.

(b) Huraikan dengan jelas EMPAT panduan penggunaan peralatan perlindungan keselamatan yang perlu diutamakan semasa di rumah.

2. Konsep SAFE telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996 yang berkaitan dengan penjagaan keselamatan di sekolah.
(a) Huraikan hubungan konsep SAFE dengan langkah-langkah keselamatan di padang sekolah.

(b) Huraikan TIGA jenis risiko yang berpotensi mendatangkan kemudaratan kepada pengguna khasnya pelajar dan guru-guru berserta contoh yang sesuai.


3. Pencemaran air oleh aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan banyak punca air bersih mula tercemar. Pencemaran boleh membahayakan kesihatan manusia dan mengancam sumber alam dan ekosistem.
(a) Huraikan hujah-hujah untuk menyokong pernyataan di atas iaitu aktiviti yang di lakukan oleh manusia boleh menyumbang kepada pencemaran.

(b) Bincangkan TIGA faktor yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air.

(b) Bincangkan TIGA faktor yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air.

4. Terdapat beberapa Akta yang telah digubal untuk menjaga alam sekitar.
(a) Bincangkan EMPAT akta yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kawalan pencemaran alam sekitar ini.

(b) Sanitasi persekitaran amatlah penting untuk menjamin sesebuah kawasan itu bebas daripada bahan cemar yang berpunca daripada air kubahan dari kawasan perumahan, perindustrian, penternakan dan sebagainya.
Huraikan dengan terperinci kemudahan untuk sanitasi persekitaran.


5. Dewasa ini, terdapat banyak penyakit dan masalah kesihatan yang berlaku akibat daripada aspek perbandaran, migrasi dan perindustrian. Antaranya adalah wabak Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS), selsema burung, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta influenza A HINI. Wabak ini boleh tersebar dengan cepat. Oleh itu langkah pencegahan perlu diambil berat terlebih dahulu sebelum memikirkan aspek rawatan.
(a) Terangkan konsep Diagnosis Awal dan Rawatan Awal dalam pencegahan pencemaran dalam sesebuah masyarakat.

(b) Bincangkan konsep Promosi Kesihatan yang boleh memberikan kesedaran kepada orang ramai bagi melakukan langkah-langkah pencegahan terhadap sesuatu penyakit.

BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA. SOALAN Markah
1. Bincangkan bagaimana Human Immunodeficiency Virus (HIV) boleh berjangkit dan huraikan LIMA langkah pencegahan yang boleh diambil untuk menghindari virus ini.

2. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mendefinisikan toksid sebagai bahan dan sediaan yang jika disedut atau dihadam atau menembusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang serius dan kematian.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan DUA jenis penyakit yang dapat dikesan daripada jangkitan toksid dan cadangkan cara pengawalan bahan toksid ini.


Read more...

Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

TOPIK 1
• Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dimulakan sejak tahun 1967.
• Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan trend penyakit. Oleh itu, amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.
• Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek Health Promoting School (HPS) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
• Projek ini berdasarkan konsep HPS yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berteraskan Piagam Ottawa.
• Persidangan HPS yang telah diadakan pada bulan Disember 1996, di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mencadangkan supaya RKS yang sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS ).
• Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.


TOPIK 2
• Tugas, tanggunggjawab serta peranan sekolah itu penting dalam mewujudkan persekitaran yang ceria di sekolah di samping dapat memainkan peranan dalam melatih murid-murid menyayangi dan memahami erti kebersihan yang sebenar.
• Dengan adanya kesedaran ini maka amalan kebersihan di sekolah dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
• Kerjasama daripada semua pihak merupakan elemen yang terpenting dalam merealisasikan amalan kebersihan di sesebuah sekolah.

TOPIK 3
• Melalui program kesihatan sekolah diharap dapat melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan bersahsiah tinggi tetapi dapat melahirkan pelajar yang dapat menjadikan penjagaan aspek kesihatan sebagai sesuatu yang amat penting dalam kehidupan mereka.
• Pelbagai program berorientasikan kesihatan dapat memperkasakan pelajar berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan. Ia juga mendorong pelajar mengambil langkah sendiri dalam memelihara tahap kesihatan diri sendiri.
• Warga sekolah yang sihat diharap mampu menggerakkan negara ke arah pembangunan yang lebih pesat. Selain itu, masyarakat yang sihat pada hari ini dapat melahirkan generasi yang sihat pada masa hadapan.
• PROSTAR dan program pendidikan AIDS membentuk pelajar yang berpengetahuan, bersikap positif serta mengelakkan amalan yang berisiko mendedahkan mereka kepada jangkitan HIV.
• Program Doktor Muda membentuk sekumpulan Doktor Muda selaku Pembimbing Rakan Sebaya yang membantu pihak sekolah dalam menjayakan beberapa aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit.
• Pelaksanaan program melibatkan usaha sama pihak sekolah, ibu bapa, NGO serta pelbagai agensi awam yang berkaitan.

TOPIK 4
• Konsep keselamatan diri perlu dilihat berdasarkan aspek emosi dan fizikal. Dalam aspek emosi, keselamatan diri dipersepsi sebagai seseorang itu berasa selesa dan mesra terhadap gerak balas dirinya terhadap orang lain seperti keluarga, rakan dan masyarakat sekitarnya. Aspek fizikal pula melibatkan seseorang itu bebas daripada penderitaan atau kesakitan yang berpunca daripada kecederaan.
• Keselamatan diri boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk melindungi dirinya daripada mendapat kemudaratan secara fizikal dan mental, sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya serta di sekelilingnya.
• Kemalangan tidak memilih mangsa sekiranya seseorang itu tidak mengambil langkah-langkah pencegahan. Konsep keselamatan bergantung pada di mana, bagaimana dan kenapa ia berlaku.
• Penggunaan alat-alat perlindungan keselamatan merupakan kaedah kawalan yang penting setelah langkah-langkah kawalan yang lain dilakukan. Penggunaannya berbeza mengikut bidang tugas dan persekitaran kerja.
• Salah satu punca utama kes kecederaan dan kemalangan adalah kerana kecuaian. Ia berpunca daripada sikap sambil lewa atau sikap tidak ambil peduli.
• Prinsip utama apabila anda berhadapan dengan sebarang keadaan kecemasan ialah mempastikan keselamatan anda terjamin terlebih dahulu sebelum anda membantu orang lain.

TOPIK 5
• Penjagaan keselamatan bukan setakat menjadi hangat hanya apabila berlakunya sesuatu kemalangan di sekolah tetapi mestilah menjadi salah satu agenda utama pengurusan sekolah.
• Bertindaklah sebelum sesuatu kemalangan berlaku dan bukannya bertindak selepas sesuatu kemalangan berlaku.
• Infrastruktur bilik darjah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar bukan setakat bersih dan ceria tetapi mestilah selamat.
• Penyelenggaraan alat-alat bantuan mengajar sentiasa menjadi salah satu keutamaan pihak sekolah. Peralatan yang tidak diselenggarakan secara berkala dan sempurna boleh mengurangkan jangka hayat penggunaan peralatan tersebut.
• Prosedur keselamatan dalam bilik darjah dan makmal haruslah sentiasa diingatkan dan dimaklumkan kepada semua warga sekolah. Prosedur keselamatan mengutamakan tiga perkara yang paling utama iaitu tahu, faham serta buat.
• Persekitaran sekolah yang berteraskan kepada empat elemen iaitu kecantikan, keindahan, keselamatan dan keselesaan (4K) amatlah berguna dalam membentuk dan menjamin suasana yang kondusif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kemalangan dan kecederaan di kawasan persekitaran sekolah dapat dikurangkan dengan kaedah menilai dan mengawal risiko.
• Konsep SAFE dapat menerangkan berkaitan penjagaan keselamatan di sekolah.

TOPIK 6
• Pendidikan Kesihatan Persekitaran dapat dilaksanakan secara formal dan juga tidak formal. Pendidikan Kesihatan Persekitaran menjamin wujudnya persekitaran sihat yang membentuk suasana sejahtera bagi warga sekolah.
• Pendidikan Kesihatan Persekitaran boleh dijalankan secara perkongsian bijak dengan agensi-agensi lain. Agensi-agensi luar dapat memberi sokongan dalam bidang masing-masing.
• Usaha-usaha perlu untuk menambahbaik aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah untuk memperkemaskan Pendidikan Persekitaran.
• Menjadikan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai kesepaduan dengan mata pelajaran akademik yang lain. Warga sekolah khusus para pelajar harus diberi pendedahan dalam pembelajaran berdasarkan pengalaman bersama agensi-agensi luar.

TOPIK 7
• Air merupakan keperluan utama manusia dan perlu dikekalkan tahap kebersihannya.
• Air terdiri daripada pelbagai jenis seperti air kerpasan, air permukaan dan air bumi.
• Pencemaran air berlaku kerana aktiviti manusia yang gagal mengurus sisa dan sumber yang menyebabkan air tercemar.
• Kaedah pembuangan sampah perlu dilestarikan agar kita tidak akan ditimpa musibah akibat sistem pelupusan yang tidak berkesan.
• Air yang bersih menjamin kesihatan.

TOPIK 8
• Pencemaran bukan setakat mendatangkan kesan buruk kepada manusia malah kepada organisma lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
• Pencemaran udara atau atmosfera berlaku apabila bahan beracun atau toksid sama ada dalam bentuk gas, asap atau habuk dilepaskan ke udara.
• Pencemaran air melibatkan sumber atau punca air seperti tasik, sungai, laut dan air bawah tanah yang dicemari oleh bahan cemar yang dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti perkilangan, pertanian, perumahan, penerokaan tanah dan sebagainya.
• Pencemaran tanah berlaku apabila terdapatnya bahan cemar yang dibuang secara sengaja atau tidak sengaja ke atas permukaan atau ke dalam tanah. Keadaan ini mengganggu keadaan asal atau semulajadi struktur tanah.
• Peraturan utama yang berkaitan dengan semua aktiviti persekitaran adalah termaktub di dalam Akta Kualiti Persekitaran (Environment Quality Act, 1974), pindaan tahun 1985 dan 1996 (Azizi Ahmad, 2007). Akta ini turut disokong oleh lain-lain akta yang menjurus kepada matlamat yang sama iaitu untuk mempelihara dan menjaga alam sekitar.
• Keperluan dan perancangan untuk membina kilang dan pembukaan kawasan baru untuk industri tertakluk kepada panduan yang tedapat di dalam Akta Kualiti Persekitaran 1974 yang menyediakan rangka kerja berkaitan dengan undang-undang dan peraturan alam sekitar di Malaysia.
• Sanitasi persekitaran amatlah penting untuk menjamin sesebuah kawasan itu bebas daripada bahan cemar yang berpunca daripada air kumbahan dari kawasan perumahan, perindustrian, penternakan dan sebagainya.
• Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Ungkapan ini membawa kepada makna bahawa langkah-langkah pencegahan hendaklah diambil berat terlebih dahulu dalam aspek perancangan dan pelaksanaan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan aspek persekitaran.
• Promosi kesihatan bukan setakat memberikan kesedaran kepada orang ramai atau masyarakat awam berkaitan maklumat kesihatan. Malah, ia lebih kepada menggerakkan dan memperkasakan mereka supaya sedar serta mengambil tindakan yang perlu untuk melakukan langkah-langkah pencegahan terhadap sesuatu penyakit atau masalah kesihatan.
• Diagnosis awal dan rawatan awal amatlah penting dalam pengendalian sesuatu penyakit. Dengan membuat pemeriksaan awal, pihak hospital atau klinik boleh mengenal pasti punca-punca penyakit serta jenis rawatan dan ubat yang boleh diberikan kepada pesakit.
• Rehabilitasi atau pemulihan bukan setakat memberikan ubat bagi mengurangkan penyakit yang dihidapi tetapi juga untuk mengurangkan ketidakupayaan serta mempertingkatkan kualiti hidup seseorang pesakit itu.

TOPIK 9
• Bakteria adalah mikroorganisma bersaiz kecil di antara 0.3 ke 14 μm. Bakteria tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop.
• Virus adalah mikroorganisma dan hanya dapat hidup dalam tisu-tisu hidup seperti dalam darah atau bendalir dalam badan manusia atau haiwan.
• Kulat atau dalam istilah perubatan disebut Fungi. Kulat adalah mikroorganisma sel Eukaryotic.
• Protozoa merupakan mikroorganisma yang mempunyai sel Eukaryotic. Protozoa adalah sel tunggal yang paling kecil dan bersaiz di antara 5 hingga 50 μm.
• Mekanisme pertahanan manusia terbahagi kepada dua iaitu mekanisme pertahanan luaran dan dalaman.
• Lingkungan jangkitan sesuatu mikroorganisma dapat diterangkan dengan prinsip rangkaian jangkitan (chain of infection). Terdapat enam elemen utama dalam rangkaian jangkitan yang saling berkaitan dalam menyebabkan berlakunya sesuatu jangkitan.
• Apabila Patogen memasuki badan seseorang dan hidup di dalamnya, seseorang itu dikatakan telah dijangkiti. Sekiranya Patogen itu membiak dan menyebabkan seseorang itu sakit, dia dikatakan telah menghidap penyakit berjangkit.
• Sistem pertahanan atau imuniti badan adalah umpama bala tentera yang mengawal sesebuah negara dari dicerobohi oleh musuh.
• Teknik Aseptik ialah kaedah khusus serta prosedur tertentu yang digunakan dalam keadaan yang amat terkawal yang bertujuan mengelak dan mencegah pencemaran oleh Patogen atau lain-lain mikroorganisma merbahaya.
• Prinsip dalam kawalan jangkitan ialah mencegah jangkitan dengan cara memutuskan dan memusnahkan rangkaian jangkitan sesuatu penyakit. Sebahagian organisma tidak secara serta-merta menyebabkan sesuatu penyakit. Ia bergantung kepada tahap ganas (virulence) dan tahap menakluki (invasiveness) sesuatu Patogen itu.
• Piawai pengawasan yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan jangkitan dapat dilihat dalam beberapa perkara seperti polisi dan peraturan, kumpulan atau jawatankuasa pelaksana kawalan jangkitan, pendidikan dan latihan, kemudahan dan kelengkapan serta persekitaran yang bersih.

TOPIK 10
• Bunyi bising bukan setakat memberi kesan kepada masalah kesihatan secara fizikal malah dalam aspek mental. Kebisingan diukur dengan Desibel (dB).
• Terdapat beberapa punca bunyi bising. Antaranya ialah punca secara semula jadi dan buatan manusia.
• Tahap bunyi yang menimbulkan keadaan kacau-bilau dan hingar-bingar kepada seseorang sama ada di persekitaran kerja atau semasa berehat di rumah boleh dianggap sebagai suatu bentuk kebisingan. Kebisingan inilah yang dimaksudkan sebagai pencemaran bunyi.
• Kesan bunyi bising kepada manusia terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada telinga (auditory effect) dan kesan di luar telinga (non-auditory effect).
• Unit Kawalan Mutu Makanan (UKMM) berperanan dalam merancang, melaksana, memantau serta menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan aspek keselamatan, kualiti serta kebersihan makanan.
• Matlamat utama Unit Rancangan Kebersihan Alam Sekitar (URKAS) adalah untuk mewujudkan suatu persekitaran sihat dan sesuai serta mampu mendatangkan kebaikan kepada kesihatan fizikal dan mental penghuni-penghuninya.
• Unit Kesihatan Am (UKA) adalah sebuah unit yang bertanggungjawab terhadap bidang-bidang kesihatan am yang menyokong unit-unit lain di dalam sesebuah organisasi pejabat kesihatan.
• Simptom-simptom jangkitan yang berkaitan dengan toksik boleh dilihat dari segi pendedahan seseorang terhadap bahan tersebut. Terdapat dua jenis pendedahan iaitu pendedahan yang teruk (acute exposure) dan pendedahan yang kronik (chronic exposure).
• Antara bahan toksid yang boleh menyebabkan penyakit kanser ialah bahan yang mengandungi Karsinogen. Debu dan habuk yang berterbangan di udara boleh memasuki saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan pada paru-paru.
• Kawalan terhadap bahan-bahan toksik memerlukan tahap teknologi dan kos yang tinggi. Tetapi jika dilihat dari segi keuntungan jangka panjang kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk, sememangnya pengurusan yang cekap terhadap bahan atau sisa toksik dari industri merupakan satu langkah yang wajib dilakukan oleh semua pihak.
• Prinsip utama apabila menghadapi penyakit atau masalah kesihatan ialah perlu mendapatkan rawatan dengan segera.


Read more...

Jumaat, 8 April 2011

Rumusan HBAE3203 kRAFTANGAN

TOPIK 1
• Kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek
moyang kita masa dahulu.
• Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa terdapat banyak pengaruh kepercayaan lama orang Melayu, iaitu pengaruh Aninisme dan Hindu.
• Tujuan kita untuk mempelajari kraf tradisional adalah untuk:
a. Menanamkan sikap;
b. Menyedarkan pelajar agar ia tidak akan lupus;
c. Menyedari bahawa ia mempunyai nilai estetik; dan
d. Merasa bangga dengan tradisi warisan negara.
• Kepentingan mengenali kraf tradisional adalah untuk:
a. Mempelajari teknik;
b. Memahami bahan-bahan semula jadi yang digunakan; dan
c. Mengetahui nama pada corak ragam hias kraf tradisional.
TOPIK 2
• Batik boleh dikatakan berasal dari Indonesia. Dalam Bahasa Melayu, batik bermaksud ‘titik’, manakala dalam bahasa Jawa pula batik membawa maksud
‘setitik lilin’.
• Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar.
• Anda telah didedahkan dengan pengetahuan mengenai apa jenis alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan batik.

TOPIK 3
• Dalam topik ini anda telah didedahkan kepada latar belakang ukiran.
• Ukiran kayu dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu.
• Anda juga telah didedahkan kepada motif dan ragam hias dalam ukiran.
• Akhir sekali, anda sekarang tahu bagaimana untuk menghasilkan sesebuah ukiran.

TOPIK 4
• Dalam topik ini anda telah belajar sedikit sebanyak tentang latar belakang tenunan.
• Tenunan sonkat dipercayai berasal daripada kerajaan Dongson di Kemboja sebelum ianya diperkenalkan di negara ini.
• Anda juga telah didedahkan dengan motif dan ragam hias dalam tenunan.

TOPIK 5
• Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan latar belakang anyaman.
• Anyaman merupakan seni tradisi yang dipercayai muncul dan berkembang tanpa pengaruh dari luar.
• Anda juga telah pelajari tentang motif dan ragam hias dalam anyaman.
• Akhir sekali, anda sekarang tahu tentang alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan anyaman.

TOPIK 6
• Dalam topik ini anda telah didedahkan tentang latar belakang tembikar.
• Anda sekarang juga maklum tentang motif dan ragam hias dalam tembikar.
• Akhir sekali anda telah pelajari mengenai alatan dan bahan untuk menghasilkan tembikar.

TOPIK 7
• Dalam topik ini anda telah pelajari tentang latar belakang tekatan.
• Anda juga sekarang tahu tentang motif dan ragam hias dalam tekatan.
• Akhir sekali anda sekarang sudah maklum tentang alatan dan bahan untuk menghasilkan tekatan.

TOPIK 8
• Dalam topik ini anda telah pelajari tentang latar belakang wau.
• Anda juga telah didedahkan dengan motif dan ragam hias dalam wau.
• Akhir sekali anda telah maklum tentang alatan dan bahan untuk menghasilkan sesebuah wau.

TOPIK 9
• Dalam topik ini anda telah pelajari tentang latar belakang gasing.
• Anda juga telah didedahkan dengan jenis-jenis gasing.
• Akhir sekali, anda telah pelajari tentang cara untuk menghasilkan sesebuah gasing.

TOPIK 10
• Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan latar belakang perhiasan diri.
• Anda juga telah pelajari tentang motif, ragam hias dan rekabentuk perhiasan diri.
• Akhir sekali anda sekarang tahu bagaimana untuk menghasilkan perhiasan diri.




Read more...

Sabtu, 2 April 2011

Contoh Soalan dan Jawapan HBML3203 Tatabahasa

1. Jelaskan maksud morfologi?
Morfologi ialah ilmu yang membincarakan struktur,bentuk dan golongan kata serta cara perktaan diwujudkan pd bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata.

2. Jelaskan maksud sinbtaksis.
Sintaksis ilah ilmu yg membicarakan proses pembinaan ayat,cara perkataan itu disusun menjadi ayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat iaitu dalam membentuk frasa,klausa dan ayat.

3. Bincangkan golongan perkataan.Golongan kata terdiri daripada :
i. Kata nama- nama khas,nama am,ganti nama
ii. Kata kerja – kata yg menjadikan inti dlm frasa kerja,samada yg berlaku atau dilakukan. Contoh ,berjln,makan memakan,dimakan dsb.
iii. Kata adjektif – kata yg menjadi dlm frasa adjektif spt manis sekli,sudah lama sungguh,masih lebat
Kata2 dlm golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.Blh dibahagikan kpd 9 sub golongan
iv. Kata tugas - hadir dlm ayat utk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu.
v. Kata hubung- bertugas utk menghubungkan klausa,ayat,frasa atau perkataan utk membentuk ayat majmuk. Dlm bhasa melayu terdapat dua ayat majmuk iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu kata hubung dpt dibahagikan kpd 2 jenis iaitu kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan.
a. Kata hubung gabungan : menghubungkan klausa yg sama tarafnya :- dan,atau serta,tetapi,malahan,sambil sementara,sebaliknya,seterusnya.
b. Kata hubung pancangan :-pancangan relatif- menghubungkan klausa utama dgn klausa pancangan(kecil) yg menggunakan kata ‘ yang’.
pancangan komplemen,-menghubung satu klausa komplimen kpd satu klausa utama. (pelengkap klausa utama) kata hubung yg berperanan begitu adalah bahawa dan untuk.
pancangan keterangan – menghubungkan klausa keterangan dgn klausa utama:- kerana,atau meskipun,sekiranya dsb.

4. Kenal pasti dua tujuan wacana.
i. Memilih teknik penyampaian wacana
ii. Menentukan bentuk wacana
iii. Utk mdptkan maklumat
iv. Untuk menyampaikan maklumat


5. Jelaskan maksud kohesi dalam wacana.
Kohesi merupa aspek formal dlm wacana. Kohesi merupakan hubungan di antara ayat di dlm sesebuah wacana samada dr segi strata gramatikal atau strata leksikal terterntu.

6. Terangkan konsep tautan.
Tautan berbeza dgn keteraturan fikiran,ia merupakan konsep semantic yg juga merujuk kpada perkaitan kebahasaan yg didapati pada satu ujaran yg membentuk wacana. Menurut Halliday dan Hassan (1976) tautan adalah satu set kemungkinan yg wujud dlm bahasa utk menjadikan sesatu teks itu berkesatuan.

7. Mengapakah kohesi penting dalam wacana?
Kohesi sngt penting kerana ia merupakan organisasi yg sintatik yg meruipakan wadah ayat yg disusun secara padu dan padat yg menghasilkan tuturan.Wacana yang baik dihasilkan melalui penguasaan kohesi yg baik.

8. Bincangkan istilah kohesi dalam wacana.
Kohesi yang bermakna tautan merupakan aspek formal dalam bahasa wacana.Tautan berbeza dgn keteraturan fikiran. Kohesi atau atautan merupakan konsep semantic yg juga merujuk kepada perkaitan kebahasaan yg di dapati pada suatu ujaran yg membentuk wacana.

9. Bagaimana anda mencerakinkan kohesi dalam wacana?

10. Jelaskan ciri2 kohesi dalam wacana.
Ciri2 kohesi dalam wacana :

11. Bincangkan keutuhan wacana dalam penulisan.
keutuhan wacana adalah untuk:
• Menentukan sama ada sesebuah wacana itu berkualiti ataupun tidak.
• Hubungan dilihat dalam bahagian-bahagian wacana, iaitu dari segi semantik, fonologi, leksikal dan gramatikal.

12. Terdapat 7 unsur komunikasi dalam wacana.Nyatakan empat daripada unsur tersebut.
i.satuan bahasa 2. Terlengkap 3. Mengatasi ayat/klausa
4. teratur/tersusun rapi 5. Berkesinambungan
6. Kohesi lisan/tulisan awal/akhir yg nyata.
13. Analisis maksud penanda wacana berdasarkan 3 contoh.
14. Berikan empat perbezaan antara format surat kiriman tidak rasmi dan format surat
kiriman rasmi.
Surat kiriman tidak rasmi
1. Alamat di sebelah kiri
2. Tidak ada garisan memanjang
3. Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim.
4. Tidak ada tajuk
Surat kiriman rasmi
1. Alamat di sebelah kanan
2. Tdpt garisan memanjang di bawah alamat pengirim
3. Tarikh ditulis di sebelah kanan sebaris dengan baris dengan alamat penerima
4. Tarikh ditulis dgn huruf besar
5. Ada tajuk surat
15. Huraikan morfem bebas dan morfem terikat beserta contoh yang sesuai.
a. morfem bebas- berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri.
cth: minum,makan,cuti,periksa
b.morfem terikat - btk imbuhan iaitu mem,pem,per,kan dan ber…tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu yg blh mengubah makna sesuatu kata seterusnya makna ayat.
16. Jelaskan jenis-jenis penanda wacana.

. Tiga Jenis Penanda Wancana
i. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi.
ii. Memperjitu organisasi penulisan.
iii. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain.
b. Menunjukan pertautan dari segi kronologi
i. Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu.
Contoh:
Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman dahulu, pada hari esoknya dan sebagainya.
ii. Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh di atas.
c. Memperjitu organisasi penulisan
i. Berfungsi untuk menghubungkan bahagian wacana dengan bahagian wacana yang lain.
ii. Memberitahu pembaca apa-apa yang dibuat / didedahkan kepada bahagian tertentu.
Contoh:
sebagai kesimpulan
untuk merumuskan
contohnya
tegasnya
dapat dinyatakan bahawa pertama
akhir sekali
dengan kata lain
dalam hal ini
dalam hubungan ini
untuk menjelaskan lagi


Nota: Bagi seperti contoh-contoh di atas, diwajibkan bagi anda meletakkan tanda koma selepas setiap frasa (rujuk Rajah 4.1).

Rajah 4.1: Tanda koma berfungsi sebagai jeda
Sumber: www.sochurch.org/newabout.html
d. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lain
Leman Ahmad (1984) membahagikan jenis penanda wacana kepada tiga bahagian, iaitu:
i. Menambah atau memperluas idea

Contoh:
dan
selanjutnya
di samping itu
selain itu
lebih-lebih lagi
tambahan pula
begitu juga
seterusnya
satu lagi
dan sebagainya

ii. Menunjukkan pertentangan idea

Contoh:
tetapi
sebaliknya
pada masa yang sama
walaupun
walau bagaimanapun
walaupun demikian
sama ada
sebenarnya
dan sebagainya

iii.
iv. Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat dan tujuan-syarat

Contoh:
jadi
oleh sebab itu
disebabkan
oleh yang demikian
untuk tujuan itu
maka (kata pangkal ayat)
berikutan itu
dengan demikian
kecuali
dengan syarat

• tetapi – Sekiranya tetapi terletak pada permulaan ayat, penggunaannya mestilah diikuti dengan tanda koma.

Contoh: “Tetapi, buku itu bukan buku saya.”
• sebaliknya – Sekiranya di pertengahan ayat, tanda koma sebelum perkataan 'sebaliknya'.

Contoh: “Buku itu bukan buku saya, sebaliknya ia adalah buku Ariff.”
• pangkal ayat – Antara contoh-contoh pangkal ayat seperti berikut: hatta, arakian, sebermula dan alkisah.

17. Mengapakan penanda wacana penting dalam penulisan?

18.Tunjukkan tiga contoh perenggan pendek yang terdapat kepelbagaian penanda wacana.

19.Bincangkan fungsi-fungsi penanda wacana.
FUNGSI-FUNGSI PENANDA WACANA
Terdapat empat fungsi penanda wacana.
Fungsi menunjukkan maksud:
• Tambahan;
• Sebaliknya;
• Sebab; dan
• Ketika.
a. Penanda Wacana untuk Menunjukkan Maksud Tambahan
Antara penanda wacana yang membawa maksud tambahan ialah:
i. Ini bererti;
ii. Sejajar dengan ini;
iii. Pendek kata;
iv. Justeru; dan
v. Sebagai tambahan.
b. Penanda Wacana untuk Menujukkan Maksud Sebaliknya
Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya ialah:
i. Sungguhpun;
ii. Berbanding dengan;
iii. Dalam masa yang sama;
iv. Sebaliknya; dan Walau bagaimana sekalipun.
c. Penanda Wacana untuk Menunjukkan Sebab
Antara penanda wacana bagi menunjukkan sebab ialah:
i. Berdasarkan;
ii. Berpegang pada;
iii. Sekiranya begitu;
iv. Akibatnya; dan
v. Kesudahannya.
d. Penanda Wacana yang Menunjukkan Maksud Ketika
Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika ialah:
i. Merujuk;
ii. Berbalik kepada;
iii. Akhirnya;
iv. Sementara itu; dan
v. Sejenak kemudian.
Keterangan:
• Oleh itu merupakan penanda wacana yang melanjutkan idea sebelum ini dengan idea yang berikutnya.

Contoh: “Oleh itu, haruslah kamu berdua bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan ini.”
• Dengan itu merupakan penanda wacana yang digunakan untuk melanjutkan idea.

Contoh: “Dengan itu, tamatlah upacara kita pada pagi ini.”
• Dengan demikian ialah penanda wacana yang melanjutkan idea.

Contoh: Dengan demikian, karikatur politik menjadi lebih pedas, kasar, keterlaluan dan langsung terkena batang hidung tokoh berkenaan selepas krisis politik tahun 1998.
• Akhirnya merupakan penanda wacana yang menunjukkan kesimpulan kecil bagi keseluruhan gagasan atau idea dalam perenggan tersebut.

Contoh: “Akhirnya, dapat juga aku petik bunga harum mekar malam ini.”
• Penanda wacana yang terakhir ialah Sebagai kesimpulannya yang merupakan simbol atau tanda yang menunjukkan bahawa penulis akan menamatkan perbincangan bagi keseluruhan idea atau gagasan yang dibincangkan dalam tajuk.

Contoh: Sebagai kesimpulannya, sehingga kini, belum ada iklan yang boleh dikatakan berjaya menyampaikan mesej yang cuba mengangkat bahasa Melayu dan mempertahankan kedaulatannya dengan tepat.
• Penanda wacana Jelaslah merupakan penegasan sekali lagi idea keseluruhan yang terdapat dalam perenggan pertama. Penegasan ini pula diikuti dengan huraian lanjutan.

Contoh: Jelaslah, pada era siber ini, bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda dunia yang lain terdedah dengan pelbagai ancaman dan cabaran.
• Sungguhpun merupakan kata yang menunjukkan pertentangan idea atau gagasan antara frasa ’kelihatan orang di negara maju seronok’ dengan ’keseronokan mereka tidak berpunca daripada ketenangan jiwa’.

Contoh: Sugguhpun begitu, hal ini tidak bermakna satu-satu bahasa tersebut adalah lebih kaya atau lebih miskin daripada bahasa yang lain dari segi dalamannya.
• Penanda wacana Maka itu merupakan kesimpulan kecil bagi perenggan yang kedua.

Contoh: Maka itu, karikatur penghinaanm khususnya yang melibatkan soal akidah dan kepercayaan, penerbitannya tidak patut dibenarkan sama sekali.

Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP