info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Selasa, 1 September 2009

Pepatah Melayu


Ada padi semua jadi, ada beras semua kerja deras
Semua yang dihajati itu dapat dicapai jika ada wang

Ayam terlepas, tangan bau tahi
Orang yang ingin mencari keuntungan tetapi akhirnya menanggung kerugian atau malu

Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Biasanya perangai seseorang anak itu menurut perangai ibu bapanya

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Setiap orang mempunyai kehendak hati masing-masing

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Bersusah-susah dahulu supaya mendapat kesenangan pada Bersusah-susah dahulu supaya mendapat kesenangan pada kemudian hari

Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Betapa beratnya kita melihat kesusahan yang dialami oleh orang lain, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Berhati-hatilah apabila menceritakan sesuatu rahsia

Biar putih tulang, jangan putih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Kalau hendak membuat kebaikan biarlah berpatutan tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Pergaduhan antara adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula

Diam ubi berisi, diam besi berkarat
Pendiam orang pandai itu berguna tetapi pendiam orang bodoh Iangsung tidak membawa apa-apa faedah

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Kalau seseorang itu mempunyai cita-cita tentu dia akan berusaha untuk mencapainya

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Kita hendaklah mematuhi adat atau peraturan tempat yang kita diami itu

Enggang sama enggang, pipit sama pipit
Bercampur gaul dengan orang yang sama kedudukarinya

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Pemerintah dengan pemerintah yang berperang, rakyatyang susah

Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Harapkan keuntungan besar yang belum pasti diperoleh, keuntungan kecil yang sedia ada dilepaskan

Harapkan pagar, pagar makan padi
Orang yang kita harapkan dapat menolong itu pula yang membinasakan kita

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Setiap manusia dikenang kerana jasa bakti yang telah dilakukarinya semasa hidup

Hendak seribu daya, tak hendak senbu dalih
Jika kita hendakkan sesuatu, kita akan berusaha dengan sedaya upaya, demikian pula sebaliknya

Ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis
Hendaklah beringat-ingat agar tidak mendapat kesusahan

Jauh bau bunga, dekat bau tahi
Biasanya kita selalu terkenang kepada sanak saudara yang jauh tetapi apabila mereka berada dekat, pertengkaran pula yang sering berlaku

Jerat tak lupakan pelanduk tetapi pelanduk selalu lupakan jerat
Orang yang selalu menipu itu akan terlupa dengan per-buatannya tetapi orang yang kena tipu tidak pernah terlupa

Kalah jadi abu, menang jadi arang
Dalam sesuatu pergaduhan, sama ada sesuatu pihak itu kalah atau menang, kedua-duanya sama-sama menanggung rugi



0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP