info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Jumaat, 17 Disember 2010

Contoh Soalan dan Jawapan HBML3303 Psikolinguistik dan Semantik


HBML3303 Psikolinguistik dan Semantik

Read more...

Selasa, 14 Disember 2010

Contoh Soalan dan Jawapan HBEF2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

SOALAN
Imbang Penuh
1. Jelaskan bagaimana kajian kualitatif dengan kuantitatif berbeza dari aspek berikut:
(a) matlamat (b) alat kajian (c) persampelan (d) rekabentuk

Kuantitatif
Matlamat Menyelidik hubungan, sebab dan kesan.
Reka Bentuk Dibentuk sebelum kajian dijalankan.
Alat-alat Menggunakan alat-alat piawai.
Sampel Menggunakan sampel besar.

Kualitatif
Matlama Memahami fenomena sosial.
Reka Bentuk Dibentuk semasa kajian dijalankan.
Alat-alat Menggunakan interaksi bersemuka.
Sampe Menggunakan sampel-sampel kecil.


2. Berikan EMPAT perkara penting bagi sesuatu cadangan penyelidikan.

a. Menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk soalan kajian, jika berkaitan);
b. Membina metodologi kajian yang sepadan untuk menguji hipotesis atau untuk menjawab soalan-soalan kajian;
c. Membina rekabentuk kajian dan teknik pengumpulan data yang sesuai; dan
d. Mengenalpasti prosedur analisis data yang sesuai dan justifikasinya.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kerangka konsepsual?
Kerangka konsepsual menerangkan hubungan antara variabel dalam kajian dan kesan perhubungan tersebut. Ada kalanya, ia dilihat sebagai proses input-output.

4. Apakah statistik yang digunakan dalam keadaan berikut:
(a) perbezaan min lebih daripada dua populasi/kumpulan
(b) perbezaan min untuk dua kumpulan

5. Jelaskan EMPAT jenis triangulasi.
a. Triangulasi data
Mengguanakan berbagai sumber data seperti dokumen, arsip, hasil wawancara, hasil observasi atau juga dengan mewawancarai lebih dari satu subjek yang dianggap memeiliki sudut pandang yang berbeda.
b. Triangulasi Pengamat
Adanya pengamat di luar peneliti yang turut memeriksa hasil pengumpulan data. Dalam penelitian ini, dosen pembimbing studi kasus bertindak Sebagai pengamat (expert judgement) yang memberikan masukan terhadap hasil pengumpulan data.
c. Triangulasi Teori
Penggunaan berbagai teori yang berlaianan untuk memastikan bahwa data yang dikumpulkan sudah memasuki syarat.
d. Triangulasi metode
Penggunaan berbagai metode untuk meneliti suatu hal, seperti metode wawancara dan metode observasi. Dalam penelitian ini, peneliti melakukan metode wawancara yang ditunjang dengan metode observasi pada saat wawancara dilakukan.

BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.
1. Penyelidikan memberikan sumbangan yang amat besar kepada ilmu.
(a) Huraikan alternatif kepada sumber ilmu selain daripada sains.
1. Autoriti - Pengetahuan yang diperoleh daripada ibu bapa, para guru dan pakar serta daripada buku dan media biasanya boleh diterima sebagai betul.
2. Tradisi - Pengetahuan yang berasaskan tradisi biasanya diterima sebagai betul disebabkan ia telah melalui ujian masa, dan justeru boleh dipercayai.
3. Pengetahuan Umum - Maklumat dan pengetahuan boleh juga didapati daripada apa yang diketahui oleh semua orang yang mempecayainya
4. Media Massa - Siaran TV, filem, surat kabar, majalah dan media lain adalah penting kepada kita sebagai sumber maklumat.
5. Pengalaman Peribadi - Sesuatu yang kita rasa benar, mungkin satu kesilapan atau persepsi/keputusan yang terpesong.

(b) Bandingbezakan antara kajian asas dengan kajian gunaan.
- Kjian asas: memajukn pgetahuan asas tntang dunia sosial. Mjadi sumber kpd kbanyakan idea saintifik & cara bfikir tntang dunia ini.
- Kjian gunaan: hasil kjian digunakan utk mnyelesaikn masalah harian.

2. Satu kajian yang baik mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Ini termasuklah bahagian pengenalan, tinjauan literatur dan metodologi.
(a) Bagaimanakah tinjauan literatur dapat membantu seseorang pengkaji?
- pmahaman yg mdlm tntang konsep² pnting (mneliti banyak definisi, & pjelasan tntang konsep serta mbuat kesimpulan tntang definisi konsep)
- mmahami teori² bkaitan secara mdlm
- mmahami prinsip² ttentu yg boleh digunakn dlm kjian


(b) Jelaskan kriteria-kriteria kajian yang baik.

a. Tujuan Kajian yang Jelas
Sebab atau tujuan menjalankan kajian perlu dinyatakan dengan jelas untuk mengelakkan kekeliruan. Tujuannya mungkin untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk menyelesaikan satu set masalah, atau untuk mencari prinsip-prinsip umum atau mentafsir tingkahlaku yang boleh digunakan untuk penjelasan,
b. Penerangan yang Jelas tentang Proses Kajian
Proses kajian perlu diterangkan secara terperinci supaya ia boleh diulang dan disahkan oleh penyelidik-penyelidik lain. Sumber literatur dan data, dan juga kaedah yang digunakan untuk mengutip data perlu dinyatakan secara eksplisit,
c. Perancangan dan Pelaksanaan yang Sistematik
Proses menjalankan kajian perlu dirancang dengan cermat untuk mengurangkan ralat (error). Sekiranya kita menggunakan data dasar (primary data), sampel kajian perlu dijelaskan dan bukti perwakilannya perlu ditunjuk.
d. Piawai Etika yang Tinggi
Sesuatu projek kajian yang memberi keutamaan kepada pengawalan para peserta kajian daripada prasangka atau bahaya. Pada masa yang sama dapat menghasilkan keputusan berkualiti, akan diberi nilai yang tinggi.
e. Dapatan yang Dibincang dengan Jelas
Penyelidik perlu menggunakan kaedah menganalisis data yang sesuai, dan analisis ini perlu dibuat secara terperinci. Selain itu, kebolehpercayaan dan kesahan data perlu disemak dan disahkan;
f. Batasan Kajian Dinyatakan dengan Jelas
Oleh sebab setiap projek kajian menghadapi batasan tertentu, penyelidik perlu menyatakan batasan-batasan ini atau kesilapan yang berlaku semasa kajian dijalankan, yang boleh memberi kesan kepada dapatan kajian.

3. Umumnya kajian mempunyai dua metodologi yang selalu digunakan iaitu kuantitatif dan kualitatif.
(a) Jelaskan apakah fungsi kajian rintis?

a. Mendapatkan maklum balas tentang kesahan aspek-aspek soal selidik.
b. Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian aspek-aspek dan format jawapan.
c. Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup.
d. Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.
e. Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.
f. Mengenal pasti aspek-aspek yang tidak berkaitan dalam soal selidik.
g. Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer.
h. Menyemak kejelasan aspek-aspek, arahan dan dan susun atur (layout) soal selidik.

(b) “Alat kajian yang baik mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi”.
Huraikan pernyataan tersebut.

4.
(a) Dengan besertakan contoh yang sesuai bagi setiap satu, jelaskan perkara-perkara berikut:
(i) soal-selidik
(ii) inventori
(iii) skala likert
(iv) placebo


Read more...

Ahad, 12 Disember 2010

Contoh Soalan dan Jawapan HBEF2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan ikut Topik


soalan HBEF2503 ikut Topik -

Read more...

Jumaat, 3 Disember 2010

Nota Padat HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK


HBML3303PSIKOLINGUISTIKDANSEMANTIK1-10 -

Read more...

Nota Padat HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN


EF2503NOTARINGKASKAEDAHPENYELIDIKANDALAMPENDIDIKAN

Read more...

Sabtu, 23 Oktober 2010

Isi Kandungan Proposal Kajian HBEF2503

Abstrak

BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN
1.2 Penyataan Masalah
1.3 Tujuan Kajian
1.4 Objektif Kajian
1.5 Soalan kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.5 Batasan Kajian
1.6 Rumusan

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

2.1 Kajian Literatur
2.2 Kemahiran Menulis
2.3 Penulisan yang bermutu
2.4 Kesan Pembelajaran Koperatif
2.5 Kaitan pembelajaran koperatif dengan penulisan karangan
2.6 Kajian Berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif Aspek Penulisan Karangan
2.7 Rumusan


BAB 3

METODOLOGI

3.0 Pendahuluan
3.1 Reka bentuk Kajian
3.2 Sampel Kajian
3.3 Alat Kajian
3.3.1 Pembinaan Alat Kajian
3.3.2 Kajian Rintis
3.4 Prosedur Pengumpulan Data
3.4.1 Tempat Kajian
3.4.2 Tempoh Masa Kajian
3.4.3 Prosedur Kajian
3.5 Tatacara Penganalisisan Data
3.6 Rumusan

Read more...

Isnin, 11 Oktober 2010

Kajian Tindakan: Panduan Asas


Kajian Tindakan: Panduan Asas

3.0 Dalam Bahagian ini dicadangkan beberapa panduan asas untuk menjalankan Kajian Tindakan. Panduan ini disusun mengikut empat langkah yang perlu dilaksanakan apabila seseorang menjalankan Kajian Tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merenung. Panduan ini adalah sebagai asas sahaja. Pihak yang ingin menjalankan Kajian Tindakan bolehlah mengubahsuai panduan mengikut keperluan kajian masing-masing.
3.1 Merancang
Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah dibuat terlebih dahulu supaya penyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan. Melalui perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan dengan teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Berikut dicadangkan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk merancang pelaksanaan kajian. Langkah-langkah tersebut disenarai mengikut urutan keempat-empat langkah yang perlu dilaksanakan dalam Kajian Tindakan.
3.1.1 Mencari Masalah / Isu
Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenalpasti masalah yang wujud dalam bilik darjah atau di sekolah yang berkaitan dengan P&P. Sebarang isu yang berkaitan dengan pendidikan khususnya yang melibatkan P&P di bilik darjahjuga boleh dijadikan asas untuk memulakan kajian. Satu lagi asas untuk memulakan kajian ialah keprihatinan penyelidik terhadap pelajar seperti yang berkaitan dengan masa depan mereka.
Bagi mencapai kecemerlangan dalam prestasi akademik, panduan ini menyarankan pelaksanaan Kajian Tindakan bagi satu jangka waktu yang panjang iaitu untuk satu sesi persekolahan atau untuk beberapa tahun persekolahan. Dalam jangka waktu yang panjang itu berbagai masalah P&P boleh ditangani menggunakan pendekatan Kajian Tindakan. Manakala guru pula terlibat secara berterusan untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar melalui pembudayaan Kajian Tindakan.
Bagi pelaksanaan kajian dalam jangka waktu yang panjang, masalah yang umum yang dihadapi oleh ramai pelajar sesuai dijadikan tumpuan kajian. Contoh masalah seperti "pencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di kalangan murid" adalah umum dan memberi gambaran bahawa ramai pelajar menghadapi masalah dalam mata pelajaran itu. Bagi i memudahkan langkah mencari masalah, mulakan dengan bertanya "apaj yang berlaku?" Jawapan kepada soalan itu mungkin seperti contoh berikut:
• Wujud masalah P&P dalam bilik darjah - guru telah berusaha untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris tetapi masih tidak berkesan.
• Sekumpulan murid berprestasi tinggi dalam semua mata pelajaran kecuali sains. Keadaan ini akan menyukarkan mereka untuk mendapat peluang menceburi bidang sains selepas persekolahan. Guru yang prihatin terhadap keadaan ini berhasrat untuk membantu murid tersebut meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran tersebut.
• Isu dera kanak-kanak rancak diperkatakan di media masa. Guru berasa bertanggungjawab untuk turut serta membina sifat-sifat penyayang di kalangan pelajar melalui P&P di bilik darjah.
3.1.2 Memahami Masalah Dengan Lebih Mendalam
Setelah sesuatu masalah dikenalpasti, langkah berikutnya ialah untuk memahami dengan lebih mendalam tentang masalah itu. Dalam proses pembelajaran lazimnya kemahiran yang dipelajari adalah saling berkait. Murid akan mengalami kesukaran untuk memahami dan menguasai kemahiran yang lebih tinggi sekiranya kemahiran yang lebih rendah atau awal tidak dikuasai dengan baik. Seseorang guru perlu memahami masalah yang dihadapi oleh murid dengan terperinci sebelum merancang langkah-langkah pembaikan. Contoh, apabila dikatakan pecapaian Bahasa Inggeris murid rendah, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pencapaian rendah itu. Adakah dengan mengetahui markah murid sahaja sudah dapat membantu guru untuk memahami dan menangani masalah pembelajaran. Apabila murid dikatakan tidak memahami konsep tenses, apakah sebenamya yang tidak difahami murid itu. Terdapat berbagai komponen dalam tenses. Adakah murid menghadapi masalah dalam semua aspek atau sebahagian kecil daripada aspek-aspek tersebut. Semasa membuat sumbang saran untuk memahami masalah, dicadangakan supaya sumbang saran tersebut dikaitkan dengan aspek-aspek seperti keberkesanan amalan pengajaran guru, kemahiran yang menimbulkan masalah di kalangan murid atau lain-lain aspek yang relevan. Di peringkat awal kajian, usaha untuk memahami sesuatu masalah yang telah dikenalpasti dengan lebih mendalam memerlukan guru mengutip data.
3.1.3 Tujuan Kajian Untuk Mencapai Kecemerlangan
Penyelidik perlu jelas tentang tujuan kajian supaya langkah-langkah untuk mencapai tujuan itu dapat ditentukan dan dirancang dengan teliti. Dalam konteks untuk mencapai kecemerlangan pendidikan, tujuan kajian yang diarahkan untuk menangani berbagai masalah pembelajaran adalah lebih tepat. Perhatikan contoh-contoh ini. "Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru", atau "Meningkatkan pencapaian murid melalui pembelajaran terancang". K-edua-dua contoh tersebut menunjukkan bahawa masa atau skop kajian tidak terhad. Tujuan itu boleh digunakan oleh seorang pengkaji, beberapa orang pengkaji dan untuk satu atau semua mata pelajaran.
3.1.4 Mengutip data
Jawapan kepada sebarang soalan dalam penyelidikan adalah berasaskan data. Kajian Tindakan memerlukan data daripada beberapa sumber untuk mengukuh dan memantapkan dapatan kajian. Selain itu penggunaan data daripada pelbagai sumber atau pandangan turut memantapkan kefahaman penyelidik tentang masalah/isu yang ditangani. Berikut dicadangkan beberapa perkara yang wajar diberi perhatian sebelum mengutip data.
• Fikirkan dan senaraikan semua aspek yang berkaitan dengan masalah/isu yang hendak ditangani. Lazimnya, dari segi P&P aspek tersebut merangkumi amalan guru di bilik darjah pada masa lalu dan kesan amalan itu kepada murid.
• Penyelidik boleh mengutip seberapa banyak data yang diperlukan. Persediaan untuk mengutip dan menganalisis data memerlukan guru meluangkan sejumlah masa. Bagi mengelakkan pembaziran masa manfaatkanlah data yang telah sedia terkumpul di sekolah atau dalam bilik darjah. Dengan memanfaatkan data tersebut guru tidak perlu membina alat. Alat hariya perlu disediakan untuk mengutip data tambahan sekiranya data yang ada belum mencukupi untuk guru memahami sesuatu masalah atau keadaan. Mungkin timbul anggapan bahawa semua data adalah penting atau relevan tetapi setelah dianalisis didapati hanya sebahagian sahaja daripada data berkenaan boleh membantu guru merancang tindakan. Sudah tentulah pengutipan data yang tidak membantu itu membazirkan masa.
• Dalam sesuatu kitaran kajian tindakan, pengutipan data berlaku pada dua peringkat. Peringkat pertama ialah untuk memahami dengan lebih mendalam tentang masalah yang dikenalpasti supaya aktiviti P&P dapat dirancang. Peringkat kedua pula ialah untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dirancang melalui proses pemerhatian. Catatan terperinci harus dilakukan semasa membuat pemerhatian.
• Bagaimana data diperolehi? Pengutipan data memerlukan alat. Lazimnya dalam penyelidikan tradisi, alat yang sering digunakan ialah soal selidik atau temu bual. Dalam Kajian Tindakan alat mengutip data tidak dihadkan kepada satu-satu alat tertentu. Berbagai alat boleh diguna seperti senarai semak, komen bertulis oleh murid tentang amalan guru, catatan harian murid/guru tentang pengalaman di bilik darjah, dairi murid/guru, jurnal, kertas ujian, buku latihan murid dan sebagainya.
• Alat boleh dibina sendiri oleh guru. Membina alat melibatkan sejumlah masa. K-eupayaan penyelidik dari segi masa, dan beban tugas perlu diberi perhatian apabila membina alat. Fikirkan alat yang praktikal dilaksanakan di bilik darjah. Pengalaman menyediakan alat-alat untuk menilai murid-murid boleh membantu guru membina alat untuk mengutip data.
• Di mana data boleh diperolehi? Data untuk memahami masalah di peringkat awal kajian mungkin sudah sedia ada di sekolah dalam bentuk minit mesyuarat, laporan sekolah, rekod pencapaian, buku latihan murid, kertas ujian dan sebagainya. Langkah yang perlu dilakukan ialah menyemak dokumen-dokumen tersebut dan mengeluarkan data-data yang relevan yang boleh menjawab soalan apa, mengapa dan bagaimana berhubung dengan masalah yang hendak ditangani.
• Apabila membuat permerhatian, data yang dicatat hendaklah seperti yang dilihat bukan penilaian terhadap apa yang dilihat. Catatlah apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah semasa guru mengajar dan murid belajar. Perhatikan beberapa contoh data mengikut catatan pihak yang terlibat dalam kajian.
Guru
a. Tidak semua murid turut serta dalam perbincangan.
b. Murid tidak mengikut arahan guru bila membuat aktiviti kumpulan.
Rakan
a. Guru lebih banyak bercakap daripada murid.
b. Murid yang duduk di barisan belakang menguap dan kedengaran mengeluh beberapa kali semasa guru mengajar.
Data Berbentuk Penilaian
a. Murid berbual-bual semasa guru memberi arahan sebab mereka memang tidak minat belajar Bahasa Inggeris.
b. Penyampaian guru lemah.
Data berbentuk statistik bukanlah satu kemestian dalam Kajian Tindakan. Jika berlaku keadaan di mana data berbentuk statistikdiperlukan seperti untuk menunjukkan jumlah murid yang terlibat dalam sesuatu aktiviti, markah ujian dan sebagainya, data ini tidak perlu dianalisis mengikut program analisis statistik yang telah ditentukan tetapi memadai dianalisis dalam bentuk peratus, kekerapan atau jumlah sebenar mengikut perkiraaan biasa. Perhatikan contoh berikut:
a. 8 orang murid belum menguasai kemahiran mendarab.
b. 3 daripada murid masih belum menguasai kemahiran mendarab.
c. Hanya 5 daripada 30 orang murid turut serta dalam perbincangan.
d. 5 orang pelajar mendapat markah 60 daripada 100.

Sekiranya data yang dikutip itu tidak membantu atau tidak mencukupi untuk membuat rumusan atau keputusan tentang sesuatu keadaan, langkah yang perlu dilakukan ialah mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkara itu. Dapatkan data daripada murid atau pihak yang berkaitan dalam bentuk komen, penjelasan atau sebagainya sama ada melalui catatan, temu bual senarai semak atau lain-lain. Dengan cara ini guru boleh mengesan dengan lebih terperinci mengapa sesuatu keadaan berlaku.

Sebelum mendapatkan maklumat lanjut, fikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan data yang tidak lengkap itu supaya maklumat tambahan yang diperolehi boleh membantu menjelaskan dengan lebih mendalam tentang sesuatu keadaan dan rumusan boleh dibuat tentang perkara itu. Gurujuga boleh meminta murid memberi cadangan untuk memperbaiki aktiviti P&P.
3.1.5 Menganalisis Data
Data yang dianalisis memberikan gambaran yangjelas tentang perkara atau situasi yang dikaji. Analisis itu juga menjadi asas kepada guru untuk .merancang aktiviti P&P seterusnya atau mengubahsuai aktiviti yang telah dijalankan.
Terdapat beberapa cara untuk menganalisis data. Antaranya ialah dengan mengelompokkan data daripada catatan guru, murid dan rakan guru mengikut tajuk, kemahiran, kategori atau sebagainya. Setelah data dikelompok cuba buat perbandingan antara kelompok itu untuk melihat perkaitan. Rumusan, kenyataan atau keputusan boleh dibuat berdasarkan perkaitan antara data guru, rakan dan murid di bawah tajuk yang sama atau tajuk yang berbeza. Contoh menganalisis dan merumus data terdapat dalam Bahagian Keempat - Menulis Laporan Kajian.
3.1.6 Merancang Aktiviti
Apabila merancang aktiviti eloklah dilakukan sumbang saran terhadap langkah-langkah yang akan dilaksanakan melalui pertanyaan apa, mengapa dan bagaimana. Contoh di bawah boleh dijadikan panduan.
• Apa aktiviti yang boleh dilaksanakan?
• Mengapa menggunakan aktiviti itu?
• Bagaimana aktiviti dijalankan?
Dalam proses merancang aktiviti, sumbang saran wajar dilakukan terhadap jenis aktiviti P&P, alat bantu mengajar, persediaan guru, strategi pelaksanaan, peraturan pelaksanaan, latihan yang disediakan, langkah-langkah pemerhatian dan alat mengutip data. Jawapan kepada pertanyaan yang dikemukan semasa sumbang saran hendaklah dikaitkan dengan analisis data. Sumbang saran membantu guru memahami mengapa sesuatu keputusan dibuat. Antara perkara yang boleh diberi perhatian apabila merancang aktiviti P&P ialah:
• Aktiviti boleh dilaksanakan oleh guru dan murid di bilik darjah.
• Penyelidik mempunyai otoriti atau bidang kuasa untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.
• Elak aktiviti yang bertujuan untuk mengubah amalan pihak lain yang berada di luar bilik darjah.
• Rancang aktiviti yang boleh melibatkan murid sepenuhnya.
3.2 Bertindak
Setelah aktiviti P&P dirancang dengan teliti, langkah seterusnya ialah bertindak iaitu melaksanakan aktiviti di bilik darjah. Walaupun aktiviti dirancang berdasarkan analisis data yang telah dikutip, keberkesanan aktiviti belum dapat dipastikan. Aktiviti dijalankan melalui proses 'cuba-cuba' (trial and error). Ini bermakna bahawa masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki. Sekiranya pelaksanaan peringkat pertama tidak berjaya, aktiviti yang dirancang itu perlu diperbaiki atau diubahsuai dan dilaksanakan dalam pelajaran seterusnya. Proses cuba-cuba dilaksanakan berterusan sehingga berla-ku perubahan iaitu pencapaian murid meningkat ke tahap yang lebih baik daripada masa lepas.
Murid adalah pihak yang turut terlibat secara aktif dalam kajian. Mereka bukan sahaja melaksanakan aktiviti tetapi juga membantu guru mengutip data tentang perkembangan proses P&P berkaitan dengan aktiviti yang dilaksanakan. Dalam konteks ini adalah wajar bagi guru memaklumkan kepada murid tentang kajian itu supaya mereka dapat memainkan peranan untuk bersama-sama menjayakan penyelidikan itu.
3.3 Pemerhatian
Apakah yang dimaksudkan dengan pemerhatian dan apa pula perkara-perkara yang diperhati? Pada peringkat pemerhatian penyelidik sebenarnya mengutip data. Data adalah sangat penting dalam mana-mana kajian kerana sesuatu rumusan atau kenyataan tentang sesuatu situasi berhubung dengan kajian hanya boleh dibuat dengan berlandaskan data. Penyelidikan dilakukan untuk mencari kebenaran. Data adalah bukti kepada kebenaran tentang sesuatu kajian. Sesuatu rumusan atau kenyataan yang dibuat tanpa berlandaskan data adalah merupakan andaian. Data boleh dikutip secara berpasukan melalui guru sebagai penyelidik, murid dalam darjah yang terlibat atau rakan guru.
Langkah pemerhatian haruslah diberi penelitian yang terperinci supaya proses mengutip data berjalan dengan licin dan data yang dikutip menepati keadaan yang sebenar. Tentukan cara dan alat mengutip data sebelum pemerhatian dilakukan. Maklumkan juga kepada pihak yang terlibat dalam mengutip data iaitu murid dan rakan guru, perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa mengutip data.
3.4 Merenung
Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses P&P berkaitan dengan amalan mengajarnya. Semasa merenung penyelidik cuba menilai, menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan dengan permasalahan P&P serta reaksi penyelidik dan murid semasa kajian dilakukan. Selain daripada menghuraikan proses P&P, gurujuga boleh menyelami perasaannya sendiri tentang kesulitan, kejayaan, kelemahan, keseronokan, keinsafan dan sebagainya setelah melaksanakan kajian.

Read more...

Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Khas semua nya
diri ini hanyalah manusia biasa
yang tak luput dari segala kesalahan dan dosa
serta prasangka
di penghujung bulan yang penuh berkah ini
memohon maaf atas segala perilaku, ucapan, tingkah laku serta prasangka baik yang disengaja mahupun tidak sengaja
semoga amal ibadah kita di bulan yang penuh berkah ini diterima oleh Nya dan semoga kita kembali di pertemukan dengan bulan yang penuh berkah ini.


Read more...

Sabtu, 28 Ogos 2010

Rumusan HBAE2203 Seni

RUMUSAN HBAE2203

Topik 1 Membentuk dan membuat binaan
• Membentuk dan membuat binaan merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan jisim atau isi padu objek, reka bentuk dari setiap posisi dan lokasi serta fungsinya.
• Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis.
• Menstruktur objek tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat binaan tidak boleh diambil remeh. Ia mesti diolah dengan sebegitu teliti dan rapi kerana kekuatan struktur akan mempengaruhi terhadap keteguhan dan ketepatan hasil dapatan.
• Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan topik binaan.
• Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa elektrik seperti pengisar kertas untuk membuat paper mashe, mesin untuk menggaul paper mashe, mesin perata dan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik dan bermakna.
• Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan objek seni perlu dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabil statik dan perlukan tapak yang mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang lutsinar dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin.
• Akhirnya, apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya akan kelihatan cantik dan menarik.

KATA KUNCI
Asemblaj
Papier Mache
Mobail
Perspek
Origami
Topeng Serkup
Tumbnail-print

Topik 2 Arca
• Dari aspek sejarah kewujudan arca dikaitkan dengan ritual.
• Setelah berlakunya proses pemodenan, arca tidak semata-mata untuk ritual tetapi ia juga digunakan sebagai hiasan dan gunaan.
• Arca seterusnya berkembang luas kerana penerimaan masyarakat dan penggunaan pelbagai media mengikut pengaruh aliran atau isme.
• Sebuah arca yang menarik perlu menekankan unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan.
• Penghasilan sebuah arca perlu mengikut urutan proses.

KATA KUNCI
Abstrak
Asemblaj
Konotasi
Konseptual
Magis
Mobail
Papier Mashe
Representasi
Stailisasi
Tumbnail-print


Topik 3 Origami
• Origami merupakan seni membentuk dan melipat yang berasaskan kertas, plastik dan kain.
• Untuk menghasilkan origami yang baik, tip-tip dalam melipat dan membentuk kertas perlu diikuti dan diperhalusi.
• Kelainan kualiti kertas, warna kertas dan cara melipat kertas mempengaruhi terhadap hasil origami.
• Peragakan dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan. Origami yang berasaskan kain lebih sesuai untuk penampilan di meja makan dan barangan hantaran perkahwinan manakala origami kertas lebih kepada hiasan.


KATA KUNCI
Adhesive
Dandelion
Elegan
Kertas Ingres
Miniature
Peraga
Tessellation

Topik 4 Asemblaj
• Asemblaj adalah arca yang termasuk dalam aliran “abstrak-ekperssionisme”.
• Asemblaj dinukilkan secara dua dimensi , tiga dimensi atau kedua-duanya sekali.
• Dibentuk melalui gabungan pelbagai bahan terutamanya bahan terbuang yang bersifat pejal dan tahan lama.
• Konsep asemblaj terjadi daripada gabungan, bina semula dan reka bentuk semula bahan konkrit yang pelbagai melalui proses artistik dan estetik.
• Objek digabung melalui teknik kimpalan, skru, bol dan nat, gam, tanggam dan ikatan.
• Komposisi objek membentuk cerita, konotasi makna dan rentetan peristiwa. Ini bermakna semakin besar gabungan objek yang dibina, semakin besar makna dan cerita.
• Di Malaysia asemblaj mula mendapat perhatian secara lebih mendalam selepas 1990-an.
• Asemblaj memerlukan ruang, kesepaduan bentuk dan paksi simetri yang stabil. Biarpun begitu, asemblaj boleh digabungkan dengan arca kinetik dan mobail.

KATA KUNCI
Anggun
Ciplak
Gagasan
Kimpal
Konotasi
Proto-taip

Topik 5 Stabil

• Stabil berbentuk realis dan abstrak. Kebanyakan stabil realis mengambil imej daripada bentuk alam semula jadi seperti buah-buahan, alat senjata, barang-barang domestik rumah, figura manusia dan binatang.
• Ia diasaskan oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau mendapat pendidikan formal di Philadelphia, Amerika Syarikat.
• Calder banyak dipengaruhi oleh karya Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930. Berasaskan latar beliau sebagai jurutera, tidak hairanlah mengapa beliau banyak membuat arca daripada besi. Kebanyakan arca Calder bersaiz besar dan menggunakan warna terang. Inilah yang menjadikan identiti atau ikutan pengarca stabil.
• Stabil perlukan simetri yang baik. Justeru itu stabil boleh bersifat simetri tulen dan tidak tulen.
• Pedestal diperlukan untuk membentuk konsep stabil yang lebih mantap.
• Stabil boleh dihasilkan menggunakan pelbagai alat dan bahan yang hampir sama dengan arca-arca yang lain.
• Struktur diperlukan sebagai kerangka stabil. Seterusnya dilengkapkan dengan bahan yang sesuai dengan konsep arca.
• Kemasan stabil berkaitan dengan kesesuaian peragaan. Contohnya: arca di luar bangunan menggunakan kemasan cat alas, cat kilat dan krom.
• Peragaan stabil lebih banyak dibuat di luar. Stabil perlukan ruang dan persekitaran.


KATA KUNCI
Abstrak
Mobail
Naratif
Pedestal
Realis
Satah
Simetri


Topik 6 Mobail

• Mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika Syarikat.
• Konsep mobail dikaitkan dengan objek apungan di udara tetapi mempunyai konsep simetri yang menarik.
• Simetri mobail boleh bersifat tulen atau tidak tulen.

• Alat dan bahan mempengaruhi bentuk mobail. Bagaimanapun apungan yang baik berkaitan dengan bahan yang ringan, tipis dan tahan lama.
• Cantuman komponen mobail dibuat secara pateri/ kimpalan, gam plastik, skrew, jahitan dan tanggam.
• Kemasan mobail boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti syelek, varnish, cat kilat atau emulsi.
• Peragaan mobail boleh dilakukan di tempat terbuka seperti di padang, tanah lapang, puncak gunung, puncak bangunan dan puncak pokok. Manakala peragaan di tempat tertutup mungkin dilakukan di dalam bangunan, dalam dewan, antara bangunan dan bilik darjah.

KATA KUNCI

Adaptasi
Ambient
Fancy
Futuristik
Gergaji jig
Kekangan
Klise
Konstruktivisme
Luluhawa
Manual
Monumen
Plagiarism
Ragum


Topik 7 Model

Proses membentuk dan membuat model merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian bentuk model tersebut. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pereka. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap bentuk model yang akan dipersembahkan. Penampilan model yang kontemporari akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan bentuk-bentuk model yang bersesuaian dengan keadaan semasa.

KATA KUNCI
Apresiasi
Ekspresi
Imaginasi
Inovatif
Kontemporari
Warna Tempera


Topik 8 Boneka
Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

KATA KUNCI
Apresiasi
Ekspresi
Imaginasi
Inovatif
Kontemporari
Warna Tempera

Topik 9 Aplikasi alat, media dan teknik
Proses membentuk dan membuat topeng merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan watak-watak topeng akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

KATA KUNCI
Apresiasi
Ekspresi
Imaginasi
Inovatif
Kontemporari
Papier Macher
Warna Tempera

Topik 10 Diorama
• Diorama mula mendapat perhatian umum dalam dunia seni pada abad ke sembilan belas.
• Konsep diorama dikaitkan dengan catan yang besifat dua dimensi dan figura yang bersifat tiga dimensi.
• Diorama banyak mengesahkan mengenai sejarah, sains, alam sekitar dan sastera rakyat.
• Diorama menggabungkan objek-objek yang berbagai: dibentuk, dimodel, dicetak dan bahan semulajadi yang diperagakan semula. Sifat objek telah melalui proses adaptasi ruang dan bentuk serta konsep ambient.
• Komponen objek diorama dibuat secara pateri atau kimpalan, gam plastik, skrew, jahitan dan ikatan.
• Kemasan diorama boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti syelek, varnish, cat kilat atau emulsi.
• Peragaan diorama di tempat tertutup. Untuk mengelakkan daripada gangguan sipemerhati terhadap objek-objek yang dipamer, cermin diaplikasikan di bahagian hadapan untuk menghindar daripada kerosakkan diorama.

KATA KUNCI
Artistik
Figura
Fiksyen
Idealistik
Imaginasi
Imej
Kemasan
Kontekstual
Kontemporari
Naratif
Nukil
Real
Simple

Read more...

Isnin, 23 Ogos 2010

RUMUSAN HBHE3103 - Gaya Hidup Sihat

Topik 1- Gaya Hidup Sihat
• Gaya hidup sihat berkait rapat dengan konsep kualiti hidup. Ia juga dikategorikan sebai satu kehidupan yang seimbang.
• Dua komponen kecergasan fizikal ialah berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
• Hipertensi, obesiti dan stres adalah punca gaya hidup tidak atau kurang sihat.
• Kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk mempromosikan gaya hidup sihat. Salah satu promosi yang berkesan ialah Kempen Cara Hidup Sihat.
• Pelbagai tip untuk menikmati gaya hidup sihat juga disyorkan.

Kata Kunci
Gaya hidup sihat
Hipertensi
Kecergasan fizikal

Kualiti hidup
Obesiti
Perlakuan motor
Sihat
Stres

Topik 2 Nutrien dan Fungsi
• Nutrien sangat penting untuk tubuh badan manusia. Kita memerlukan nutrien yang secukupnya untuk menjalani kehidupan seharian.
• Terdapat dua jenis nutrien iaitu; makronutrien dan mikronutrien.
• Sumber-sumber penting dalam nutrien ialah karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam dan air.
• Nutrien mempunyai tiga fungsi utama iaitu; membekalkan tenaga, mengawal proses di dalam tubuh badan dan membaiki dan membina pertumbuhan tisu-tisu.
• Pengambilan makanan yang sihat adalah berpandukan Piramid Makanan.
• Piramid Makanan membantu kita mengambil makanan yang seimbang, sihat dan mencukupi untuk tubuh badan kita
• Semasa memilih makanan kita mesti ingat tiga perkara penting iaitu keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan.
• Kekurangan dan kelebihan nutrien akan menyebabkan kita terdedah kepada penyakit-penyakit kronik.
• Makanan yang seimbang bermaksud, makan jumlah hidangan yang disyorkan daripada setiap kumpulan makanan pada kebanyakan hari.
• Makanan seimbang haruslah berasaskan piramid makanan.
• Menu harian seimbang mestilah berpandukan 5 prinsip penting iaitu menikmati kepelbagaian makanan, mengurangkan makanan berlemak, meningkatkan pengambilan karbohidrat, menjaga pengambilan elektrolit dan menggantikan air yang yang hilang seharian.

Kata Kunci
• Air
• Fungsi nutrien
• Garam
• Jenis-jenis nutrien
• Karbohidrat
• Lemak
• Makanan seimbang
• Menu harian seimbang
• Nutrien
• Piramid makanan
• Protein
• Sumber-sumber nutrien
• Vitamin

TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN DAN MENGIKUT KUMPULAN
• Keperluan nutrien dan kalori bagi setiap kumpulan iaitu bayi, kanak-kanak dan remaja adalah berbeza.
• Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik untuk bayi kerana mempunyai semua zat makanan dan antibodi yang diperlukan untuk sistem pertahanan badan berbanding susu formula yang tidak langsung mempunyai antibodi.
• Makanan tambahan untuk bayi adalah seperti bijiran halus.
• Golongan kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak dalam diet pemakanan mereka.
• Diet pemakanan yang tidak seimbang akan menyumbang kepada obesiti di kalangan kanak-kanak kerana kadar pertumbuhan fizikal yang berbeza di antara mereka.
• Kumpulan remaja memerlukan kadar pengambilan kalori dan nutrien yang berbeza daripada kumpulan kanak-kanak.

KATA KUNCI
Hiperaktif
Kalori
Malnutrisi
Obesiti
Piramid makanan


TOPIK 4 AKTIVITI DAN KAWALAN BERAT BADAN
• Kalori didefinisikan sebagai satu unit tenaga dan ia banyak berkaitan dengan makanan tetapi ia juga berkait dengan apa saja yang mengandungi tenaga.
• Berat badan anda akan bertambah jika anda mengambil kalori melebihi keperluan tubuh anda.
• Metabolisme adalah enjin yang membakar kalori.
• Untuk mengelakkan pertambahan berat badan yang berlebihan, anda harus mengimbangi tenaga dan pengambilan kalori, agar kalori yang diambil tidak lebih daripada tenaga yang digunakan.
• Kalori boleh juga didefinisikan sebagai kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu satu gram air sebanyak satu darjah Celcius (C).

KATA KUNCI

Aktiviti fizikal (bersenam)
BMI
Kalori
Karbohidrat
Kepentingan kalori
Lemak
Makanan seimbang
Nutrien
Obesiti
Protein
Sumber-sumber kalori
Tenaga


TOPIK 5 SENAMAN
• Senaman merupakan suatu amalan yang mudah untuk dipraktikkan. Ia tidak memerlukan wang yang banyak hanya sedikit masa dan tenaga.
• Senaman didefinisikan sebagai salah satu aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangka masa tertentu, secara berulang dengan matlamat meningkatkan kecergasan dan kesihatan.
• Secara umum senaman bertujuan mengekalkan tahap kecergasan individu.

KATA KUNCI
• Cooling Down
• FITT
• Kadar Denyutan Nadi (KDN)
• Kadar Nadi Latihan (KNL)
• Kadar Nadi Maksimun (KNM)
• Kadar Nadi Rehat (KNR)
• Komponen Kecergasan
• Senaman
• Warming Up


TOPIK 6 REKREASI
• Perkataan rekreasi berasal daripada bahasa Latin iaitu recretio yang bererti penyegaran kesihatan (Torkildsen, 1992). Dengan kata lain, rekreasi membawa maksud penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang.
• Rekreasi ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang dilakukan semasa waktu lapang, menyenangkan dan mempunyai kualiti sosial.
• Semasa melakukan aktiviti fizikal seperti bermain, bersenam dan mendaki gunung, ada kemungkinan kita berhadapan dengan risiko yang tidak diingini.
• Rekreasi aktif banyak melibatkan aktiviti fizikal.
• Rekreasi pasif berlainan kerana ia kurang menggunakan tenaga atau kekuatan fizikal berbanding dengan rekreasi aktif. Ia lebih bersifat relaksasi dari segi emosi dan psikologi.
• Bila berekreasi, anggota tubuh badan kita bergerak. Secara tidak langsung ia membuat badan anda berpeluh.
• Cara terbaik memulihkan seseorang yang menghadapi tekanan atau stres ialah dengan menenangkan fikiran melalui relaksasi, keseronokan, kegembiraan dan hiburan.
• Selain itu, rekreasi aktif juga boleh meningkatkan stamina anda.

KATA KUNCI
Aktiviti rekreasi
Bersenam
Bersukan
Ciri-ciri rekreasi
Langkah keselamatan
Masa lapang
Melancong
Rekreasi aktif
Rekreasi pasif


TOPIK 7 REHAT, ISTIREHAT, TIDUR DAN SENGGANG
• Rehat ialah suatu tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti sama ada aktiviti fizikal, mental ataupun aktiviti ringan. Contoh aktiviti adalah seperti mendengar muzik, membaca majalah, bermain congkak atau carrom dan bersiar-siar di taman.
• Istirehat pula bermaksud satu tempoh masa terluang yang diisi dengan melakukan aktiviti ringan yang tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis dan tidur sekejap (nap).
• Senggang atau kesenggangan boleh didefinisikan sebagai waktu terluang yang diisi dengan melakukan sebarang jenis aktiviti. Contoh aktiviti adalah seperti melukis, menyanyi, menyiram pokok bunga dan berjoging.
• Istilah tidur secara umum ditakrifkan sebagai satu jangka masa di mana kita boleh melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya. Waktu tidur yang secukupnya adalah penting untuk menjamin kesihatan.
• Tidur terdiri dari dua peringkat iaitu peringkat REM dan bukan REM. REM ialah Rapid Eye Movement. Pada permulaan tidur, kita akan menempuhi peringkat bukan REM terlebih dahulu.
• Apnea, hypopnea dan insomnia adalah antara penyakit yang sering dikaitkan dengan tidur.
• Tidur merupakan satu keperluan kerana ia membantu badan berfungsi dengan baik, meningkatkan daya ingatan, memberi peluang badan memperbaiki kerosakan sama ada tisu, sel atau otot, menghilangkan tekanan dan menghilangkan rasa penat dan mengantuk semasa memandu kenderaan.
• Di antara kepentingan rehat, istirehat, tidur dan senggang terhadap individu ialah membantu memulihkan keadaan badan setelah penat bekerja dan menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, ia juga membantu kita mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
• Dalam kerjaya pula, rehat, istirehat, tidur dan senggang amat penting untuk melahirkan seorang insan yang cerdas, aktif, produktif serta dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.
• Di samping itu rehat, istirehat, tidur dan senggang juga penting dalam menjalinkan perhubungan dengan masyarakat di sekeliling kita.


KATA KUNCI
Apnea
Gaya hidup sihat
Hypopnea
Insomnia
Istirehat
Rapid Eye Movement
Rehat aktif
Rehat pasif
Stres
Tidur
Waktu senggang


TOPIK 8 KONFLIK DAN STRESS
• Stres berlaku dalam semua aspek kehidupan. Adakalanya stres membawa kesan yang positif dan individu yang mengalami stres positif akan merasa lebih bersemangat untuk menghadapi kehidupan.
• Apabila anda mengalami stres, badan anda akan melalui tiga peringkat stres, iaitu Alarm Phase, Adaptation Phase dan Exhaustion Phase.
• Stres terbahagi kepada dua jenis iaitu eustress dan distress.
• Eustress adalah stres yang menghasilkan kesan positif dan kegembiraan.
• Distress pula adalah stres yang mengakibatkan kesan negatif kepada mangsa.
• Burnout didefinisikan sebagai keletihan mental, emosi dan fizikal yang terlampau disebabkan oleh kehendak pencapaian objektif yang bertentangan dengan realiti.
• Pengurusan masa yang bijak adalah antara langkah untuk mengatasi stres.

KATA KUNCI
Burnout
Cara mengawal stres
Distress
Eustress
Kaunseling
Kepentingan masa
Konflik
Pengurusan masa
Punca-punca stres
Stres
Teknik relaksasi


TOPIK 9
• Penyalahgunaan bahan ialah penggunaan apa jua jenis bahan yang bertentangan dengan kepentingan rawatan dan fungsinya.
• Ubat, racun dan dadah adalah antara bahan yang sering disalahgunakan.
• Ubat adalah bahan kimia yang digunakan oleh doktor-doktor untuk merawat penyakit.
• Racun pula merupakan bahan kimia yang secara lazimnya digunakan untuk membunuh organisma hidup seperti binatang dan tumbuhan.
• Dadah adalah sejenis bahan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang. Ia amat merbahaya kerana akan mengakibatkan ketagihan dan sukar dipulihkan. Ia juga boleh menyebabkan kematian jika diambil secara berlebihan.
• Terdapat tujuh jenis dadah yang digunakan di Malaysia iaitu Opiat, Kanabis, Stimulan, Depresen, Halusinogen, Psikotrapik (ATS) dan Inhalant. Setiap jenis dadah tersebut mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti menenangkan fikiran, merangsang otak dan fizikal, melegakan kesakitan dan lain-lain lagi.
• Alkohol merupakan salah satu bahan yang sering disalahgunakan oleh masyarakat. Alkohol berasal daripada bahasa Arab iaitu al-kuhol, yang bermaksud “sesuatu yang tersembunyi.”
• Terdapat dua jenis alkohol yang sering digunakan iaitu Methyl alcohol (Methanol) atau dikenali sebagai alkohol kayu dan Ethyl alcohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.
• Alkohol boleh mengakibatkan kesan buruk ke atas, otak, hati, saraf dan janin selain boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial. Ia boleh menjejaskan rumahtangga dan persahabatan, mengakibatkan kehilangan pekerjaan dan lain-lain.

KATA KUNCI
Alkohol
Bisa Methanol
Ethanol
Farmasi
Halusinogen
Inhalant
Kanabis
Opiat
Penekan
Perangsang
Preskripsi (OTC)
Psikotrapik (ATS)
Toksin

TOPIK 10
• HIV dan AIDS adalah satu sindrom penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang melemahkan system pertahanan badan.
• Masyarakat berperanan penting dalam mencegah masalah HIV/AIDS. Antara peranannya adalah memberi sokongan dan semangat kepada pesakit HIV/AIDS, membantu mereka dari segi kewangan, tidak meminggirkan mereka, memberi pendidikan yang betul dan secukupnya, sentiasa memantau aktiviti-aktiviti anak dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.
• Agensi-agensi yang terlibat dalam membantu membanteras masalah HIV/AIDS adalah seperti Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), PEMADAM, Pusat Serenti, Polis dan Kastam, Agensi Swasta dan Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja Malaysia (PROSTAR).
• Cara pencegahan seperti menghindari seks di luar perkahwinan, mengelak dari hubungan seks dengan berbilang pasangan, menggunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti, menjauhi hubungan seks sejenis, menghindari perkongsian peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain peralatan yang boleh dicemari oleh darah dan lain-lain merupakan antara cara yang boleh dilakukan untuk melindungi diri daripada HIV/AIDS.
• Tanda-tanda seseorang itu terkena jangkitan HIV/AIDS adalah seperti penurunan berat badan ketara sehingga 10%, cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan, demam yang berpanjangan, pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang, jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang dan banyak lagi.
• Satu ujian darah boleh dijalankan (Ujian Antibodi HIV contohnya HIV ELISA, EIA, Aglutinasi Partikel) bagi memastikan sama ada virus HIV terdapat dalam tubuh seseorang.
• Antara isu-isu yang berkaitan dengan HIV/AIDS ialah penyalahgunaan bahan, peningkatan jumlah belia yang melakukan seks secara rambang, perkongsian jarum dan alat suntikan dan lain-lain lagi.

KATA KUNCI
Acquired Immuno Deficiency Syndrome
Azidothymidine (AZT)
Cytomegalovirus Retinitis
Non Government of Organisation
PEMADAM
Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja
Malaysia (PROSTAR)
Pneumocystis Carinii Pneumonia
Pusat serenti
Sarkoma kaposi
Sex rambang

Read more...

Ahad, 8 Ogos 2010

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa


Selamat Berpuasa bagi semua Umat Islam… Tidak kira yang boleh puasa, ataupun tidak… Selamat berpuasa juga diucapkan Kepada pelayar web saya… Bila bulan Ramadhan, Amalan solat sunat Terawih akan dilaksanakan disemua masjid seluruh dunia,marilah kita sama-sama luangkan masa seketika bersama keMasjid melakukan solat sunat Terawih “MOGA SALING MENGINGATI AKHIRAT”

Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Syarat Wajib Puasa

* Berakal

* Akhir Baligh (Cukup umur)

* Kuat atau mampu mengerjakan puasa

Syarat Sah Puasa

* Islam

* Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)

* Suci daripada haid dan nifas

* Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

Rukun Puasa

* Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.

* Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

Perkara Yang Membatalkan Puasa

* Makan dan minum dengan sengaja

* Muntah dengan sengaja

* Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan

* Keluar darah haid atau nifas

* Gila

* Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa

* Orang yang sakit

* Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.

* Orang tua yang sudah lemah

* Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Read more...

Rabu, 14 Julai 2010

3. “MEMBUAT TOPENG DENGAN LIMBAH KERTAS”

Cara membuat topeng kertas :

• Ambil cetakan yang telah disiapkan dan mulailah membuat topeng. Untuk lapisan kertas pertama, ambilah kertas selebar wajah topeng yang hendak dibuat dan celupkan ke dalam air, kemudian ditempel pada permukaan cetakan perlahan-lahan mengikuti lekukkan bentuk cetakan. Lapisan kertas kedua dan seterusnya, menggunakan potongan kertas kecil-kecil dan diberi lem agar melekat dengan kuat. Selama penempelan kertas, perhatikan dan ikuti lekukan-lakukan bentuk wajah topeng pada cetakan agar bentuk topeng nampak jelas.
• Setelah selesai tahap penempelan kertas, jemurlah dan anginkan agar bentuk topeng menjadi kering. Bila sudah kering lepaskan topeng lapisan kertas dari cetakannya dan rapikan pinggirnya dengan gunting.
• Tahap finising, mengecat muka topeng sesuai dengan warna karakter yang diinginkan, misalnya alis diberi warna hitam, bibir warna orange, kulit wajah dengan warna putih, dan sebagainya. Jenis warna yang digunakan, boleh dengan cat minyak atau dengan cat air (acrelyc). Setelah selesai diberi warna dan bila warnya sudah kering, beri lubang pada bagian mata dan hidung untuk melihat dan bernafas bagi pemakainya. Di pinggir samping kiri kanan dekat mata diberi tali karet sebagai pengikat saat dipakai.

Hasilan Sebuah Topeng Buah Manggis yang telah siap

Selain cara di atas, membuat topeng dari limbah kertas dapat juga dilakukan dengan cara : mengolah kertas menjadi bubur kertas yang kemudian dicampur dengan lem yang terbuat dari tepung kanji. Bubur kertas diterapkan pada permukan cetakan/acuan secara merata mengikuti bentuk lekukan cetakan. Keringkan untuk beberapa waktu untuk memudahkan melepas lapisan bubur ketas dari acuan dan selanjutnya diwarna sesuai dengan keinginan.

Read more...

Selasa, 22 Jun 2010

Senarai Semak Penyediaan Kertas Kerja/Cadangan utk Assignment PK

Imbang Penuh
1 Cover


2 Ringkasan Eksekutif

3 1.0 PENDAHULUAN
Latar belakang program

2.0 TUJUAN
2.1 Memohon kelulusan drpd pihak2 yg berkenaan
2.2 Memohon peruntukan & bantuan kewangan drpd pihak2 yg berkenaan
2.3 Memaklumkan kpd pihka2 berkenaan ttg prog yg akn dijlnkn.

3.0 NAMA PROGRAM

4.0 TEMA PROGRAM

5.0 MATLAMAT
Ringkas dlm satu ayat sahaja

6.0 OBJEKTIF

7.0 FORMAT PERLAKSANAAN
Seminar, konvensyen, perkhemahan dll.
(Huraikan sikit)

8.0 PENGANJUR
Penganjur+kerjasama+agensi luar atau dalam

9.0 TARIKH PROGRAM

10.0 TEMPAT PROGRAM

11.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN
lelaki? perempuan? berapa orang?

12.0 CARTA ORGANISASI
Induk (penanung, penasihat dll)
Pelaksanan (AJK)

13.0 TENTATIF PROGRAM (lampiran)

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN (lampiran, terperinci)

15.0 PENUTUP
Nyatakan terima kasih serta memohon pertimbangan utk kelulusan
4 Surat memohon kelulusan program

Read more...

Ahad, 20 Jun 2010

Format Assignment B.Melayu (Komsas)

Bahasa Melayu
Imbang Penuh
Prakata


si Kandungan


1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
1.2 Definisi Konsep
1.2.1 Komsas
1.2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.2.3 Sistem Bahasa
1.2.4 Seni Bahasa

2.0 ANALISIS TEKS KOMSAS (PILIH SATU)


2.1 Latar belakang Teks (tajuk, halaman,isi kandungan,penulis,penerbit,harga,jenis, bila diguna di sek)

2.2 Perlaksanaan Komsas dan Tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Bagaimana untuk melahirkan pelajar yg berintelek,rohani, emosi, jasmani daripada pem komsas)
(Dalam teks ada pengajaran nilai. Kaitkan dengan Fal Pend Keb)
(Pilih satu saja bahan dari teks)
2.3 Sistem Bahasa .. ulas dari segi tatabahasa,sistem ejaan, sebutan dan intonasi,kosa kata dan peribahasa.
2.4 Seni Bahasa… gaya bahasa( kiasan atau perumpamaan)

3.0 ANALISIS KERTAS KERJA


3.1 Latar belakang kajian orang tersebut

3.2 Kaedah Kajian…Ada hubungan dengan komsas (metadologi Kajian)
3.3 Dapatan Kajian
3.4 Cadangan Kajian

4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP


Bibliografi


Lampiran

Read more...

Isnin, 7 Jun 2010

Nota Ringkas Dan Padat HBAE2203 Membentuk Dan Membuat Binaan


Nota Ringkas Dan Padat HBAE2203 Membentuk Dan Membuat Binaan

Read more...

Jumaat, 4 Jun 2010

Video AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT-FILEM NEGARA

Read more...

Ahad, 30 Mei 2010

Lakaran Buah-buahan

Boleh Downlod sebagai Contoh untuk Tugasan


Gambar buah-buahan tempatan -

Read more...

Sabtu, 29 Mei 2010

Tugasan Baru : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN (HBAE2203SMP)

Tugasan kali ini memerlukan kita membuat topeng.

1. Maklumat mengenai topeng sebagai pengenalan


2. Maklumat bauh-buahan tempatan (Gambar)


3. Kenalpasti Contoh-contoh topeng (down load gambar)

4. Buah yang menjadi pilihan


5. Buat lakaran bersiri

Contoh- contoh Topeng



Topeng adalah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan.
Proses penghasilan membuat topeng hingga ke peringkat kemasan.

Cara penghasilan topeng adalah dalam pelbagai teknik mengikut media yang digunakan iaitu teknik luakan dan ukiran,tampalan dan teknik tebuk.Ini adalah proses membuat topeng menggunakan Papier Mashe.

Langkah 1

Koyak kertas surat khabar lama kemudian rendam dalam air sehingga lembut agar mudah untuk dikisar.Kemudian kertas papier mache(surat khabar lama) dikisar hingga lumat agar mudah dibentuk dan kukuh.Kemudian perah airnya,letakkan kertas yang telah diperah kedalam bekas kemudian digaul dengan gam cair sehingga sekata agar mudah dibentuk.kertas dikeluarkan dari besen untuk membentuk topeng.Tiup belon ikut saiz dan ikat agar dalam keadaan menjadi bulat.Tampalkan kertas tadi diluar belon separuh sahaja.Simpan belon ditempat yang sesuai agar tidak kempis.Biarkan kerttas tampalan kering untuk beberapa hari.Tanggalkan kemudian jemur di bawah cahaya matahari hingga kering dan keras.Warnakan topeng mengikut watak yang dikehendaki.



Read more...

Rabu, 26 Mei 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8



Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Read more...

Selasa, 25 Mei 2010

HBAE 2203 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER MEI 2010

SOALAN TUGASAN

Topeng merupakan satu alat yang digunakan untuk menutupi muka. Penggunaannya juga turut digunakan dalam persembahan drama, tarian, adat istiadat pemujaan dan perhiasan di rumah. Sebelum topeng dihasilkan, perancangan yang rapi dan teliti perlu dilakukan bagi mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dan menepati kehendak pelukis. Sehubungan dengan fungsi tersebut, anda dikehendaki menghasilkan tugasan seperti berikut.

1. Sediakan satu folio untuk menghasilkan lakaran topeng muka sekurang-kurangnya sebanyak sepuluh helai dengan menggunakan kertas lukisan berukuran dalam lingkungan (42cm X 30cm). Perkara-perkara di bawah menjadi perhatian utama di dalam lakaran idea tersebut:
• Penentuan tema : Buah-buahan tempatan
• Membuat ‘thumbnail-print’ (lakaran idea)
• Pemilihan lakaran terbaik
• Memperincikan lakaran
(10 markah)

2. Anda merupakan penasihat Kelab Kesenian di sekolah dan bercadang untuk mengadakan persembahan drama pada hari penyampaian hadiah. Topeng adalah antara alat yang diperlukan untuk menjayakan watak-watak dalam drama anda nanti. Berdasarkan folio yang ditugaskan dalam soalan no. 1, hasilkan satu topeng muka mengikut spesifikasi berikut:
• Tema : Buah-buahan tempatan
• Saiz : 25cm X 25cm
• Bahan : Papier Mache (surat khabar)
• Warna : Mengikut kesesuaian watak
(20 markah)

[Jumlah: 30 Markah]
PANDUAN PELAJAR

Berikut merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi:

1. Merujuk kepada modul, sumber bercetak atau sumber daripada Internet yang boleh dipercayai.

2. Buat pencarian daripada Internet dan buku rujukan Pendidikan Seni Visual berkaitan jenis, teknik dan proses untuk mendapatkan maklumat tentang tugasan.

3. Berbincang dengan tutor/ pensyarah anda bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan bagi meningkatkan kefahaman dan kualiti lakaran idea anda.

4. Bagi soalan no.2, pastikan anda menggunakan alat dan bahan yang sesuai serta relevan bagi menghasilkan karya yang menarik.


PANDUAN TUTOR/ PENSYARAH

1. Tutor/ pensyarah diminta membantu para pelajar dalam hal penyediaan folio dan penghasilan karya.

2. Mencadangkan dan menerangkan proses penghasilan folio dan teknik penghasilan karya dengan tepat.

4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar.

Read more...

HBHE 3103 : GAYA HIDUP SIHAT SEMESTER MEI 2010

SOALAN TUGASAN

Dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) awal tahun, Ketua Panitia anda mencadangkan agar Panitia PJK mengelolakan satu Pameran Gaya Hidup Sihat untuk murid-murid Tahap 2. Pameran ini adalah untuk satu hari sahaja dan akan memberi tumpuan kepada aspek senaman dan rekreasi, rehat dan tidur serta pengurusan stres sahaja.

Selaku Setiausaha Panitia PJK, anda diminta merancang dan mengelolakan program tersebut.

(a) Sediakan SATU kertas cadangan yang lengkap untuk memohon kebenaran pihak sekolah meluluskan program ini.
(15 markah)

(b) Hasilkan SATU buku panduan yang mengandungi maklumat tentang aspek senaman dan rekreasi, rehat dan tidur serta pengurusan stres, sesuai untuk murid-murid Tahap 2.

(15 markah)


[Jumlah: 30 Markah]








PANDUAN PELAJAR

1. Rujukan kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam Internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. Sila jangan gunakan Wikipedia sebagai sumber rujukan.


2. Beberapa cadangan rujukan (laman web) dibekalkan. Sila cari rujukan tambahan untuk meningkatkan lagi kualiti tugasan anda.

Peringatan:
Tiada markah diberi untuk senarai rujukan jika pelajar tidak memperoleh bahan rujukan selain dari rujukan yang telah dicadangkan dalam tugasan ini.





Read more...

Sabtu, 15 Mei 2010

" SELAMAT HARI GURU "

byk dpt BUNGA? * tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat PEN? * Tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM? *Tanda sentiasa membetulkan yg dusta Dapat MESEJ? *Tanda sentiasa diingatan! "SELAMAT HARI GURU"

Read more...

Ahad, 25 April 2010

Penagih Facebook?


FENOMENA Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan. Justeru, ramai yang menyertai Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot.

Kebaikan Facebook diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan Facebook. Pemimpin dapat berkomunikasi secara terus dengan rakyat menerusi Facebook. Namun, seiring perkembangan positif, laman interaktif sosial Facebook turut menyumbang kepada pelbagai gejala negatif. Di Amerika Syarikat (AS), seorang wanita mati dibunuh kekasihnya kerana menukar status berkahwin kepada bujang.

Seorang pekerja wanita di London pula dipecat selepas mendedahkan keluhannya di Facebook berhubung suasana di tempat kerjanya dengan mengatakan dia membenci tugasnya. Selain itu, seorang guru sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mati kerana minum racun berikutan hidup dalam ketakutan disebabkan bekas teman lelakinya telah memuatkan gambar tidak senonohnya ke dalam Facebook.

KETAGIHAN Facebook boleh mengakibatkan perubahan tingkah laku seseorang tanpa disedari. Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.
"Alangkah baiknya kalau dapat berfacebook hari-hari...tapi kalau tak dapat pun tak apa." Pemikiran sebegini mungkin dapat membantu individu yang tidak dapat berpisah dengan Facebook walau sehari, kata Ketua Pengarah Institut Sosial Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din. Menurut Mohamed Fadzil, individu yang ketagihan Facebook tidak menyedari masalah yang dihadapinya. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab individu terdekat membantunya merawat ketagihan itu selepas melihat perubahan sikap, tabiat dan tingkah laku individu berkenaan.

Read more...

Sabtu, 10 April 2010

Rumusa HBAE2103 Corak dan Rekaan



TOPIK 1 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

• Reka corak didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif.
• Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.
• Mencipta reka corak melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.
• Reka corak terdapat dalam seni bina, hiasan dalaman, lanskap, kraf dan sebagainya.

TOPIK 2 CETAKAN
• Cetakan kayu mula dihasilkan di negeri China.
• Redza Piyadasa, Juhari Muhammad Said, Chew Teng Beng dikenali sebagai artis seni cetak di Malaysia.
• Cetakan timbulan, cetakan stensil, cetakan lithografi dan cetakan intaglio adalah jenis cetakan yang biasa dihasilkan oleh artis.
• Kaedah dalam cetakan terdiri daripada kaedah turisan, gurisan asid, akuantin dan mesotin.

TOPIK 3 RESIS
• Reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapat dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak.
• Reka corak resis boleh menghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang.
• Reka corak resis memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.
• Mencipta reka corak resis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.
• Teknik mencanting dalam batik adalah satu kaedah membuat corak resis.

TOPIK 4 IKATAN DAN CELUPAN
• Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan.
• Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.
• Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi.
• Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia.
• Garam digunakan sebagai bahan penyerapan.
• Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas, sutera dan organza.

TOPIK 5 LUKISAN
• Lukisan merupakan bentuk seni halus tertua sekali.
• Manusia melukis sebelum menulis.
• Terdapat tiga asas teknik melukis iaitu teknik lorekan ton, melakar garisan, titikan dan gosokan.
• Corak dalam lukisan berkait dengan minda, emosi dan perwatakan.
• Leonardo da Vinci adalah pelukis terkenal zaman Renaissance di Itali.
• Teknik lukisan memberi kesan terhadap lukisan yang dihasilkan.

TOPIK 6 ANYAMAN
• Anyaman adalah kraf tradisional bermotif yang bersumberkan bahan tumbuhan.
• Anyaman kontemporari boleh dihasilkan daripada pelbagai bahan alternatif dengan motif yang lebih bebas.
• Pilih, layur, jangka, lurut dan rendam adalah proses penyediaan bahan dalam anyaman berasaskan pandan / mengkuang.
• Terdapat dua bentuk anyaman iaitu 2D dalam bentuk hamparan dan 3D dalam bentuk bongkah.
TOPIK 7 PUALAMAN
• Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono di mana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit.
• Ia merupakan sejenis catan yang tidak bersatu antara air dan minyak. Bahan yang berasaskan minyak akan terapung di atas permukaan dalam semua arah mengikut aliran bahan tersebut.
• Corak pualaman menarik sebagai kulit buku.

TOPIK 8 CATAN
• Catan adalah suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual.
• Lukisan Mesir purba adalah catan yang mempunyai corak tersendiri tentang kepercayaan dan agama.
• Corak dalam catan boleh terbentuk secara terancang dan tidak terancang.
• Corak dalam catan terbentuk kesan daripada kemahiran artis menggunakan media dan teknik.

TOPIK 9 MOZEK
• Rekaan mozek adalah satu bentuk kreativiti artistik yang dapat menghasilkan corak yang menarik.
• Reka corak mozek boleh diaplikasikan sebagai hiasan dalaman dan lanskap.
• Mencipta reka corak mozek melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

TOPIK 10 RENJISAN DAN PERCIKAN
• Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan.
• Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif.
• Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.
• Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.




Read more...

Jumaat, 9 April 2010

Soalan dan Jawapan HBAE2103 Corak dan Rekaan yang boleh difikirkan



BAHAGIAN A

ARAHAN
Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah

1.
Apakah yang dimaksudkan tentang corak?

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang.
Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.

2.
Nyatakan EMPAT jenis cetakan yang biasa digunakan dalam kegiatan menghasikan corak.

Cetakan terbahagi kepada 4 iaitu :
1. Cetakan Timbulan : blok kayu atau blok lino
2. Cetakan Benaman : blok logam (intaglio)
3. Cetakan Datar/planografi : blok batu kapur
4. Cetakan Sarigrafi/stensil : blok sutera saring.

3.
Apakah yang dimaksudkan dengan resis dalam proses penghasilan batik lukis/canting?

Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Dalam teknik resis, penggunaan bahan-bahan adalah penting. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting.

4.
Nyatakan EMPAT jenis ikatan yang biasa digunakan dalam teknik corak ikatan dan celupan (pelangi).

Jenis Ikatan
(i) Jahitan
(ii) Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek
(iii) Lipatan dan ikatan
(iv) Simpulan

5.
Terangkan maksud teknik gosokan dan teknik garisan silang yang boleh diapliksikan dalam penghasilan membuat corak terancang.

6. Apakah alatan menganyam untuk melembutkan bilah atau helaian daun pandan atau mengkuang yang telah dijangka dan bilakah alat tersebut digunakan?

1.Parang
2.jangka
3.Pelurut
4.Penyisip
5.Tempayan
6. Besin/baldi
7. Periuk/dapur
8.Ampaian

7. Nyatakan secara ringkas apa yang anda faham tentang pualaman?

Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan ynag bergelatin dan melekit. Pualaman adalah kualiti permukaan yang dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai, marble, catan faux dan corak semulajadi ira kayu.

8. Berikan maksud teknik basah atas basah iaitu salah satu teknik dalam catan cat air.

Basah atas basah
Teknik yang melibatkan sapuan warna yang cair ke atas permukaan yang basah.Ia menghasilkan kesan lut sinar.

9. Apakah yang anda faham tentang mozek dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah?

Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna.

10. Apakah yang dikatakan teknik renjisan dan percikan?

Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain, kanvas, plywood, permukaan dinding atau lantai dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.


BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. SOALAN Markah

1.
(a) Terdapat dua cara untuk menghasilkan corak iaitu secara terancang dan tidak terancang.
Apakah yang dimaksudkan dengan corak terancang dan tidak terancang?

Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan
dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai
pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan
corak.
Corak Tidak Terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif
tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak,
menggolek dan sebagainya.

(b) Nama dan jelaskan TIGA jenis susunan dalam corak terancang.

1. Corak teknik resis
2. Corak teknik anyaman
3. Corak menggunakan garisan grid

(c) Jelaskan ENAM persepsi dalam membuat corak dan rekaan.

(i) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding,
penegasan, kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak.
(ii) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
(iii) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.
(iv) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.
(v) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.
(vi) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.

2. (a) Nilai budaya dapat diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
kepada murid-murid.
Jelaskan LIMA penerapan nilai budaya tersebut.

(b) Cetakan timbulan (relief) merupakan salah satu jenis cetakan. Apakah itu cetakan
timbulan dan berikan TIGA contoh cetakan timbulan.

Cetakan Timbulan (Relief)
• Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau
warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada
blok kayu atau lino.
• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan
kertas.
• Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj

(c) Jelaskan langkah untuk menghasilkan corak dengan menggunakan teknik cetakan
stensil kaedah filem lekar.

Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka
belakang filem leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak
didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT.
Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin
dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah
bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi
dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di
bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera.
Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana
panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker)
akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa(lutsinar) bolehlah ditarik keluar. Kerja ini hendaklah
dilakukan dengan berhati-hati.
Langkah 4 : Kemudian, gamkan bahagian tepi leker dengan pepenjuru
kertas. Setelah selesai, pemidang filem leker boleh
digunakan untuk mencetak.




4. (a) Di zaman pra sejarah lagi banyak lukisan yang dilukis di dinding- dinding gua dengan menggunakan warna dari alam sekeliling.
Bagaimanakah manusia pada zaman tersebut mendapat dan mencipta warna-warna?

(b) Namakan TIGA nama kelarai yang bermotifkan bahagian tumbuh- tumbuhan.

• Tampuk pinang
• Tampuk pinang berantai
• Tampuk jantung
• Tampuk manggis
• Pucuk rebung
• Pucuk di dalam
• Berakar

(c) Nyatakan dan terangkan LIMA proses anyaman.

(a) Lagang
(b) Anyaman
(c) Lepih
(d) Sisip
(e) Kerat
(Jumlah: 20)
BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA. SOALAN Markah
1.
(a) Bagaimanakah teknik dan kaedah menghasilkan pualaman di Jepun atau China pada zaman dahulu?

Reka bentuk yang paling mudah dan tertua pernah dihasilkan di Jepun dan dikenali sebagai suminagashi; iaitu sebuah bekas yang diisi dengan air dan dicampurkan dengan
dakwat sumi sebagai dye magenta dan beni iaitu warna yang dihasilkan daripada Safflower. Ia kemudian digunakan dengan teliti menggunakan berus dakwat. Pelbagai bahan kimia digunakan untuk membantu mengapungkan dakwat. Beberapa titisan air dijatuhkan ke atas permukaan campuran tadi yang akan membentuk warna seperti cincin. Proses ini diulang sehingga semua permukaan air dipenuhi oleh warna-warna cincin ini.

(b) Rancangkan penyediaan proses menghasilkan pualaman yang bersesuaian untuk murid-murid tahun 4 dari segi bahan dan proses.



(c) Cadangkan DUA jenis media warna yang sesuai digunakan dalam teknik catan oleh murid–murid di peringkat sekolah rendah.

(d) Nyata dan terangkan SATU teknik cat minyak.

Titik (Pointilisme)
Dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan secara menegak dan bersistematik di atas kanvas putih. Proses yang rumit dan memerlukan kesabaran dan ketekunan serta disiplin yang tinggi untuk menyiapkannya. ( 5 )
( 10 )
( 2 )
( 3 )

2. (a) Kenal pasti apakah mozek dari konsep seni hiasan?

Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. Ia merupakan salah satu teknik membuat dekorasi dalam reka bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya dengan kebudayaan dan kepercayaan seperti yang banyak dilihat terdapat di dewan dewan sembahyang di dalam gereja.

(b) Jelaskan secara ringkas bagaimanakah corak mozek seni Islam.

Seni Islam
Arkitektur Islam menggunakan teknik mozek dalam konsep reka bentuk geometrik dan matematik yang rumit. Proses ini dikenali sebagai ÂzillijÊ dan ÂqashaniÊdi Afrika Utara. Contoh yang terbaik dalam seni mozek Islam telah dihasilkan di Moorish, Sepanyol dan masih wujud di istana Alhambra. Contoh-contoh lain boleh dilihat di Masjid Besar di Cordoba. Di negara-negara Arab satu gaya berhias yang tersendiri bernama zillij yang di buat dengan membentuk seramik serentak dengan mozek untuk
meliputi satu permukaan digunakan.

(c) Hasilkan satu rancangan pengajaran harian corak tidak terancang teknik renjisan dan percikan untuk murid-murid Tahun 2.


Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP