info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Khamis, 19 Mac 2009

44 Perkara Yang membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

selamat beramal.....

Jangansengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Read more...

BULAN-BULAN ISLAM

BULAN-BULAN ISLAM

Nama bulan Islam

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.


Muharram al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.


Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

Rabiul Awal (ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

Rabiul Akhir (atau Rabiul thani) (ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﺧﻴﺮ/ﺭﺑﻴﻊﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim bunga.

Jamadil Awal (ﺟﻤﺪﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

Jamadil Akhir (atau Jamadil thani) (ﺟﻤﺪﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤﺪﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Rejab (ﺭﺟﺐ)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

Syaaban (ﺷﻌﺒﻦ)
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

Ramadhan (ﺭﻣﻀﻦ)
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

Zulkaedah (ﺫﻭﺍﻟﻘﻌﺪﻩ)
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula neghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Zulhijjah (ﺫﻭﺍﻟﺤﺠﻪ)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Read more...

Selasa, 17 Mac 2009

Koleksi Nostalgia Piring hitam

USB
CD Recorders

Stacj-O-Matic

Jukeboxes
Entertaiment Center

Deco

Console

Read more...

Sabtu, 14 Mac 2009

Nota Padat BM_HBHL1103 – edisi imann9969

TOPIK 1
Teori Huraian Bahasa Tradisional

1. Teori Tradisional (Panini)
- kajian bhs dibuat terhdp btk2 tulisan
- bhs boleh berkembang
-setiap bhs ada hubungan dgn bhs induk
-tatabhs bersifat sejagat, berasaskan tbhs Yunani + Latin
-bhs merupakan cbg ilmu falsafah yg menyelidik tabii alam
- kajian bhs bersifat deduktif – mmeningkan hukum2 sesuatu bhs
-pengkaji juga menetapkan golongan kata kpd kata nama, kata sifat + kata kerja

2. Teori Struktural (Bloomfield)
-kajian ttg fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, mortem + ayat
-ciri-ciri bhsnya bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari + utk perhubungan
-ahli2 bhs ini byk mengumpulkan bhn pertuturan + mementing fakta2 yg dilihat.

3. Teori Transformasi Generatif (Chomsky)
-penutur jati blh mggunakan bhs apabila berhadapan dgn pelbagai keadaan
-Bhs adalah sistem ttg rumus-rumus bhs
-ayat mpunyai struktur dlman + pmukaan
-pengetahuan bhs mrupakan suatu fenomena mental
-penutur dilahirkan dgn kecekapan semulajadi
-bhs bersifat sejagat + kreatif

4. Teori Fungsional (Haliday)
-struktur bhs ikut fungsi dlm komunikasi
-kajian ttg perubahan yg berlaku pd struktur bhs ketika seseorg berkomunikasi
-Terdpt fungsi sosial yg terdiri drpd 3 fungsi idea, fungsi interpersonal + fungsi tekstual
-fungsi sosial bhs memainkan peranan yg penting dlm pmbtkan sis bhs

Teori Pemerolehan Bahasa
1. Teori Behaviurisme (Bloomfieild)
-Bhs dikuasai melalui proses pengulangan
-proses pengajrn haruslah menekan latihan + pengulangan yg byk
-proses penguasaan bhs melalui latihan yg memerlukan mekanisme yg bersistem
-mementingkan persekitaran murid utk mbantu proses PnP
-berasaskan teori pelaziman klasik iaitu kanak2 mempelajari bhs menerusi hukuman + ganjaran
- sesuatu ujaran terbtk krn adanya rangsangan + grkbls dlm btk bhs + bukan bhs
-proses pendedahan yg berulang2 + konsep peniruan mencepatkan pmbljran bhs
-aspek pengukuhan memudahkan ingatan
-pengjran tbhs adalah berdsrkan penekanan indukif/kaedah terus, dengar + tutur, dan teknik latih tubi.

2. Teori Mentalis (Chomsky)
- mengutamakan proses berfikir berbandingan dgn pelakuan kanak2.
-kanak2 berupaya membuat rumusan
-tulisan + bacaan diutamakan tp kemahiran menulis lebih penting
-diukur melalui kecekapan + pencapaian mereka
- penyampaian makna lebih diutamakan
-tbhs diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif

3. Teori Interaksionalis
- mementingkan aktiviti komunikasi
-menghasilkan bhs apabila ia memerlukannya
-perkembangan bhs – proses kognitif + proses interaksi bhs
-interaksi – mhasilkan ayat penyata + ayat perintah -
-hasil interaksi akan mpengaruhi utk mpljari sistem bhs

4. Teori Konstruktivisme
-mementing pmbljaran semasa intraksi dlm kelas
-Memberikan contoh ayat– membina ayat setelah memahami konsep
-pembinaan semula ayat – pembangunan semua minda utk mencipta sesuatu yg baru / idea yg baru

TOPIK 2
Konsep strategi
- cara / langkah / tindakan yg harus dilakukan utk mencapai objektif PnP
Perspektif
a. pendekatan berpusatkan murid
b. Kepelbagaian Teknik
c. Kepelbagaian Sumber Bahan
d. Penggunaan T/bhs yg tepat
e. PnP Bertema
f. Bacaan luas
g. Penggabungjalinan
h. Penyerapan
i. Penilaian
j. Pemulihan
k. Pengayaan

Pendekatan Induktif
- pendekatan pengjran bhs yng melibatkan satu proses penaakulan yg tinggi.
-pelajar digalakan mencari, meneliti + mempelajari sendiri.
-mengemukan satu rumusan hasil kajian yg dilakukan
-peranan guru hanya – mengemukan soalan, bertanya, berbincang, memperhatikan, mengkaji + memberikan contoh

Konsep Induktif dlm Pengjran Bhs
1. mempelajari sesuatu utk mdptkan hukum
2. memperkenalkan pengetahuan + mberi pengalaman
3. Mgumpulkan maklumat utk mmbtk hukum
4. mbtk satu kesimpulan umum drpd cth2 tertentu
5. mdptkan satu kesimpulan drpd satu urutan pemikiran
6. merupakan kaedah penaakulan yg bertujuan mdptkan peraturan umum drpd fakta2 / cth2 tertentu.

4 peringkat pengajaran
1. pendedahan
2. pembentukan konsep
3.Mencuba generalisasi
4. Penutup

Pendekatan Deduktif
-satu proses menganalisis data / isi yg membentuk generalisasi + mengapikasikan peraturan2 yg diberikan

Konsep Deduktif
1. mempelajari sesuatu berdsrkan sesuatu hukum
2. satu proses penaakulan yg tinggi
3. satu produksi fakta utk mbuktikan satu penyataan umum
4. menganalisis fakta atau isi yg membtk generalisasi
5. membuat satu pencerakinan drpd umum kpd spesifik

Peringkat pengajaran
1 awal generalisasi
2. mengemukan generalisasi
3. menganalisis konsep
4. mencuba generalisasi
5. penutup

Pendekatan Eklektik
-gabungan antara beberapa pendekatan
-sesuai utk murid2 yg mempunyai pelbagai kebolehan + pencapaian
- sifat pendekatan ini mudah ubah
- pelbagai ciri2 yg baik

Pendekatan Komunikatif
- manusia berbhs secara komunikasi
-setiap manusia akan mengguna akal utk menyatakan fikiran masing2

Pendekatan Oral
-berkaitan dgn komunikasi tp secara perbandingan
- memberi penekanan kpd penguasaan aspek lisan
- kawalan t/bhs juga dipberi perhatian

Kaedah Pengajaran
- satu perancangan /prosedur bg mlaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, sistematik.
-langkah2 pengjran yg tersusun + berkesinambungan utk mencapai objektif
Kaedah situasi – mementingkan latihan penyebutan, ulangkaji, struktur baru, perbendaharaan kata, latihan lisan + membaca bhn yg melibatkan struktur baru / latihan bertulis.
Kaedah Oral Aural – dengar + tutur. Membolehkan murid2 memperkembangkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

Kaedah Penglibatan tindakbalas fizikal (TPR) – mementingkan pemahaman bhs melalui pendengaran serta memulakan pelajaran dgn kemahiran mendgr

Teknik Pengajaran
- Suatu alat yg digunakan bgi menyampaikan bhn2 pengajaran yg telh dipilih utuk pelajar
- sejajar dgn kaedah dan pendekatan yang dianuti
-antaranya
a. teknik latih tubi
b. simulasi
c. Main peranan
d. Teknik sumbangsaran
e. Permainan Bahasa
f. soal jawab
g. bercerita
h. drama
i. Inkuiri
j. Perbincangan
k. Forum
l. Perbahasan
m. Kuiz

- Teknik Simulasi – satu situasi yg diwujudkan secara merupai keadaan sebenar – berintraksi sesama sendiri brdsrkan peranan masing2 – membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu / tugasan.

-teknik Inkuiri – tinjau siasat- soal selidik utk mendptkan jwpan / kesimpulan. Daya refleksi- selalu bertanyakan soalan- kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
1. mengenal masalah 2. mengaji ramalan 3. mengumpul maklumat 4. menganalisis 5. membuat rumusan

TOPIK 3
2 pendekatan Kemahiran mendengar
a. membuat jangkaan
b. menentukan tujuan

3 peringkat k. mdgar

a. peringkat pramedengar
b. peringkat semasa mendengar
c. peringkat selepas mendengar

Kamhiran Bertutur
Satu cara komunikasi yg kompleks + melibatkan proses mental yg mengerakkan alat pertuturan utk mengeluarkan bunyi bhs yg bermakna,

Aspek penting
a. sebutan
b. tekanan
c. mora (pjg – pdk)
d. Jeda (persendian)
e. Intonasi
f. Nada
g. T/bahasa
h. Kelancaran
i. Kefasihan
j. Laras bhs

3 peringkat PnP lisan
a. peringkat persediaan
b. pelaksanaan aktiviti
c. susulan + penilaian

TOPIK 4
Membaca – satu pelakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis + bercetak. 2 proses – menterjemah lambang kpd bunyi bhs – mdpt maklumat/makna drpd bunyi2 bhs.

4 jenis bacaan
1. Bacaan mekanis
-bacaan kuat yg mementingkan sebutan huruf + bunyi dgn betul, ikut intonasi, nada dan tekanan yg betul. Bhn mudah difahami

2. mentalis
-bacaan akaliah-bacaan secara senyap. Menekan aspek kefahaman

3. Bacaan Intensif
-memperkembangkan kebolehan dlm meneliti, mamaham + mentafsir dgn tepat
-merlukan bimbingan guru

4. Ekstensif
-bacaan meluas bacaan luar kelas – pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham, menaakul isi, kepantasan bacaan, membina minat dan bekebolehan memetik isi-isi penting

TOPIK 5
Peringkat pemahaman
1. Lateral (penubuhan makna)
2. Interptretasi (pentafsiran makna)
3. Inferens (perumusan makna)
4. menilai (penilaian makna)

Teknik SQ3R
Survey – tinjau
Question – penyoalan
Read – Baca
Recite – Imbas kembali
Review – baca semula

TOPIK 6
Menulis – berfikir, menaakul, meyusun + mengolah idea sblm dilahirkan dlm btk wacana yg lengkap.
-menguasai struktur karangan – menulis panduan, perenggang dan kesimpulan

Peringkat menulis
1. Pra menulis
2. mekanais
3. pelahiran

jenis penulisan
1. Terkawal
2. Separa terkawal
3. Berpandu
4. Separa berpandu
5. bebas

Pendekatan Pangajaran penulisan
1. Terkawal
2. berpandu
3. Bebas
4. Proses
5. Komunikatif
6. LEA (pengalaman bahasa)

TOPIK 7
Aspek sistem bahasa
1. Tatabahasa : morfologi, sintaksis
2. kosa kata : umum, istilah
3. sebutan : bhs melayu baku
4. Peribahasa : bhs kiasan , simpulan bhs, perumpamaan, pepatah
5. Intonasi mengikut pola: jenis ayat, susunan ayat, ragam ayat
6. sis ejaan : pola keselarasan vokal, ejaan kata pinjaman, ejaan kata dsr, kata pinjaman
-pembentukan kata
-kata tunggal
-kata terbitan
-kata majmuk
-kata ganda

Pola ayat
FN + Fnama
FN + FKata
FN + FAkfektif
FN + FSifat

Jenis ayat
-ayat tunggal
-ayat tanya
-ayat perintah
-ayat seruan

Penggunaan tanda sempang
-digunakan bagi kata yg diulang sepenuh / sebahagian
-menghubungkan awalan se- nama khas + menghubung huruf kecil dan huruf besar
-merangkaikan angka
-menyatakan hubungan antara kata2 pada istilah

TOPIK 8
Bahasa kiasan
- kiasan asal
- kiasan berpindah
- kiasan terus
- kiasan bersajak
- kiasan berbunga
- kiasaan pemanis
- kiasan melompat
- kiasan melarat
- kiasan berkacau

Ragam Bahasa
-bhs sindiran
- bhs menggiat
-bahasa mengejek
Bahasa terbalik
Bahasa turun
Bahasa naik
Bahasa besar
Bahasa kecil
Bahasa herdik
Bahasa ingkar
Bahasa tempelak
Bahasa nafi
Bahasa pembenar
Bahasa melampau/kasar

TOPIK 9
Kepentingan BBM
1. menarik minat
2. mengekalkan tumpuan
3. mencetuskan pemikiran murid
4. menyeronokkan emosi
5. memudahkan kefahaman
6. membantu guru menjelaskan konsep

Topik 10
Ganguan Bahasa
1. gangguan dialek
2. gangguan bhs ibunda
3. Aspek semantik

Pengayaan
Aktiviti
-akses kendiri
Kerja projek
Bacaan tambahan
Permainan + rekreasi
komputer

Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP