info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Ahad, 25 Januari 2009

HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

BAB 4

SENAMAN DAN REKRIASI


Apa itu senaman dan rekriasi?
Senaman ialah aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangka masa tertentu. Rekreasi ialah aktiviti yang dapat menyegarkan kembali kesihatan tubuh badan dan menenangkan fikiran.
Kenapa kita mesti bersenam?
Agar badan kita sihat, cergas dan kuat. Saya akan bersenam 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali. Contoh senaman ialah aerobik, berbasikal dan berjoging.
Kenapa pula kita mesti berekreasi?
Agar badan kita menjadi segar dan tenang. Saya akan berekreasi bersama keluarga sebulan sekali.
Contoh berekriasi ialah seperti perkhemahan, berkelah dan bersiar-siar. Senaman aerobic


BAB 5
REHAT DAN TIDUR



Adakah kawan-kawan tidur secukupnya, tidur amat penting untuk badan kita agar ia dapat berehat secukupnya selepas penat belajar atau bermain.
Adakah kawan-kawan tahu, tidur yang berlebihan boleh menyebabkan badan kita lesu? Saya akan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Saya mesti masuk tidur waktu malam tidak lebih pukul 11 malam dan bangun pagi lebih kurang pukul 6 pagi. Bagaimana nak dapatkan tidur yang berkualiti supaya kesihatan mental dan fizikal terjamin?. Sebenarnya ada banyak kaedah bagaimana caranya untuk mendapatkan tidur yang sempurna. Cubalah tip ini, kalau nak merasai nikmat tidur yang sebenar dan mendapat tidur yang sempurna :
1. Mandi Air Panas
Kawan-kawan digalakkan untuk mandi dengan air panas 2 jam sebelum tidur kerana air panas mampu membantu melegakan badan, langsung menggalakkan anda untuk tidur dengan segera.
2. Jangan makan sebelum tidur.
Jangan mengambil sebarang makanan sebelum tidur kerana makanan yang di ambil akan merangsang otak & memberi arahan pada badan untuk mencerna makanan, sekali gus menyebabkan korang terjaga sepanjang malam.


BAB 6
PEMERIKSAAN KESIHATAN

Untuk pengetahuan kawan-kawan. Ayah saya selalu membawa saya ke klinik gigi untuk gigi saya diperiksa oleh doktor gigi.
Ayah saya juga sekali sekala membawa saya berjumpa doktor untuk diperiksa. Biasanya ayah saya membawa saya berjumpa doktor untuk diperiksa setiap enam bulan sekali. Mengapa diri kita kena periksa oleh doktor? Ini adalah untuk kita mengetahui keadaan diri kita yang sebenarnya. Ingat kawan-kawan sekelian , penyakit boleh datang kepada kita tanpa kita tidak ketahui. Sebab itulah kita kena selalu buat pemeriksaan kesihatan diri kita.
Memahami jenis ujian - Setiap ujian akan merangkumi pemeriksaan asas (ketinggian, berat badan, tekanan darah, nadi) pemeriksaan sel darah, pemeriksaan fungsi hati, pemeriksaan fungsi buah pinggang, pemeriksaan bagi mengesan penyakit hepatitis, ujian mata, ujian gula dalam darah, ujian air kencing dan najis, X-ray bahagian dada dan elektrokardiogram statik.
Pemeriksaan tekanan darah

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP