info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Selasa, 20 Januari 2009

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI?



leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...


Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar

Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri.

Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.”
(Riwayat Bukhari)


Jenaka, Senyum Dan Ketawa Meredakan Tekanan
Senyuman membantu meredakan tekanan di hati kita dan orang lain. Abdullah ibn Harith ra meriwayatkan: “Tidak ada manusia yang lebih banyak tersenyum melainkan Rasulullah.”(Riwayat Tarmuzi)

Dr. Lee Berk dan Dr. Stanley Tam dari Universiti Loma Linda di California dan juga pengkaji-pengkaji dari Universiti Stanford, Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Ohio State dan Universiti Duke mendapati jenaka dan tertawa mampu meredakan kemarahan dan kerisauan. Ia juga mampu mengurangkan kesugulan atau depression, justeru, bagi mereka yang sedang mengambil rawatan untuk kesugulan atau depression, dos rawatannya boleh dikurangkan. Jenaka dan tertawa meningkatkan kadar sel-sel T di dalam badan. Sel-sel T berfungsi meningkatkan daya ketahanan sekali gus mengawal pembiakan kuman di dalam badan.


Pasangan Hidup Dan Rakan-Rakan Yang Baik
Pasangan hidup kita adalah sumber kekuatan dan ketenangan bagi diri kita. Allah berfirman: “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagi mujodoh dari jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikan di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”
(Surah Ar-Rum ayat 21)

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP