info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Isnin, 31 Ogos 2009

Tips Menghadapi UPSR di Bulan Ramadan


1. Bangun Tidur Awal 30 Min sebelum Imsak atau lebih awal. (bersih diri, ambil peluang lakukan solat sunat hajat )
2.Melewatkan Bersahur : Ketika bersahur makan seperti biasa, utamakan mengambil makan berkhasiat, jangan lupa makan korma dulu sebelum makan nasi. (JANGAN TIDUR lepas bersahur)
3. Soalat Fardu Subuh, Berdoa (JANGAN TIDUR lepas solat)
4. Baca Quran mengikut kadar yang sesuai.
5. Ambil peluang buat ulangkaji secara, melihat-lihat sambil lalu, santai, lihat gambarajah, kata kunci, peta minda, rumus dan tips pesanan guru,
6. Bersiap untuk ke sekolah. Pastikan kelengkapan pepreriksaan telah dibawa
7. Mohon restu ibu bapa
8. Baca doa keluar rumah. (Ke sekolah jangan terlalu awal dan terlalu lewat.. ikut nasihat guru)
9. Sampai sekolah tak perlu berbincang, perlu bertenang, banyakkan berdoa / selawat
10. Elakkan bergurau / bercakap yang tidak berkaitan
11. Sentiasa memberi perhatian arahan guru
12. Ikut aktiviti yang telah disusun oleh guru, duduk baca doa,
13. Isikan masa terluang dengan mengimbas, melihat, menyemak nota, secara ringan....jika ada
14. Letakkan nota / bahan yang dibawa titempat yang sesuai... tinggalkannya...
15. Teruskan bertenang...
16. Beratur di luar dewan setelah di arahkan....
17. Bertawakal dengan bersungguh-sungguh kepada ALLAH,
18. Bisikkan kepada diri , Insya Allah aku akan dapat menjawab soalan dengan baik dan mengikut kehendak soalan....
19. Melangkah masuk ke dewan peperiksaan didahului kaki kanan dan penuh tenang.....


Read more...

Sabtu, 29 Ogos 2009

EYES of the World






Read more...

Jumaat, 28 Ogos 2009

Sejarah Erti Kemerdekaan


Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.
Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.
Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.


Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia



Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Continue reading Tema Hari Kemerdekaan 2009 Ke 52


Read more...

Khamis, 27 Ogos 2009

Logo Hari Kemerdekaan Malaysia



1976 - KETAHANAN RAKYAT
1977 - BERSATU MAJU
1978 - KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
1979 - BERSATU BERDISIPLIN
1980 - BERDISIPLIN BERBAKTI
1981 - BERDISIPLIN BERHARMONI
1982 - BERDISIPLIN GIAT MAJU
1983 - BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN
1985 - NASIONALISME TERAS PERPADUAN
1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
1987 - SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
1988 - BERSATU
1989 - BERSATU
1990 - BERJATA
1991 - WAWASAN 2020
1992 - WAWASAN ASAS KEMAJUAN
1993 - BERSATU MENUJU WAWASAN
1994 - NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
1995 - JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN
1996 - BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
1997 - AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
1998 - NEGARA KITA TANGGUNG JAWAB KITA
1999 - BERSATU KE ALAF BARU
2000 - 2006 - KERANAMU MALAYSIA
2007 - MALAYSIAKU GEMILANG
2008 - PERPADUAN TERAS KEJAYAAN


Read more...

Rabu, 26 Ogos 2009

Bersangka Baik


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!



PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.



KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.



KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu



KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.



KELIMA.

Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.



KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.



KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.



KELAPAN..

Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.



KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.



KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.



KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.



KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.



KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'



KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.



KELIMABELAS.

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.



KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.



KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda



KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.



KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.



KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.....




Read more...

Selasa, 25 Ogos 2009

Jadilah GURU Sebenar : Ke Sekolah Tidak JEMU

Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah;
positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik;
cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan
kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional
sifatnya malah menunjukkan
ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.



Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang profesional
dengan guru yang tidak; rujuk senarai semak berikut,
dan marilah kita menukar sikap, persepsi dan posisi
kita agar menjadi lebih perkasa dan
berwibawa dalam melaksanakan tugas m
ulia
sebagai seorang guru.







Guru yang Profesional /
Guru yang tidak Profesional X

Mula kerja awal pagi /
Mula kerja setelah loceng berbunyi X

Sedia bergerak awal hari /
Sudah pun letih di awal pagi X

Mengurus dengan merancang /
Mengurus dengan krisis X

Ada perancangan & matlamat /
Ada berbagai alasan X

Berpakaian secara 'profesional' /
Berpakaian selekeh X

Guna waktu luang sebagai waktu /
Guna waktu luang mengumpat dan mengeji 'kerja' X

Suka ikuti latihan kerana berikan perkembangan profesional /
Komen tentang latihan dan pelik mengapa ianya perlu X

Dalam mesyuarat mereka duduk di mana mereka boleh belajar /
Dalam mesyuarat mereka duduk di tepi pintu X

Cari perkara-perkara untuk dipuji /
Cari perkara-perkara untuk dikomplen X


Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan /
Salahkan orang lain bila sesuatu tidak berjalan X

Sedia buat keputusan dan selesai masalah /
Bertanya "Apa patut saya buat?" X

Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi dalam pendidikan /
Lihat pentadbir sebagai tempat melepaskan geram X

Melanggan dan membaca jurnal profesional /
Fikir jurnal profesional sebagai membazir kan wang sahaja X

Mendapat penghormatan setiap hari /
Merungut kerana tidak dapat penghormatan X

Buat yang terbaik /
Buat apa orang lain buat X

Kembangsuburkan kerjaya mereka /
Bimbang tentang kerja mereka X

Read more...

Isnin, 24 Ogos 2009

Peluang Kenaikan Pangkat Guru Cemerlang


Guru Cemerlang

“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang

• Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
• Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
• Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
• Meningkatkan motivasi guru.
• Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
• Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
• Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
• Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

Read more...

Ahad, 23 Ogos 2009

Bulan Ramadahan peluang untuk kita mendapatkan ganjaran dan pahala yang banyak dari Allah SWT.



Perkara-perkara yang disunatkan bagi orang-orang yang berpuasa adalah:

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.

2) Makan sahur walaupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.


4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.


5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.


6) Memperbanyakkan sedekah.


7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.


8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.


9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.


10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.



Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :


• Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.

• Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.


• Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).


• Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.


• Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan
sebagainya.


• Kedatangan haid atau nifas.


• Gila sekalipun hanya sekejap masa.


• Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.


• Bersalin.


• Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.



Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya :


• Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.

• Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap orang-orang yang susah menderita.


• Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, sombong, hasad dan dengki.


• Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.


• Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.


• Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.


• Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargakan masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.


• Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.


• Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh, terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.


• Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.





Read more...

Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Umat Islam seluruh Malaysia akan berpuasa pada hari Sabtu ini, 22 Ogos 2009. Selamat menyambut bulan Ramadan al~mubarak untuk semua sahabat yang beragama Islam.



Saya ingin memohon maaf jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yang disengajakan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.




Sirna mentari di ufuk Syaaban
Tiba malam yang penuh erti
Dalam kelam bersinar keindahan
Ramadhan tiba sekali lagi


Read more...

Takwim berbuka puasa dan imsak Selangor

Read more...

Rabu, 19 Ogos 2009

Contoh Soalan dan Jawapan HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN


SET A


BAHAGIAN A

SOALAN 1
Nyatakan DUA (2) daripada empat langkah dalam pembelajaran masteri.
i Penentuan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai pelajar.
ii Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan.
iii Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan
iv Pelaksanaan tindakan susulan yang berupa aktiviti pemulihan bagi pelajar yang belummenguasai hasil pembelajaran dan aktiviti pengukuhan serta pengayaan bagi pelajar yang sudah menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan.


SOALAN 2
Apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan matematik – logik?
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.


SOALAN 3
Nyatakan DUA (2) faedah pembelajaran secara kontekstual kepada pelajar.
i. mengaitkan pembelajaran dengan pekerjaan
ii. mengaitkan pembelajaran kehidupan harian
iii mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian
iv memindahkan kemahiran
v meneroka dan mendapatkan bukti


SOALAN 4
Berikan DUA (2) pekerjaan yang menunjukkan individu tersebut mempunyai tahap kecerdasan kinestetik yang tinggi.
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.



BAHAGIAN B

SOALAN 1
Senaraikan teknik-teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah. –
(a) menarik perhatian
(b) menyatakan objektif pelajaran
(c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas
(d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar
(e) memberikan bimbingan
(f) tugasan dan soalan


SOALAN 2
Huraikan bentuk-bentuk pembelajaran yang berlaku dalam proses pembelajaran kontekstual.
• Relating (Menghubungkan) situasi sehari-hari ke informasi baru atau masalah-masalah untuk dipecahkan.
• Experiencing (Mengalami) dalam konteks eksplorasi, penemuan hal-hal yang sudah ada, dan peemuan hal-hal baru.
• Applying (Menerapkan) konsep-konsep dan informasi di dalam sebuah konterks yang berguna seperti situasi-situasi nyata dalam kehidupan.
• Cooperating (bekerja sama) dalam konteks berbagi (sharing), merespon, dan berkomunikasi dengan para pelajar lainnya.
• Transferring (Mentransfer) pemakaian-pemakaian dan membangun berdasarkan apa yang telah diketahui oleh siswa.


Huraikan LIMA (5) faktor perlaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran.
(a) Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
(b) Mempelbagaikan cara penilaian.
(c) Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.
(d) Menggalakkan inovasi dan penyeledikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
(e) Menerima persamaan dan perbezaan di antara individu dengan mengakui bahawa
unik dan belajar dengan cara yang berlainan.




SET B

BAHAGIAN A
1. Senaraikan EMPAT faktor yang membantu proses perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran kontekstual.
i Pembelajaran
ii Murid
iii Pengajaran
iv Guru
v Sokongan

2. Kenapakah teknik pengajaran penting?
Kepelbagaian teknik pengajaran adalah untuk membantu para guru untuk menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih berkesan. Pengajaran yang berkesan akan memberikan mutu pembelajaran yang berkesan kepada murid. Setiap pengajaran adalah diharapkan akan berlaku proses pembelajaran yang sempurna kepada murid

3. Terangkan SATU dari empat pendekatan yang dicadangkan UNESCO untuk membangunkan penggunaan ICT di kalangan guru.
1. Peringkat ‘emerging’ (Pengenalan) iaitu memberi tumpuan kepada mengenal fungsi teknikal dan penggunaan ICT dan pengetahuan tentang impak ICT terhadap masyarakat dan sekolah. Guru menggunakan aplikasi ‘Word’ untuk membuat nota pelajaran, mencari maklumat dalam CD Rom atau internet dan berhubung dengan rakan menggunakan e-mail.
2. Peringkat ‘Applying’ (Aplikasi) iaitu guru menggunakan ICT untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang diajar menggunakan pelbagai alat dan sumber ICT. Guru mengintegrasikan ICT untuk mengubah reka bentuk pengajaran atau menggabungkan kaedah lama dengan kaedah yang baru. Guru juga menggunakan ICT dalam program latihan.

4. Dengan ringkas terangkan apa itu pembelajaran masteri.
Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana
pelajar dapat menguasai apa yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk lain.

5. Terangkan konsep kajian masa depan.
1. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa-masa
depan.
2. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.
3. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.
4. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan.
5. Membina sikap dan nilai tentang masa depan

6. Kenapa proses perbandingan penting di dalam kemahiran berfikir?
Proses ini adalah untuk mencari persamaan dan perbezaan ciri, kualiti, sifat serta unsur
objek atau konsep. Kemahiran ini adalah penting untuk:
- Apabila terdapat banyak ciri atau kebarangkalian.
- Untuk membuat pilihan

7. Apakah strategi metakognitif?
Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

8. Huraikan SATU ciri guru reflektif.
1. Keterbukaan Minda
2. Tanggung Jawab
3. Kesungguhan
4. Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat refleksi dan mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang lain.
5. Guru membuat rancangan mengajar dan terus bersedia


BAHAGIAN B
1. Pendidikan kesihatan adalah tertakluk kepada polisi dan falsafah pendidikan nasional.
(a) Terangkan secara ringkas LIMA komponen yang dirangkumi pendidikan kesihatan.
(i) Komposisi badan/kandungan lemak
(ii) Daya tahan kardiovaskular
(iii) Fleksibiliti/Kelenturan
(iv) Kekuatan otot
(v) Daya tahan otot


(b) Bilakan seseorang itu boleh dianggap betul-betul cergas dari segi fizikal?
Kecergasan ialah keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa keletihan yang keterlaluan dan mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi bcabaran apabila kecemasan.


2. Pendidikan yang paling berjaya adalah pendidikan yang telah menggabungkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
(a) Apakah bezanya di antara gaya pengajaran langsung dan pengajaran tidak langsung? -
Gaya Langsung
Ia berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah laku (Behavioristic). Pembelajaran dianggap berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1996) Teknik ini lebih berpusatkan kepada guru. Guru membuat semua atau sebahagian besar daripada keputusan tentang `Apa? Bagaimana? dan Bila?' Sesuatu aktiviti itu dilakukan. Melalui teknik ini guru dianggap mempunyai pengetahuan terhadap pergerakan/kemahiran yang bakal dilakukan dan mengetahui cara-cara yang betul. Untuk melakukan pergerakan/kemahiran itu.

Gaya Tidak Langsung

la berdasarkanTeori Pembelajaran Kognitif yang menganggapkan pembelajaran sebagai
suatu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalah sama
penting dengan hasil pembelajaran berkenaan Teknik ini berpusatkan murid berdasarkan kepada falsafah bahawa seseorang individu mampu mencapai matamat pembelajaran dengan cara tersendiri. Melalui teknik ini pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri.


(b) Terangkan kepentingan kaedah dan teknik. Kemukakan contoh-contoh dari pendidikan kesihatan untuk menyokong jawapan anda.
Kepelbagaian teknik pengajaran adalah untuk membantu para guru untuk menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih berkesan. Pengajaran yang berkesan akan memberikan mutu pembelajaran yang berkesan kepada murid. Setiap pengajaran adalah diharapkan akan berlaku proses pembelajaran yang sempurna kepada murid
(a) menarik perhatian
(b) menyatakan objektif pelajaran
(c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas
(d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar
(e) memberikan bimbingan
(f) tugasan dan soalan

(c) Untuk apakah kita gunakan teknik perbahasan.
Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah. Melalui teknik murid mendapat manfaat dengan beberapa perkara berikut:
- memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
- melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
- menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan
laras bahasa yang sesuai

3. (a) Terangkan idea asas teori kecerdasan pelbagai.
Teori tradisional menyatakan bahawa kecerdasan adalah ketetapan kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan. Kecerdasan tersebut meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan “visual/spatial”. Dr. Howard Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis.

(b) Namakan dan huraikan secara ringkas LIMA bentuk kecerdasan.

1. Kecerdasan Verbal Linguistik
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataanuntuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan.
2. Kecerdasan Logik Matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.
3. Kecerdasan Visual – Ruang
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat.
4. Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
5. Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran.

(c) Anda ada seorang pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang luarbiasa tetapi kecerdasan logik matematikal yang agak berkurangan.
Ceritakan bagaimana anda boleh menolong pelajar ini.
Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

Kecerdasan Logik Matematik

Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.


4. Sebelum pelajar kita dapat berdikari, mereka mungkin perlu diajar cara belajar yang betul.
(a) Terangkan peranan guru di dalam mengajar pelajar cara belajar.
i peranan seorang guru adalah untuk menilai secara formatif dan sumatif. Penilaian
adalah untuk membantu murid untk mencpai matlamat yan tetapkan dan merekod
pencapaian murid.
ii mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap kaedah pembelajaran
iii menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid.
iv menentukan objektif pembelajaran yang disasarkan
v memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid

(b) Nyatakan peranan murid semasa kita mengajarnya cara belajar.
i murid perlu mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran
ii membuat penilaian keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan seterusnya
iii menetapkan matlamat dan matlamat tersebut sesuai serta diharapkan dapat menjayakannya
iv merancang pembelajaran secara terperinci.

(c) Bagaimanakah anda boleh membantu bina kemahiran mengingat pada pelajar anda? -
i Membuat rantaian atau berlawan contoh: piring - cawan
ii Melakar grafik dan ilustrasi – peta, graf dan peta minda
iii Mengingat secara kumpulan – terutama nombor – contoh: nombor telefon: 547 88 345
iv Mengulang
v Melatih tubi
vi Membuat senarai semak


5. (a) Terangkan tujuan menggunaan teori kecerdasan pelbagai untuk mengajar cara belajar.
1. Pembelajaran menyeronokkan di mana murid dan guru berminat untuk ke sekolah dan masalah ponteng kelas berkurangan.
2. Masa mengajar di dalam kelas dapat dikurangkan dan semua pelajar menunjukkan prestasi yang baik dalam semua mata pelajaran.
3. Terdapat pencepatan pembelajaran (accelerated learning) berbanding dengan pendekatan pengajaran tradisional.


(b) Terangkan TIGA strategi berfikir kreatif yang boleh anda gunakan di dalam pendidikan kesihatan. Berikan contoh penggunaan strategi-strategi berkenaan.
1 Keupayaan untuk menjana idea
2 Keupayaan hubungkait
3 Keupayaan membuat inferens
4 Keupayaan meramal
5 Keupayaan hipotesis
6 Keupayaan mensintesis dan mengitlak
7 Keupayaan gambaran mental
8 Keupayaan pengciptaan untuk penghasilan idea


Read more...

Selasa, 18 Ogos 2009

Sekadar Buat Rujukan Bersama Soalan HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

SET A

BAHAGIAN A

SOALAN 1
Nyatakan DUA (2) daripada empat langkah dalam pembelajaran masteri.

SOALAN 2
Apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan matematik – logik?

SOALAN 3
Nyatakan DUA (2) faedah pembelajaran secara kontekstual kepada pelajar.

SOALAN 4
Nyatakan DUA (2) kategori gaya pengajaran bagi murid-murid sekolah rendah.

SOALAN 5
Berikan DUA (2) pekerjaan yang menunjukkan individu tersebut mempunyai tahap kecerdasan kinestetik yang tinggi.


BAHAGIAN B

SOALAN 1
(a) Senaraikan teknik-teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

(b) Berdasarkan jawapan di (a), huraikan SATU (1) daripada teknik tersebut.

SOALAN 2
Huraikan bentuk-bentuk pembelajaran yang berlaku dalam proses pembelajaran kontekstual.

Huraikan LIMA (5) faktor perlaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran.



SET B

BAHAGIAN A

1. Senaraikan EMPAT faktor yang membantu proses perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran kontekstual.

2. Kenapakah teknik pengajaran penting?

3. Kenapakah fleksibiliti penting di dalam sukan?

4. Terangkan SATU dari empat pendekatan yang dicadangkan UNESCO untuk membangunkan penggunaan ICT di kalangan guru.

5. Dengan ringkas terangkan apa itu pembelajaran masteri.

6. Terangkan konsep kajian masa depan.

7. Apakah kegunaan imaginasi dan kreativiti di dalam kajian masa depan?

8. Kenapa proses perbandingan penting di dalam kemahiran berfikir?

9. Apakah strategi metakognitif?

10. Huraikan SATU ciri guru reflektif.


BAHAGIAN B

1. Pendidikan kesihatan adalah tertakluk kepada polisi dan falsafah pendidikan nasional.
(a) Terangkan secara ringkas LIMA komponen yang dirangkumi pendidikan kesihatan.

(b) Bilakan seseorang itu boleh dianggap betul-betul cergas dari segi fizikal?

(c) Sediakan SATU contoh rancangan kerja mingguan menurut format rancangan kerja mingguan.

2. Pendidikan yang paling berjaya adalah pendidikan yang telah menggabungkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
(a) Apakah bezanya di antara gaya pengajaran langsung dan pengajaran tidak langsung?

(b) Terangkan kepentingan kaedah dan teknik. Kemukakan contoh-contoh dari pendidikan kesihatan untuk menyokong jawapan anda.

(c) Untuk apakah kita gunakan teknik perbahasan.

3. (a) Terangkan ide asas teori kecerdasan pelbagai.

(b) Namakan dan huraikan secara ringkas LIMA bentuk kecerdasan.

(c) Anda ada seorang pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang luarbiasa tetapi kecerdasan logik matematikal yang agak berkurangan.
Ceritakan bagaimana anda boleh menolong pelajar ini.

4. Sebelum pelajar kita dapat berdikari, mereka mungkin perlu diajar cara belajar yang betul.
(a) Terangkan peranan guru di dalam mengajar pelajar cara belajar.

(b) Nyatakan peranan murid semasa kita mengajarnya cara belajar.

(c) Bagaimanakah anda boleh membantu bina kemahiran mengingat pada pelajar anda?

5. (a) Terangkan tujuan menggunaan teori kecerdasan pelbagai untuk mengajar cara belajar.

(b) Teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan daripada teori perkembangan kognitif Bloom. Bincang serta nyatakan samada anda bersetuju dengan kenyataan tersebut.

(c) Terangkan TIGA strategi berfikir kreatif yang boleh anda gunakan di dalam pendidikan kesihatan. Berikan contoh penggunaan strategi-strategi berkenaan.



Read more...

Khamis, 13 Ogos 2009

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia (Al Fatihah)



Marilah kita bersama-sama mensedekahkan Al-Fatihah kepada ketua kumpulan Rabbani, Ustaz Asri yang telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Punca kematian adalah disebabkan sakit jantung. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.



Menurut akhbar online Berita Harian, Asri Ibrahim ketua kumpulan Rabbani meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Beliau meninggal dunia ketika berusia 40 tahun pada lebih kurang jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham dilaporkan pengsan ketika mengjalani penggambaran bagi rancangan Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Rakannya Azdan yang dipetik Berita Harian berkata bahawa jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Beliau yang popular dengan gelaran Ustaz Asri Rabbani dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.


Read more...

Isnin, 10 Ogos 2009

Cuba Cari Jawapan kepada Soalan ini.....


HBAE 1203 Perkembangan Seni kanak-kanak



BAHAGIAN A

1. (a) Ciri-ciri individu kreatif
(b) Perbezaan pandangan orang dewasa dengan kanak-kanak
2. (a) Maksud Estetika menurut DGazalba
(b) Penggunaan Teks dalam persembahan computer.
3. (a) Maksud penegasan dalam grafik
4. (a) 4 jenis contengan oleh Hurwitz dan Day
(b) 5 Aspek yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. (a) 5 peringkat Kreativiti Fisher
(b) 6 Rangsangan oleh Poul Torrance


BAHAGIAN B

1. 5 pandangan pengurusan bilik seni atau studio
2. Bagaimana mengusunatur kerja 2D atau 3D
3. Perbezaan teori Gestalt dengan Sosial-Interaksi Piaget
4. Pendekatan Konstruktisme
5. Pengujian dan Penilaian
6 Rujukan Kriteria
7. 6 ciri pengujian oleh Hurwitz dan Day


BAHAGIAN C

1. (a) ICT – Huraikan kenyataan KOZMA
(b) Konsep pembelajaran pembuatan dan perseorangan

2. 4 pandangan kelebihan Multimedia dalam Seni Visual

3. (a) Lowenfeld – peranan kanak-kanak
- 4 aspek kretiviti
(b) Teori Perkembangan Artistik Hurwitz dan Day



Read more...

Sabtu, 8 Ogos 2009

Beberapa pendekatan yang perlu dalam HBML1203 untuk exam nanti - versi 2


1. (a) Artikulasi dan labelkan kedudukan 5 organ tersebut.

(b) Huraikan dengan jelas proses menghasilkan bunyi hadapan luas [ a ] dan bunyi belakang sempit [ u ].


2. (a) Lukis sebuah rajah dan tandakan kedudukan vocal hadapan.
(b) Tunjukkan contoh penggunaan setiap vocal hadapan tersebut dalam kata, tengah kata, belakang kata.


3. (a) Ulaskan 5 kecekapan kemahiran penyebutan yang perlu difahami oleh guru dalam strategi pengajaran sebutan baku bahasa melayu.
(b) Tulis cara sebutan baku bagi popular, radio, ekonomi, industri, protein.


4. (a) Jelaskan 5 punca berlakunya kesilapan ejaan.
(b) Analisis kesalahan ayat (ada ayat yang mau dianalisis tapi banyak susah saya salin)


5. (a) 4 langkah yang dilaksanakan oleh DBP dalam usaha membentuk istilah baru bahasa Melayu.
(b) Tunjukkan proses pembentukan istilah kata terbitan bahasa melayu berlaku dan berikan 3 contoh bagi setiap proses.



BAHAGIAN C

1. Rancangkan cara yang sesuai untuk mengajar membaca dengan menggunakan kaedah abjad. Jelaskan kekuatan dan kekurangan kaedah tersebut.


2. Tulis semula ayat dengan menggunakan transkripsi fonemik

contoh :

‘ Ayah sedang membaca surat khabar’

Read more...

Beberapa pendekatan yang perlu dalam HBML1203 untuk exam nanti


1. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa bunyi ujaran manusia.


2. Terangkan maksud sistem bunyi yang bermakna.

3. Bezakan bunyi vokal dan konsonan.

4. Bezakan sebutan baku dan bahasa baku.

5. Maksud bestari dan Bistari.

6. Bezakan Merbahaya dan Berbahaya.

7. Berikan maksud Linguistik umum, L Deskriptif, L Terapan.

8. Nyatakan 3 jenis Bunyi dalam bahasa melayu.

9. Apakah Bunyi Diftong.

10. Nyatakan bunyi Diftong dan Berikan 2 contoh bagi setiap bunyi.

11. Nyatakan maksud bunyi Bahasa dan berikan 2 contoh.


Read more...

Sabtu, 1 Ogos 2009

Tugas Baru, Tanggungjawab Baru…

Tugas Baru, Tanggungjawab Baru…




Pada tanggal 13 Julai 2009 (Isnin), ketika itu aku sedang tekun mendengar satu slot kursus (Kursus menyediakan rancangan perniagaan anjuran bersama IPTeknik, JPS dan IKS di Pusat Latihan JPS seksyen 6 Shah Alam.) Aku menerima panggilan telefon dari GB aku jam 12.01 tengahari, mengarahkan aku hadir ke PPD Klang jam 3.00petang berjumpa dengan Pn. Hjh Huzaimah. Lalu aku bertanya apa tujuannya… untuk kenaikan pangkat DG32hakiki.
Tepat jam 3.00petang aku berjumpa dengan Pn Hjh Huzaimah, menawarkan surat tawaran naik pangkat GPK.


Ke mana? ….
Daerah Klang penuh dan ditawarkan ke daerah Petaling Perdana




Secara rasminya aku menerima SURAT LANTIKAN KENAIKAN PANGKAT Gred DGA32 secara Hakiki sebagai GPK HEM di SK Shah Alam, Seksyen 16, Shah Alam Selangor. Berkuatkuasa 1 OGOS 2009.



Tanggungjawab yang lebih berat dan mencabar..
Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah...
Berilah aku kekuatan untuk memulakan tugas aku di sini.....




Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP