info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Isnin, 30 November 2009

Jawapan bagi Soalan HBHE2103 PK

BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

1. Bincangkan faktor penyumbang yang dikenalpasti penyebab kepada keracunan makanan.
- air minuman yang tidak selamat
- tiadakebersihan diri
- pencemaran udara, makanan
- kekotoran
- pencemaran bakteria dan kuman

2. Huraikan objektif progam susu sekolah diperkenalkan di sekolah-sekolah.
(a) Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah dengan tabiat sentiasa
meminum susu.
(b) Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah dengan memupuk tabiat
sentiasa meminum susu.
(c) Membekalkan susu kepada murid-murid terpilih dari golongan taraf sosioekonomi yang rendah dan
mengalami kekurangan zat makanan melalui skim percuma.
(d) Meningkatkan perancangan pelaksanaan dan penilaian program melalui
(e) Penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di bawah konsep pensyarikatan
Malaysia.

3. Pencemaran udara merupakan masalah persekitaran utama negara kita. Bincangkan punca pencemaran udara.
(a) Kejadian pembakaran terbuka di negara kita dan dari negara jiran.
(b) Sumber-sumber perlepasan lain seperti asap kenderaan, kilang, rokok dan sebagainya


4. Terangkan EMPAT daripada enam teras utama program Bersepadu Sekolah Sihat.
(a) keselamatan makanan di kantin sekolah.
(b) pertolongan cemas
(c) keselamatan sekolah
(d) pencegahan penyakit
(e) penekanan aspek fizikal dalam sekolah
(f) pendidikan kesihatan

5. Huraikan objektif rancangan makanan tambahan yang di perkenalkan di sekolah-sekolah.
(a) Memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah,terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
(b) Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga
(c) Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung.
(d) Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT.
(e) Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri,kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.


BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. Rancangan Kesihatan Sekolah berasaskan kepada konsep kesihatan yang menyeluruh di mana ia merangkumi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.

(a) Huraikan komponen rancangan kesihatan sekolah.
1. Rancangan Makanan Tambahan
2. Program 3K
3. Perkhidmatan Kesihatan
4. Perkhidmatan Pergigian
5. Sekolah Kawaan Larangan Merokok
6. Sekolah Bebas Denggi

(b) Sebagai pentadbir kita perlu memastikan taraf kesihatan pelajar kita. Nyatakan program kesihatan sekolah masa kini
(a) keselamatan makanan di kantin sekolah.
(b) pertolongan cemas
(c) keselamatan sekolah
(d) pencegahan penyakit
(e) penekanan aspek fizikal dalam sekolah
(f) pendidikan kesihatan

2. Program doktor muda dan anti denggi merupakan program yang mendapat perhatian Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan bagi membangkitkan kesedaran ramai dalam menjaga kesihatan.

(a) Huraikan dengan jelas cara pemindahan penyakit denggi serta objektif program anti denggi.
Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes yang mengakibatkan peningkatan morbiditidan mortaliti.
- menyerapkannya ke dalam Program Kesihatan Sekolah yang sedia ada.
- adalah menggunakan kaedah pendidikan kepada murid-murid untuk menjadikan mereka sebagai agen perubahan yang berkesan dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi.
- Murid-murid merupakan golongan yang mudah disemai dan menerima pengetahuan yang baik dengan harapan mereka dapat mengamalkan serta membentuk tingkah laku yang positif.
- ini adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran kepada murid - murid di dalam mencegah dan mengawal kejadian demam denggi di sekolah.
- ini juga menggalakkan penglibatan semua golongan termasuk ibu bapa dan kakitangan sekolah di dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi.

(b) Huraikan apakah yang anda tahu mengenai program doktor muda.
Program Doktor Muda merupakan satu program promosi kesihatan Sekolah. melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik serta berketerampilan. Doktor Muda merupakan pelajar sekolah Tahun 4, 5 dan 6 yang dipilih dan dilatih sebagai ÊPembimbing Rakan SebayaÊ. Mereka bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah. Doktor Muda diberikan latihan mengenai asas kesihatan supaya mereka dapat menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Tugas sebagai „role model‰, „promoter‰ dan „motivator‰ kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah memerlukan mereka mempunyai pengetahuan yang khusus mengenai asas kesihatan.

3. Sebagai perancang dan pelaksana dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat kita perlu mengetahui bidang tugas bagi menjadikan program yang dilaksanakan lebih mantap.

(a) Huraikan peranan yang dimainkan oleh guru dalam melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat.
(a) Memahami teras-teras utama PBSS
(b) Menyokong melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
(c) Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
(d) Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.
(e) Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif.
(f) Memberi penerangan kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai PBSS.

(b) Huraikan peranan yang dimainkan oleh pengetua dalam melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat.
(a) Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PBSS di sekolah
(b) Menubuhkan Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru, wakil agensi kerajaan dan swasta serta wakil masyarakat setempat.
(c) Merancang aktiviti dengan mengambil kira:
• Keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat
• Pengalaman murid dan guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti PBSS yang berkesan.
• Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat
• Kesedaran murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.
(d) Memastikan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti PBSS dijalankan dengan terancang, tersusun dan berterusan.

4. Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di kelas khas.

(a) Huraikan peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan kesihatan sekolah.
(a) Membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf kesihatan diri sendiri
(b) Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan seseorang pada jangka masa tertentu.
(c) Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optima untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah.
(d) Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan.
(e) Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang efektif.
(f) Mengawal penyakit yang berjangkit.
(g) Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan Rawatan Kecemasan kepada kanak-kanak ketika di sekolah.
(h) Memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan rawatan kesihatan dan penyeliaan khas.


(b) Sebagai penasihat program perkhidmatan kesihatan sekolah, anda diminta menyelaras aktiviti tahunan. Bincangkan ENAM aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah yang hendak dilaksanakan.
– Rawatan ringan dan kecemasan
– Kawalan penyakit berjangkit
– Penilaian (screening) atau pemeriksaan kesihatan ke atas muridmurid
– Perkhidmatan Pergigian
– Rujukan dan rawatan susulan
– Program imunisasi

5. Makanan tercemar boleh menyebabkan keracunan. Dewasa ini isu makanan tercemar atau keracunan makanan mengambil tempat utama dalam media massa.

(a) Huraikan tugasan yang perlu dilakukan seorang pengusaha dan pekerja premis makanan.
(i) Pastikan semua aspek kebersihan yang disebutkan dipatuhi.
(ii) Pastikan semua pekerja mendapat pemeriksaan kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.
(iii) Pastikan pekerja yang sakit mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan sihat.
(iv) Melatih pekerja mengenai kesihatan dan kebersihan diri dari semasake semasa.

(b) Huraikan perkara asas bagi memastikan makanan bersih dan selamat.
(a) Kebersihan bahan mentah.
(b) Pengendalian makanan yang bersih.
(c) Kebersihan diri pengendali makanan.
(d) Keperluan kemudahan asas yang mencukupi
(e) Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.
(f) Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna.
(g) Penyediaan makanan yang betul.


BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1. Sebagai guru pertolongan cemas di sekolah, anda dijemput untuk memberi ceramah berkaitan peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi semasa memberikan pertolongan cemas. Sediakan nota ceramah anda.
(a) Menilai Situasi Kecemasan
(i) Penilaian adalah penting dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan tenang dalam keadaan atau tempat peristiwa itu berlaku.
(ii) Pemerhatian terhadap keadaan sekitar dan pengawasan terhadap lain-lain bahaya terhadap diri dan mangsa.
(iii) Hindarkan diri anda dari sebarang risiko.
(b) Keperluan untuk Memastikan Kawasan Kecemasan Selamat
(i) Keselamatan diri perlu dipastikan sebelum melakukan pertolongan kepada mangsa.
(ii) Pastikan mangsa dihindarkan dari bahaya dengan memindahkan mangsa dari tempat yang dikhuatiri
mendatangkan bahaya.
(iii) Jangan bertindak sendiri jika di luar kemampuan anda.
(iv) Awasi diri dan mangsa agar tidak terdedah kepada mana-mana kemungkinan bahaya.
(c) Menilai Semua Kecederaan dan Memberi Pertolongan Cemas
(i) Cuba melindungi mangsa dari sebarang bahaya. Nilai mangsa dengan kaedah pemulihan pernafasan CPR dan dapatkan bantuan dengan segera
(ii) Pastikan keadaan mangsa yang tercedera sama ada:
• Sedar sepenuhnya atau tidak
• Masih bernafas tetapi tidak sedarkan diri
• Tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi
• Tidak mempunyai nadi
(d) Meminta Bantuan atau Pertolongan
(i) Segera pastikan pertolongan pakar telah dipanggil dan dalam perjalanan.
(ii) Sementara menunggu bantuan tiba, pastikan anda mendapat pertolongan dari orang lain untuk memastikan beberapa perkara iaitu:
�� Memastikan kawasan kemalangan selamat
�� Membuat panggilan kecemasan
�� Mendapatkan peralatan pertolongan cemas
�� Mengawal lalu lintas atau keadaan kemalangan
�� Mengawal pendarahan atau menyokong tubuh mangsa
�� Membantu mengalihkan mangsa ke tempat yang difikirkan selamat.


2. Berdasarkan pengalaman dan pembacaan anda, terdapat berbagai isu dan masalah dalam mencapai objektif Rancangan Kesihatan Sekolah. Bincangkan isu dan masalah tersebut serta berikan contoh yang berkaitan

(a) Keberkesanan Pendidikan Kesihatan di Sekolah
Perkara ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
(i) Sikap Pelajar, Guru dan Pentadbir Sekolah terhadap Kesihatan
• Mata pelajaran PJK bukannya mata pelajaran peperiksaan di sekolah, jadi pihak murid, guru dan pentadbir sekolah memandang ringan terhadap mata pelajaran ini berbanding dengan mata pelajaran peperiksaan lain seperti Bahasa Melayu dan Matematik.
• Guru yang tidak ada latar belakang pendidikan jasmani dan kesihatan atau pengkhususan diarahkan untuk mengajar kesihatan
(ii) Kekurangan Guru Terlatih dalam Kesihatan
• Kajian menunjukkan hanya 49.4% guru-guru yang ditemuduga telah mendapat latihan kesihatan di maktab-maktab perguruan, universiti dan kursus-kursus pendek.
• Keadaan ini juga berlaku kerana mata pelajaran PJK ini bukannya mata pelajaran yang diberi keutamaan di sekolah.
• Mata pelajaran kesihatan biasanya sebagai pelengkap waktu mengajar guru
(iii) Masa dan Kandungan Kurikulum PJK
• Kementerian Pendidikan menghadapi kekangan kerana terlalu banyak perkara penting yang perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah.
• Beberapa isu baru seperti alam sekitar, konsumerisme, dadah, AIDS dan isu sosial lain.
• Masa yang diperuntukkan untuk PJK begitu terhad
• Bilik persalinan dan alat bantu mengajar tiada, sedikit sebanyak melunturkan semangat murid �� murid dan guru untuk mempelajari mata pelajaran tersebut.
(iv) Penilaian Pendidikan Kesihatan
• Oleh kerana matlamat Pendidikan Kesihatan ialah berhubung dengan sikap dan amalan yang positif terhadap kesihatan dan ia memerlukan kemahiran bagi mengukur perubahan-perubahan ini.
• Kebanyakan guru yang tidak mempunyai kemahiran bagi mengukur aspek perubahan sikap, dan amalan.
(b) Organisasi dan Pelaksanaan Program
• Jawatankuasa Bersama RKS yang terdapat di pelbagai peringkat ini berbeza dari segi prestasi. Ada JK yang aktif dan ada yang sebaliknya.
• Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor kemanusiaan dan sumber-sumber tempatan yang sedia ada.
• Perkembangan program-program kesihatan begitu mendadak untuk menangani beberapa isu dan masalah kesihatan semasa.
• Perkembangan staf di pelbagai peringkat terhad akibat perkembangan program-program yang terlalu pantas kerana mengikut arus perkembangan kesihatan semasa.
• Kekangan staf untuk menguruskan program-program kesihatan sekolah.
(c) Bebanan Kerja Guru
• Bebanan tugas 'paper work' dan kerja-kerja perkeranian terutama dalam menyediakan rekod-rekod dan maklumbalas kepada pihak-ihak berkenaan serta tugas-tugas ko kurikulum.
• Menjejaskan program kesihatan sekolah kerana guru-guru terpaksa memberi perhatian kepada perkara-perkara yang telah disebutkan.
(d) Kemudahan Asas dan Kemudahan Fizikal
• Kekurangan kemudahan fizikal di sesebuah sekolah.
• Terutama bagi sekolah-sekolah lama, masih terdapat banyak kekurangan kemudahan asas dan fizikal sekolah.
• Kadar bilangan tandas dengan bilangan murid, kemudahan fizikal kantin dan asrama padang permainan dan sebagainya, masih lagi kurang di kebanyakan sekolah.
• Keadaan tersebut menjejaskan tugas-tugas penyelenggaraan dan menjaga persekitaran sekolah yang bersih, indah dan selamat.
(e) Masalah Penyelarasan Program
• Program kesihatan sekolah ini dilaksanakan oleh beberapa Kementerian dan agensi bukan kerajaan pelbagai masalah seperti penyelarasan kerana setiap agensi terlibat dengan pelbagai program lain dan masing-masing mempunyai tugas keutamaan tersendiri.
(f) Kewangan
• Peruntukan yang diberikan kepada sekolah untuk tugas-tugas penyelenggaraan dan menaiktarafkan bangunan begitu terhad sekali.
• Menjejaskan usaha-usaha membaik pulih dan peningkatan taraf keadaan fizikal sekolah.
(g) Isu-isu Baharu Kesihatan
• Pada masa kini telah wujud beberapa isu baharu dalam kesihatan sekolah seperti:
− kesihatan sosial remaja
− pengurusan tekanan diri (stress management)
− penderaan
− perlakuan-perlakuan yang berkaitan dengan seksualiti.

Read more...

Khamis, 26 November 2009

Contoh Soalan HBAE1403 - PSV

BAHAGIAN A

ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN

1. Terdapat berbagai-bagai jenis alat, media dan bahan yang digunakan untuk kegiatan membuat lukisan.
Nyatakan EMPAT faktor yang mempengaruhi kesan lorekan pensil dan garisan yang dihasilkan.

2. Gosokan adalah satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggunakan bahan tertentu.
Apakah DUA manfaat yang diperolehi oleh pelajar dari kegiatan ini?

3. ‘Dalam aktiviti mewarna, penggunaan warna yang dicampur lebih dari satu warna akan menjadi lebih menarik jika dibandingkan dengan hanya penggunaan satu warna sahaja.’
Jelaskan kenyataan di atas.

4. Resis boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.
Senaraikan EMPAT contoh teknik resis yang boleh dijalankan kepada murid-murid.

5. ‘Ia adalah satu hasil catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckaled granite.’
Namakan aktiviti kegiatan menggambar tersebut serta jelaskan DUA kesan yang menentukan kesan warnanya pada permukaan.



Bahagian B


ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Proses mencatan memerlukan pengkaryanya memahami jenis alat dan media yang digunakan serta kemahiran mewarna dengan betul bagi menghasilkan catan yang menarik.

(a) Nyatakan TIGA jenis teknik mewarna.
(b) Dengan menggunakan jadual, buat perbandingan di antara KETIGA-TIGA teknik mewarna yang dinyatakan di atas.

2. Arang merupakan media melukis tertua didunia yang digunakan pada abad ke-17 dan ke-18 pada dinding gua. Ia dihasilkan dari batang kayu yang dibakar.

(a) Apakah perbezaan antara kesan pensil dan arang?
(b) Huraikan kelebihan-kelebihan arang dalam menghasilkan lukisan.

3. Cetakan merupakan satu proses ulangan imej dari satu permukaan yang disediakan ke atas satu permukaan lain.

(a) Berikan maksud Cetakan Duo.
(b) Huraikan cara bagaimana menghasilkan Cetakan Duo beserta contoh.

4. Di dalam kehidupan ini manusia menggunakan warna bagi mengekspreskan sesuatu tujuan.

(a) Nyatakan faktor-faktor bagaimana manusia menterjemahkan warna dalam kehidupan.
(b) Huraikan faktor-faktor di atas dengan besertakan contoh yang sesuai.

5. Dalam proses menganalisis sesuatu hasil kerja seni, guru memainkan peranan penting sebagai pembimbing kepada murid-murid dalam sesi apresiasi.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan apresiasi?
(b) Apakah konsep apresiasi.
(c) Huraikan LIMA BELAS perkara yang perlu diambil kira dalam proses tersebut.



BAHAGIAN C

ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

Gambar 1


Gambar 2

Berdasarkan kedua-dua karya di atas;

(a) Buatkan perbandingan dari segi tema, teknik, alat, media dan bahan.
(b) Nilaikan prinsip rekaan yang terdiri daripada imbangan, penegasan dan harmoni yang terdapat dalam karya tersebut.

2. Dalam mempersembahkan sesuatu hasil karya seni, faktor-faktor seperti membuat penilaian, membuat kritikan, berkomunikasi, ekspresi diri, luahan perasaan, diskusi serta bersoal jawab seringkali dikaitkan.
Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai. Bincang LIMA unsur penilaian hasil kerja seni.

Read more...

Contoh Soalan HBHE2103 - PK


BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

1. Bincangkan faktor penyumbang yang dikenalpasti penyebab kepada keracunan makanan.

2. Huraikan objektif progam susu sekolah diperkenalkan di sekolah-sekolah.

3. Pencemaran udara merupakan masalah persekitaran utama negara kita. Bincangkan punca pencemaran udara.

4. Terangkan EMPAT daripada enam teras utama program Bersepadu Sekolah Sihat.

5. Huraikan objektif rancangan makanan tambahan yang di perkenalkan di sekolah-sekolah.


BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. Rancangan Kesihatan Sekolah berasaskan kepada konsep kesihatan yang menyeluruh di mana ia merangkumi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.

(a) Huraikan komponen rancangan kesihatan sekolah.
(b) Sebagai pentadbir kita perlu memastikan taraf kesihatan pelajar kita. Nyatakan program kesihatan sekolah masa kini

2. Program doktor muda dan anti denggi merupakan program yang mendapat perhatian Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan bagi membangkitkan kesedaran ramai dalam menjaga kesihatan.

(a) Huraikan dengan jelas cara pemindahan penyakit denggi serta objektif program anti denggi.
(b) Huraikan apakah yang anda tahu mengenai program doktor muda.

3. Sebagai perancang dan pelaksana dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat kita perlu mengetahui bidang tugas bagi menjadikan program yang dilaksanakan lebih mantap.

(a) Huraikan peranan yang dimainkan oleh guru dalam melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat.
(b) Huraikan peranan yang dimainkan oleh pengetua dalam melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat.

4. Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di kelas khas.

(a) Huraikan peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan kesihatan sekolah.
(b) Sebagai penasihat program perkhidmatan kesihatan sekolah, anda diminta menyelaras aktiviti tahunan. Bincangkan ENAM aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah yang hendak dilaksanakan.


5. Makanan tercemar boleh menyebabkan keracunan. Dewasa ini isu makanan tercemar atau keracunan makanan mengambil tempat utama dalam media massa.

(a) Huraikan tugasan yang perlu dilakukan seorang pengusaha dan pekerja premis makanan.
(b) Huraikan perkara asas bagi memastikan makanan bersih dan selamat.


BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1. Sebagai guru pertolongan cemas di sekolah, anda dijemput untuk memberi ceramah berkaitan peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi semasa memberikan pertolongan cemas. Sediakan nota ceramah anda.

2. Berdasarkan pengalaman dan pembacaan anda, terdapat berbagai isu dan masalah dalam mencapai objektif Rancangan Kesihatan Sekolah. Bincangkan isu dan masalah tersebut serta berikan contoh yang berkaitan.

Read more...

Contoh Soalan HBML2103 - BM

BAHAGIAN A

ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

1. (a) Huraikan definisi morfologi mengikut pandangan Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (1996).

(b) Dengan memberikan DUA contoh yang sesuai setiap satu , jelaskan bagaimanakah imbuhan awalan dan akhiran boleh mengubah penggolongan kata dalam bahasa Melayu

2. Dengan memberikan contoh yang sesuai setiap satu, nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan kata adjektif berikut:

(a) kata adjektif ukuran
(b) kata adjektif perasaan
(c) kata adjektif pancaindera
(d) kata adjektif jarak

3. Sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji tentang bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Berdasarkan kenyataan ini, jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Subjek dan Predikat di dalam sesebuah ayat. Keterangan anda mestilah disertakan dengan satu contoh yang sesuai.

4. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.

(a) Dengan merujuk kedua-dua ragam ayat tersebut, bincangkan DUA perbezaan ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu.

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, bina DUA ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

5. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2002) menjeniskan ayat majmuk gabungan kepada dua jenis, iaitu gabungan susunan fakta yang berurutan dan susunan fakta yang membawa maksud bertentangan. Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai bina ayat yang boleh menjelaskan kenyataan ini.


BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. Asmah Haji Omar dan rakan-rakan (1996) menjelaskan bahawa perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna dan boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.

(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Akronim.

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kata majmuk dan pengelompokkannya dalam bahasa Melayu.

(c) Huraikan secara terperinci golongan kata mengikut Tatabahasa Dewan (1996).


2. Di dalam bahasa Melayu terdapat ragam dan jenis ayat.

(a) Berdasarkan kenyataan di atas, jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ragam ayat aktif tak transitif bahasa Melayu. Kenyataan anda perlulah disokong dengan contoh ayat yang gramatis.

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan setiap jenis ayat yang berikut:

(i) Ayat penyata
(ii) Ayat tanya
(iii) Ayat perintah
(iv) Ayat seruan

3. Secara lisan semasa berbual dan menulis kita sering menggunakan pelbagai jenis ayat.

(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah maksud perkara berikut yang menjadi sebahagian daripada susunan dalam sesebuah ayat.

(i) Klausa
(ii) Frasa
(iii) Perkataan

(b) Dengan memberikan contoh rajah yang sesuai, jelaskan bagaimanakah kedudukan dan perkaitan antara perkataan, frasa, dan klausa di dalam ayat.

(c) Dengan memberikan dua contoh ayat yang sesuai setiap satu huraikan tentang ayat aktif dengan keterangan boleh digugurkan dan keterangan yang tidak boleh digugurkan

4. Ayat dalam bahasa Melayu boleh diperluaskan melalui pelbagai proses. Namun secara asasnya ayat Bahasa Melayu mempunyai ayat dasar dan pola yang tertentu.

(a) Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pola ayat dasar dalam bahasa Melayu.

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan pola-pola ayat dasar bahasa Melayu.

(c) Bina ayat tunggal yang subjeknya terdiri daripada perkara berikut:

(i) Subjek kata nama am
(ii) Subjek kata nama khas
(iii) Subjek kata kerja
(iv) Subjek kata ganti nama orang
(v) Subjek kata adjektif

5. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2002) menjelaskan bahawa ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga dikenali sebagai ayat selapis.

(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, lakarkan rajah yang sesuai untuk anda membincangkan tentang binaan ayat majmuk ayat berlapis kepada murid-murid tahun enam.

(b) Bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan dalam ayat majmuk.


(c) Dengan memberikan contoh yang sesuai huraikan apakah yang dimaksudkan dengan kata hubung pancangan relatif dan kata hubung pancangan komplemen dalam ayat majmuk bahasa Melayu.


BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1. Proses gramatis dalam penerbitan ayat melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluaskannya dalam pelbagai cara.

(a) Jelaskan maksud ayat terbitan.

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan proses transformasi yang melibatkan:
(i) Pengguguran frasa nama sebagai subjek
(ii) Pengguguran frasa predikat

(c) Bincangkan proses transformasi yang melibatkan perluasan ayat

2. Salah satu proses pembentukan ayat majmuk ialah melalui pancangan yang boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu ayat pancangan relatif, ayat pancangan komplemen, dan ayat pancangan keterangan.

(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ayat keterangan.

(b) Dengan contoh yang sesuai, hurakan LIMA jenis ayat keterangan berikut:

(i) Keterangan musabab
(ii) Keterangan akibat
(iii) Keterangan syarat
(iv) Keterangan waktu
(v) Keterangan cara

(c) Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru dan jelaskan fungsi EMPAT contoh Alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai untuk mengajarkan ayat majmuk bahasa Melayu.

Read more...

Rabu, 25 November 2009

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh
membantu dikala kecemasan.
Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan
untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon
bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan
pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda..Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit
yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
-
Bagaimana
jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Read more...

Selasa, 24 November 2009

Perodua MPV 2009

Perodua MPV 2009







lza Manual Normal – RM56,00
Alza Manual Premium- RM59,00
Alza Auto Normal – RM61,00
Alza Auto Premium- RM64,00
# 4 POWER WINDOW
# STYLISH PROJECTOR HEADLAMP
# TIMING CHAIN
# PLAYER CD,MP3
# FULL TANK 42 LITER,MYVI 4OL,VIVA 36L
# 7 SEATER
# AIRBAG,ABS WITH EBD
# POWER STEERING
# SPORT RIMS 15inch
# ENGINE 1.5 DVVT,DOHC,EFI
LENGHT : 2540 mm
WIDTH : 1415 mm
HIGH : 1310 mm
COLOUR AVAILABLE : WHITE,PEARL WHITE,BLACK,SILVER,GREY,
CLASSIC PURPLE.
TRADE-IN ACCEPTED
INTEREST FROM 3.5O-3.75%Booking Now : RM500

Read more...

Sabtu, 21 November 2009

Cuti Sekolah sudah bermula...

Esok bermula lah cuti penggal persekolahan bermula.

Gambar Guru-guru SK Shah Alam, seksyen 16



biasalah ke destinasi masing-masing.

kepada guru-guru SK Shah Alam, Seksyen 16 diucapkan selamat bercuti...

Read more...

Ahad, 8 November 2009

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SEPTEMBER 2009



JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SEPTEMBER 2009




HBHE2103 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
8 DIS 2009
SELASA
9.00 PG - 12.10 TGH



HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
10 DIS 2009
KHAMIS
9.00 PG - 12.10 TGH



HBAE1403 MENGGAMBAR
12 DIS 2009
SABTU
9.00 PG - 12.10 TGH




Read more...

Sanjungan Buku Pelawat Blog imann


Sanjungan Buku Pelawat Blog imann

terima kasih kepada semua pengunjung blog imann ini dari seluruh Malaysia. Salam 1Malaysia

ni... antara beberapa ulasan yang sempat saya paparkan buat tatapan semua.

#1039
Date: 7 Nov 2009, 01:38 am
Name: cikgu shida
Location: malacca
Website:
'PERSAHABATAN ITU SEPERTI TANGAN DAN MATA,
SAAT TANGAN TERLUKA, MATA MENANGIS,
SAAT MATA MENANGIS, TANGAN MENGHAPUSKANNYA,
SEMUGA HIDUP KITA INI DIPENUHI DENGAN
KEBERKATAN DAN KEREDHAAN
OLEH ALLAH SUBHAN NAHUWA TAALA...AMIN.

#1032
Date: 4 Nov 2009, 07:26 am
Name: Norfedora Amyera
Location: SABAH
Website:
Blog -Satu Idea yang amat membanggakan

#1027
Date: 3 Nov 2009, 02:38 am
Name: Jamestan Dominic
Location: Keningau Sabah
Website:
Blog anda banyak membantu di dalam nota pengajian saya di OUM.

#1027
Date: 1 Nov 2009, 12:03 pm
Name: WANDA
Location: Tanah Merah, Kelantan
Website: http://www.teratakwanfardy.blokspot.my

penerangan yang diberikan banyak membantu saya dalam menyiapkan setiap tugasan- Terima Kasih Iman


#1010
Date: 1 Nov 2009, 12:35 am
Name: aishah
Location: penang
Website:
tima kasih byk dek, blog ni byk bantu akak ni..kurang a sket penin ni..

#1007
Date: 31 Oct 2009, 12:06 pm
Name: Abang Djzulkiman Abg. Ullie
Location: Sri Aman, Sarawak
Website:
Assalamualaikum............
Selamat berjumpa dan salam perkenalan daripada saya. Tahniah atas kemudahan yang imann sediakan untuk rakan-rakan yang memerlukan.Saya pelajar SMP Kohot 5 juga dan saya harap blog imann ini dapat membantu saya dalam mencari bahan-bahan yang berguna semasa belajar di OUM.

#987
Date: 24 Oct 2009, 10:24 am
Name: ernijora
Location: batu pahat
Website:
Terima kasih atas maklumat dalam blog ini. Banyak informasi, teruskan memapar cerita-cerita menarik. Syabas!

#984
Date: 24 Oct 2009, 10:22 am
Name: cheqma
Location: batu pahat
Website: http://cheqma.blogdrive.com
salam,
saya juga student OUM kohort 1...teruja melihat web ini.tentu byk masa dihabiskan utknya..jika tidak keberatan,boleh saya tahu..ini web percuma ke...bagaimana nak buat blog gini..saya ada byk blog juga tapi tak dapat nak upload gambar byk.maybe sebab free kot.jika dapat berkongsi ilmu...terima kasih

#964
Date: 19 Oct 2009, 10:22 am
Name: Norliza Omar
Location: Seremban 2, NS
Website:
Assalamualaikum Cikgu Rashid
Tak sangka pula kita sama kohot....saya bekas cikgu SK Sg Binjai(masa tu GB En. Abd Aziz-94-97) saya cikgu yg pernah accident dulu /cuti 2 bulan....
TQ very much banyak info yg saya perolehi....sampaikan salam bt teman2 kak rosni, kak rahimah, dll

#950
Date: 16 Oct 2009, 11:38 am
Name: amal
Location: hulu langat
Website: http://amal4444.blogspot.com
aslkm..

"SYABAS & TAHNIAH" -
blog ini banyak membantu..
semoga segala yg disumbangkan, akan mendapat balasan n ganjaran yg amat baik drp Allah SWT. amiin.

#939
Date: 14 Oct 2009, 06:35 pm
Name: rai
Location: Sarawak
Website:
Terima Kasih kerana mereka laman web ni. Memang best sgt!Amat berguna untuk pelajar KDP dan yang ambil PJJ.

#898
Date: 28 Sep 2009, 09:25 am
Name: Zarmita mohd kamil
Location: Kajang
Website:
Thank you very much. nota2 yg diberi byk membantu saya untuk meneruskan perjuangan. Kita sama 1 kohort cuma lain pusat semasa kdp

#886
Date: 14 Sep 2009, 11:24 am
Name: Samoi ak Banyeh
Location: Sri Aman, Sarawak
Website:
Sy suka laman ini kerana byk informasi yg terkandg di cni dpt sy gunakan dlm tugasan sy.thanks.salam satu m"sia dan selamat hr raya

#883
Date: 12 Sep 2009, 06:29 pm
Name: Zul Hazmi Hamad
Location: Penang-Malaysia
Website:
Tahniah di atas pembinaan blog yang menarik.
saya percaya, tanpa usaha dan dedikasi yang berterusan, tidak akan terhasil laman yang sangat berguna ini.
Semoga suatu hari nanti saya boleh menjadi guru yang baik seperti cikgu.

Zul-IPGM Kampus Tuanku Bainun

#844
Date: 23 Aug 2009, 09:21 am
Name: doublezsweet
Location: Kuching,sarawak
Website:
Salam,
Terima kasih bebanyak atas bantuan selama ini.Dengan adanya bog imann ni bukan saja banyak tapi terlalu2 banyak yang membantu.Semoga Allah membalas jasa baik imann...Teruskanlah mambantu..walau kita tidak mengenali siapa kita,cuma kita sama kohort 5...terimakasih sekali lagi atas keikhlasan anda.

Read more...

Selasa, 3 November 2009

Contoh Penerangan Tentang Teknik Lukisan



TEKNIK LUKISAN

1.1 Tajuk : Buah-buahan Tempatan

1.2 Kategori : Teknik Lukisan alam benda – objek kaku atau tidak bernyawa.

1.3 Perasaan terhadap tajuk/idea tersebut. - Murid-murid berasa gembira semasa membuat lukisan ini kerana sambil melukis buah-buahan ini, secara tidak langsung mereka dapat membayangkan bentuk buah tersebut dan yang paling penting mereka pernah menikmati rasa buah-buahan tersebut.

1.4 Bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinan.
Bentuk - Berdasarkan bentuk rupa buah-buahan yang mereka tahu.

Warna - Menarik Kerana warna yang digunakan adalah pelbagai. Selain itu, penggunaan ton warna dan pencahayaan menambahkan lagi keaslian lukisan tersebut

Corak - Lukisan yang dihasilkan tidak berulang.

Garisan - Garisan selari, semulajadi mengikut bentuk buah-buahan tersebut.
garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja
dinamakan lukisan.

Ton - Pengetahuan memilih warna dan campurannya untuk menghasilkan ton warna yang menarik sesuai dengan pencahayaan.

Jalinan - Kesan garisan rupa bentuk struktur buah-buahan tersebut.

1.5 Kadar Banding - Susunan buah-buahan yang dihasilkan yang kecil di hadapan dan yang besar di belakang.

1.6 Saiz - Buah anggur di hadapan sekali diiukuti buah mangga, buah epal dan di belakang sekali buah tembikai yang sudah dipotong. Menjelaskan kepada murid tentang susunan saiz.

1.7 Susunan Corak - Rekaan susunan corak yang dihasilkan adalah harmoni kerana terdapat unsure garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna.

1.8 Penggunaan Alat dan bahan - Pensil, pensil warna, kertas lukisan yang terdiri daripada media kering.

1.9 Teknik - Melakarkan bentuk buah-buahan tersebut bermula dari yang di hadapan menggunakan pensil. Selepas itu mewarna mengikut keutamaan.

2.0 Teknik Untuk Menghasilkan Kerja Tersebut - Membayangkan bentuk buah tersebut mengikut imaginasi sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada. Selain itu, melihat gambar/ilustrasi.

2.1 Media Lain - Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat.

Read more...

Isnin, 2 November 2009

Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan Kata Ganti Nama


Kata Nama Am

Terbahagi kepada dua iaitu hidup dan tak hidup. Hidup terbahagi kepada dua kumpulan iaitu manusia dan bukan manusia. Contoh manusia ialah, guru, emak, doctor, ayah, anak dan lain-lain. Manakala bukan manusia pula ialah, gajah, malaikat, syaitan, bunga, kucing dan lain-lain. Tak hidup juga terbahagi kepada dua kumpulan iaitu institusi contohnya, sekolah, hospital, persatuan, universiti dan sebagainya. Manakala buksn institusi pula ialah, rumah, padang, jalan, kampong, bumi, sungai dan lain-lain.

Kata Nama Khas

Terbahagi kepada dua iaitu hidup dan tak hidup. Kata Nama Khas Hidup terbahagi kepada dua iaitu manusia dan bukan manusia. Contoh untuk manusia ialah Zamri, Rajenthiran, Chiang Yee Weng dan lain-lain. Manakala bukan manusia pula ialah, Si Tompok. Sang Rangkak, Sang Bedal, Si Murai dan lain-lain. Kata Nama Khas Tak Hidup lebih merujuk benda-benda khusus tetapi bukan hidup seperti nama benda, institusi, Negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang dan seumpamanya. Contohnya, Melayu, Kadazan, New Zealand, Malaysia, Institut Perguruan Teknik, Sabak Bernam dan sebagainya.

Kata Ganti Nama

Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Kata Ganti Nama Tunjuk dan Kata Ganti Nama Diri. Kata Ganti Nama Tunjuk merujuk kepada perkataan yang menjadi pengganti kata nama. Selain itu, digunakan untuk menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk. Terdapat dua Kata Ganti Nama Tunjuk iaitu ini ( menunjukkan pada yang dekat ) dan itu ( menunjukkan pada yang jauh ). Kata Ganti Nama Diri dibahagikan kepada dua golongan iaitu Kata Ganti Nama Diri Tanya dan Kata Ganti Nama Diri Orang.




Read more...

Ahad, 1 November 2009

Takrifan Morfologi dan Sintaksis Dalam Tatabahasa


1.0 Tatabahasa

Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

1.1 Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberikan tumpuan ialah:

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM
a. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi:
i. kata asli bahasa Melayu
ii. kata pinjaman bahasa Melayu
b. Bentuk kata terdiri daripada:
i. kata tunggal
ii. kata terbitan
iii. kata ganda
iv. kata majmuk
Proses pembentukan kata meliputi:
i. pengimbuhan
ii. penggandaan
iii. pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata di atas, yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna, termasuk aspek baru dalam proses pengimbuhan.

c. Golongan kata terdiri daripada:
i. kata nama
ii. kata kerja
iii. kata adjektif
iv. kata tugas
1.2 Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM
Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah:

a. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat
b. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan
c. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif
d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang
e. Binaan ayat:
i. ayat dasar
ii. ayat tunggal
iii. ayat terbitan atau ayat majmuk
f. Proses penerbitan ayat:
i. konsep ayat terbitan
ii. proses pengguguran
iii. proses penyusunan semula
iv. proses peluasan

g. Aspek tanda baca
2.0 Sistem Ejaan
Perkara yang ditekankan ialah:
a. pola keselarasan huruf vokal
b. ejaan kata pinjaman
c. ejaan kata dasar dan kata terbitan

3.0 Sebutan dan Intonasi
Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu maksud dengan tepat.

a. Sebutan
Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

b. Intonasi
Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola ayat yang berikut:
i. ayat penyata
ii. ayat tanya
iii. ayat perintah
iv. ayat terbalik atau ayat songsang
v. ayat pasif

Pola intonasi bagi ayat yang panjang juga perlu diajarkan agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas.

4.0 Kosa kata
Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang agar murid dapat mengungkapkan maklumat dan buah fikiran selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah menengah.

5.0 Peribahasa
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata hikmat yang perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia.

Nota:
• Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
• Buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia Edisi Kedua ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pembelajaran dan pengajaran.

Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP