info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Isnin, 26 Januari 2009

HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu - Analisa/Ulasan CERPEN

Ulasan Cerpen "BATU"
Oleh: Mohd. Juraini Ismail
Masnie@tm.net.com.my


1. BIODATA PENGARANG CERPEN 'BATU': RAHMAN SHAARI
RAHMAN SHAARI dilahirkan pada 5hb September 1949 di Kampong Gial, Mata Air, Perlis. Beliau mendapat pendidikan awal dan menengahnya di negeri kelahirannya sendiri sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjong Malim.
Penglibatan Rahman Shaari dalam dunia sastera bermula di sekitar tahun 1970 ketika mengajar di Negeri Indera Kayangan. Genre yang mula-mula mendapat sentuhannya ialah sajak, esei dan cerpen. Penglibatan sebagai novelis bermula pada tahun 1987 melalui novel Tokoh Terpilih.
Pada tahun 1980, Rahman menabur bakti di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan di sini beliau ditugaskan khusus dalam pendidikan sastera. Ini menyemarakkan lagi keterlibatan beliau dalam dunia kesusasteraan.
Dari PPK, Rahman Shaari beralih angin sebagai tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ketika di UKM beliau menyiapkan tesis Sarjana Persuratannya, dan kemudiannya menjadi Pensyarah Kaedah Kesusasteraan di Fakulti Pendidikan UKM.
Selain dari sajak, esei , cerpen dan novel Rahman Shaari turut terlibat dalam penulisan berbentuk kritikan dan kajian ilmiah. Antara karya-karya hasil buah tangan Rahman Shaari ialah ;

Antologi Sajak : Kesan Kunjungan dan Serpihan Diri
Antologi Cerpen : Gangguan
Novel : Tokoh Terpilih (1987) dan Norhana
Kumpulan Esei : Penilaian dan Penghayatan Sastera.
Buku Kajian : Kritikan Sastera Melayu, Berkenalan Dengan Kritikan Sastera (1989), Pemikiran dan Pendekatan Dalam Kritikan Sastera Melayu, Kritikan Sastera Melayu : Pendekatan dan Pemikiran (1988) serta Tanggapan, Bahan dan Kaedah Pengajaran Sastera (1990).Rahman Shaari kini masih bertugas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia


2. SINOPSIS 'BATU'
Iskandar bertemu dengan Mazlan di kaki lima sebatang jalan . Mazlan bertanyakan Iskandar arah jalan menuju ke Jalan Raja Angkasa. Tetapi Iskandar tidak tahu. Zainol hadir pada situasi itu dan bertanyakan tujuan Mazlan hendak ke Jalan Raja Angkasa. Mazlan menerangkan tujuannya dan hasaratnya, ini mengundang minat Zainol untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai batu gandapuri.
Di dalam sebuah restoran, Mazlan menunjukkan akan kehebatan batu gandapuri kepada Iskandar dan Zainol. Zainol berminat untuk membeli batu tersebut yang telah diketahuinya akan kehebatan batu itu. Ketika Zainol pergi mendapatkan wang di bank, Mazlan menawarkan batu hikmat itu kepada Iskandar dengan harga yang lebih rendah dengan alasan tidak menyenangi dan menyukai sikap Zainol.
Iskandar bersetuju membelinya. Iskandar ke Jalan Melaka untuk bertemu sahabatnya Malik. Kehebatan batu ajaib itu diceritakan Iskandar kepada Malik yang merupakan bekas pelajar tingkatan enam sains. Malik menerangkan sebab dan akibat bagaimana batu gandapuri itu boleh bergerak menurut kaedah sains. Iskandar sedar dia cuba ditipu oleh Mazlan.
Iskandar kembali ke restoran tempat Mazlan menunggunya. Iskandar diajar mantera untuk menjampi batu gandapuri. Malik datang bersama kawannya yang turut ingin membeli batu gandapuri itu. Mazlan akhirnya ditangkap oleh anggota polis yang menyamar sebagai pembeli tersebut atas dakwaan cuba menipu.


3. PLOT
Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson dalam buku 'Pengenalan Kritikan Sastera (terjmh) Hamdan Yahya, Johan Jaafar dan Sansudin Jaafar, 1991, Dewan Bahasa dan Pustaka menjelaskan ;
Plot adalah naratif tentang aksi yang diransangkan, melibatkan konflik atau persoalan yang akhirnya diselesaikan. Plot juga memaparkan bagaimana watak beraksi dan bertindakbalas.
'Batu' hasil buah tangan Rahman Shaari merupakan sebuah cerita pendek yang digarapkan dengan perencanaan yang rapi, mengandungi konflik serta penyelesaian yang mudah dan ringkas.
Plot cerpen 'Batu' diadun dalam bentuk kronologi yakni urutan dan jalinan peristiwa yang membawa kepada sebab dan akibat tersusun mengikut urutan.
'Batu' juga tidak diajak bermain dengan teknik imbas muka atau imbas kembali (flashback) . Ianya berjalan seperti membilang 1,2,3,.... Urutan atau jalinan peristiwa-peristiwa dalam 'Batu' boleh diperlihatkan dalam bentuk seperti di bawah.

i) Pertemuan antara Iskandar dan Mazlan yang berlaku tanpa diduga apabila Mazlan bertanya arah jalan menuju ke Jalan Raja Angkasa. Pertemuan berlaku di kaki lima sebatang jalan.
ii) Kehadiran Zainol yang kebetulan lalu di situ dan bertanyakan bungkusan yang di bawa oleh Mazlan setelah Mazlan menjelaskan tujuannya hendak ke Jalan Raja Angkasa.
iii) Iskandar, Mazlan dan Zainol ke sebuah restoran yang berhampiran dan berlakunya urusniaga untuk membeli gandapuri.
iv) Zainol bersetuju untuk membeli gandapuri dengan harga RM400.00 yang asalnya dikatakan berharga RM300.00 oleh Mazlan. Zainol ke bank untuk mengeluarkan wang.
v) Mazlan menawearkan batu gandapuri kepada Iskandar dengan harga lebih murah. Iskandar bersetuju tetapi perlu meminjamkan wang dari rakannya dahulu.
vi) Iskandar berjumpa kawannya Malik yang telah lama menunggu di Jalan Melaka. Iskandar menceritakan perihal batu hikmat kepada Malik.
vii) Malik menjelaskan fenomena sebenar akan perihal batu itu mengikut kaedah sains. Iskandar sedar dia cuba ditipu oleh Mazlan.
viii) Iskandar kembali menemui Mazlan dan Malik mendapatkan kawannya Nordin.
ix) Mazlan mengajar Iskandar mantera untuk menjampi batu hikmat ketika menanti kedatangan Malik yang pergi mengeluarkan wang dari bank.
x) Malik datang bersama anggota polis yang menyamar untuk membeli gandapuri.
xi) Mazlan ditangkap kerana cuba menipu.


4. TEMA
Cerpen 'Batu' nukilan Rahman Shaari memaparkan tema ' untuk mendapatkan kesenangan hidup dengan jalan yang mudah manusia sanggup menipu insan lain yang lurus dan berbudi bahasa'.
Manusia yang sanggup menjadi penipu untuk mendapatkan wang secara mudah ditonjolkan oleh watak Mazlan. Manakala mangsanya ialah Iskandar, pemuda yang berbudi bahasa dan berhati luhur dan jujur.
Mazlan sanggup menipu Iskandar dengan menjual seketul batu yang dikatakan 'hikmat' padahal batu tersebut hanyalah batu biasa yang tidak mempunyai apa-apa kesaktian jauh sekali mampu memberi pertolongan kepada manusia.
Tetapi hukum alam telah menyatakan bahawa setiap yang jahat dan buruk itu akhirnya akan terdedah juga kebusukkannya. Dan Mazlan akhirnya menerima padah akibat dari niat jahatnya itu.

5. PERSOALAN
i) Terdapat golongan manusia yang menjadi penipu
Contohnya :
Mazlan sanggup memujuk danmeyakinkan Iskandar tentang 'kehikmatan dan 'kekuasaan' batu gandapuri. Dia juga sanggup menjual batu tersebut dengan harga RM300.00
ii) Berkerjasama Membenteras Gejala Sosial
Contoh :
Malik, Iskandar , Inspektor Hussin dan beberapa anggota polis berkerjasama memerangkap dan menangkap Mazlan, penjual batu gandapuri.
iii) Musuh Akan Sentiasa Berusaha Mempengaruhi Mangsa Dengan Pelbagai cara
Contoh:
Mazlan cuba meyakinkan Iskandar dan Zainol tentang keistimewaan batu gandapuri dengan menggunakan bahasa yang lemah lembut dan bersopan.
iv) Sikap Manusia Yang Pepat Di Luar Tetapi Rencong Di Dalam
Contohnya:
Mazlan pandai melayan dan meyakinkan Iskandar. Namun, di hatinya dia memikirkan kegunaan wang sejumlah RM300.00 itu dan betapa mudahnya Iskandar dikenakannya.


6. MESEJ
1) Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
2) Lembut budi bahasa bukan bererti semuanya ikhlas dan jujur.
3) Ilmu itu penting dan wajib dituntut atau dipelajari
4) Berwaspada dan berfikir dengan rasional dan waras sebelum bertindak.
5) Berhati-hati dan berwaspada dengan pujuk rayu seseorang.
6) Peka dengan sesuatu yang berlaku terutama gejala sosial dan bertanggungjawab membenterasnya atau melaporkan kepada pihak yang berkuasa.

7. WATAK DAN PERWATAKAN
1) Iskandar
Seorang pemuda yang baru menamatkan alam persekolahannya. Seorang yang mempunyai sikap sifat jujur, lurus, berbudi bahasa dan bersopan santun.
"Saya sendiri tidak mempunyai wang sejumlah itu. Saya baru lepas sekolah," kata Iskandar perlahan.
i) Jujur
Mengakui secara jujur akan kelemahannya yang tidak tahu di mana letaknya Jalan Raja Angkasa apabila ditanya oleh Mazlan. Dengan jujur Iskandar memberitahu bahawa dia hanya mengetahui Jalan Raja Laut. Hal ini dapat diperhatikan melalui petikan berikut :

"Maaf pakcik, saya tak tahu jalan tu. Saya ni tak ambil pusing sangat tentang nama-nama jalan".
(Lukisan Bernyawa, halaman:44)

ii) Mengamalkan Tradisi Masyarakat Timur (Melayu)
Dalam masyarakat Melayu, seseorang itu akan bersalaman dengan seseorang yangditemuinya dan seterusnya memperkenalkan diri tanpa perlu diminta atau diarahkan. Contohnya seperti petikan berikut :

" Saya Iskandar," katanya setiap kali tangannya bersalaman.
(Lkisan Bernyawa,halaman:44)

iii) Berfikir Dahulu Sebelum Bertindak
Iskandar sering berfikir dahulu sebelum membuat sebarang tindakan, sama ada yang berupa perbuatan mahupun tutur kata. Tindakan ini akan menyelamatkan dirinya dan mampu menutup kelemahan yang dirasakan ada pada dirinya. Sebagai contoh ;
Iskandar memikirkan betapa hebatnyabatuitu. Dia tidak terus menyoal takut dianggap terlalu bodoh.
(Lukisan Bernyawa, halaman : 44 )

iv) Menghormati Orang Tua
Sebagai seorang anak Melayu Iskandar mempunyai ciri-ciri kesopanan dan budi bahasa yang baik ketika berhadapan dengan orang tua. Ciri-ciri ini bukan saja dipamerkan melalui gaya bahasa dan adab sopan malah ditunjukkan melalui kesungguhan mendengar dengan teliti setiap pengucapan yang dituturkan oleh orang yang lebih tua darinya.

Contohnya ketika Iskandar berhadapan dengan Mazlan ;

"Encik," tiba-tiba Mazlan bersuara. "Saya tak suka menjualkan barang ini kepada pemuda itu. Cara-cara dia bertindak menggambarkan peribadinya yang kurang menyenangkan. Mungkin dia akan menyalahgunakan barang ini".
Iskandar mendengar kata-kata lelaki itu dengan teliti, kemudian bersuara...
(Lukisan Bernyawa, halaman :46)

1) Mazlan ( Watak Antagonis )

i) Seorang lelaki separuh umur

"Apa dia?" Pemuda itu bertanya lagi.
"Ini," orang separuh umur mengeluarkan gumpalan sapu tangan.Dibukanya. Ada seketul batu putih kekuning-kuningan.
(Lukisan Bernyawa, halaman : 44)

ii) Berbudi bahasa dab lemah lembut dalam bicara.

"Boleh. Tapi saya tak boleh menjualnya kepada encik," orang separuh umur menjawab lembut.
(Lukisan Bernyawa, halaman: 44)

"Tak boleh, sebab saya dah janji dengan orang di jalan Raja Angkasa tu," Mazlan bersuara lembut.
(Lukisan Bernyawa, halaman : 45)

iii) Tidak Menepati Janji

a) Padanya Mazlan menyatakan dia berjanji untuk menjual batu gandapuri kepada seseorang di Jalan Raja Angkasa. Tetapi kemudiannya bersetuju menjualnya kepada Zainol.

b) Apabila Zainol pergi mendapatkan wang, Mazlan menawarkan batu tersebut kepada Iskandar pula dengan harga yang lebih murah.

iv) Seorang Penipu

Cuba menipu Iskandar supaya membeli batu yang dikatakan hikmat dan ajaib, padahal batu tersebut hanyalah batu biasa yang tidak mempunyai apa-apa kesaktian atau kebolehan luar biasa.

v) Mempunyai Pengetahuan Sains

Mazlan tahu bagaimana mahu menggerakkan seketul batu karbonit dengan menggunakan kaedah sains. Dia tahu tindakbalas kimia antara karbonit dan air limau boleh menghasilkan gas yang kemudiannya menggerakkan batu tersebut.


2) Malik
Rakan Iskandar. Seorang bekas pelajar tingkatan enam sains di Jalan Cheras.

i) Bijak dan Berilmu

Malik dapat memahami bagaimana seketul batu boleh bergerak di atas piring yang diperah air limau. Beliau mempunyai pengetahuan sains yang baik bilamana mengetahui apa yang terjadi apabila karbonit bercampur dengan air limau, iaitu tindakbalas kimia, walaupun tidak melihatnya.

ii) Bijak Dalam Mengambil Tindakan

Apabila menyedari ada orang cuba menipu sahabatnya, Malik terus menghubungi pihak polis. Tindakan inilah yang paling wajar, kerana hanya pihak berkuasa sahaja yang boleh bertindak kepada mereka yang cuba melakukan kesalahan jenayah.

3) ZAINOL

i) Mudah Percaya Tanpa Usul Periksa

Beliau begitu mudah mempercayai akan kehebatan seketul batu berdasarkan cerita-cerita yang pernah didengarnya tanpa menyiasat terlebih dahulu.

ii) Terburu-buru Dalam Tindakan

Apabila melihat 'demontrasi' keajaiban batu gandapuri beliau terus mengambil tindakan untuk membelinya dengan harga yang lebih mahal dari harga biasa.

iii) Pandai Memujuk

Zainol bijak memujuk Mazlan untuk menjual batu 'ajaib' itu kepadanya walaupun pada awalnya Mazlan enggan menjual batu itu kerana telah berjanji dengan orang lain.

5. Watak-watak Sampingan

i) Inspektor Hussin
ii) Pelayan Kedai

8. NILAI
i) Nilai Budaya

Rahman Shaari dalam cerpennya 'Batu' banyak membicarakan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu. Cerpen ini memperlihatkan betapa orang-orang Melayu kaya dengan budi bahasa, bersopan santun, bantu-membantu atau menghormati orang tua.

Kesemua sifat tersebut diterapkan ke dalam cerpen 'Batu' secara menggarapkan sikap Iskandar yang amat bersopan-santun serta lembut budi bahasa ketika berbicara , terutama dengan golongan tua.

Sebagai contoh perhatikan petikan berikut :

"Maaf pakcik, saya tak tau jalan tu. Saya ni tidak ambil pusing sangat tentang nama-nama jalan". Iskandar menerangkan sikapnya secara jujur.
(Lukisan Bernyawa, halaman : 44)

ii) Peka dan Bertanggungjawab

Lumrahnya, setiap individu yang berfikiran positif dan rasional akan berusaha untuk membenteras gejala sosial yang seringkali mengganggu-gugat ketenteraman awam.

Gambaran ini cuba diterapkan oleh pengarang dalam cerpen 'Batu' melalui watak Malik. Contohnya :
Selepas mendengar cerita Iskandar dan faham akan keadaan sebenar, Malik terus ke Balai Polis Campbell menemui sahabat lamanya Inspektor Hussin. Kemudian, dia bersama Inspektor Hussin dan beberapa orang anggota polis yang lain ke Kedai Makan Heng Ah See untuk memerangkap dan menangkap Mazlan.
Diam-diam dalam hati, Iskandar mengakui kebijaksanaan Malik.
(Lukisan Bernyawa, halaman: 48)

iii) Kepentingan Belajar dan Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah sebahagian daripada kewajipan manusia di alam maya ini. Ia penting untuk membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Di samping itu, ilmu yang dipelajari juga dapat membantu kita agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai akan sesuatu benda yang dikatakan ajaib atau berkuasa serta berhikmat. Nilai-nilai ini cuba diterapkan oleh Rahman Shaari melalui sikap Malik.

Malik, bekas pelajar sains tingkatan enam Jalan Cheras tidak terpengaruh dan mempercayai 'kehikmatan' atau 'kekuasaan' batu gandapuri yang diceritakan oleh Iskandar kepadanya. Malahan, dengan pengetahuan yang ada dia berjaya meyakinkan Iskandar tentang fenomena sebenar.

"Pergerakan itu merupakan suatu tindakan kimia. Air limau adalah asid, dan batu itu kemungkinannya suatu jenis karbonit. Yang menyebabkab pergerakkan itu mungkin gas yang keluar darinya, karbon dioksida," jelas Malik.
( Lukisan Bernyawa, halaman: 47)

iv) Rutin Masyarakat Kota Yang Sentiasa Sibuk Tetapi Mudah Memaafkan.

Realiti kehidupan masyarakat kota jelas digambarkan oleh pengarang menggunakan sudut pandangan dramatik. Dengan menggunakan sudut pandangan ini, pengarang seolah-olah memberitahu khalayak akan fenomena yang berlaku dalam penghidupan sebenar masyarakat kota.

Sebagai contoh:
Orang-orang lain terus berlalu ke sana-sini. Setiap kaki lima dipenuhi manusia. Ada yang membelek-belek kain baju sambil kaki melangkah ke hadapan. Ada yang berjalan laju. Kadang-kadang terjadi perlanggaran semasa berjalan. Masing-masing mudah maf-memaafi.
(Lukisan Bernyawa, halaman : 44 )

v) Berfikir Sebelum Bertindak
Penulis menggarapkan diri Iskandar sebagai seorang pemuda yang berfikiran rasional. Dia digambarkan tidak pernah mempersoalkan sesutau yang didengar, sebaliknya menjadi seorang pendengar yang baik.

Contohnya ;
Iskandar memikirkan betapa hebatnya batu itu. Dia tidak terus menyoal takut dianggap terlalu bodoh.
( Lukisan Bernyawa, halaman : 45)

9. GAYA BAHASA
Secara umumnya gaya bahasa yang garapkan oleh Rahman Shaari menerusi 'Batu' adalah gaya bahasa yang biasa dan mudah difahami.
Penulis juga gemar bermain dengan struktur ayat yang pendek termasuk dalam pengucapan dialog. Namun ianyamemberi kesan. Sebagai contoh seperti di bawah;
"Aku jumpa sesuatu yang ajaib, kau tau."
"Apa dia?"
"Batu hikmat.'
Tidak disangka-sangka oleh Iskandar, Malik ketawa kuat.
(Lukisan Bernyawa, halaman : 47)

Penggunaan istilah yang berkaitan dengan sains juga digunakan seperti; karbonit, gas, karbon dioksida dan tindakan kimia

Selain dari itu, cerpen 'Batu' turut menyelitkan puisi tradisional dari genre mantera. Mantera yang dimaksudkan berbunyi;

"Asal keramat bertara guru
Asal dewa masa dahulu
Kalau berkat gandapuriku
Minta jadi dengan selalu."
(Lukisan Bernyawa, halaman: 48)

10. LATAR
Latar Tempat : Cerpen ini menggunakan tiga latar tempat yang dinyatakan dengan jelas. Iaitu :
i) Kaki Lima sebatang jalan yang sibuk
ii) Kedai makan restoran heng Ah see
iii) Jalan Melaka

Latar Masa : Keseluruhannya cerpen ini berlaku pada waktu pagi atau dengan lebih tepat lagi sekitar pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.00 pagi. Ini berdasarkan perbualan antara Iskandar dan Malek di Jalan Melaka.

"Hei, dah lama tunggu?" tanya Iskandar yang baru tiba.
"Janji pukul 9.00, sekarang dah 9.020. Nyaris-nyaris aku nak tinggalkan tempat ni," kata Malik geram.
(Lukisan Bernyawa, halaman : 47)

11. SUDUT PANDANGAN
i) Sudut Pandangan Orang Ketiga Tiada Terbatas atau Serba Tahu

Rahman Shaari menggunakan sudut pandangan ini untuk menggambarkan watak-watak penting terutama gambaran tentang watak Mazlan. Dalam mengolah watak Mazlan, Rahman shaari mengambil sikap serba tahu perihal watak Mazlan. Penulis begitu maklum tentang sifat fizikal, perbuatan, kelakuan, perasaan dan apa sahaja mengenai mazlan.

Jika diteliti cerpen ini ternayata pengetahuan pengarang tidak terbatas tentang watak Mazlan. Malahan pengarang juga tahu apa yang diperkatakan oleh Mazlan seorang diri atau monolog. Lebih daripada itu, ucapan dalam hati atau interior monolog watak Mazlan juga diketahui. Contohnya :

Mazlan memikirkan kegunaan wang sejumlah RM300.00 itu. Iskandar ini mudah dikenakan. Dia berjiwa muda, tentunya akan menggunakan batu ini untuk memuaskan jiwa mudanya. Terbayang di mata Mazlan bagaimana Iskandar akan tergila-gilakan wanita selain menggilai kerja besar.
( LukisanBernyawa, halaman: 47)


Pengarang seolah-olah menyaksikan aksi para watak iaitu Mazlan, Iskandar, Malik, Zainol dan Inspektor Hussin dalam gelanggang tanpa campur tangan. Ada jarak yang memisahkan mereka.

Penerapan teknik sudut pandangan orang ketiga yang terbatas ke atas watak Mazlan memang tepat dan amat berkesan dan bersesuaian dengan peranan Mazlan. Sudut pandangan yang sama digunakan oleh pengarang terhadap watak-watak penting yang lain seperti Iskandar. Pengarang mengetahui perangai , kelakuan dan perasaan serta jiwa Iskandar.

ii) Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas atau Tidak Serba Tahu.

Penerapan teknik ini amat jelas bila kita melihat watak-watak sampingan atau pembantu seperti Zainol, Malik, dan Inspektor Hussin. Setelah meneliti setiap watak tersebut, ternyata pengarang tidak mengetahui ke semua aspek yang ada pada diri mereka. Umpamanya watak Malik.

Berhubung denganwatak ini, pengarang hanya mengetahui Malik merupakan bekas pelajar Tingkatan Enam Sains Jalan Cheras.

Penggunaan sudut pandangan orang ketiga terbatas ke atas watak-watak tersebut adalah wajar. Ia bersesuaian dengan peranan mereka yang muncul beberapa ketika sahaja. Adalah tidak logik jika pengarang menerangkan atau mengetahui segala aspek tentang mereka.

iii) Sudut Pandangan Dramatik

Dalam cerpen 'Batu' , Rahman Shaarti ada menggunakan sudut pandangan dramatik, iaitu peranannya lebih bersifat sebagai pelapor. Dalam hal ini, pengarang hanya melaporkan apa yang dilihat. Contohnya aksi pelaku-pelaku.

Sudut pandangan dramatik juga membawa maksud kesinambungan peristiwa yang dilaporkan. Contohnya :

Orang-orang lain terus berlalu ke sana sini. Setiap kaki lima dipenuhi manusia. Ada yang membelek-belek kain baju sambil kaki melangkah ke hadapan. Ada yang berjalan laju. Kadang-kadang terjadi perlanggaran semasa berjalan. Masing-masing mudah maaf-memaafi.
( Lukisan Bernyawa , halaman : 44 )



RUJUKAN

Keris Mas, 1990 . Perbincangan gaya Bahasa Sastera . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Aishah Murad (Ed.),1996. Konsep Nilai dalam Kesusasteraan Melayu .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Md. Salleh Legee dan Md Ishak Hj Abd. Rahman,1993. Ulasan Antologi Cerpen Kelapa Nan Sebatang. Kuala Lumpur : Longman.
Rahman Shaari, 1993. Lukisan Zaman. Selangor D.E : Marwilis Publisher & Distributors.

2

Ulasan Cerpen "BATU"
Masnie@TMNet.com.my


Contoh : RPH untuk CERPEN “ BATU"

Tingkatan : 4 Delima
Masa : 10.00-10.40 (40 Minutes)
Topik : Kesusasteraan- Cerpen
Tajuk : “ Batu ”
Objektif : Pelajar dapat memahami cerpen “ Batu "
Hasil Pembelajaran : Di hujung bagi pengajian, pelajar harus dapat:
1. Menjelaskan sekurang-kurangnya dua sokongan idea yang boleh mengambil daripada cerpen “Malar Lambaian Hijau".
2. Menyenaraikan lebih kurang dua gaya bahasa dalam cerpen.

Ilmu Bahasa : Bercakap dan menulis
ABM : Buku teks Anak Laut Antology, Manila kad, papan putih, pen penanda, kertas lembaran kerja
Nilai : Keberanian, yakin, kerjasama
Pengetahuan Sebelumnya
Sebelumnua : 1. Pelajar sudah membaca cerpen “ Batu"
2. Pelajar sudah pun mempelajari tentang “Batu" tema.
3. Pelajar-pelajar
Kemahiran Nilai Tambah : Kemahiran Pemikiran Dan Berbilang Inteligence
Rujukan 1. “Anak Laut"Buku Teks Antology 2. “Anak Laut" Bentuk Analisis Comphrehensive 4

Set Induksi (5 minit)
Aktiviti P&P
1. Guru akan menunjukkan beberapa menggambarkan tumbuhan dan binatang. ,
2. Guru akan meminta soalan untuk pelajar istimewa pelajar. Berdasarkan gambar, apa anda boleh melihat daripada yang dan nya penting untuk manusia hidup baik?
3. Guru akan menceritakan gambar yang ditunjukkan di hadapan untuk pelajar dengan pengajian topik.

Catatan
- Soket slaid
- Kemahiran pemikiran
Perisikan Berbilang
- “Anak laut" Buku Teks Antology.

Langkah 1 (9 minit)
Aktiviti P&P
1. Guru meminta soalan untuk pelajar:
2. Pada pandangan anda, apakah idea sokongan siapa penulis cuba merahsiakan disampaikan dalam cerpen?
3. Guru meminta beberapa pelajar untuk menulis jawapan mereka sedang papan putih.
4. Guru kemudian membuat beberapa perbincangan dengan pelajar

Catatan
Kemahiran Pemikiran

Kemahiran Cinesthatic
Kerjasama
Pen Papan Putih
Papan Putih
Keberanian
Yakin “Anak Laut" Buku Teks Antology.

Langkah 2 (13minit)
Aktiviti P&P
1. Guru pembahagian pelajar untuk empat kumpulan.
2. Guru akan meminta pelajar bagi memilih dan membuat beberapa perbincangan tentang topik itu yang mereka memikirkan adalah penting dalam “Batu"
3. Salur guru Manila kad dan kalam papan putih untuk masing-masing berkumpul. •
Kemudian, pelajar membentangkan kerja mereka di hadapan pelajar lain. •Selepas itu, guru akan membuka sesi untuk pelajar lain sama ada untuk berikan mereka pendapat atau berkongsikan ia dengan orang lain.
4. Guru dan pelajar membincangkan inti kesemua penyampaian.

Catatan
- Kerjasama
- Kemahiran Antara Perseorangan
- Yakin “Anak Laut" Antology
- Buku Teks.
- Manila Card
- Pen Papan Putih
Keberanian
Yakin
Kemahiran Antara Perseorangan
Keberanian
Kerjasama
Yakin
Kemahiran Antara Perseorangan

Langkah 3 (8 minit)
Aktiviti P&P
1. Paparan guru beberapa contoh bagi gaya bahasa dalam cerpen “ Batu "
2 Guru memilih satu orang pelajar tertentu untuk mengenal pasti gaya bahasa yang ada digunakan dan menjelaskan ia untuk pelajar lain.
3 Guru pengertian kemudian gaya bahasa yang diambil kira cerpen untuk pelajar.

Catatan
- Kemahiran Pemikiran
- Kemahiran Antara Perseorangan
Yakin
Kerjasama
- “Anak Laut" Buku Teks Antology.

Penutup ( 5minit)
Aktiviti P&P
1. Boleh anda memberitahuku kira-kira dua sokongan idea bahawa penulis itu mencuba untuk diperkatakan ia"?
2. Berikan dua gaya bahasa yang telah digunakan dalam “ Batu ".
3 Pembuatan pelajar beberapa kesimpulan kira-kira pengajaran hari ini.
4 Salur guru tambahan pelajar latihan seperti satu kerja rumah.

Catatan
- Kemahiran Pemikiran
- Kertas Lembaran Kerja
- Kerjasama


0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP