info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Selasa, 16 Februari 2010

RPH TAHUN 5 – KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN

1. Kesihatan diri
Amalan asas kesihatan diri dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang.
Amalan asas kesihatan
(i) Kebersihan tubuh badan
(ii) Kebersihan pakaian
(iii) Kebersihan alatan keperluan diri

2. Kekeluargaan
Ciri-ciri perbezaan antara generasi.
Jurang generasi
• Perbezaan pendapat
• Perbezaan amalan

HASIL PEMBELAJARAN
Murid dapat:

ARAS 1
• Menyenaraikan cara menjaga kebersihan tubuh badan, pakaian dan alatan.
ARAS 2
• Menjelaskan kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan, pakaian dan alatan.
ARAS 3
• Membuat kesimpulan tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri.

ARAS 1
• Menyatakan peranan dan tanggungjawab kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
ARAS 2
• Menerangkan perbezaan pendapat dan amalan yang berkaitan dengan jurang generasi.
ARAS 3
• Membincangkan cara-cara untuk merapatkan jurang generasi.

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Guru boleh merujuk cadangan berikut bagi mencapai hasil pembelajaran. Guru juga boleh mencadangkan aktiviti pembelajaran lain mengikut kebolehan murid.

• Perbincangan dalam kumpulan kecil.
• Menyediakan senarai semak tentang kebersihan diri.
• Menunjukkan perkataan ketiga-tiga amalan asas kesihatan diri.
• Perbincangan dalam kumpulan kecil.
• Main peranan.
Lakonan


Contoh RPH yang boleh dijadikan panduan untuk Tugasan HBHE2203
Ini RPH tahun 1 dan boleh diubah untuk tahun 5


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN


Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan
Tarikh : 25 Mac 2009
Hari : Rabu
Masa : 7.45 pg – 8.15pg (30 minit )
Tahun : 1 Bistari
Bilangan Murid : 24 Orang ( 10 lelaki & 14 perempuan)
Tunjang : Kesihatan Diri dan Keluarga (Tahap 1)
Tajuk : Kesihatan Diri
Sub Tajuk : Mengenali Bahagian-Bahagian Anggota Badan
Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran murid dapat:
• Kognitif :
1. Mengenali bahagian-bahagian dan fungsi-fungsi anggota badan.
2. Menyatakan secara lisan bahagian-bahagian anggota badan.
• Afektif :
1. Berasa seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran
2. Bekerjasama dengan ahli kumpulan menulis semula semua anggota dan fungsi badan.
Pengetahuan sedia ada :
1. Murid pernah mengenali anggota badan dan fungsinya hasil didikan awal keluarga.
2. Murid mempunyai pendedahan awal semasa pra sekolah
Penggabungjalinan : Sains (Fungsi tubuh badan Manusia) ,Lukisan (Melakar bentuk Anggota badan),
dan Muzik (Nyanyian)
Penerapan Nilai : Kerjasama, tanggungjawab & menyayangi diri sendiri
Alat Bantu Mengajar : Kertas soalan, Gambarajah, kertas Mahjong


Langkah/ Masa
• Set induksi
(5 minit)
Aktiviti/ Kaedah
• Guru menunjukkan gambarajah anggota badan kepada murid-murid.
• Guru mengadakan sesi soal jawab sebagai menguji pengetahuan sedia ada murid:-
Namakan bahagian-bahagian anggota badan yang anda ketahui
Guru memberi penerangan kepada murid tentang gambarajah tersebut
Butir Mengajar
1. Murid melihat poster yang dipamerkan oleh guru disudut yang disediakan.
2. Murid-murid memberitahu nama bahagian anggota badan yang ditunjuk oleh guru.
 Bahagian kepala
 Bahagian tangan
 Bahagian abdomen
 Bahagian kaki
3. Murid meneliti gambarajah yang ditunjukkan.

Langkah/ Masa
• Perkembangan
Langkah 1
(7 minit)
Aktiviti/ Kaedah
• Guru menerangkan fungsi anggota badan kepada murid
 Bahagian kepala
 Bahagian tangan
 Bahagian abdomen
 Bahagian kaki
Butir Mengajar
1) Murid mendengar penerangan guru

Langkah/ Masa
• Langkah 2
(5 minit)
Aktiviti/ Kaedah
• Guru menerangkan akibat kecuaian menjaga kesihatan diri.
• Guru berbincang bersama murid bagaimana cara menjaga kesihatan diri:
 Bahagian kepala
 Bahagian tangan
 Bahagian abdomen
Bahagian kaki
Butir Mengajar
• Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
• Murid-murid memberikan pendapat masing-masing berdasarkan pengalaman

Langkah/ Masa
• Langkah 3
(10 minit)
Aktiviti/ Kaedah
• Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan
• Guru mengedarkan kertas soalan gambarajah anggota badan kepada setiap kumpulan.
• Guru mengedarkan kertas Mahjong kepada kumpulan yang sama dan
• Murid dikehendaki melukiskan gambarajah anggota badan manusia keseluruhannya.
• Guru mempamerkan hasil lukisan terbaik.
• Guru dan murid sama-sama menyanyikan lagu ”kalau rasa gembira” menggunakan pergerakan tangan, kaki, badan dan sebagainya (anggota badan)

Butir Mengajar
1. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid
2.Setiap kumpulan dikehendaki melabelkan gambarajah anggota badan dan fungsi-fungsinya.
• Murid melukis gambarajah bahagian anggota badan manusia keseluruhannya.
• Murid bekerjasama menghasilkan lukisan bahagian anggota badan dengan baik
• Murid bersama-sama guru menyanyi bersama

Langkah/ Masa
• Penutup
(3 minit)

Aktiviti/ Kaedah
Rumusan isi pelajaran daripada guru

Butir Mengajar
Beberapa orang murid akan ditanya berkaitan kefahaman terhadap isi pelajaran.

Catatan/ ABM
Gambarajah
Perbincangan antara guru dan murid.
• Kertas soalan
• Hasil kerja berkumpulan
(melibatkan keseluruhan kelas)
• Kertas Mahjong
• Hasil kerja berkumpulan
(melibatkan keseluruhan kelas)
Penggabungjalinan
Pendidikan Muzik

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP