info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Selasa, 6 April 2010

Rumusan HBHE2203 Kesihatan Diri Dan Keluarga

TOPIK 1 PENGENALANKESIHATAN DIRI

- Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan yang betul. Imbang Penuh- Tubuh manusia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu: kepala-leher, dada, tangan, abdomen dan kaki.
- Bahagian-bahagian ini pula terbahagi kepada beberapa organ contohnya otak, jantung dan paru-paru.
- Kita perlu mengetahui fungsi organ-organ supaya kita tahu bagaimana untuk menghargai dan menjaganya.
- Cara penjagaan tubuh meliputi penjagaan dalaman dan penjagaan luaran. Pengurusan kesihatan diri meliputi pengurusan kebersihan tubuh, pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan yang sihat, pengurusan berat badan serta pengurusan tekanan.
- Kesedaran dan amalan penjagaan tubuh perlu dididik oleh keluarga, di klinik kesihatan atau hospital dan juga di sekolah.
- Peranan setiap gender dalam masyarakat adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan kita.

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI
! Amalan-amalan asas kebersihan diri adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan kita.
! Penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah dengan kemajuan teknologi terutama teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan segera.
! Amalan pemakanan menentukan tahap kesihatan kita. Asas pengambilan makanan adalah berpandukan prinsip piramid makanan.
! Penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan memastikan makanan selamat untuk dimakan.
! Langkah-langkah penyediaan makanan perlulah diikuti supaya tidak berlaku keracunan makanan.
! Pemeriksaan fizikal dan klinikal adalah penting. Kita perlu mengetahui jenis-jenis pemeriksaan fizikal dan klinikal serta tujuannya.

TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA
- Pendidikan kesihatan keluarga adalah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan individu dan komuniti yang bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan ke peringkat optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya.
- Pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum melalui dua pendekatan:pendekatan integrasi dan pendekatan bersepadu.
- Teknik yang digunakan dalam pendidikan kesihatan keluarga ialah penerokaan, lawatan dan projek.
- Kandungan pendidikan kesihatan keluarga merangkumi tubuh badan manusia, kesihatan diri dan keluarga serta nilai moral dan agama.
- Tubuh badan manusia mempunyai sepuluh sistem utama iaitu: sistem rangka, sistem penghadaman, sistem otot, sistem limfatik, sistem endokrin, sistem saraf, sistem kardiovaskular, sistem reproduktif, sistem perkumuhan dan sistem respiratori.
- Kesihatan diri dan keluarga berfokus kepada kebersihan tubuh badan,amalan pemakanan sihat, aktiviti senaman dan kecergasan fizikal, amalan kesihatan mental yang baik tidak merokok, penjagaan kesihatan ibu dan anak, peranan keluarga dan juga isu-isu berkaitan institusi perkahwinan.
- Nilai moral dan agama berkait rapat dengan masalah kesihatan seksualiti dan gender.
- Pendidikan kesihatan secara umumnya bertujuan untuk memberi maklumat dan memupuk sikap positif terhadap sesuatu perkara berkaitan kesihatan.
- Melalui pengetahuan dan sikap positif, seseorang itu akan cenderung untuk berubah kepada suatu bentuk tingkah laku yang positif atau tingkah laku yang dikehendaki untuk menjaga kesihatan.
- Pendidikan kesihatan keluarga merupakan satu bidang yang berteraskan peranan dan tanggungjawab setiap ahli dalam institusi keluarga.

TOPIK 4 ANATOMI SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA

- Sistem reproduktif lelaki terdiri daripada zakar, testis, kelenjar prostat dan urethra.
- Sistem reproduktif perempuan terdiri daripada ovari, saluran Fallopian,uterus, lapisan dinding uterus, servik dan faraj.
- Kedatangan haid adalah petunjuk utama akil baligh seseorang perempuan dan organ reproduktif telah berfungsi.
- Ihtilam atau mimpi basah adalah petanda seseorang kanak-kanak lelaki telah akil baligh.

TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

! Memahami proses reproduktif adalah penting bagi membantu seseorang untuk lebih bersedia untuk menempuh masa kehamilan dan saat melahirkan zuriat.
! Proses persenyawaan terdiri daripada tiga proses iaitu: pergerakan sperma, pergerakan persenyawaan dan pembahagian sel.
! Peringkat kehamilan dibahagikan kepada tiga iaitu peringkat awal (first trimester), peringkat pertengahan (second trimester) dan peringkat akhir (third trimester).
! Semasa proses kehamilan, ibu mengandung mengalami perubahan fizikal yang mendadak seperti perubahan saiz buah dada, pening dan mabuk, kerap kencing dan bengkak kaki.
! Penjagaan asas kehamilan merangkumi pemeriksaan kesihatan berkala, senaman ibu hamil, memakan makanan seimbang.
! Ibu hamil perlu berehat secukupnya. Selain itu, sokongan emosi dan mental daripada keluarga juga amat penting.

TOPIK 6 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

- Topik ini telah membincangkan perubahan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak dan remaja.
- Sebagai ibu bapa, mungkin ramai daripada kita mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak.
- Mungkin cara yang kita gunakan itu sama atau diubahsuai daripada cara ibu bapa kita mendidik kita dahulu. Perkara utama yang harus kita ingat dalam aspek mendidik anak ialah perubahan semasa dalam bidang teknologi maklumat, sosiobudaya, ekonomi dan sebagainya yang menuntut kita mengurus perkembangan dan perubahan fizikal, emosi dan sosial seseorang kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya.
- Terdapat banyak teori berkaitan perkembangan dan perubahan fizikal, emosi dan sosial manusia.
- Teori dan praktikal atau aplikasi adalah perkara yang saling berkaitan atau mungkin tidak berkaitan.
- Andaian yang terdapat dalam teori mungkin praktikal atau tidak praktikal apabila dilaksanakan.
- Kita perlu ingat bahawa teori memberi panduan kepada kita sebagai seorang pendidik atau ibu bapa dalam memahami dengan lebih jelas persoalan atau isu-isu perkembangan seseorang kanak-kanak hingga ke tahap dewasa.

TOPIK 7 TINGKAH LAKU SOSIAL
- Imej kendiri yang positif dipelajari melalui proses sosialisasi oleh keluarga dan masyarakat.
- Harga diri, konsep kendiri yang positif serta hidup berkasih sayang membantu seseorang berkembang sebagai orang yang berjaya.
- Harga diri dan konsep kendiri yang rendah menyebabkan seseorang cenderung untuk tidak menjaga kehormatan diri dan mudah terdedah kepada perlakuan delekuen juvenil.
- Perubahan psikologi semasa remaja banyak mempengaruhi perlakuan remaja khasnya yang berkaitan dengan perkembangan sosial.
- Kekurangan kemahiran menjaga kehormatan diri boleh menyebabkan masalah kehamilan remaja.
- Masalah kehamilan remaja boleh membawa pelbagai implikasi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.

TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN

- Perkahwinan adalah pra-syarat untuk menubuhkan sebuah keluarga baru.
- Keluarga ialah unit paling asas dalam pembentukan sebuah masyarakat.
- Terdapat tiga jenis keluarga iaitu keluarga nuklear, keluarga extended dan keluarga poligami.
- Kebahagiaan dalam hidup berkeluarga meliputi kerukunan rumahtangga, meluangkan masa bersama keluarga dan menjaga kebajikan keluarga.
- Perkahwinan sivil memerlukan pasangan mengisytiharkan perkahwinan di depan kerani atau pegawai kerajaan yang bertanggungjawab mendaftar perkahwinan tersebut. Perkahwinan Islam pula memerlukan proses merisik atau meminang, bertunang dan seterusnya bernikah.


TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA

- Keluarga adalah unit asas kepada sesebuah masyarakat.
- Kebahagiaan keluarga adalah asas kepada keharmonian sesebuah masyarakat.
- Amalan sembahyang bersama, makan bersama keluarga serta rekreasi bersama keluarga memperkukuhkan jalinan sesama ahli keluarga.
- Jika institusi keluarga kukuh dari segi keperluan ekonomi, ilmu dan rohani maka kukuhlah sesebuah masyarakat itu.
- Suami dan isteri mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap satu sama lain serta keluarga.

TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN

- Keruntuhan rumahtangga boleh berpunca daripada kurang penghayatan terhadap konsep kekeluargaan, konflik peranan dan tanggungjawab serta kemiskinan.
- Penderaan seperti gangguan seksual, keganasan terhadap pasangan serta penderaan kanak-kanak menjadi isu yang perlu diberi perhatian.
- Undang-undang kekeluargaan bertujuan untuk membantu dan memulihkan keluarga dan mangsa akibat berlakunya perpecahan dalam sesebuah keluarga.
- Undang-undang kekeluargaan seperti akta, enakmen dan ordinan berbeza antara negeri dan juga di antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP