info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Rabu, 7 April 2010

Rumusan HBML2203 BM


TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

- Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh daripada segi amalan P & P dan pengurusan sekolah untuk menyediakan kanak-kanak bagi zaman maklumat. Institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat.
- Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti P & P, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.
- Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Koridor Raya Multimedia (MSC).
- Dalam RMK9 Program PemBestarian Sekolah dilaksanakan bagi memperkasa Sekolah Kebangsaan.


TOPIK 2 KOMPONEN SEKOLAH BESTARI

- Empat komponen P & P bestari ialah kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan sumber P & P.
- Kurikulum Bestari digubal berdasarkan FPK untuk melahirkan pelajar yang holistik dan menyediakan zaman maklumat kepada kanak-kanak.
- Elemen-elemen Pembelajaran Bestari merujuk kepada ciri-ciri pelajar, kemahiran generik, strategi P & P, serta pendekatan pembelajaran.
- Ciri-ciri Pedagogi Bestari yang mengutamakan aktiviti dan berpusatkan pelajar sesuai dengan gaya pembelajaran untuk meningkatkan pencapaian pelajar yang holistik.


TOPIK 3 KOMPONEN-KOMPONEN SEKOLAH BESTARI

- Penilaian, pengujian serta pengukuran adalah saling berkaitan.
- Penilaian Bestari berbeza daripada penilaian sekolah harian biasa.
- Perbezaan penilaian ini dapat dilihat daripada aspek bentuk, ciri serta cara pelaksanaan.
- Bahan P & P Bestari terdiri daripada pelbagai sumber.
- Bahan interaktif dan media konvensional yang diintegrasikan dengan media
berteknologi tinggi berasaskan komputer dan software dapat meningkatkan potensi murid.
- Sistem penilaian Sekolah Bestari menggunakan pelbagai pendekatan dan instrumen untuk menghasilkan penilaian yang autentik yang berpusatkan murid.
- Bahan P & P Bestari berfokus kepada kecerdasan pelbagai murid.


TOPIK 4 PEDAGOGI BESTARI

- Komponen teras Pedagogi Bestari ialah teori pembelajaran, kemahiran generik, ciri-ciri pelajar, strategi P & P serta jenis pembelajaran.
- Konsep pengajaran dan pembelajaran bestari adalah berdasarkan teori Konstruktivisme Piaget, Bruner dan Vygotsky.
- Kemahiran generik terdiri daripada kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai. kemahiran fasilitator dan kemahiran teknologi maklumat serta komunikasi (ICT).
- Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari ialah generatif, direktif, mediatif, koperatif dan kolaboratif, konteks luar, pemerhatian, metakognitif serta kajian masa depan.
- Kecerdasan Pelbagai (KP) atau Multiple Intelligence (MI) merupakan komponen ciri-ciri pelajar. Sembilan KP iaitu verbal linguistik, logik matematik, kinestetik, musik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, naturalis serta kerohanian.
- Jenis pembelajaran ialah pembelajaran masteri, pembelajaran kadar kendiri, pembelajaran akses kendiri serta pembelajaran terarah kendiri.
- Konsep pengajaran dan pembelajaran bestari adalah berdasarkan Teori Konstruktivisme yang berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan zon perkembangan prokimak/termampu oleh Vygotsky.
- Teori Konstruktivisme menekankan bahawa ilmu wujud dalam minda iaitu akal manusia.
- Pengajaran Bestari menekankan kepada keupayaan akal manusia untuk berfikir bagi membangunkan ilmu dan ummah.


TOPIK 5 PEDAGOGI BESTARI

- Konstruktivisme bermaksud membina, iaitu murid membina sendiri pengetahuan atau konsep baru berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
- Menurut teori konstruktivisme guru berfungsi sebagai pemudah cara dan pembelajaran lebih berpusatkan murid.
- Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) konstruktivisme berdasarkan koperatif dan kolaboratif.
- Banyak kelebihan dan kebaikan pembelajaran secara konstruktivisme.


TOPIK 6 PEDAGOGI BESTARI

- Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari terdiri daripada strategi mediatif, koperatif dan kolaboratif, generatif, metakognitif, kontekstual serta direktif.
- Strategi generatif menjurus ke arah pemikiran menggunakan metafora dan analogi.
- Strategi mediatif merupakan proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
- Strategi P & P koperatif membantu murid berinteraksi untuk mencapai matlamat yang sama.
- Strategi pembelajaran kolaboratif membantu murid menggunakan kemahiran interpersonal.
- Strategi metakognitif membolehkan murid mengawal pembelajarannya melalui proses merancang, memantau serta menilai.
- Unsur-unsur penting strategi kontekstual adalah kepelbagaian konteks, kepelbagaian persekitaran serta kepelbagaian disiplin ilmu.
- Model yang popular untuk pengajaran secara direktif ialah Model Robert Salvin.


TOPIK 7 PEDAGOGI BESTARI

- Terdapat enam jenis pendekatan pembelajaran bestari, iaitu pendekatan berpusatkan murid, pembelajaran berpusatkan individu, pembelajaran berdaya fikir atau berfikrah, pembelajaran berbantukan teknologi, pembelajaran berasaskan otak serta pembelajaran berasaskan projek.
- Pembelajaran berpusatkan individu terbahagi kepada empat jenis, iaitu pembelajaran masteri (PM), pembelajaran kadar kendiri (PKK), pembelajaran akses kendiri (PAK) serta pembelajaran terarah kendiri (PTK).
- PKK, PAK serta PTK merupakan tunjang P & P Bestari untuk meningkatkan pencapaian murid yang holistik dan melahirkan modal insan.
- PAK memfokuskan kepada pusat akses kendiri. Bahan pembelajaran ditempatkan di dalam bilik akses kendiri.
- Kecerdasan emosi (EQ) memberi penekanan terhadap aspek kerohanian. EQ penting dalam kehidupan seseorang individu. EQ terbahagi kepada dua, iaitu kecekapan personal dan kecekapan sosial.
- Kecekapan personal terbahagi kepada tiga unsur, iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri serta motivasi.


TOPIK 8 PEDAGOGI BESTARI

- Kemahiran generik merupakan kemahiran-kemahiran utama yang perlu ada pada setiap murid bagi menghadapi abad 21 dan cabaran globalisasi.
- Pengintegrasian kemahiran generik secara berkesan dalam P & P Bestari berkait rapat dengan penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, kemahiran mentaksirkan dan menilai, kemahiran pemudah cara dan yang penting ialah kemahiran ICT.
- Guru harus menguasai kemahiran fasilitator demi memperoleh keberkesanan optimum dalam P & P.
- Ciri-ciri fasilitator yang berkesan ialah mempunyai kualiti personaliti seperti sabar, kreatif, kecindan serta mempunyai kemahiran pemudah cara seperti kemahiran motivasi dan pengurusan bilik darjah.
- Teknologi pendidikan zaman kini mendesak penggunaan sumber-sumber digital dan ICT secara meluas dengan cara mengintegrasikannya dalam P & P di samping penggunaan sumber-sumber lain.


TOPIK 9 APLIKASI STRATEGI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

- Strategi kontekstual menggalakkan murid mengamalkan kaedah REACT.
- Aktiviti yang sesuai bagi strategi generatif ialah mencipta metafora dan analogi.
- Kaedah pencapaian konsep atau Concept Attainment (CA) sesuai dilaksanakan dalam pengajaran tatabahasa bahasa Melayu melalui strategi mediatif.
- Strategi kontekstual membantu murid mengaitkan apa yang diperoleh dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dengan situasi di luar konteks bilik darjah.
- Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan dan peluang untuk penemuan imkuiri.
- Melalui strategi mediatif, guru tidak menyampaikan maklumat secara langsung kepada murid, tetapi menggalakkan murid memberi pendapat melalui perbincangan terbuka (Open-ended Discussion) dan pencapaian konsep atau Concept Attainment (CA).


TOPIK 10 APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

- Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.
- Prosedur pelaksanaan strategi metakognitif dan mediatif dalam P & P Bahasa Melayu menggunakan teknik DRTA.
- Fasa pertama DRTA ialah proses membaca dan berfikir dan fasa kedua ialah hasilan atau produk.
- Soalan perbincangan terbuka (open-ended discussion) merupakan aktiviti sebelum membaca supaya murid dapat membuat ramalan.
- Prinsip pembelajaran koperatif ialah PIES.
- Prosedur pelaksanaan strategi koperatif dimulakan dengan sumbang saran, diikuti dengan membuat inferens, menyenaraikan isi-isi penting dan menulis. Murid belajar saling bergantungan positif dan berkemahiran sosial.
- Kemahiran menulis dalam strategi koperatif melibatkan enam peringkat, iaitu pramenulis, menulis, maklum balas, menyemak, mengedit dam menilai.
- Cara penilaian dalam kemahiran menulis ada dua, iaitu holistik dan analitikal.


Read more...

Selasa, 6 April 2010

Rumusan HBHE2203 Kesihatan Diri Dan Keluarga

TOPIK 1 PENGENALANKESIHATAN DIRI

- Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan yang betul. Imbang Penuh- Tubuh manusia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu: kepala-leher, dada, tangan, abdomen dan kaki.
- Bahagian-bahagian ini pula terbahagi kepada beberapa organ contohnya otak, jantung dan paru-paru.
- Kita perlu mengetahui fungsi organ-organ supaya kita tahu bagaimana untuk menghargai dan menjaganya.
- Cara penjagaan tubuh meliputi penjagaan dalaman dan penjagaan luaran. Pengurusan kesihatan diri meliputi pengurusan kebersihan tubuh, pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan yang sihat, pengurusan berat badan serta pengurusan tekanan.
- Kesedaran dan amalan penjagaan tubuh perlu dididik oleh keluarga, di klinik kesihatan atau hospital dan juga di sekolah.
- Peranan setiap gender dalam masyarakat adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan kita.

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI
! Amalan-amalan asas kebersihan diri adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan kita.
! Penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah dengan kemajuan teknologi terutama teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan segera.
! Amalan pemakanan menentukan tahap kesihatan kita. Asas pengambilan makanan adalah berpandukan prinsip piramid makanan.
! Penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan memastikan makanan selamat untuk dimakan.
! Langkah-langkah penyediaan makanan perlulah diikuti supaya tidak berlaku keracunan makanan.
! Pemeriksaan fizikal dan klinikal adalah penting. Kita perlu mengetahui jenis-jenis pemeriksaan fizikal dan klinikal serta tujuannya.

TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA
- Pendidikan kesihatan keluarga adalah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan individu dan komuniti yang bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan ke peringkat optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya.
- Pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum melalui dua pendekatan:pendekatan integrasi dan pendekatan bersepadu.
- Teknik yang digunakan dalam pendidikan kesihatan keluarga ialah penerokaan, lawatan dan projek.
- Kandungan pendidikan kesihatan keluarga merangkumi tubuh badan manusia, kesihatan diri dan keluarga serta nilai moral dan agama.
- Tubuh badan manusia mempunyai sepuluh sistem utama iaitu: sistem rangka, sistem penghadaman, sistem otot, sistem limfatik, sistem endokrin, sistem saraf, sistem kardiovaskular, sistem reproduktif, sistem perkumuhan dan sistem respiratori.
- Kesihatan diri dan keluarga berfokus kepada kebersihan tubuh badan,amalan pemakanan sihat, aktiviti senaman dan kecergasan fizikal, amalan kesihatan mental yang baik tidak merokok, penjagaan kesihatan ibu dan anak, peranan keluarga dan juga isu-isu berkaitan institusi perkahwinan.
- Nilai moral dan agama berkait rapat dengan masalah kesihatan seksualiti dan gender.
- Pendidikan kesihatan secara umumnya bertujuan untuk memberi maklumat dan memupuk sikap positif terhadap sesuatu perkara berkaitan kesihatan.
- Melalui pengetahuan dan sikap positif, seseorang itu akan cenderung untuk berubah kepada suatu bentuk tingkah laku yang positif atau tingkah laku yang dikehendaki untuk menjaga kesihatan.
- Pendidikan kesihatan keluarga merupakan satu bidang yang berteraskan peranan dan tanggungjawab setiap ahli dalam institusi keluarga.

TOPIK 4 ANATOMI SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA

- Sistem reproduktif lelaki terdiri daripada zakar, testis, kelenjar prostat dan urethra.
- Sistem reproduktif perempuan terdiri daripada ovari, saluran Fallopian,uterus, lapisan dinding uterus, servik dan faraj.
- Kedatangan haid adalah petunjuk utama akil baligh seseorang perempuan dan organ reproduktif telah berfungsi.
- Ihtilam atau mimpi basah adalah petanda seseorang kanak-kanak lelaki telah akil baligh.

TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

! Memahami proses reproduktif adalah penting bagi membantu seseorang untuk lebih bersedia untuk menempuh masa kehamilan dan saat melahirkan zuriat.
! Proses persenyawaan terdiri daripada tiga proses iaitu: pergerakan sperma, pergerakan persenyawaan dan pembahagian sel.
! Peringkat kehamilan dibahagikan kepada tiga iaitu peringkat awal (first trimester), peringkat pertengahan (second trimester) dan peringkat akhir (third trimester).
! Semasa proses kehamilan, ibu mengandung mengalami perubahan fizikal yang mendadak seperti perubahan saiz buah dada, pening dan mabuk, kerap kencing dan bengkak kaki.
! Penjagaan asas kehamilan merangkumi pemeriksaan kesihatan berkala, senaman ibu hamil, memakan makanan seimbang.
! Ibu hamil perlu berehat secukupnya. Selain itu, sokongan emosi dan mental daripada keluarga juga amat penting.

TOPIK 6 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

- Topik ini telah membincangkan perubahan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak dan remaja.
- Sebagai ibu bapa, mungkin ramai daripada kita mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak.
- Mungkin cara yang kita gunakan itu sama atau diubahsuai daripada cara ibu bapa kita mendidik kita dahulu. Perkara utama yang harus kita ingat dalam aspek mendidik anak ialah perubahan semasa dalam bidang teknologi maklumat, sosiobudaya, ekonomi dan sebagainya yang menuntut kita mengurus perkembangan dan perubahan fizikal, emosi dan sosial seseorang kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya.
- Terdapat banyak teori berkaitan perkembangan dan perubahan fizikal, emosi dan sosial manusia.
- Teori dan praktikal atau aplikasi adalah perkara yang saling berkaitan atau mungkin tidak berkaitan.
- Andaian yang terdapat dalam teori mungkin praktikal atau tidak praktikal apabila dilaksanakan.
- Kita perlu ingat bahawa teori memberi panduan kepada kita sebagai seorang pendidik atau ibu bapa dalam memahami dengan lebih jelas persoalan atau isu-isu perkembangan seseorang kanak-kanak hingga ke tahap dewasa.

TOPIK 7 TINGKAH LAKU SOSIAL
- Imej kendiri yang positif dipelajari melalui proses sosialisasi oleh keluarga dan masyarakat.
- Harga diri, konsep kendiri yang positif serta hidup berkasih sayang membantu seseorang berkembang sebagai orang yang berjaya.
- Harga diri dan konsep kendiri yang rendah menyebabkan seseorang cenderung untuk tidak menjaga kehormatan diri dan mudah terdedah kepada perlakuan delekuen juvenil.
- Perubahan psikologi semasa remaja banyak mempengaruhi perlakuan remaja khasnya yang berkaitan dengan perkembangan sosial.
- Kekurangan kemahiran menjaga kehormatan diri boleh menyebabkan masalah kehamilan remaja.
- Masalah kehamilan remaja boleh membawa pelbagai implikasi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.

TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN

- Perkahwinan adalah pra-syarat untuk menubuhkan sebuah keluarga baru.
- Keluarga ialah unit paling asas dalam pembentukan sebuah masyarakat.
- Terdapat tiga jenis keluarga iaitu keluarga nuklear, keluarga extended dan keluarga poligami.
- Kebahagiaan dalam hidup berkeluarga meliputi kerukunan rumahtangga, meluangkan masa bersama keluarga dan menjaga kebajikan keluarga.
- Perkahwinan sivil memerlukan pasangan mengisytiharkan perkahwinan di depan kerani atau pegawai kerajaan yang bertanggungjawab mendaftar perkahwinan tersebut. Perkahwinan Islam pula memerlukan proses merisik atau meminang, bertunang dan seterusnya bernikah.


TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA

- Keluarga adalah unit asas kepada sesebuah masyarakat.
- Kebahagiaan keluarga adalah asas kepada keharmonian sesebuah masyarakat.
- Amalan sembahyang bersama, makan bersama keluarga serta rekreasi bersama keluarga memperkukuhkan jalinan sesama ahli keluarga.
- Jika institusi keluarga kukuh dari segi keperluan ekonomi, ilmu dan rohani maka kukuhlah sesebuah masyarakat itu.
- Suami dan isteri mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap satu sama lain serta keluarga.

TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN

- Keruntuhan rumahtangga boleh berpunca daripada kurang penghayatan terhadap konsep kekeluargaan, konflik peranan dan tanggungjawab serta kemiskinan.
- Penderaan seperti gangguan seksual, keganasan terhadap pasangan serta penderaan kanak-kanak menjadi isu yang perlu diberi perhatian.
- Undang-undang kekeluargaan bertujuan untuk membantu dan memulihkan keluarga dan mangsa akibat berlakunya perpecahan dalam sesebuah keluarga.
- Undang-undang kekeluargaan seperti akta, enakmen dan ordinan berbeza antara negeri dan juga di antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Read more...

Ahad, 4 April 2010

Contoh Soalan dan Jawapan HBAE2103 Corak dan Rekaan



BAHAGIAN A

ARAHAN
Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah

1.
Apakah yang dimaksudkan tentang corak?

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang.
Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.

2.
Nyatakan EMPAT jenis cetakan yang biasa digunakan dalam kegiatan menghasikan corak.

Cetakan terbahagi kepada 4 iaitu :
1. Cetakan Timbulan : blok kayu atau blok lino
2. Cetakan Benaman : blok logam (intaglio)
3. Cetakan Datar/planografi : blok batu kapur
4. Cetakan Sarigrafi/stensil : blok sutera saring.

3.
Apakah yang dimaksudkan dengan resis dalam proses penghasilan batik lukis/canting?

Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Dalam teknik resis, penggunaan bahan-bahan adalah penting. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting.

4.
Nyatakan EMPAT jenis ikatan yang biasa digunakan dalam teknik corak ikatan dan celupan (pelangi).

Jenis Ikatan
(i) Jahitan
(ii) Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek
(iii) Lipatan dan ikatan
(iv) Simpulan

5.
Terangkan maksud teknik gosokan dan teknik garisan silang yang boleh diapliksikan dalam penghasilan membuat corak terancang.

6. Apakah alatan menganyam untuk melembutkan bilah atau helaian daun pandan atau mengkuang yang telah dijangka dan bilakah alat tersebut digunakan?

1.Parang
2.jangka
3.Pelurut
4.Penyisip
5.Tempayan
6. Besin/baldi
7. Periuk/dapur
8.Ampaian

7. Nyatakan secara ringkas apa yang anda faham tentang pualaman?

Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan ynag bergelatin dan melekit. Pualaman adalah kualiti permukaan yang dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai, marble, catan faux dan corak semulajadi ira kayu.

8. Berikan maksud teknik basah atas basah iaitu salah satu teknik dalam catan cat air.

Basah atas basah
Teknik yang melibatkan sapuan warna yang cair ke atas permukaan yang basah.Ia menghasilkan kesan lut sinar.

9. Apakah yang anda faham tentang mozek dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah?

Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna.

10. Apakah yang dikatakan teknik renjisan dan percikan?

Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain, kanvas, plywood, permukaan dinding atau lantai dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.


BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. SOALAN Markah

1.
(a) Terdapat dua cara untuk menghasilkan corak iaitu secara terancang dan tidak terancang.
Apakah yang dimaksudkan dengan corak terancang dan tidak terancang?

Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan
dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai
pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan
corak.
Corak Tidak Terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif
tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak,
menggolek dan sebagainya.

(b) Nama dan jelaskan TIGA jenis susunan dalam corak terancang.

1. Corak teknik resis
2. Corak teknik anyaman
3. Corak menggunakan garisan grid

(c) Jelaskan ENAM persepsi dalam membuat corak dan rekaan.

(i) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding,
penegasan, kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak.
(ii) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
(iii) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.
(iv) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.
(v) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.
(vi) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.

2. (a) Nilai budaya dapat diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
kepada murid-murid.
Jelaskan LIMA penerapan nilai budaya tersebut.

(b) Cetakan timbulan (relief) merupakan salah satu jenis cetakan. Apakah itu cetakan
timbulan dan berikan TIGA contoh cetakan timbulan.

Cetakan Timbulan (Relief)
• Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau
warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada
blok kayu atau lino.
• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan
kertas.
• Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj

(c) Jelaskan langkah untuk menghasilkan corak dengan menggunakan teknik cetakan
stensil kaedah filem lekar.

Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka
belakang filem leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak
didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT.
Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin
dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah
bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi
dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di
bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera.
Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana
panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker)
akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa(lutsinar) bolehlah ditarik keluar. Kerja ini hendaklah
dilakukan dengan berhati-hati.
Langkah 4 : Kemudian, gamkan bahagian tepi leker dengan pepenjuru
kertas. Setelah selesai, pemidang filem leker boleh
digunakan untuk mencetak.




4. (a) Di zaman pra sejarah lagi banyak lukisan yang dilukis di dinding- dinding gua dengan menggunakan warna dari alam sekeliling.
Bagaimanakah manusia pada zaman tersebut mendapat dan mencipta warna-warna?

(b) Namakan TIGA nama kelarai yang bermotifkan bahagian tumbuh- tumbuhan.

• Tampuk pinang
• Tampuk pinang berantai
• Tampuk jantung
• Tampuk manggis
• Pucuk rebung
• Pucuk di dalam
• Berakar

(c) Nyatakan dan terangkan LIMA proses anyaman.

(a) Lagang
(b) Anyaman
(c) Lepih
(d) Sisip
(e) Kerat
(Jumlah: 20)
BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA. SOALAN Markah
1.
(a) Bagaimanakah teknik dan kaedah menghasilkan pualaman di Jepun atau China pada zaman dahulu?

Reka bentuk yang paling mudah dan tertua pernah dihasilkan di Jepun dan dikenali sebagai suminagashi; iaitu sebuah bekas yang diisi dengan air dan dicampurkan dengan
dakwat sumi sebagai dye magenta dan beni iaitu warna yang dihasilkan daripada Safflower. Ia kemudian digunakan dengan teliti menggunakan berus dakwat. Pelbagai bahan kimia digunakan untuk membantu mengapungkan dakwat. Beberapa titisan air dijatuhkan ke atas permukaan campuran tadi yang akan membentuk warna seperti cincin. Proses ini diulang sehingga semua permukaan air dipenuhi oleh warna-warna cincin ini.

(b) Rancangkan penyediaan proses menghasilkan pualaman yang bersesuaian untuk murid-murid tahun 4 dari segi bahan dan proses.



(c) Cadangkan DUA jenis media warna yang sesuai digunakan dalam teknik catan oleh murid–murid di peringkat sekolah rendah.

(d) Nyata dan terangkan SATU teknik cat minyak.

Titik (Pointilisme)
Dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan secara menegak dan bersistematik di atas kanvas putih. Proses yang rumit dan memerlukan kesabaran dan ketekunan serta disiplin yang tinggi untuk menyiapkannya. ( 5 )
( 10 )
( 2 )
( 3 )

2. (a) Kenal pasti apakah mozek dari konsep seni hiasan?

Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. Ia merupakan salah satu teknik membuat dekorasi dalam reka bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya dengan kebudayaan dan kepercayaan seperti yang banyak dilihat terdapat di dewan dewan sembahyang di dalam gereja.

(b) Jelaskan secara ringkas bagaimanakah corak mozek seni Islam.

Seni Islam
Arkitektur Islam menggunakan teknik mozek dalam konsep reka bentuk geometrik dan matematik yang rumit. Proses ini dikenali sebagai ÂzillijÊ dan ÂqashaniÊdi Afrika Utara. Contoh yang terbaik dalam seni mozek Islam telah dihasilkan di Moorish, Sepanyol dan masih wujud di istana Alhambra. Contoh-contoh lain boleh dilihat di Masjid Besar di Cordoba. Di negara-negara Arab satu gaya berhias yang tersendiri bernama zillij yang di buat dengan membentuk seramik serentak dengan mozek untuk
meliputi satu permukaan digunakan.

(c) Hasilkan satu rancangan pengajaran harian corak tidak terancang teknik renjisan dan percikan untuk murid-murid Tahun 2.


Read more...

Khamis, 1 April 2010

Contoh Soalan dan Jawapan HBHE 2203 PK



BAHAGIAN A

1. Amalan pengurusan kesihatan diri dapat membantu menjamin tahap kesihatan berada didalam keadaan baik. Berikan EMPAT komponen utama amalan tersebut.


2. Penyimpanan makanan adalah merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian bagi mengelak ianya tercemar. Berikan panduan bagaimana makanan kering dan basah perlu disimpan.

(a) Makanan Kering
Makanan mentah kering seperti beras dan tepung hendaklah disimpan di dalam bekas dan tempat yang kering. Ruang yang lembab akan menggalakkan pertumbuhan kulat.

(b) Makanan Basah
Makanan mentah basah seperti ayam, daging dan hasil laut mengandungi banyak bakteria. Makanan mentah ini perlu diasingkan daripada makanan lain yang telah dimasak atau makanan mentah yang sedia untuk dimakan seperti buah-buahan dan ulam. Titisan daripada air makanan mentah ini boleh memindahkan bakteria melalui proses pencemaran silang.


3. Senaraikan LAPAN elemen keluarga sihat.
1. Mengamalkan nilai moral dan agama
2. Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti
senaman atau fizikal
3. Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan dan
kesinambungan keluarga
4. Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang
5. Berkongsi masa lapang
6. Memupuk sokongan sosial
7. Mempunyai pendapatan yang mencukupi
8. Mempunyai keselamatan emosi

4. Jelaskan kitaran haid.

Haid adalah petunjuk bahawa organ reproduktif perempuan telah berfungsi.Haid dicirikan dengan pengeluaran darah daripada faraj. Pusingan haid biasanya berlaku di antara 28 hingga 35 hari. Seseorang perempuan akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh haid ini berbeza antara individu.
Ovum atau sel telur akan menjadi matang di dalam ovari. Hormon progesterone akan merangsang lapisan tebal darah yang baru terbentuk semula di dalam uterus.
Semasa pertengahan kitaran haid, ovum atau telur dibebaskan daripada ovari ke saluran Fallopian. Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperma, ovum akan hancur dan dikeluarkan melalui faraj. Bekalan hormon progesteron yang menyuburkan lapisan uterus akan terhenti. Lapisan dinding uterus akan luruh dan keluar sebagai darah haid. Tetapi sekiranya ovum disenyawakan dan janin melekat pada dinding uterus yang subur ini, haid tidak berlaku kerana kehamilan telah berlaku. Seseorang perempuan akan mengalami haid setiap bulan sehinggalah dia memasuki fasa putus haid atau menopause. Gangguan haid seperti lewat atau tidak teratur akan berlaku jika seseorang mengalami gangguan emosi atau tekanan.
5. Berikan EMPAT penjagaan asas yang perlu dilakukan oleh ibu yang berada dalam tempoh kehamilan.

1. Pemeriksaan Kesihatan Berkala
2. Amalan Senaman dan Makanan Seimbang
3. Rehat, Istirehat dan Sokongan Emosi

6. Jelaskan maksud proses identiti kendiri dan penerokaan yang berlaku kepada remaja semasa berlakunya perubahan sosial mereka.

Sebagai produk sosial (hasil proses sosialisasi), konsep kendiri dipelajari dari pengalaman yang berulang dan berterusan. Kita tidak dilahirkan dengan konsep kendiri. Kita mempelajari kemahiran sosial sama seperti kita belajar kemahiran menggunakan anggota fizikal kita. Pembelajaran sosial kita bermula di rumah. Apabila seseorang kanak-kanak didedahkan dengan masyarakat umum, dia akan mula belajar perlakuan sosial yang baru atau sekadar memperkukuhkan pembelajaran sosial yang dipelajari dalam keluarga. Contohnya, bersalam dengan orang yang lebih tua.

7. Berikan definisi delekuen juvanil.

Delekuen juvenil merujuk kepada salah perlakuan yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang yang dilakukan oleh mereka yang di bawah umur.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan?

Dalam konteks undang-undang Islam perkahwinan ialah satu ikatan lahir di antara dua orang iaitu lelaki dan perempuan, untuk hidup bersama di dalam sebuah rumahtangga di samping melahirkan zuriat sebagai meneruskan kelangsungan hidup manusia menurut batas-batas (disiplin) hak dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh syarak (Dr. Mat Saad Abd. Rahman, 1993).

9. Jelaskan secara ringkas fungsi Enakmen Keluarga Islam.


10. Jelaskan peranan dan tanggungjawab suami dan isteri dalam sebuah rumah tangga.

Suami berperanan memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Hubungan seksual dalam perkahwinan mesti berdasarkan rasa hormat, persefahaman dan persetujuan. Memupuk dan mengeratkan hubungan kasih sayang, saling mempercayai, bertolak ansur dan prihatin terhadap keperluan emosi, fizikal dan kesihatan pasangan amat penting.

Isteri mempunyai tanggungjawab menjaga suami baik ketika sihat mahupun sakit. Kesetiaan kepada suami adalah ajaran setiap agama. Isteri mempunyai tanggungjawab untuk membimbing suami ke arah amalan yang baik dan menjauhi daripada perkara yang ditegah agama

BAHAGIAN B

1. (a) Berikan contoh jenis keluarga yang terdapat di Malaysia.

Keluarga nuklear ialah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri dan anak mereka.
Keluarga sekunder merujuk kepada lain-lain bentuk keluarga selain daripada keluarga nuklear.
Keluarga extended merujuk kepada sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri serta anak mereka, ibu bapa serta adikberadik mereka.
Keluarga poligami pula terdiri daripada beberapa keluarga yang diketuai oleh seorang suami.

(b) Jelaskan ciri-ciri DUA jenis keluarga yang telah dikenalpasti.
Keluarga nuklear ialah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri dan anak mereka.
Keluarga sekunder merujuk kepada lain-lain bentuk keluarga selain daripada keluarga nuklear.


(c) Bincangkan kebaikan dan kekurangan bagi DUA jenis keluarga.

(a) Kebaikan Keluarga Nuklear
(i) Pasangan berdikari dalam menentukan gaya pengurusan rumahtangga mereka tanpa campurtangan orang lain. Mereka mempunyai privasi dan lebih terbuka dalam komunikasi atau perlakuan. Cara berfikir dan bertindak tanpa campurtangan ahli keluarga lain boleh membentuk
keyakinan diri dan keserasian dalam penyelesaian masalah.
(ii) Dari segi ekonomi, keluarga nuklear dapat berjimat cermat serta menguruskan perbelanjaan mengikut kemampuan. Tidak timbul rasa bersalah atau malu jika tidak memberi sumbangan seperti mana di dalam keluarga extended.

(b) Keburukan Keluarga Nuklear
(i) Keluarga nuklear memupuk sifat keindividuan dan boleh menjauhkan jalinan hubungan sesama ahli keluarga. Ahli keluarga nuklear terdedah kepada tekanan emosi apabila berlaku konflik dalam keluarga. Pasangan tidak mempunyai ahli keluarga lain yanglebih dewasa untuk menjadi tempat berkongsi perasaan atau masalah.
(ii) Anak juga tidak ada tempat mengadu atau menumpang kasih jika berlaku masalah dengan ibu bapa.
(iii) Ibu kepada keluarga nuklear yang tiada pembantu rumah terpaksa membuat kerja rumah secara bersendirian. Ibu yang baru lepas bersalin misalnya memerlukan sokongan emosi dan fizikal untuk penjagaan selepas bersalin.

2. (a) Pendidikan kesihatan keluarga merupakan satu amalan yang perlu dipraktikkan dengan baik bagi menjamin kesejahteraan keluarga. Berdasarkan kenyataan di atas, kenalpasti elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan keluarga.

1. Mengamalkan nilai moral dan agama
2. Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti
senaman atau fizikal
3. Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan dan
kesinambungan keluarga
4. Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang
5. Berkongsi masa lapang
6. Memupuk sokongan sosial
7. Mempunyai pendapatan yang mencukupi
8. Mempunyai keselamatan emosi


(b) Jelaskan objektif pendidikan kesihatan keluarga.

Mengubah tingkah laku kesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan amalan ke arah mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak sihat.

Melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah negara. Jika institusi keluarga sihat, masyarakat sihat dan negara pun sihat.

Keluarga sebagai salah satu segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan input berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta ataupun pihak badan bukan kerajaan (NGOs).

Meningkatkan tahap literasi kesihatan (health literacy) dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga seperti ibu bapa dan anak untuk mencapai, menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta bagaimana mereka menggunakan maklumat tersebut ke arah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki
(Conttrell, Girvan & Mckenzie, 2002).

(c) Bincangkan bagaimana pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum dapat dilaksanakan.

Amalan cara hidup sihat bukan setakat diamalkan dalam bilik darjah semasa subjek Pendidikan Kesihatan atau Pendidikan Jasmani tetapi diamalkan dengan warga sekolah dan dengan ahli keluarga di rumah. Pendek kata, sekolah dan rumah umpama tempat untuk menanam benih amalan cara hidup sihat dalam kalangan pelajar. Di sekolah, seseorang pelajar mempunyai peranan dan tanggungjawab ke arah mencapai status kesihatan yang positif. Di rumah, mereka mempunyai peranan untuk membantu ahli keluarga yang lain untuk memastikan suasana rumah adalah sihat. Mereka bukan setakat mempelajari setiap ilmu yang berkaitan dengan kesihatan semata-mata untuk lulus tetapi perlu mengamalkan apa yang dipelajari di sekolah dan rumah. Nilai ini juga perlu dipupuk melalui sokongan sosial misalnya melalui peranan persatuan ibu bapa guru (PIBG) serta persekitaran yang sihat dan kondusif ke arah melahirkan warga sekolah yang sihat.


3. (a) Berikan TIGA peringkat dalam proses kehamilan

(a) Peringkat Awal
Peringkat awal atau first trimester kehamilan bermula daripada terbentuknya embrio sehinggalah kehamilan mencecah tiga bulan. Plasenta yang berupa gumpalan salur darah yang melekat pada lapik uterus membawa masuk oksigen dan zat makanan. Hasil buangan akan dikeluarkan melalui tali pusat.
Menjelang minggu kelima, embrio telah menunjukkan tunas anggota tubuh seperti kaki serta lengan dan bonjolan untuk jantung. Apabila janin telah mencapai usia dua bulan, organ dalaman telah terbentuk. Memasuki bulan ketiga fetus telah terbentuk dengan sempurna dan mula membesar dengan cepat.

(b) Peringkat Pertengahan
Peringkat pertengahan kehamilan disebut second trimester. Tempoh ini bermula apabila kehamilan memasuki bulan keempat sehingga bulan keenam.
Pada bulan keempat, degupan jantung bayi boleh dikesan menerusi alat stethoscope. Beratnya kira-kira 300 gm. Memasuki bulan kelima (28 minggu) mata bayi sudah boleh dibuka. Bayi juga telah boleh bergerak dengan aktif. Kadang-kadang si ibu akan mengesan tendangan atau pergerakan bayinya.

(c) Peringkat Akhir
Peringkat akhir kehamilan atau third trimester bermula apabila kehamilan memasuki bulan ketujuh sehinggalah bulan kesembilan. Berat bayi kian bertambah dan pergerakan semakin aktif.
Memasuki minggu ke-38, kepala bayi berada pada kedudukan bawah dan bersedia untuk dilahirkan. Memasuki bulan kesembilan (40 minggu) bayi akan turun lebih ke bawah abdomen bagi tujuan kelahiran. Namun, tidak semua kehamilan berakhir pada minggu ke-40. Terdapat bayi yang dilahirkan lebih awal.

(b) Jelaskan ketiga-TIGA peringkat kehamilan tersebut.

Perubahan buah dada Pada bulan keempat kehamilan, buah dada akan membesar.
Bahagian puting dan sekeliling puting (aerola) akan bertukar
menjadi gelap. Ibu perlu menggunakan baju dalam yang
bersesuaian untuk menampung saiz buah dada yang telah
berubah.

Pening dan mabuk Mabuk atau „morning sickness‰ boleh berlaku di sekitar bulan ketiga kehamilan. Ia berlaku bukan sahaja pada waktu pagi tetapi tidak mengira waktu. Mabuk yang melampau akan menyebabkan si ibu muntah.

Kerap kencing Masalah ini berlaku apabila kandungan semakin membesar. Ini kerana kandungan menekan pada pundi kencing.

Bengkak kaki Kaki membengkak biasa berlaku pada peringkat pertengahan kehamilan. Berat ibu yang betambah akan menjejaskan kaki dan pergelangan kaki.

(c) Proses kehamilan juga turut melibatkan perubahan fizikal si ibu. Bincangkan perubahan ini.

4. (a) Senaraikan aspek penting dalam pengurusan kesihatan diri.

(a) Pengurusan Kebersihan Tubuh
(b) Pengurusan Kebersihan Pakaian
(c) Pengurusan Pemakanan yang Sihat
(d) Pengurusan Tahap Kesihatan
(e) Pengurusan Berat Badan
(f) Pengurusan Tekanan (stress)

(b) Jelaskan dengan terperinci TIGA aspek penting dalam aspek pengurusan kendiri.




(c) Berdasarkan pemahaman anda bincangkan bagaimana kesedaran dan tanggungjawab menjaga tubuh badan dapat diterapkan.

Dalaman
Penjagaan dalaman iaitu pengambilan pemakanan yang sihat memainkan peranan penting dalam penjagaan atau pemulihan tubuh. Makanan yang seimbang akan membekalkan zat untuk setiap organ. Setiap Organ memerlukan zat yang berlainan untuk kesihatannya.

Luaran
Penjagaan luaran anggota tubuh lebih khursus kpd kaedah penjagaan kebersihan. Jika kita tidak membersihkan tubuh badan, kita membenarkan kuman atau hama berumah dalam tubuh kita. Keadaaan ini akan menyebabkan kita dijangkiti penyakit dan menjangkiti orang lain.

5. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keruntuhan rumah tangga.

Keruntuhan rumahtangga merujuk kepada
keadaan satu unit organisasi keluarga yang terlerai
daripada ikatan sama ada secara sah atau tidak.
Keruntuhan yang sah dimeterai oleh undang-
undang dengan bukti bahawa pasangan berkahwin
telah bercerai. Keruntuhan yang tidak sah merujuk
kepada pasangan yang berpisah secara tidak rasmi.

(b) Senaraikan TIGA faktor yang menyumbang kepada keruntuhan rumah tangga.

Kurang Penghayatan Terhadap Konsep Kekeluargaan
Konflik Peranan dan Tanggungjawab
Kemiskinan

(c) Bincangkan TIGA faktor penyumbang kepada keruntuhan keluarga. Berikan contoh untuk setiap faktor.

Kurang Penghayatan Terhadap Konsep Kekeluargaan
Kehidupan berkeluarga memerlukan perkongsian bijak dimana pasangan saling mempercayai, hormat-menghormati, bertolak-ansur, saling bermaafan, amanah dan komited dalam apa jua tanggungjawab.

Konflik Peranan dan Tanggungjawab
Keadaan menjadi lebih buruk jika suami enggan atau kurang membantu dalam urusan rumahtangga. Tekanan boleh menyebabkan hubungan antara pasangan menjadi tegang. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, pasangan suami isteri akan berpisah dan mengakhiri ikatan sebuah keluarga.

Kemiskinan
Kemiskinan adalah masalah sosial yang sering wujud dalam sesuatu kelompok masyarakat walaupun sesebuah negara diiktiraf sebagai negara maju. Kemiskinan biasanya ditafsir berdasarkan jumlah pendapatan yang ditetapkan sebagai di bawah garis kemiskinan (di negara kita pendapatan di bawah garis kemiskinan ialah RM687 untuk bandar dan RM698 untuk luar bandar).



Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP