leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri.Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)
Just student SMP-OUM khas kohot 5
- share nota padat, bahan assignment, contoh assignment. Semoga anda berjaya
tErBiNaNyA bLoG iNi
Ucapan Khas buat...... terima kasih yang tidak terhingga kepadakarmatunk77 - pembina asal blog ini danonerich- khidmat nasihat blog ini (tuan penassehatt 25 perr senn...!) Jasamu dikenang kerana terbinanya laman blog ini. Terhasilnya selama 10 hari, aku menggodam komputer hingga jam 2/3pagi. aduh..... penat rasanya, tapi aku rasa sangat puas hasil cubajaya yang tak jemu-jemu. Sejak 17/1/09 jam 5.30ptg hingga ke saat ini 27/1/09 jam 6.00ptg - counter pengunjung seramai 1180, wow!! tu satu petanda yang baik. Semoga pengunjung laman in tidak merasa bosan..... bye...
Sedang mengikuti Program Sarjana Muda Pengajaran OUM - kohot 5 ___
ikhas, catatan: tUaN pUnYa bLoG
Lirik Lagu OUMIlmu pengetahuan, Bekalan utama, Sepanjang hayat kitaDari buaian hingga hujung usia, Buru ilmu berguna Demi kesejahteraan, Demi kemajuan, Untuk diri dan watanHadapi cabaran sepanjang zaman, Dunia tanpa sempadan[Korus]Program pengajian berkualiti, Sistem pembelajaran terkiniOUM perintis universiti terbuka yang perdana Warga penyayang, penuh dedikasi, Mendukung nilai murniBersama-sama mencapai kejayaan, Demi kecemerlangan[ulang Korus ] O.U.MUniversiti untuk semua
Sorry la...IKLAN DULUBISNESSAKU NI,KALAU RAJIN JENGOK SEBENTAR LA BLOG BISNESS AKU,
SEBELUM / SELEPAS LIHAT PAPARAN BLOG INITQ
Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa;
Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat;
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca;
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil hidupnya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara;
Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu, guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
Kita Sembang Sini
MP Teruntum 1986/1988
Maktab Perguruan Teruntum, Kuantan Pahang
sesi 1986 / 1988
....aku teringat zaman di maktab dulu, lalu aku upload gambar kelas ni... Seingat aku kelas ni kelas D, aku jadi ketua unit masa tu..
Kepada rakan-rakan dalam gambar ni atau yang mengenali bolehlah sembang diruangan sembang di blog ni.nama-nama rakan ni ada yang aku tak ingat, sorryla dah lama 20 tahun lalu.aku dalam gambar ni duduk dari kiri nombor 5, huuiii segaknye....
0 ulasan:
Catat Ulasan