info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Isnin, 5 Oktober 2009

Bahan Assignment HBHE2103 PK - PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja)


PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja)

APAKAH PROSTAR ?
PROSTAR adalah singkatan kepada " Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja ". Program ini diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja . Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan ( NGO ) . Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur . PROSTAR berkonsepkan " Oleh Remaja , Melalui Remaja , Untuk Remaja " . Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ke arah hidup sihat tanpa AIDS .

KONSEP PROSTAR

Menggerakkan remaja sebagai Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ke arah hidup sihat tanpa AIDS .

OBJEKTIF PROSTAR

Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV , cara pencegahan dan pengawalannya .
Menyemai sikap positif di kalangan remaja akan masalah HIV yang dikaitkan dengan gejala sosial yang melanda remaja pada masa ini .
Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat , serta menghindari tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV .
Membentuk segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara hidup sihat dan menggerakkan remaja agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS .
Melahirkan segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat sosial dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja


 Maklumat
maklumat komprehensif tentang HIV/AIDS , isu - isu sosial , kemahiran berkomunikasi, perancangan program dan tingkahlaku berisiko yang perlu dijauhi .
Tanggungjawab
belajar menghargai maklumat - maklumat yang diperolehi serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri , keluarga dan sahabat handai .
Usaha
rasa prihatin yang terhasil melahirkan kesedaran untuk remaja meneraju usaha giat memerangi AIDS di kalangan rakan sebaya .
Risiko
akhirnya wujudlah keupayaan menangkis tingkahlaku berisiko dan pengaruh gejala negatif di kalangan remaja , rakan sebaya dan komuniti .

Hidup Sihat Tanpa Aids

Kajian mengenai HIV/AIDS, Prostar
Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja atau PROSTAR direncanakan berdasar kepada beberapa hasil kajian yang mendapati terdapat masalah dan kerumitan yang perlu diatasi dikalangan remaja. Senario begini mendorong beberapa kajian yang lebih mendalam dijalankan supaya dapat mengenalpasti apakah faktor-faktor yang memungkin remaja seringkali terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada jangkitan HIV/AIDS.
• Statistik HIV/AIDS dari KKM menunjukkan lebih 36% daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri dari golongan remaja dan belia yang berumur di bawah 29 tahun.
• Kajian tingkahlaku lepak dikalangan remaja(1994), mendapati 18% daripada 6,110 responden remaja mempunyai pengalaman melakukan seks bebas.
• Kajian Remaja dan AIDS (1996) dikalangan 4,347 orang remaja awam yang berumur 13-25 tahun pula mendapati 6% pernah melalukan sek bebas dan 5% pernah terlibat dengan penagihan dadah.
• Statistik dari Agensi Dadah Kebangsaan didapati 20,500 (55%) penagih dadah yang dikenalpasti pada tahun 1998 adalah dikalangan golongan umur dibawah 29 tahun

Fakta HIV/AIDS

Ketiadaan ubat dan rawatan khusus untuk menyembuhkan HIV/AIDS, kos rawatan yang sangat tinggi dan implikasi sosio-ekonomi yang sangat hebat sepatutnya dapat mendorong agar setiap remaja supaya mempertingkatkan pengetahuan yang lengkap mengenai HIV/AIDS. Semua orang tidak terlepas dari bahaya dijangkiti samada secara langsung ataupun tidak.
AIDS adalah singkatan bagi Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. Peringkat ini adalah peringkat terakhir Jangkitan HIV. Pada peringkat ini sistem daya tahan tubuh melawan penyakit dan kanser telah lumpuh. Pesakit akan mendapat gejala jangkitan oportunis dan barah tertentu.
HIV (Human Immunodeficiency Virus) HIV adalah singkatan bagi sejenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang. HIV menyebabkan AIDS.
Kes jangkitan HIV pertama telah dikesan pada tahun 1981 di California Amerika Syarikat. Jangkitan ini bermula di kalangan golongan homoseksual diikuti biseksual dan heteroseksual. Kawasan yang paling teruk adalah Sub Sahara Afrika diikuti oleh Asia Selatan (India) dan Asia Tenggara (Negara Thai). Di Malaysia, kes pertama HIV dikesan pada tahun 1986.

‘Acquired' Bermaksud jangkitan yang dipindahkan dari seorang individu kepada lain individu dan bukan diperolehi dari keturunan.
‘Immunodeficiency' Menerangkan keadaan di mana keupayaan semula jadi badan melindungi dirinya dari penyakit-penyakit dan jangkitan telah sangat lemah dan tidak lagi boleh melindungi dirinya dari jangkitan dan berbagai jenispenyakit dan barah.
‘Syndrome' Membayangkan gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala berpunca dari sebab/keadaan atau gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala dalam satu kombinasi tertentu sebagai gambaran klinikal satu-satu penyakit.

Apakah HIV?

Virus HIV adalah dari kumpulan ‘retrovirus' yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakitnya. Ia mula dikenal pasti pada tahun1984 selepas meletusnya wabak AIDS. Virus ini mempunyai masa pengeraman yang panjang sehingga bertahun-tahun lamanya sebelum menunjukkan tanda dan gejala penyakit. Virus HIV yang menyebabkan AIDS menular melalui hubungan seks dengan orang yang telah dijangkiti, perkongsian jarum suntikan dikalangan penagih dadah dan dari ibu yang dijangkit kepada bayi yang dikandungnya. Virus ini melalui pelbagai peringkat dalam proses menularkan jangkitan HIV.
Sehingga kini, asal usul HIV masih kabur.Ketiadaan vaksin penawar serta rawatan yang dapat m engubati penyakit ini menyebabkan AIDS suatu penyakit yang sangat bahaya dan perlu dihindari. Setiap individu wajar mengambil langkah pencegahan.
Tanda - tanda dan gejala
Pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah:
• Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya
• Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan
• Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara berkala ataupun berterusan
• Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.
• Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit
• Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).
• Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.

Apakah AIDS?

AIDS bermaksud "Acquired Immuno-deficiency Syndrome'. AIDS merupakan peringkat terakhir daripada spektrum jangkitan HIV di mana sistem daya ketahanan badan melawan kuman-kuman jangkitan telah dilumpuhkan oleh virus HIV
AIDS adalah singkatan bagi Acquired Immune Deficiency Syndrome iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit.
• ‘Acquired' - bermaksud jangkitan yang dipindahkan dari seorang individu kepada lain individu dan bukan diperolehi dari keturunan
• ‘Immunodeficiency' - Menerangkan keadaan di mana keupayaan semula jadi badan melindungi dirinya dari penyakit-penyakit dan jangkitan telah sangat lemah dan tidak lagi boleh melindungi dirinya dari jangkitan dan berbagai jenis barah.
• ‘Syndrome' - Membayangkan gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala berpunca dari sebab/keadaan atau gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala dalam satu kombinasi tertentu sebagai gambaran klinikal satu-satu penyakit.
AIDS disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus). HIV menyerang dan melemahkan sistem pertahanan badan manusia iaitu pertahanan semula jadi badan terhadap semua jenis jangkitan. Ia lambat-laun akan memusnahkan keupayaan semula jadi badan untuk melawan jangkitan dan sesetengah jenis kanser. AIDS merupakan penyakit yang paling serius terjadi akibat jangkitan HIV. Bagi mereka yang menghidap AIDS, jangkitan dan penyakit yang biasanya tidak merbahaya boleh mengancam nyawa seperti jangkitan opportunistic berpunca dari mikrob yang lazimnya tidak menyebabkan penyakit pada orang sihat.
Kriteria yang digunakan untuk mentakrifkan AIDS adalah merangkumi semua orang yang dijangkiti HIV yang mempunyai bilangan sel CD4 +T kurang daripada 200. Sel ini juga dikenali sebagai sel T4. Sel T4 ialah 'pejuang' utama dalam sistem pertahanan badan yang melawan penyakit. Orang dewasa yang sihat selalunya mempunyai 1000 atau lebih sel T4.

Sindrom AIDS

Istilah AIDS adalah merujuk kepada peringkat jangkitan HIV yang paling lanjut. Gejala-gejala yang lebih teruk mungkin tidak akan muncul dalam tempoh satu dekad atau lebih selepas HIV mula-mula menjangkiti badan mangsa. Penyakit HIV akan bertukar menjadi AIDS apabila sistem pertahanan badan terjejas teruk dan pelbagai komplikasi mula timbul. Kebanyakan keadaaan yang membentuk AIDS adalah akibat jangkitan yang bersifat opportunistic (iaitu merujuk kepada jangkitan mikroorganisma yang biasanya tidak menyebabkan penyakit pada orang sihat) seperti:
• Jangkitan paru-paru yang dicirikan oleh batuk, sesak nafas dan sakit dada (contohnya, pneumonia dan tuberkulosis pulmonari atau miliari akut).
• Cirit-birit yang teruk dan berterusan.
• Jangkitan pada otak atau kanser yang dicirikan oleh kekeliruan, demam, sawan, kehilangan penglihatan, sakit kepala yang teruk dan loya.
• Berat badan menyusut dengan teruk.
• CMV (sitomegalovirus), sejenis jangkitan yang biasanya menyerang mata.
• Kandida-sejenis jangkitan fungus yang menyebabkan seriawan (lapisan keputihan nipis dalam mulut) atau jangkitan dalam tekak atau faraj.
• Mereka yang menghidap AIDS amat cenderung mendapat pelbagai jenis kanser seperti Sarkoma Kaposi, sejenis kanser kulit yang dicirikan oleh bintil atau tompok-tompok ungu/merah jambu yang timbul pada kulit; atau kanser sistem pertahanan badan yang dikenali sebagai limfoma.

Komplikasi

Oleh kerana pesakit AIDS telah mengalami kelumpuhan fungsi sistem imun, mereka lebih mudah jatuh sakit berbanding dengan mereka yang memiliki tindak balas imun yang sihat. Komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku ialah:
• Pneumocystis carinii pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru), yang boleh membawa maut. Penyakit ini memusnahkan paru-paru pesakit AIDS
• Cytomegalovirus retinitis merupakan penyakit mata berkaitan AIDS yang serius dan boleh menyebabkan buta.
• Sarkoma Kaposi merupakan kanser berkaitan AIDS yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada kulit. Ia berwarna merah jambu atau ungu.
• AIDS wasting syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP