Soalan Tugasan HBAE1403 PSV - sept 2009
SOALAN TUGASAN
Ada 9 topik dalam proses menggambar yang anda telah pelajari secara detail dan khusus dalam modul ini.
1. Pilih 6 topik daripada 9. Anda dikehendaki mengambarkan keenam-enam topic tersebut dan persembahkan dalam bentuk “Buku Skrap”. Butir-butir yang perlu ada dalam setiap topik yang dipilih adalah seperti berikut:
1.1 Tajuk.
1.2 Kategori.
1.3 Perasaan terhadap tajuk/idea tersebut.
1.4 Bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinan.
1.5 Kadar banding, saiz, susunan corak.
1.6 Penggunaan alat dan bahan.
1.7 Teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankan.
1.8 Usaha anda terhadap hasil kerja tersebut.
1.9 Cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan media.
(Jumlah: 35 markah)
PANDUAN PELAJARAnda dinasihatkan:
1. Menggambar merupakan satu representasi visual atau sesuatu imej yang dihasilkan.
Contohnya di sini anda telah memilih Topik 6 Kegiatan Membuat Cetakan.
Ada 6 kategori yang diterangkan dalam alat dan media cetakan.
- Tahap Pengenalan
- Tahap Pertengahan
- Tahap Lanjutan
- Cetakan Mono
- Cetakan Tumbuh-Tumbuhan
- Cetakan Timbulan Lino, Kayu
Anda dikehendaki memilih satu sahaja bagi mewakili topik ini. Seterusnya beri tajuk.
Contoh:
1.1 Tajuk : Jari Jariku.
1.2 Kategori :
Tahap pengenalan
1.3 Perasaan terhadap tajuk/idea tersebut.
Kanak-kanak merasa seronok dan gembira semasa proses membuat cetakan jari tersebut.
1.4 Bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinan.
Bentuk
Cap jari
Kreativiti
Boleh digunakan untuk mengira ; Subjek Awal Nombor
Warna
Sangat menarik, apabila dilihat dari jauh seolah-olah ombak. Ada pergerakan ombak.
Corak
Berulang dll.
Garisan
Semulajadi dari jari tengah.
Ton
Dapat bermain dengan ton, sangat sesuai dan memilih warna sejuk sabagai mengambarkan suasana harmoni
Jalinan
Kesan garisan semulajadi kerana garisan cap jari.
Dan seterusnya...........
1.5 Kadar banding, saiz, susunan corak.
1.6 Penggunaan alat dan bahan.
1.7 Teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankan.
1.8 Usaha anda terhadap hasil kerja tersebut.
1.9 Cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan media.
2. Buat pencarian di internet berkaitan ‘menggambar’ untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.
3. Melakukan lawatan ke galeri seni bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan.
4. Membincangkan dengan guru pendidikan seni sekolah anda bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.
5. Hasil menggambar perlu disertakan sekurang-kurangnya satu dan tidak lebih dari tiga bagi menjelaskan hujah jawapan tugasan.
Catatan:
•Anda perlu menyediakan tugasan ini secara individu.
•Anda dikehendaki menyenaraikan bahan rujukan yang berkaitan.
•Digalakkan melampirkan bahan keratan akhbar / majalah / laman web berkaitan sebagai bahan sokongan tugasan.
•Perlu berbincang dengan tutor tentang cara menulis bibliografi yang betul.
•Masukkan elemen ICT dalam menghasilkan tugasan anda(jika ada)
0 ulasan:
Catat Ulasan