info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Khamis, 1 Oktober 2009

Tugasan Baru Kursus HBHE2103 Program Bersepadu Sekolah Sihat


FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
SEMESTER: SEPTEMBER 2009
TUGASAN KURSUS (35%)


SOALAN TUGASAN


Salah satu dari objektif Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) adalah untuk meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah. Hal ini berlaku menerusi penglibatan komuniti iaitu suatu bentuk kerja sama di antara warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat yang menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah. Persoalannya, kekangan masa membuatkan banyak program yang ingin diterapkan tidak dapat dilaksanakan oleh pihak sekolah. Justeru, anda ditugaskan oleh Guru Besar untuk mengemukakan cadangan bagi satu program baru yang menggabungkan beberapa program penglibatan komuniti sedia ada untuk dipanjangkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di tempat anda.

(a) Anda perlu membuat Kertas Cadangan untuk Program Baru Penglibatan Komuniti dengan menggabungkan sekurang-kurangnya tiga program yang sedia ada tanpa mengenepikan matlamat asal untuk setiap program tersebut.
Kertas Cadangan tersebut mestilah mengandungi sekurang-kurangnya perkara-perkara berikuti:

i. Latar belakang (Program Baru dan Definisi setelah digabungkan)
ii. Tujuan
iii. Rasional
iv. Matlamat dan Objektif
v. Cadangan Organisasi
vi. Cadangan Program/Aktiviti
vii. Kaedah Pelaksanaan (Peranan Masyarakat/PPD/ Pentadbir/ Guru/ Murid)
viii. Anggaran Perbelanjaan
(25 markah)


(b) Anda dikehendaki menterjemahkan perkara i – vii di atas ke dalam bentuk booklet dengan mengambil kira ciri-ciri inovasi masa kini bagi tujuan promosi program tersebut kepada murid dan seluruh warga sekolah.
(10 markah)

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP