info terkini

 

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Sabtu, 5 Disember 2009

Jawapan Bagi Soalan HBML2103 BM


Bahagian A

Soalan 1
a) Definisi Morfologi menurut Nik Safiah karim – Bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, binaan dan penggolongan kata.
b) Imbuhan merupakan unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk2 lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.
- Imbuhan awalan – ditambah pada bahagian hadapan kata dasar.
Cth : lari – berlari
Kejar – mengejar

Imbuhan akhiran – Imbuhan yang hadir selepas kata dasar.
Cth : surat – suratan
Kawan – kawanan
Soalan 2
Kata adjektif – kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsure keterangan nama.

a) Kata adjektif ukuran – memberikan pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.
Cth: pendek, panjang, tebal.
b) Kata adjektif perasaan – memberikan pengertian perasaan sebagai unsur
Keterangan. Contoh : rindu, benci, segan.
c) Kata adjektif pancaindera – memberikan pengertian pancaindera sebagai unsur
Keterangan. Contoh: Rasa, pandang, dengar, bau,
Sentuh dan gabungan.
d) kata adjektif jarak – memberikan pengertian jarak sebagai unsur keterangan.
Contoh : jauh, hamper, dekat

Soalan 3
Subjek – merupakan konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.

Prediket – Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek

Contoh :

Subjek Prediket
Rumah Ali sangat besar dan cantik
Kereta besar dan cantik itu milik ayah saya.


Soalan 4
a) Ayat aktif –
i) ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
ii) Terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Ayat pasif –
iii) mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.
iv) Terdiri daripada ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua dan ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

b) Dua ayat pasif dengan perkataan kena.
i) Penjahat itu kena tangkap oleh pihak polis
ii) Dia kena tipu oleh pemuda itu.

Soalan 5
- Ayat majmuk gabungan aialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata penghubung dan, atau, tetapi dll.

a) Gabungan susun faktanya berurutan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, lalu, lagi, serta dan sambil.
Contoh ayat : Lagu-lagu tahun 60-an dinyanyikan oleh artis lama sambil penonton bertepuk tangan.

b) Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan melainkan.
Contoh ayat : Ramai pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah padahal peraturan tidak membenarkan pelajar berbuat demikian.


BAHAGIAN B
Soalan 1

a) akronim tergolong dalam bentuk kata tunggal yang bermaksud kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contoh: ABIM, Gapena, Tabika, Pawagam

b) Kata majmuk – terhasil melalui proses pemajmukan iaitu merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.

i) kata majmuk yang dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit..
ii) kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Contoh: Rangkaian Kata Bebas ( nasi minyak, bom tangan, jalan raya, air hujan )
Istilah Khusus ( garis pusat, pita suara, urus setia, cari gali )
Mendukung Maksud Kiasan ( kaki bangku, panjang tangan )

c) Golongan kata mengikut Tatabahasa Dewan (1996 )
- nak buat rajah tak tau, rujuk modul m/s 15

Soalan 2

a) Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Terbahagi kepada dua jenis:
i) keterangan yang boleh digugurkan
contoh ayat : Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.
Kanak-kanak sedang mandi.
ii) keterangan yang tidak boleh digugurkan
contoh ayat : Dia berada di Kuala Lumpur
Dia berada ( ayat salah, sebab itu keterangan di Kuala Lumpur tidak boleh digugurkan )

b)
i) Ayat penyata – Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu penyataan. Mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan.
Contoh ayat : Saya mempunyai sebuah kereta.

ii) Ayat Tanya – digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu..
Contoh ayat : Apakah benda itu?

iii) Ayat perintah – Ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan ganti nama kedua seperti awak, kamu, engkau dll yang digugurkan.
Contoh ayat : Jangan ambil harta orang. ( ayat larangan )

iv) Ayat seruan – membawa nada atau intonasi suara dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan atau perasaan seperti takut, marah, geram, takjub dll. Digambarkan dengan ntulisan dengan tanda seru (!). Letak diakhir ayat.
Contoh ayat : Wah, cantiknya rumah itu!


Soalan 3

a)
i) Klausa – Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan prediket yang menjadi konstituen kepada ayat. Terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa terikat. Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat apabila diucap dengan intonasi yang sempurna.
Contoh : kamu pandai.
Saya yang hadir.

ii) Frasa – unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan prediket. Namun dalam susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa.
Contoh : Anak kecil itu sedang tidur.
( frasa )

iii) Perkataan – Ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang membawa maksud bahawa kata boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi.

b)

Ayat Anak orang itu sedang makan
Klausa Anak orang itu sedang makan
Frasa Anak orang itu sedang makan
Perkataan Anak orang itu sedang makan


c)
- Ayat aktif dengan keterangan boleh digugurkan.
Contoh ayat: i) Budak itu sedang mandi di sungai itu.
ii) Aminah menangis sepanjang hari.
iii) Nenek tidur di bilik adik.
# perkataan yang bergaris sebagai keterangan boleh digugurkan.

- Ayat aktif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
Contoh ayat : i) Dia berada di Kuala Lumpur.
ii) Bas itu menuju ke Sabak Bernam.
iii) Penyakitnya beransur sembuh.
# perkataan yang bergaris sebagai keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Soalan 4

a) Ayat dasar atau ini ialah binaan ayat yang paling dasar atau asas dan menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

b) Terdapat 4 jenis pola ayat dasar.


Pola Subjek Prediket
1 Frasa Nama ( FN )
Encik Rahim Frasa Nama (FN)
pensyarah Bahasa Melayu
2 Farasa Nama (FN)
Encik Rahim Frasa Kerja (FK)
sedang mengajar
3 Frasa Nama (FN)
Encik Rahim Frasa Adjektif (FA)
pensyarah yang baik.
4 Frasa Nama (FN)
Encik Rahim Frasa Sendi Nama (FSN)
berada di Kuala Lumpur.

c)
i) Subjek kata nama am.
Contoh ayat : Taman bunga itu sungguh cantik dan bersih.
ii) Subjek Kata Nama khas
Contoh ayat : Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia.
iii) Subjek kata kerja.
Contoh ayat : Bersenam adalah satu aktiviti yang dapat menyihatkan badan.
iv) Subjek kata ganti nama orang.
Contoh ayat : Beliau dilahirkan di Sabak Bernam sebelum berpindah ke Klang.
v) Subjek kata adjektif.
Contoh ayat : Putih ialah warna yang terdapat dalam bendera Malaysia.


Soalan 5
a) Jawapan tgk modul m/s – 158 dan 159
b) - Kata hubung gabungan – kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang samatara sifatnya. Ayat yang terbina dinamakan ayat majmuk gabungan. Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, manakala, tetapi, serta, sambil
- Kata hubung pancangan – kata yang menghubungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama.

c) - kata hubung pancangan realitif ialah kata hubung yang digunakan untuk menghubungkan klausa utama dan klausa kecil. Contoh kata hubung realitif ialah yang.
Contoh ayat : Wakil rakyat berjiwa rakyatlah yang dihormati masyarakat.

- kata hubung pancangan komplemen – digunakan untuk menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contoh kata hubung komplemen ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat : Agak sukar untuk memujuk penagih tegar kembali kepada kehidupan biasa.


BAHAGIAN C

SOALAN 1
a) Ayat terbitan terbit/berpunca daripada ayat yang lain. Terhasil daripada suatu proses gramatis iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa.

b) i) Pengguran frasa nama sebagai subjek.
- pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.
Contoh ayat : Kamu keluar! ------- Keluar!

- pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.
Contoh ayat : Adik saya cerdik + Adik saya pemalu.
Adik saya cerdik tetapi pemalu.

ii) Pengguguran frasa prediket.
- Seluruh frasa prediket atau bahagian2 daripadanya boleh digugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa prediket yang serupa dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa prediket yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan.
Contoh frasa prediket yang boleh digugurkan : Frasa kerja yang serupa, Frasa nama yang
Serupa, Frasa adjektif yang serupa, Frasa
Sendi nama yang serupa.
# cth ayat – m/s 118

c) Proses transformasi yang melibatkan peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur2 dalam ayat yang baharu. Terdapat beberapa jenis peluasan ayat dalam Bahasa Melayu.
- Peluasan frasa nama sebagai subjek.
- Peluasan frasa prediket.
- Peluasan dengan kata hubung
- Peluasan melalui proses komplementasi.

Ayat asal Peluasan
Budak itu adik saya.
Budak itu membaca buku. Budak yang membaca buku itu adik saya.
( Frasa nama sebagai subjek )
Osman mengusik budak itu.
Budak itu menangis. Osman mengusik budak yang menangis itu.
( Frasa prediket )
Ayah tidak pergi kerja.
Ayah sakit perut. Ayah tidak pergi kerja kerana sakit perut.
( kata hubung )
Mereka melaporkan.
Guru kelas tidak hadir. Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak hadir.
( Proses komplementasi )


Soalan 2
Soalan a dan b
Tak larat nak tulis – jawapan baca modul m/s 171, 172, 173, 174, 175

Soalan c

Jawapan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada guru. LU FIKIRLAH SENDIRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII………………

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP