info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010.
Semoga dapat mencapai kebahagiaan, kejayaan dan apa yang diimpikan.
ALl the bestt!!


Read more...

Ahad, 27 Disember 2009

þëTUã MéÑä®ÌK «§»

Legakan Sakit kepala

Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal. Kemudian tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit kepala anda akan berkurangan dan anda akan berasa segar.


Kurangkan kadar kolestrol

Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.


Kulit Berkedut

Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan ini dikacau hingg sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan.


Sakit Gigi

Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai seketika diatas api dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit akan berkurangan.


Senggugut

Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. InsyaAllah mujarab.


Petua Menghentikan Pendarahan

Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah. Waktu menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air. Hasilnya , insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa sakit.


Turunkan suhu Badan Bayi

Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu badanbayi akan berkurangan.


Hilangkan Kesan Teh

Ambil saja sedikit ubat gigi dan sapu pada kole atau gelas yang ada kesan berkarat dari teh. Ambil sehelai kain bersih dan gosokkan padanya. InsyaAllah kesan teh akan hilang dengan mudah dan gelas atau kole anda tidak akan tercalar.


Elak ikan melekat ketika digoreng

- Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng. Selamat mencuba.

Menjadikan wajah berseri

- Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

Merawat bengkak usus

- Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.

Mengilatkan periuk

- Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.

Menghilangkan jerawat batu

- Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.

Rawatan jika terkena minyak atau air panas

- Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.

Mengelakkan gula dimasuki semut

- Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.

Menghilangkan demam campak

- Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).

Karipap lebih rangup

- Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak.

Melegakan selsema bayi

- Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.

Melembutkan daging

- Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.

Menghilangkan parut luka

- Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Memudahkan mengopek kerang

- Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.

Merawat penyakit buasir

- Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.

Mengatasi bayi demam selepas disuntik

- Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.

Menghilangkan gatal getah keladi

- Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.

Mempercepatkan pembekuan agar-agar

- Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.

Mengelak kain batik daripada luntur

- Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.

Memudahkan bayi buang air besar

- Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.

Cara merawat penyakit panau

- Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.

Menghilangkan bau nasi hangit

- Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.

Merawat cirit-birit dan menghilangkannya

- Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.

Menghentikan hidung berdarah

- Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.

Kacang hijau cepat empuk

- Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.

Cara membersih botol susu hingga berkilat

- Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.

Read more...

Jadual Bayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2010

Read more...

Sabtu, 26 Disember 2009

Kadar bayaran tambahan sesi persekolahan 2010 diseragam

KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.

Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).

“Secara keseluruhan, kadar bayaran tambahan untuk persekolahan tahun depan lebih rendah berbanding tahun ini. Bayaran tambahan ini pada kadar minimum supaya tidak bebankan ibu bapa.

“Ia adalah untuk pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar dan dikutip pada awal sesi persekolahan dibuka nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, Alimuddin berkata, sebarang bayaran tambahan lain bergantung kepada persetujuan pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) berdasarkan keperluan aktiviti murid di sekolah masing-masing dengan mengambil kira latar belakang ekonomi ibu bapa mereka.

“Apabila kadarnya dipersetujui bersama pihak sekolah dan PIBG, ia perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip sumbangan PIBG berdasarkan satu keluarga satu bayaran tanpa mengambil kira bilangan anak di sekolah yang sama.

Sebelum ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan tiga pakej bayaran tambahan iaitu Pakej A RM38.50, B (RM30.50) dan C (RM23.50) untuk sekolah rendah, sekolah menengah Pakej A (RM55.50), B (RM44.50) dan C (RM33.50).

Pakej A bagi ibu bapa yang bekerja dalam bidang profesional seperti usahawan dan pegawai tinggi kerajaan, Pakej B untuk pegawai kerajaan kumpulan sokongan dan profesional serta Pakej C untuk petani, peladang, kakitangan kerajaan dan pekerja bawahan.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya dihubungi ramai ibu bapa yang menyuarakan kegelisahan kerana belum mendapat maklumat berhubung bayaran tambahan yang akan dikenakan pada sesi persekolahan tahun depan.

sumber: BERITA HARIAN 24/12/09

Read more...

Rabu, 23 Disember 2009

6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:


1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.

Read more...

Khamis, 17 Disember 2009

Anugerah Guru Inovatif



"Anugerah Guru Inovatif" adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang telah menghasilkan usaha kreatif dan inovatif yang telah terbukti berjaya dalam meningkatkan profesionalisme keguruan dan menjamin keberkesanan pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

OBJEKTIF PENGANUGERAHAN GURU INOVATIF

" Mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

" Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenalpasti sebagai kreatif dan dalam pelaksanaan kurikulum itu.

" Menggalakkan guru berikhtiar mencari idea-idea baru dalam pelaksanaan kurikulum untuk mencapai kecemerlangan dalam profesion guru.

" Menyebarkan maklumat berkaitan dengan kreative dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum bagi contoh teladan kaum guru dan pengetahuan umum.

Read more...

Isnin, 14 Disember 2009

Guru SK Dibebani Tugas Kerani?

PELBAGAI pihak menyalahkan guru sekolah Kebangsaan (SK) kerana dikatakan gagal mendidik pelajar jika dibandingkan dengan guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang kononnya cemerlang. Lantaran itu ada pihak yang mencadangkan agar guru SK dihantar mengikuti kelas pembelajaran Matematik dan Sains di SJKC terpilih.

Malah ada pertubuhan perguruan mempertikaikan komitmen guru SK dalam mendidik pelajar dan menuduh guru SK kurang memberikan latihan kepada pelajar. Semua pihak menghentam guru SK seolah-olah mereka inilah yang harus dipersalahkan dan mereka yang mengkritik pula telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

Golongan ini langsung tidak melihat elemen-elemen lain yang menyebabkan prestasi SK merosot. Sedarkah mereka bahawa SJKC hanya mengambil pelajar Cina yang pintar sahaja untuk belajar di SJKC manakala lebihannya dihantar ke SK untuk didik oleh guru SK?

Adilkah bebanan yang terpaksa ditanggung oleh guru SK? Golongan ini juga tidak sedar bahawa merekalah yang 'merosakkan' reputasi guru sebagai pendidik dengan membebankan guru SK dan SMK dengan tugas-tugas perkeranian yang semakin menimbun saban tahun.

Setiap pengetua dan guru besar pula menekan guru-guru untuk menyediakan pelbagai laporan yang boleh dibuktikan kepada Jabatan Pelajaran Negeri agar membolehkan mereka layak mendapat jawatan Pengetua Cemerlang. Itu belum lagi tugas sebenar seorang guru iaitu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang 'terganggu' oleh keperluan jabatan-jabatan kerajaan lain seperti Jabatan Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan banyak lagi.

Semua keperluan ini sepatutnya dilakukan oleh kakitangan bergelar kerani, bukannya guru kerana tugas sebenar seorang guru ialah terlibat dengan P&P. Namun semuanya itu dilonggokkan ke atas bahu para guru dengan alasan profesionalisme. Semakin banyak kerja perkeranian dan perburuhan yang dilakukan maka semakin profesionallah guru tersebut.

Sebenarnya banyak lagi aspek dan elemen yang boleh 'dikambinghitamkan' sebagai jawapan atas kegagalan pelajar di SK. Antaranya ialah sikap tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin ibu bapa, kemiskinan, kurang pendedahan, persekitaran, kurang kemudahan dan sebagainya.

Namun semua itu akan dapat diatasi sekiranya profesionalisme perguruan dikembalikan ke jalan yang benar iaitu para guru 100 peratus melibatkan diri dengan P&P, bukannya sebagai kerani kaunter kutipan bayaran, kerani mengira kehadiran penonton di stadium, kerani statistik, kerani banci penduduk, kerani syarikat penyelenggaraan dan lain-lain yang langsung tidak berkaitan dengan P&P.

Jika golongan pensyarah di kolej-kolej dan universiti boleh menjalankan P&P mereka tanpa kerja-kerja yang tak berkaitan, mengapa guru-guru tidak?

Menteri Pelajaran sebelum ini pernah membuat penyelidikan betapa banyaknya beban kerja guru. Malah beliau telah mengungkapkan "saya kasihan akan guru-guru saya" apabila hasil kajian beliau mendapati para guru 'diseksa' dengan kerja-kerja perkeranian yang melambak-lambak. Namun setakat itu sahaja kerana dunia perguruan terus bercelaru dengan pelbagai beban kerja di luar P&P.

Kerja-kerja perkeranian mengganggu P&P guru. Guru adalah manusia biasa yang mempunyai kemampuan berfikir dan bekerja yang terhad. Pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia, masing-masing hanya mahukan satu laporan atau satu statistik sahaja daripada seorang guru tetapi guru tersebut perlu melakukan empat pekerjaan di luar bidang P&Pnya. Alangkah bagusnya setiap tahun hanya satu kerja sahaja daripada empat pihak tersebut. Ironinya keadaan itu adalah mustahil!

Janganlah salahkan guru semata-mata. Sistem pendidikan dan penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia wajar berlaku adil kepada seluruh guru. Berilah keadilan kepada guru-guru SK dan SMK, iaitu 100 peratus P&P dan tiada lagi 'guru kerani'. Insya-Allah pendidikan SK dan SMK akan terus gemilang.

NORHISYAM MOHAMAD

Kota Sarang Semut, Kedah

Utusan Malaysia Online: 26 November 2009

Read more...

Khamis, 10 Disember 2009

Rumusan HBAE1403 PSV

MENGGAMBAR
- Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid.
- Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
- Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid.
- Kegiatan yang dicadangkan untuk membuat gambar ialah seperti lukisan, catan, cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek.
- Aktiviti menggambar dapat memberi kesedaran terhadap Asas Senireka dalam hasil kerja.
- Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.
- Menggambar adalah satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi.
- Menggambar mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan ke atas permukaan rata.
- Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang.
- Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.
- Bidang menggambar mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap umur murid.
- Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
- Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui empat cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian.
- Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.


LUKISAN
- Lukisan didefinisikan sebagai lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran dengan menggunakan berbagai jenis media kering. Ianya dilakukan di atas permukaan yang rata.
- Lukisan dihasilkan dengan menggunakan berbagai media kering.
- Setiap alat, media dan bahan yang digunakan untuk melukis mempunyai kesan garisan, ton yang tertentu.
- Pemilihan menggunakan alatan, media dan bahan tertentu adalah amat penting dan perlu disesuaikan dengan jenis kertas sebelum menghasilkan sesebuah lukisan.
- Unsur seni garisan adalah amat penting dan berguna untuk menghasilkan lukisan pelbagai teknik.
- Berbagai-bagai teknik boleh dihasilkan dalam sesebuah lukisan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan.
- Mengenal pasti tema dan subjek sebelum mula melukis adalah amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran lebih teratur.
- Teknik gabung jalin pelbagai aspek perlu diambil kira dalam sesebuah lukisan yang bermutu.
- Lukisan boleh dihasilkan sama ada dengan cara berwarna atau tidak berwarna.
- Kemahiran mengaplikasikan berbagai alat, media, bahan dan teknik akan menghasilkan lukisan yang terbaik.
- Aktiviti pemahaman dan penghargaan amat penting dijalankan setelah selesai mengadakan aktiviti lukisan.
- Untuk menghasilkan sesebuah lukisan perlu dimulakan dengan langkah-langkah yang tertentu iaitu dari aras mudah ke aras sukar.

KEGIATAN MEMBUAT CATAN
- Catan adalah satu proses gambaran pemikiran secara nyata.
- Dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas satu permukaan rata.
- Adalah satu hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D.
- Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar.
- Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan campuran warna dan air.
- Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal.
- Warna air bersifat lutsinar dan lembut.
- Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas.
- Cat minyak perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di permukaan kanvas.
- Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas.
- Cat gouache cepat kering manakala fresko sesuai digunakan di permukaan dinding/mural.
- Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan.
- Berus yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang tersendiri.
- Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk menghasilkan catan.
- Warna asas terdiri daripada tiga warna.
- Warna sekunder ialah hasil campuran dua warna asas.
- Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder.
- Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau hitam.
- Warna penggenap adalah warna yang bertentangan dalam roda warna.
- Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna.
- Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang pada sesuatu objek.
- Kroma warna ialah campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza.
- Warna natural atau pastel ialah warna persekitaran yang tidak terdapat dalam warna asas, sekunder atau tertier.
- Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan simbol.
- Menghargai sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan dapat menyuarakan isi hati.

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ
• Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej.
• Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.
• Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
• Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya yang tersendiri.
• Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan.
• Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan.
• Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu.
• Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.
• Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema.
• Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj.
• Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan kejadian sebenar.
• Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan perasaan individu.
• Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan.
• Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik.
• Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti dan mendapatkan keseronokan.
• Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah dan suka terhadap sesuatu benda.
• Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ
- Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.
- Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum.
- Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj.
- Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
- Teknik superimpose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.
- George Grosz (1915) menggabungkan warna-warna basah (seni halus) dan elemen-elemen fotografi superimpose dalam karya montajnya.
- Pelukis dari pergerakan aliran Dadaisme di Berlin banyak menghasilkan aktiviti montaj dalam seni rupa moden.
- Pameran pertama dunia dalam foto montaj telah diadakan di German pada 1931.
- Murid-murid di tahap dua perlu didedahkan dengan membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dengan menggunakan komputer dalam aktiviti seni.
- Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan kemudahan yang ada.
- Aktiviti montaj boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek.
- Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf.
- Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam hasil kerja.
- Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang untuk mendapatkan kesan keseragaman.
- Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.
- Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan.
- Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid menghasilkan montaj.

KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN
• Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat.
• Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.
• Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat.
• Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata.
• Chew Teng Beng dan Long Thien Shih adalah di antara pakar seni grafik tanahair.
• Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam semulajadi, alam benda dan bahan terbuang.
• Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan, pertengahan dan tahap lanjutan.
• Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik luar gelap dan teknik luar putih adalah diantara teknik cetakan yang popular dihasilkan.
• Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
• Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.
• Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai perlu disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
• Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara mudah dihasilkan.
• Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan penyelesaian masalah.
• Aktiviti cetakan di tahap lanjutan merujuk kepada pendekatan Âopen minded problemÊ.
• Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan dari beberapa sudut iaitu sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN
• Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
• Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.
• Alatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu alatan dari alam semulajadi dan alatan dari benda buatan manusia.
• Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus.
• Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama.
• Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan.
• Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak.
• Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut.
• Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik.
• Penentuan tema sebelum pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik.
• Gabungan beberapa kegiatan menggambar adalah satu hasil kerja yang unik.
• Cadangan-cadangan positif dan negatif yang dikemukakan sekurangkurangnya dapat memberi perubahan dan mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran di antara guru dan murid di masa akan datang.

KEGIATAN MEMBUAT RESIS
• Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.
• Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.
• Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas.
• Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis.
• Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.
• Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan.
• Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis.
• Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis.
• Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.
• Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas.
• Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis.
• Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur putih dan lilin dalam proses menghasilkan resis.
• Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik.
• Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut.
• Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.
• Terdapat empat cara pendekatan dalam membuat kritikan seni iaitu pendekatan induktif, deduktif, empati dan interaktif.

KEGIATAN MEMBUAT PERCIKAN
• Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan.
• Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik.
• Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.
• Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.
• Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan yang kemas.
• Percikan dan titikan atau ÂstipplingÊ adalah dua kaedah yang berlainan.
• Percikan biasanya dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas.
• Percikan boleh dihasilkan ke atas permukaan kertas yang telah diwarna dengan warna basah terlebih dahulu.
• Percikan boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna.
• Percikan boleh diulang ke atas permukaan yang sama.
• Percikan yang halus dan seragam boleh diaplikasikan dalam teknik semburan.
• Percikan menggunakan penggelek adalah satu aktiviti yang rumit dan tidak terkawal.
• Percikan dengan jari akan menghasilkan percikan yang tidak sekata.
• Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh juga dijalankan.
• Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat untuk mengelakkan lebihan percikan terjadi ke atas permukaan yang tidak diingini.
• Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.
• Apresiasi seni yang dijalankan di sekolah rendah haruslah dijalankan secara konkrit dan skop yang terhad.
• Perbincangan yang hendak dijalankan oleh guru dan murid-murid haruslah menarik minat murid.
• Perbincangan secara berkumpulan dan membuat pameran di bilik darjah daripada hasil kerja yang dibuat adalah aktiviti yang sangat penting.
• Guru patut menggalakkan murid memberi komen secara Âopen endedÊ.
• Guru perlu menggunakan soalan-soalan yang positif kepada murid apabila membuat perbincangan.
• Perbincangan dan pendedahan tentang sesuatu hasil karya seni dilihat dari sudut perspektif, cadangan-cadangan dan idea-idea dikatakan telah memahami nilai estetik.
• Perbincangan secara berkumpulan dianggap pencetus kepada pemikiran kritikal dianggap sebagai satu teknik pembelajaran yang bermakna.
• Pameran hasil kerja adalah satu cara membina penghormatan diri dan penerimaan sikap yang positif.
• Guru harus peka terhadap persepsi yang dikemukakan oleh murid tentang sesuatu hasilkerja dari aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan, tujuan dan objektif.
• Guru memainkan peranan yang penting dalam menjalankan apresiasi seni.
• Perkara-perkara yang perlu diambilkira apabila menjalani proses menganalisa kerja seni ialah dari aspek tokoh, tajuk/tema, masa, Âsubjek matterÊ, alatan, media, teknik, asas senireka, sejarah dan kejayaan sesuatu konsep atau idea.
• Penilaian sesuatu hasil kerja boleh dinilai dalam bentuk skala dari satu (lemah) hingga sepuluh (terbaik).
• Pelukis barat yang banyak mengaplikasikan hasil karyanya dalam aktiviti percikan ialah Jackson Pollock.

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK
• Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.
• Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.
• Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.
• Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik mozek.
• Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah.
• Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara Âdirect methodÊ, Âindirect methodÊ dan Âdouble direct methodÊ.
• Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media.
• Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja.
• Tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut.
• Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.
• Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul.
• Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih menarik.
• Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur.
• Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk menampal.
• Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja seni.
• Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni.
• Guru boleh menjalankan hasil kerja murid secara Âstudio aktiviti centred methodÊ.
• Apresiasi seni pada zaman dahulu lebih tertumpu kepada Âteacher centredÊ dan terhad kepada rujukan sedia ada, nilai sentimental, Âanecdotal accountsÊ dan artis terkenal sahaja.
• Apresiasi seni pada zaman sekarang lebih tertumpu kepada kajian, pemerhatian, cara berkomunikasi, persepsi, analisia, sintesis, penggunaan alatan dan media yang lebih meluas, perbincangan tentang isu-isu social dan kritikan membina. • Apresiasi seni boleh dijalankan berdasarkan empat peringkat iaitu diskriptif, analisa formal, interpretasi dan penilaian.

Read more...

Rabu, 9 Disember 2009

TIP HBML2103 BM untuk exam esok


1. Definisi Morfologi

Nik Safiah Karim (1996): Kamus Dewan Edisi Keempat (2005): Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993):
mengkaji
• Struktur.
• Bentuk.
• Penggolongan kata. kajian pembentukan kata
• Infleksi (pengimbuhan).
• Terbitan.
• Pemajmukan. mengkaji tentang perkataan dan cara-cara
pembentukannya. Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata

2. EMPAT bentuk imbuhan
• Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal kata.
• Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang diletakkan pada akhir kata.
• Imbuhan apitan ialah imbuhan yang letaknya pada awal dan akhir kata.
• Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang diletakkan pada tengah-tengah kata.

3. DUA bentuk kata majmuk
• Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
• Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

4. EMPAT golongan kata bahasa Melayu
kata nama,
kata kerja,
kata adjektif
kata tugas.

4 DUA jenis kata ganda bahasa Melayu
(i) Penggandaan penuh
(ii) Penggandaan separa

5. Definisi bagi subjek dan predikat
Subjek - Konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan
Predikat - Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek

6. Dua jenis ayat tunggal
1. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri. Cth:
(i) Kamu.
(ii) Sudah?
(iii) Ini?
2. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Cth:
(i) di mana?
(ii) ke Kuala Lumpur
(iii) dari Terengganu

7. DUA jenis ayat majmuk keterangan
1. Keterangan musabab - merupakan unsur yang menerangkan sebab-sebab sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku
2. Keterangan akibat - menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan.

8. Konsep morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem ialah unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan.
• Unit yang terkecil dalam bahasa dan berfungsi gramatis.
• Dibahagikan kepada dua mengikut sifatnya, iaitu morfem bebas dan morfem terikat

9. Maksud kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan,

10. Jenis-jenis kata adjektif bahasa Melayu.
(i) kata adjektif sifatan atau keadaan
(ii) kata adjektif warna
(iii) kata adjektif ukuran
(iv) kata adjektif bentuk
(v) kata adjektif waktu
(vi) kata adjektif jarak
(vii) kata adjektif cara
(viii) kata adjektif perasaan
(ix) kata adjektif pancaindera

11. Definisi imbuhan dan maksud imbuhan pinjaman.
Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk
lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.


12. Definisi ayat.
ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

13.Konsep ayat aktif dan ayat pasif.
Ayat aktif dibahagikan kepada dua, iaitu aktif transitif, aktif tak transitif.
Ayat pasif dibahagikan tiga kumpulan, iaitu pasif dengan imbuhan kata kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama pertama dan kedua, dan pasif dengan perkataaan kena yang hadir sebelum kata kerja.

14. Jenis-jenis ayat majmuk bahasa Melayu.
1. ayat majmuk gabungan
2. ayat majmuk pancangan
3. ayat majmuk campuran
4. ayat majmuk pasif

15. Definisi klausa
satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat.

16. Pola-pola ayat dasar bahasa Melayu.
(a) Definisi Pola Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

(b) Jenis-jenis Ayat Dasar
Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang berikut:

Pola Jenis Pola Subjek Predikat
1. FN + FN Encik Shari ejen insuran
2. FN + FK Dia menjerit kesakitan
3. FN + FA Budak itu sangat nakal
4. FN + FS Pejabat saya di Kuala Terengganu

Read more...

Selasa, 8 Disember 2009

Rumusan HBML2103 BM

PENGENALAN MORFOLOGI

• Morfologi ialah bidang yang mengkaji pembentukan kata.
• Golongan kata ialah pembahagian kata mengikut golongan tertentu.
• Imbuhan dibahagikan kepada awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
• Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal kata.
• Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang diletakkan pada akhir kata.
• Imbuhan apitan ialah imbuhan yang letaknya pada awal dan akhir kata.
• Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang diletakkan pada tengah-tengah kata.
• Golongan kata terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
• Kata tunggal ialah kata yang tanpa imbuhan.
• Kata terbitan ialah kata yang diberikan imbuhan.
• Tiga bentuk kata ganda ialah penggandaan penuh, separa dan berentak.


KATA NAMA DAN KATA KERJA

- Kata nama ialah kata yang digunakan bagi nama orang, nama benda, nama tempat dan nama perkara.
- Kata nama khas ialah kata yang merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan atau institusi, undang-undang, bahasa, pangkat dan sebagainya.
- Kata nama khas dibahagikan lepada dua, iaitu nama khas manusia dan nama khas bukan manusia.
- Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep secara umum.
- Kata nama am dibahagikan kepada lima kumpulan kecil mengikut ciri makna perkataannya.
- Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama.
- Kata ganti nama terbahagi lepada lima jenis.
- Kata kerja ialah kata yang menjadi inti binaan frasa kerja.
- Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan.
- Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
- Kata kerja tak transitif terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.
- Kata kerja tak transitif tidak boleh dipasifkan.
- Kata kerja terdiri daripada empat bentuk.


RAGAM AYAT

• Ragam Ayat
(i) Ayat aktif
aktif transitif
yat aktif tak transitif
(ii) Ayat pasif
at pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
at pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja
• Empat jenis ayat dalam bahasa Melayu.
(i) Ayat Penyata
(ii) Ayat Tanya
at tanya tanpa kata tanya
Ayat tanya dengan kata tanya
Ayat tanya dengan kata gantinama tanya
t tanya terbuka
Ayat tanya tertutup
(iii) Ayat Perintah
Ayat suruhan
Ayat larangan
at silaan
t permintaan
(iv) Ayat Seruan

Ayat Dasar
Ayat dasar ialah „ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa‰.

• Ayat Terbitan
Transformasi melalui,
pengguguran,
penyusunan semula,
asan
• Pola Ayat Dasar
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS


AYAT TUNGGAL

• Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai:
(i) satu konstituen subjek, dan
(ii) satu konstituen predikat.

• Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu:
(i) subjek, dan
(ii) predikat.

• Binaan subjek dalam ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut:
(i) Frasa nama (nama am, nama khas, nama terbitan).
(ii) Frasa ganti nama (ganti mana orang, ganti nama tunjuk).
(iii) Frasa kerja yang berfungsi sebagai frasa nama.
(iv) Frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa nama.

Read more...

Isnin, 7 Disember 2009

Rumusan HBHE2103 PK untuk exam esok

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
• tujuan - menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan sekolah mampu meningkatkan taraf kesihatan warga sekolah.
• program terancang dan bersepadu, fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan keperluan semasa
• Enam teras utama PBSS
- Polisi Kesihatan Sekolah,
- Persekitaran Fizikal Sekolah,
- Persekitaran Sosial Sekolah,
- Penglibatan Komuniti,
- Kemahiran Kesihatan Diri,
- Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
• Kerjasama sekolah dgn masyarakat
- tujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan masyarakat.
• satu proses dua hala - sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak.
• sumbangan terhadap masyarakat dan sebaliknya,
• menilai status kesihatan murid,
- memberi khidmat rawatan dan rujukan,
- memberi bimbingan dan kaunseling,
- memberi penjagaan rawatan/kecemasan,
- mencegah dan mengawal kejadian penyakit mendiagnosis
- membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas.
• pogram berkaitan kesihatan
- Perkhidmatan Kesihatan Sekolah,
- Perkhidmatan Pergigian,
- Rancangan Makanan Tambahan (RMT),
- Program Susu Sekolah (PSS),
- Pendidikan Pencegahan Denggi,
- menjadikan sekolah kawasan larangan merokok,
- menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan
- mengadakan program bebas dadah
- kempen cara hidup sihat.


PERLAKSANAAN PBSS
• sejak tahun 1967 - bertujuan melahirkan pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif.
• meliputi semua kegiatan dan amalan yang direka untuk mempertahankan, menggalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid,
- untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah
- untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini, mengenai kesihatan.
• ditakrifkan sebagai jumlah pengalaman sama ada di sekolah atau di mana-mana yang mempengaruhi pengetahuan, sikap dan amalan seseorang murid dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan.


RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS
* adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama
- diberi kepada seseorang yang tercedera dalam suatu kemalangan atau sakit secara mengejut sebelum mendapat rawatan daripada pengamal perubatan yang bertauliah.
* diberikan kepada mangsa dapat mengurangkan kesakitan, mencegah kecederaan daripada menjadi lebih serius dan dapat menyelamatkan nyawa mangsa.
* Kecederaan fraktur boleh dibantu dengan melakukan prosedur R.I.C.E merehatkan/menenangkan mangsa (rest),
- mendemah bahagian yang tercedera (ice),
- melakukan tuaman pada bahagian tercedera (compression)
- meninggikan bahagian yang tercedera (elevation).
* Mangsa kecederaan yang mengalami tersekat pernafasan boleh dibantu dengan prosedur E.A.R iaitu meninggikan (elevation) bahagian atas laluan udara (airway) supaya laluan udara tidak tersekat dan memberikan mangsa bernafas dengan sempurna (resuscitation).
* perlu diberikan perhatian semasa memberikan pertolongan cemas ialah:
(i) Bertindak dengan segera,.
(ii) Dilarang mengerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang
(iii) Memastikan seseorang ditugaskan untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas.
(iv) Dilarang menarik pakaian mangsa yang lukanya terbakar.
(v) Menenangkan mangsa.
(vi) Pastikan mangsa yang tidak sedarkan diri tidak dipaksa untuk mengambil sebarang cecair.


PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH
• dijalankan secara kerjasama antara kakitangan kesihatan, pergigian dan pihak sekolah. membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah kepentingan penjagaan kesihatan
• Pengesanan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes.
• Aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit
• Ibu bapa seharusnya memberi kerjasama dengan memberi maklumat kesihatan yang tepat tentang anak mereka
memberi kebenaran untuk pemeriksaan serta imunisasi.
• Kerjasama yang telah terjalin di antara kedua-dua pihak kesihatan dan pendidikan membantu meningkatkan tahap kesihatan murid dan masyarakat amnya.
• Kajian oleh pihak WHO - 5 juta kanak-kanak dari kalangan bayi hinggalah yang berumur 14 tahun meninggal dunia setiap tahun di negara membangun akibat penyakit-penyakit yang bersangkutan dengan persekitaran mereka.
• Kekotoran alam sekitar melalui pembuangan sampah terutama di kawasan perumahan dan projek terbengkalai telah disifatkan sebagai ’mesra aedes’.
- Pencemaran udara bentuk baru menyebabkan seperti penghasilan kimiaberbahaya dioksin, furan dan sebagainya.


RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH
• menggunakan pendekatan 'holistic' dan bersepadu untuk memastikan generasi akan datang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi
• Kejayaan rancangan kesihatan banyak bergantung kepada apa yang dirancang untuk murid-murid.
• rasional rancangan ini diwujudkan adalah kerana terdapat beberapa keadaan morbiditi yang didapati tinggi dalam kalangan murid-murid sekolah
- malnutrisi,
- karies gigi,
- jangkitan cacing,
- masalah penglihatan,
• 20 peratus jumlah penduduk terdiri daripada masih di bangku sekolah. peningkatan kesihatan di sekolah merupakan faktor penting dalam kemajuan masyarakat.
• Dari sudut pembangunan, murid merupakan agen perubahan, mereka lebih mudah menerima sesuatu pengetahuan atau perubahan.
- Mereka boleh mempengaruhi ahli keluarga mereka. Murid sekolah sebagai ”captive audience”,
• Sekolah ialah sumber yang besar dari segi kemudahan, tenaga manusia dan sebagai pusat pendidikan atau agen perubahan dalam masyarakat.
• RKS berasaskan konsep kesihatan yang menyeluruh yang merangkumi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.


RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
• Murid- sebagai salah satu agen perubahan. kanak-kanak lebih mudah menerima sesuatu pengetahuan/pendapat daripada orang dewasa. diharapkan perubahan sikap dan amalan kesihatan akan dapat mempengaruhi ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya mereka melalui pergaulan harian mereka.
• Matlamat Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan. lebih mudah dan berkesan jika kita "melentur buluh biarlah dari rebungnya" sebelum mereka dipengaruhi oleh sikap dan amalan kesihatan yang negatif dan yang tidak diingini.
• Sekolah mempunyai sumber yang besar dari segi kemudahan, tenaga manusia yang boleh digembelingkan dijadikan agen perubahan dalam masyarakat.
• Sebagai sebuah institusi membolehkan murid-murid mendapat pendidikan dan menghabiskan masa kira-kira 6-10 jam sehari,
- persekitaran sekolah hendaklah dipastikan supaya sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, selesa
dan indah.
• Kerjasama antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat.
- Ianya merupakan satu proses dua hala di mana kedua-dua sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak.


AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH
• perintis berjaya dilaksanakan. Aktiviti dan program yang dijalankan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi di masa akan datang
• Kerjasama yang diberikan oleh agensi kerajaan yang berkaitan sangat dihargai dan merupakan satu faktor program berjaya dilaksanakan.
• satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan
* Penglibatan masyarakat adalah dalam pelbagai bentuk memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau pun bahan-bahan yang boleh digunakan pihak sekolah.
* boleh memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi ‘Ârole-model’ yang baik.


PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
• Program Amalan Kebersihan sekolah melibatkan semua ahli komuniti sekolah untuk bekerjasama menyediakan murid-murid untuk meningkat dan melindungi kesihatan
mereka.
* Program yang dijalankan meliputi kurikulum kesihatan formal dan tidak formal; mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan selamat.
• Penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan dan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam usaha peningkatan kesihatan.
• Pelaksanaan aktiviti atau program kesihatan mengikut keperluan dan sumber yang sedia ada di sekolah ialah sebahagian dari ciri-ciri HPS yang sedang dilaksanakan.

Read more...

Sabtu, 5 Disember 2009

Jawapan bagi Soalan HBAE1403 PSV

BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN

1. Terdapat berbagai-bagai jenis alat, media dan bahan yang digunakan untuk kegiatan membuat lukisan.
Nyatakan EMPAT faktor yang mempengaruhi kesan lorekan pensil dan garisan yang dihasilkan.

- komposisi objek (menepati asas seni reka)
- ruang (susunan ruang yang sesuai dengan tema)
- perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
- Pencahayaan (arah sumber cahaya dikenalpasti sebelum menghasilkan ton untuk membentuk objek 3D)

2. Gosokan adalah satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggunakan bahan tertentu.
Apakah DUA manfaat yang diperolehi oleh pelajar dari kegiatan ini?

1. dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti
gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran. Kita boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang berjalinan boleh menghasilkan berbagai corak yang menarik.

2. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi bosan dan dapat menarik minat murid-murid dalam penerokaan sesuatu permukaan. Walaupun terdapat beberapa permukaan jalinan yang sama antara satu sama lain tetapi apabila dihasilkan secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.

3. ‘Dalam aktiviti mewarna, penggunaan warna yang dicampur lebih dari satu warna akan menjadi lebih menarik jika dibandingkan dengan hanya penggunaan satu warna sahaja.’
Jelaskan kenyataan di atas.

Dalam aktiviti mewarna, penggunaan warna yang dicampur lebih dari satu warna akan menjadi lebih menarik jika dibandingkan dengan penggunaan satu warna sahaja. Campuran warna tersebut menjadikan catan akan kelihatan lebih menarik dan harmoni. Ia kelihatan menepati warna yang sebenar. Campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensity yang berbeza nisbahnya disebut kroma warna. Sebagai contoh warna merah bercampur dengan warna hijau dengan nisbah yang berbeza akan mewujudkan kroma warna.

4. Resis boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.
Senaraikan EMPAT contoh teknik resis yang boleh dijalankan kepada murid-murid.

• Resis dari warna air dan perekat getah (campuran)
• Resis dari warna air dan lilin biasa
• Resis dari kapur dan lilin (cara positif)
• Resis dari kapur dan lilin (cara negatif)

5. ‘Ia adalah satu hasil catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckaled granite.’
Namakan aktiviti kegiatan menggambar tersebut serta jelaskan DUA kesan yang menentukan kesan warnanya pada permukaan.

(i) Kering bertindih Titikan warna untuk membentuk objek atau corak yang menarik.
(ii) Renjisan Teknik yang menggunakan berus atau semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan warna cair ke atas permukaan untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.
(iii) Tindihan Menghasilkan catan dengan menyapu warna selapis demi selapis ke atas kertas untuk menghasilkan kesan ton dan pencahayaan. Hasilnya tebal dan kering berlegap.

Bahagian B

ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Proses mencatan memerlukan pengkaryanya memahami jenis alat dan media yang digunakan serta kemahiran mewarna dengan betul bagi menghasilkan catan yang menarik.

(a) Nyatakan TIGA jenis teknik mewarna.
1. Warna Poster
2. Warna Air
3. Cat Akrilik

(b) Dengan menggunakan jadual, buat perbandingan di antara KETIGA-TIGA teknik mewarna yang dinyatakan di atas

Bahan Bahantara Penguat Sifat-sifat
1. Warna Poster
Air Pengilat larut
air
- bersifat legap dan tebal
- cepat kering
- boleh lutsinar tetapi tidak seperti
- cat air
2. Warna Air
Air Gam arab - bersifat lutsinar, lembut
- bersifat tebal sekiranya disapu
berlapis-lapis
- sesuai di permukaan kertas
3. Cat Akrilik
Air/minyak Plastik cecair warna putih - bersifat lutsinar dan legap
- cepat kering
- kesan seperti cat air dan cat minyak
- kalis air dan minyak
- dihasilkan di permukaan kanvas

2. Arang merupakan media melukis tertua didunia yang digunakan pada abad ke-17 dan ke-18 pada dinding gua. Ia dihasilkan dari batang kayu yang dibakar.

(a) Apakah perbezaan antara kesan pensil dan arang?

Pensil
-gred
- tekanan pensil
- kelajuan pensil

Arang
- Mempunyai kesan kelembutan yang tinggi.
- Mempunyai kesan kegelapan yang tinggi.
- Menghasilkan kesan tekstur permukaan yang dilukis.

(b) Huraikan kelebihan-kelebihan arang dalam menghasilkan lukisan.
- Menghasilkan garisan yang tajam dan tepat.
- Dapat menghasilkan ton lorekan dengan cepat dan menarik.
- Melukis kawasan yang luas dalam masa yang singkat.
- Dihalusi dengan menyapu air diatasnya.

3. Cetakan merupakan satu proses ulangan imej dari satu permukaan yang disediakan ke atas satu permukaan lain.

(a) Berikan maksud Cetakan Duo.
Cetakan duo juga adalah aktiviti cetakan yang menarik. Duo bermaksud dua dan cetakan duo akan menghasilkan dua cetakan dari imej yang sama.

(b) Huraikan cara bagaimana menghasilkan Cetakan Duo beserta contoh.
Lipat sekeping kertas menjadi dua bahagian. Buka kertas tersebut dan warnakan satu bahagian kertas dengan warna yang berbagai. Kemudian sapu warna hitam keatas warna tadi. Lipat semula kad tersebut dengan bahagian tidak berwarna di bahagian atas. Gunakan pensel atau pen dah lukis objek yang dikehendaki di atas permukaan kertas tersebut. Setelah berpuas hati buka dan anda akan mendapat imej yang sama.


4. Di dalam kehidupan ini manusia menggunakan warna bagi mengekspreskan sesuatu tujuan.

(a) Nyatakan faktor-faktor bagaimana manusia menterjemahkan warna dalam kehidupan.
1. Pengertian warna dalam budaya setempat
2. Pengertian warna dari segi psikologi
3. Pengertian warna dalam situasi tertentu
4. Pengertian warna dalam simbol, lambang dan corak

(b) Huraikan faktor-faktor di atas dengan besertakan contoh yang sesuai.
(i) Pengertian warna dalam budaya setempat Warna bendera Malaysia terdiri dari warna biru, kuning, merah dan putih. Warna biru dikaitkan dengan perpaduan, warna kuning dikaitkan dengan raja dan pemerintahan, warna merah lambang keberanian, warna putih menunjukkan bersih dan suci.
(ii) Pengertian warna dari segi psikologi Warna merah dianggap lambang keberanian dan membawa keuntungan dan kemewahan bagi masyarakat Cina. Warna hijau pula sering dikaitkan dengan keislaman, bersih dan suci bagi masyarakat Melayu.

5. Dalam proses menganalisis sesuatu hasil kerja seni, guru memainkan peranan penting sebagai pembimbing kepada murid-murid dalam sesi apresiasi.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan apresiasi?
apresiasi seni ia bermaksud penilaian atau mempunyai kepekaan terhadap sesuatu gambaran, objek atau imej dalam pembelajaran terpimpin.

(b) Apakah konsep apresiasi.
Dari kata-kata Sir Herbert Read itu jelaslah bahawa menghargai sesuatu hasil karya seni adalah salah satu cara bagaimana seseorang itu boleh berinteraksi dengan diri sendiri dan orang lain. Selain dari itu ia dapat menyuarakan rasa hati seseorang apabila berhadapan dengan catan tersebut.

(c) Huraikan LIMA perkara yang perlu diambil kira dalam proses tersebut.
(i) Pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis
(ii) Cara pelukis menginterpretasi gambar
(iii) Alat, bahan, media yang digunakan
(iv) Teknik-teknik yang digunakan
(v) Penilaian

Read more...

Jawapan Bagi Soalan HBML2103 BM


Bahagian A

Soalan 1
a) Definisi Morfologi menurut Nik Safiah karim – Bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, binaan dan penggolongan kata.
b) Imbuhan merupakan unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk2 lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.
- Imbuhan awalan – ditambah pada bahagian hadapan kata dasar.
Cth : lari – berlari
Kejar – mengejar

Imbuhan akhiran – Imbuhan yang hadir selepas kata dasar.
Cth : surat – suratan
Kawan – kawanan
Soalan 2
Kata adjektif – kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsure keterangan nama.

a) Kata adjektif ukuran – memberikan pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.
Cth: pendek, panjang, tebal.
b) Kata adjektif perasaan – memberikan pengertian perasaan sebagai unsur
Keterangan. Contoh : rindu, benci, segan.
c) Kata adjektif pancaindera – memberikan pengertian pancaindera sebagai unsur
Keterangan. Contoh: Rasa, pandang, dengar, bau,
Sentuh dan gabungan.
d) kata adjektif jarak – memberikan pengertian jarak sebagai unsur keterangan.
Contoh : jauh, hamper, dekat

Soalan 3
Subjek – merupakan konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.

Prediket – Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek

Contoh :

Subjek Prediket
Rumah Ali sangat besar dan cantik
Kereta besar dan cantik itu milik ayah saya.


Soalan 4
a) Ayat aktif –
i) ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
ii) Terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Ayat pasif –
iii) mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.
iv) Terdiri daripada ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua dan ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

b) Dua ayat pasif dengan perkataan kena.
i) Penjahat itu kena tangkap oleh pihak polis
ii) Dia kena tipu oleh pemuda itu.

Soalan 5
- Ayat majmuk gabungan aialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata penghubung dan, atau, tetapi dll.

a) Gabungan susun faktanya berurutan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, lalu, lagi, serta dan sambil.
Contoh ayat : Lagu-lagu tahun 60-an dinyanyikan oleh artis lama sambil penonton bertepuk tangan.

b) Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan melainkan.
Contoh ayat : Ramai pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah padahal peraturan tidak membenarkan pelajar berbuat demikian.


BAHAGIAN B
Soalan 1

a) akronim tergolong dalam bentuk kata tunggal yang bermaksud kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contoh: ABIM, Gapena, Tabika, Pawagam

b) Kata majmuk – terhasil melalui proses pemajmukan iaitu merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.

i) kata majmuk yang dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit..
ii) kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Contoh: Rangkaian Kata Bebas ( nasi minyak, bom tangan, jalan raya, air hujan )
Istilah Khusus ( garis pusat, pita suara, urus setia, cari gali )
Mendukung Maksud Kiasan ( kaki bangku, panjang tangan )

c) Golongan kata mengikut Tatabahasa Dewan (1996 )
- nak buat rajah tak tau, rujuk modul m/s 15

Soalan 2

a) Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Terbahagi kepada dua jenis:
i) keterangan yang boleh digugurkan
contoh ayat : Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.
Kanak-kanak sedang mandi.
ii) keterangan yang tidak boleh digugurkan
contoh ayat : Dia berada di Kuala Lumpur
Dia berada ( ayat salah, sebab itu keterangan di Kuala Lumpur tidak boleh digugurkan )

b)
i) Ayat penyata – Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu penyataan. Mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan.
Contoh ayat : Saya mempunyai sebuah kereta.

ii) Ayat Tanya – digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu..
Contoh ayat : Apakah benda itu?

iii) Ayat perintah – Ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan ganti nama kedua seperti awak, kamu, engkau dll yang digugurkan.
Contoh ayat : Jangan ambil harta orang. ( ayat larangan )

iv) Ayat seruan – membawa nada atau intonasi suara dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan atau perasaan seperti takut, marah, geram, takjub dll. Digambarkan dengan ntulisan dengan tanda seru (!). Letak diakhir ayat.
Contoh ayat : Wah, cantiknya rumah itu!


Soalan 3

a)
i) Klausa – Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan prediket yang menjadi konstituen kepada ayat. Terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa terikat. Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat apabila diucap dengan intonasi yang sempurna.
Contoh : kamu pandai.
Saya yang hadir.

ii) Frasa – unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan prediket. Namun dalam susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa.
Contoh : Anak kecil itu sedang tidur.
( frasa )

iii) Perkataan – Ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang membawa maksud bahawa kata boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi.

b)

Ayat Anak orang itu sedang makan
Klausa Anak orang itu sedang makan
Frasa Anak orang itu sedang makan
Perkataan Anak orang itu sedang makan


c)
- Ayat aktif dengan keterangan boleh digugurkan.
Contoh ayat: i) Budak itu sedang mandi di sungai itu.
ii) Aminah menangis sepanjang hari.
iii) Nenek tidur di bilik adik.
# perkataan yang bergaris sebagai keterangan boleh digugurkan.

- Ayat aktif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
Contoh ayat : i) Dia berada di Kuala Lumpur.
ii) Bas itu menuju ke Sabak Bernam.
iii) Penyakitnya beransur sembuh.
# perkataan yang bergaris sebagai keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Soalan 4

a) Ayat dasar atau ini ialah binaan ayat yang paling dasar atau asas dan menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

b) Terdapat 4 jenis pola ayat dasar.


Pola Subjek Prediket
1 Frasa Nama ( FN )
Encik Rahim Frasa Nama (FN)
pensyarah Bahasa Melayu
2 Farasa Nama (FN)
Encik Rahim Frasa Kerja (FK)
sedang mengajar
3 Frasa Nama (FN)
Encik Rahim Frasa Adjektif (FA)
pensyarah yang baik.
4 Frasa Nama (FN)
Encik Rahim Frasa Sendi Nama (FSN)
berada di Kuala Lumpur.

c)
i) Subjek kata nama am.
Contoh ayat : Taman bunga itu sungguh cantik dan bersih.
ii) Subjek Kata Nama khas
Contoh ayat : Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia.
iii) Subjek kata kerja.
Contoh ayat : Bersenam adalah satu aktiviti yang dapat menyihatkan badan.
iv) Subjek kata ganti nama orang.
Contoh ayat : Beliau dilahirkan di Sabak Bernam sebelum berpindah ke Klang.
v) Subjek kata adjektif.
Contoh ayat : Putih ialah warna yang terdapat dalam bendera Malaysia.


Soalan 5
a) Jawapan tgk modul m/s – 158 dan 159
b) - Kata hubung gabungan – kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang samatara sifatnya. Ayat yang terbina dinamakan ayat majmuk gabungan. Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, manakala, tetapi, serta, sambil
- Kata hubung pancangan – kata yang menghubungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama.

c) - kata hubung pancangan realitif ialah kata hubung yang digunakan untuk menghubungkan klausa utama dan klausa kecil. Contoh kata hubung realitif ialah yang.
Contoh ayat : Wakil rakyat berjiwa rakyatlah yang dihormati masyarakat.

- kata hubung pancangan komplemen – digunakan untuk menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contoh kata hubung komplemen ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat : Agak sukar untuk memujuk penagih tegar kembali kepada kehidupan biasa.


BAHAGIAN C

SOALAN 1
a) Ayat terbitan terbit/berpunca daripada ayat yang lain. Terhasil daripada suatu proses gramatis iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa.

b) i) Pengguran frasa nama sebagai subjek.
- pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.
Contoh ayat : Kamu keluar! ------- Keluar!

- pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.
Contoh ayat : Adik saya cerdik + Adik saya pemalu.
Adik saya cerdik tetapi pemalu.

ii) Pengguguran frasa prediket.
- Seluruh frasa prediket atau bahagian2 daripadanya boleh digugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa prediket yang serupa dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa prediket yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan.
Contoh frasa prediket yang boleh digugurkan : Frasa kerja yang serupa, Frasa nama yang
Serupa, Frasa adjektif yang serupa, Frasa
Sendi nama yang serupa.
# cth ayat – m/s 118

c) Proses transformasi yang melibatkan peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur2 dalam ayat yang baharu. Terdapat beberapa jenis peluasan ayat dalam Bahasa Melayu.
- Peluasan frasa nama sebagai subjek.
- Peluasan frasa prediket.
- Peluasan dengan kata hubung
- Peluasan melalui proses komplementasi.

Ayat asal Peluasan
Budak itu adik saya.
Budak itu membaca buku. Budak yang membaca buku itu adik saya.
( Frasa nama sebagai subjek )
Osman mengusik budak itu.
Budak itu menangis. Osman mengusik budak yang menangis itu.
( Frasa prediket )
Ayah tidak pergi kerja.
Ayah sakit perut. Ayah tidak pergi kerja kerana sakit perut.
( kata hubung )
Mereka melaporkan.
Guru kelas tidak hadir. Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak hadir.
( Proses komplementasi )


Soalan 2
Soalan a dan b
Tak larat nak tulis – jawapan baca modul m/s 171, 172, 173, 174, 175

Soalan c

Jawapan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada guru. LU FIKIRLAH SENDIRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII………………

Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP