info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Ahad, 31 Januari 2010

Bagaimana Memperbaiki Mutu Perkhidmatan Kesihatan Keluarga


Perkhidmatan Kesihatan Keluarga (atau Primary Care) adalah salah satu cabang perubatan yang bertanggunjawab untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan buat komuniti. Perkhidmatan Kesihatan Keluarga memberi fokus utama dalam penjagaan wanita mengandung, klinik kanak-kanak, klinik pesakit luar dan juga sebagai pusat rawatan susulan bagi pesakit kronik seperti hipertensi dan kencing manis (diabetes mellitus). Perkhidmatan Kesihatan Keluarga juga bertanggunjawab untuk melaksanakan program-program pencegahan dan kesedaran mengenai penyakit untuk sesebuah komuniti.
Di Malaysia, usaha ini dilaksanakan oleh klinik-klinik kesihatan kerajaan yang bertebaran di seluruh negara. Dalam menuju tahun 2020, hampir setiap mukim akan memiliki sekurang-kurangnya sebuah klinik kesihatan kerajaan. Klinik-klinik ini dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Kita masih ketinggalan

Pada dasarnya, Perkhidmatan Kesihatan Keluarga di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju walaupun memiliki kelengkapan infrakstruktur dan pemberian dana yang berterusan dari kerajaan. Peratusan populasi Malaysia yang menghidap diabetes mellitus atau hipertensi berada di tahap yang membimbangkan (Peratusan untuk populasi dunia mengikut laporan WHO adalah 6% dari populasi dunia menghidap diabetes mellitus, tetapi di Malaysia peratusan yang dicatat tahun 2007 adalah pada tahap 14% - tertinggi di dalam rantau Asia Tenggara). Ini belum diambil kira beberapa penyakit kronik lain seperti obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik (chronic obstructive lung disease), penyakit jantung, kolesterol berlebihan (dyslipidemia) dan banyak lagi.

Tahap kesedaran yang rendah mengenai penyakit-penyakit ini di kalangan masyarakat juga amat meresahkan. Satu lagi bukti kegagalan Perkhidmatan Kesihatan Keluarga di Malaysia juga dapat dilihat pada jumlah perokok lelaki yang melebihi 50% daripada jumlah populasi lelaki Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia masih gagal untuk menzahirkan satu sistem di mana rekod perubatan seseorang warga Malaysia dari lahir boleh diperolehi pada bila-bila masa untuk rujukan atau semakan samada di klinik atau hospital. Kita sebagai warga juga ramai yang tidak menyimpan rekod perubatan kita sendiri kerana sejak kecil kita tidak dididik untuk mengambil tahu akan kesihatan diri sendiri.

Hasil pertemuan dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan perkhidmatan ini, saya merasakan bahawa masa, tenaga kerja dan bebanan kerja yang banyak menjadi penyebab utama kenapa tahap peratusan pesakit kronik di Malaysia terus meningkat dan kesedaran di kalangan masyarakat masih gagal diwujudkan.


Masalah lain yang sering kedengaran di dada akhbar atau media elektronik ialah masa menunggu yang terlalu lama dan jumlah pesakit di sesebuah klinik yang terlampau ramai. Saya melihat permasalahan ini bermula dari tahap kesedaran dan pendidikan warga kita mengenai kesihatan. Saya berani jamin 50% daripada pesakit yang hadir ke klinik adalah mereka yang hanya hadir untuk mendapatkan dua tiga biji panadol dan sebotol ubat batuk atau lebih 'parah' hanya untuk mendapatkan sijil cuti sakit. Ini menyebabkan masa menunggu menjadi lebih panjang dan doktor atau jururawat tidak dapat meluangkan masa yang lebih untuk pesakit kronik diabetes, hipertensi dan penyakit-penyakit kronik lain.


Penyakit-penyakit seperti demam biasa (tidak lebih dari tiga hari), batuk dan juga selsema biasa, seharusnya boleh dirawat sendiri di rumah dengan membeli ubatan di farmasi. Tiada keperluan untuk hadir ke klinik kecuali benar-benar serius. Jika ini berjaya diaplikasi, separuh daripada bebanan kerja di pusat-pusat kesihatan dapat dikurangkan dan fokus terhadap memerangi penyakit kronik dapat dipertingkatkan.


Hapuskan subsidi

Bagi saya permasalahan sebegini wujud kerana jumlah bayaran perkhidmatan yang dikenakan untuk pelbagai perkhidmatan, termasuk khidmat perundingan (konsultansi), ujian makmal, dan ubatan, adalah terlampau murah kerana disubsisdi kerajaan. Bagai orang mengantuk disorong bantal, maka ramai yang hadir adalah mereka yang sekadar ingin mengambil kesempatan untuk isu-isu peribadi yang tersendiri.

Mungkin telah tiba masanya dijalankan semakan semula terhadap sistem subsidi perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik kesihatan kerajaan. Subsidi ini perlu dikurangkan atau dihapuskan terus. Ini kerana permasalahan utama kebanjiran pesakit 'manja' di klinik kesihatan kerajaan adalah kerana jumlah bayaran perkhidmatan yang murah.


Saya suka menyarankan agar bayaran dikenakan untuk seorang pesakit samada hadir untuk rawatan penyakit kronik mahupun akut ('acute'). Maka dengan ini secara logiknya, pesakit 'manja' yang hanya hadir untuk mendapatkan panadol atau ubat batuk akan berhenti mengunjungi klinik tersebut kerana ianya lebih murah untuk dibeli di farmasi sahaja. Seperti yang saya sebutkan di atas, separuh dari bebanan kerja dapat dikurangkan dan lebih masa dapat diluangkan oleh pekerja kesihatan untuk merawat penyakit-penyakit kronik.

Klinik juga sepatutnya mengenakan bayaran tambahan untuk perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti X-ray atau kaunseling kesihatan seperti klinik berhenti merokok dan klinik obesiti. Melalui kaedah ini, klinik-klinik ini mampu untuk menjana dana sendiri bagi mengerakkan usaha-usaha promosi kesedaran kesihatan dan klinik-klinik itu akan bersaing untuk mewujudkan pekhidmatan yang terbaik pada harga yang berpatutan.
Perkhidmatan tambahan seperti gim senaman, spa mahupun menjadi pusat komuniti untuk mengajar anak-anak istimewa akan dapat diwujudkan andai klinik-klinik ini diberi kebebasan untuk mengumpul dana sendiri melalui bayaran perkhidmatan dan juga dana dari komuniti setempat. Maka dengan cara ini, masyarakat akan lebih hampir dengan penyedia perkhidmatan kesihatan dan usaha pendidikan kesihatan akan lebih mudah untuk menyedarkan masyarakat mengenai kesihatan mereka.
Dengan pendidikan, kesedaran dan ditambah dengan perkhidmatan yang berkualiti, usaha memerangi penyakit kronik di Malaysia dapat dipertingkatkan dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia.

Tindakan ini juga mampu untuk mengurangkan kebergantungan sesebuah klinik terhadap dana kerajaan. Dalam jangka masa panjang, ianya mampu mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam merawat komplikasi penyakit diabetes dan hipertensi seperti serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan gangrene kaki yang mana perbelanjaan kerajaan untuk merawat penyakit ini pada tahun 2007 sahaja mencecah RM 200 juta.

Perbelanjaan yang kurang, perkhidmatan yang lebih baik dan keterlibatan komuniti yang menyeluruh akan melahirkan bangsa Malaysia yang lebih sihat dan produktif menjelang tahun 2020.

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP