info terkini

 

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Ahad, 31 Januari 2010

Jenis-Jenis Cetakan


(a) Cetakan Timbulan (Relief)
• Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.
• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
• Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj

(b) Cetakan Stensil atau Skrin
• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu.
• Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
• Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker
(c) Kaedah Skrin Foto

(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan
lukisan pensil.
• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

(d) Cetakan Benaman (Intaglio)
• Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
• Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Kaedah Turisan (engraving)
(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)

(e) Cetakan Gurisan Asid
• Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.
• Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya utama mereka.
• Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid.
• Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.
• Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.

(f) Cetakan Kayu
• Kaedah yang paling awal digunakan.
• Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.
• Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.
• Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.
• Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
• Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.
• Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin.
• Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik ini.
Rajah 2.7: Contoh cetakan kayu

(g) Cetakan Lino
• Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul.
• Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.

(h) Cetakan Lithografi
• Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.
• Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik, iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.
• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan pensil.
• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

(i) Cetakan Sutera Saring
• Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.
• Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.
• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang.
• Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.
• Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas.
• Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem leker
(c) Kaedah Lilin
(d) Kaedah Sutera Saring

(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut:

(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker
Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP