info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Khamis, 1 April 2010

Contoh Soalan dan Jawapan HBHE 2203 PK



BAHAGIAN A

1. Amalan pengurusan kesihatan diri dapat membantu menjamin tahap kesihatan berada didalam keadaan baik. Berikan EMPAT komponen utama amalan tersebut.


2. Penyimpanan makanan adalah merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian bagi mengelak ianya tercemar. Berikan panduan bagaimana makanan kering dan basah perlu disimpan.

(a) Makanan Kering
Makanan mentah kering seperti beras dan tepung hendaklah disimpan di dalam bekas dan tempat yang kering. Ruang yang lembab akan menggalakkan pertumbuhan kulat.

(b) Makanan Basah
Makanan mentah basah seperti ayam, daging dan hasil laut mengandungi banyak bakteria. Makanan mentah ini perlu diasingkan daripada makanan lain yang telah dimasak atau makanan mentah yang sedia untuk dimakan seperti buah-buahan dan ulam. Titisan daripada air makanan mentah ini boleh memindahkan bakteria melalui proses pencemaran silang.


3. Senaraikan LAPAN elemen keluarga sihat.
1. Mengamalkan nilai moral dan agama
2. Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti
senaman atau fizikal
3. Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan dan
kesinambungan keluarga
4. Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang
5. Berkongsi masa lapang
6. Memupuk sokongan sosial
7. Mempunyai pendapatan yang mencukupi
8. Mempunyai keselamatan emosi

4. Jelaskan kitaran haid.

Haid adalah petunjuk bahawa organ reproduktif perempuan telah berfungsi.Haid dicirikan dengan pengeluaran darah daripada faraj. Pusingan haid biasanya berlaku di antara 28 hingga 35 hari. Seseorang perempuan akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh haid ini berbeza antara individu.
Ovum atau sel telur akan menjadi matang di dalam ovari. Hormon progesterone akan merangsang lapisan tebal darah yang baru terbentuk semula di dalam uterus.
Semasa pertengahan kitaran haid, ovum atau telur dibebaskan daripada ovari ke saluran Fallopian. Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperma, ovum akan hancur dan dikeluarkan melalui faraj. Bekalan hormon progesteron yang menyuburkan lapisan uterus akan terhenti. Lapisan dinding uterus akan luruh dan keluar sebagai darah haid. Tetapi sekiranya ovum disenyawakan dan janin melekat pada dinding uterus yang subur ini, haid tidak berlaku kerana kehamilan telah berlaku. Seseorang perempuan akan mengalami haid setiap bulan sehinggalah dia memasuki fasa putus haid atau menopause. Gangguan haid seperti lewat atau tidak teratur akan berlaku jika seseorang mengalami gangguan emosi atau tekanan.
5. Berikan EMPAT penjagaan asas yang perlu dilakukan oleh ibu yang berada dalam tempoh kehamilan.

1. Pemeriksaan Kesihatan Berkala
2. Amalan Senaman dan Makanan Seimbang
3. Rehat, Istirehat dan Sokongan Emosi

6. Jelaskan maksud proses identiti kendiri dan penerokaan yang berlaku kepada remaja semasa berlakunya perubahan sosial mereka.

Sebagai produk sosial (hasil proses sosialisasi), konsep kendiri dipelajari dari pengalaman yang berulang dan berterusan. Kita tidak dilahirkan dengan konsep kendiri. Kita mempelajari kemahiran sosial sama seperti kita belajar kemahiran menggunakan anggota fizikal kita. Pembelajaran sosial kita bermula di rumah. Apabila seseorang kanak-kanak didedahkan dengan masyarakat umum, dia akan mula belajar perlakuan sosial yang baru atau sekadar memperkukuhkan pembelajaran sosial yang dipelajari dalam keluarga. Contohnya, bersalam dengan orang yang lebih tua.

7. Berikan definisi delekuen juvanil.

Delekuen juvenil merujuk kepada salah perlakuan yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang yang dilakukan oleh mereka yang di bawah umur.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan?

Dalam konteks undang-undang Islam perkahwinan ialah satu ikatan lahir di antara dua orang iaitu lelaki dan perempuan, untuk hidup bersama di dalam sebuah rumahtangga di samping melahirkan zuriat sebagai meneruskan kelangsungan hidup manusia menurut batas-batas (disiplin) hak dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh syarak (Dr. Mat Saad Abd. Rahman, 1993).

9. Jelaskan secara ringkas fungsi Enakmen Keluarga Islam.


10. Jelaskan peranan dan tanggungjawab suami dan isteri dalam sebuah rumah tangga.

Suami berperanan memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Hubungan seksual dalam perkahwinan mesti berdasarkan rasa hormat, persefahaman dan persetujuan. Memupuk dan mengeratkan hubungan kasih sayang, saling mempercayai, bertolak ansur dan prihatin terhadap keperluan emosi, fizikal dan kesihatan pasangan amat penting.

Isteri mempunyai tanggungjawab menjaga suami baik ketika sihat mahupun sakit. Kesetiaan kepada suami adalah ajaran setiap agama. Isteri mempunyai tanggungjawab untuk membimbing suami ke arah amalan yang baik dan menjauhi daripada perkara yang ditegah agama

BAHAGIAN B

1. (a) Berikan contoh jenis keluarga yang terdapat di Malaysia.

Keluarga nuklear ialah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri dan anak mereka.
Keluarga sekunder merujuk kepada lain-lain bentuk keluarga selain daripada keluarga nuklear.
Keluarga extended merujuk kepada sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri serta anak mereka, ibu bapa serta adikberadik mereka.
Keluarga poligami pula terdiri daripada beberapa keluarga yang diketuai oleh seorang suami.

(b) Jelaskan ciri-ciri DUA jenis keluarga yang telah dikenalpasti.
Keluarga nuklear ialah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri dan anak mereka.
Keluarga sekunder merujuk kepada lain-lain bentuk keluarga selain daripada keluarga nuklear.


(c) Bincangkan kebaikan dan kekurangan bagi DUA jenis keluarga.

(a) Kebaikan Keluarga Nuklear
(i) Pasangan berdikari dalam menentukan gaya pengurusan rumahtangga mereka tanpa campurtangan orang lain. Mereka mempunyai privasi dan lebih terbuka dalam komunikasi atau perlakuan. Cara berfikir dan bertindak tanpa campurtangan ahli keluarga lain boleh membentuk
keyakinan diri dan keserasian dalam penyelesaian masalah.
(ii) Dari segi ekonomi, keluarga nuklear dapat berjimat cermat serta menguruskan perbelanjaan mengikut kemampuan. Tidak timbul rasa bersalah atau malu jika tidak memberi sumbangan seperti mana di dalam keluarga extended.

(b) Keburukan Keluarga Nuklear
(i) Keluarga nuklear memupuk sifat keindividuan dan boleh menjauhkan jalinan hubungan sesama ahli keluarga. Ahli keluarga nuklear terdedah kepada tekanan emosi apabila berlaku konflik dalam keluarga. Pasangan tidak mempunyai ahli keluarga lain yanglebih dewasa untuk menjadi tempat berkongsi perasaan atau masalah.
(ii) Anak juga tidak ada tempat mengadu atau menumpang kasih jika berlaku masalah dengan ibu bapa.
(iii) Ibu kepada keluarga nuklear yang tiada pembantu rumah terpaksa membuat kerja rumah secara bersendirian. Ibu yang baru lepas bersalin misalnya memerlukan sokongan emosi dan fizikal untuk penjagaan selepas bersalin.

2. (a) Pendidikan kesihatan keluarga merupakan satu amalan yang perlu dipraktikkan dengan baik bagi menjamin kesejahteraan keluarga. Berdasarkan kenyataan di atas, kenalpasti elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan keluarga.

1. Mengamalkan nilai moral dan agama
2. Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti
senaman atau fizikal
3. Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan dan
kesinambungan keluarga
4. Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang
5. Berkongsi masa lapang
6. Memupuk sokongan sosial
7. Mempunyai pendapatan yang mencukupi
8. Mempunyai keselamatan emosi


(b) Jelaskan objektif pendidikan kesihatan keluarga.

Mengubah tingkah laku kesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan amalan ke arah mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak sihat.

Melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah negara. Jika institusi keluarga sihat, masyarakat sihat dan negara pun sihat.

Keluarga sebagai salah satu segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan input berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta ataupun pihak badan bukan kerajaan (NGOs).

Meningkatkan tahap literasi kesihatan (health literacy) dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga seperti ibu bapa dan anak untuk mencapai, menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta bagaimana mereka menggunakan maklumat tersebut ke arah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki
(Conttrell, Girvan & Mckenzie, 2002).

(c) Bincangkan bagaimana pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum dapat dilaksanakan.

Amalan cara hidup sihat bukan setakat diamalkan dalam bilik darjah semasa subjek Pendidikan Kesihatan atau Pendidikan Jasmani tetapi diamalkan dengan warga sekolah dan dengan ahli keluarga di rumah. Pendek kata, sekolah dan rumah umpama tempat untuk menanam benih amalan cara hidup sihat dalam kalangan pelajar. Di sekolah, seseorang pelajar mempunyai peranan dan tanggungjawab ke arah mencapai status kesihatan yang positif. Di rumah, mereka mempunyai peranan untuk membantu ahli keluarga yang lain untuk memastikan suasana rumah adalah sihat. Mereka bukan setakat mempelajari setiap ilmu yang berkaitan dengan kesihatan semata-mata untuk lulus tetapi perlu mengamalkan apa yang dipelajari di sekolah dan rumah. Nilai ini juga perlu dipupuk melalui sokongan sosial misalnya melalui peranan persatuan ibu bapa guru (PIBG) serta persekitaran yang sihat dan kondusif ke arah melahirkan warga sekolah yang sihat.


3. (a) Berikan TIGA peringkat dalam proses kehamilan

(a) Peringkat Awal
Peringkat awal atau first trimester kehamilan bermula daripada terbentuknya embrio sehinggalah kehamilan mencecah tiga bulan. Plasenta yang berupa gumpalan salur darah yang melekat pada lapik uterus membawa masuk oksigen dan zat makanan. Hasil buangan akan dikeluarkan melalui tali pusat.
Menjelang minggu kelima, embrio telah menunjukkan tunas anggota tubuh seperti kaki serta lengan dan bonjolan untuk jantung. Apabila janin telah mencapai usia dua bulan, organ dalaman telah terbentuk. Memasuki bulan ketiga fetus telah terbentuk dengan sempurna dan mula membesar dengan cepat.

(b) Peringkat Pertengahan
Peringkat pertengahan kehamilan disebut second trimester. Tempoh ini bermula apabila kehamilan memasuki bulan keempat sehingga bulan keenam.
Pada bulan keempat, degupan jantung bayi boleh dikesan menerusi alat stethoscope. Beratnya kira-kira 300 gm. Memasuki bulan kelima (28 minggu) mata bayi sudah boleh dibuka. Bayi juga telah boleh bergerak dengan aktif. Kadang-kadang si ibu akan mengesan tendangan atau pergerakan bayinya.

(c) Peringkat Akhir
Peringkat akhir kehamilan atau third trimester bermula apabila kehamilan memasuki bulan ketujuh sehinggalah bulan kesembilan. Berat bayi kian bertambah dan pergerakan semakin aktif.
Memasuki minggu ke-38, kepala bayi berada pada kedudukan bawah dan bersedia untuk dilahirkan. Memasuki bulan kesembilan (40 minggu) bayi akan turun lebih ke bawah abdomen bagi tujuan kelahiran. Namun, tidak semua kehamilan berakhir pada minggu ke-40. Terdapat bayi yang dilahirkan lebih awal.

(b) Jelaskan ketiga-TIGA peringkat kehamilan tersebut.

Perubahan buah dada Pada bulan keempat kehamilan, buah dada akan membesar.
Bahagian puting dan sekeliling puting (aerola) akan bertukar
menjadi gelap. Ibu perlu menggunakan baju dalam yang
bersesuaian untuk menampung saiz buah dada yang telah
berubah.

Pening dan mabuk Mabuk atau „morning sickness‰ boleh berlaku di sekitar bulan ketiga kehamilan. Ia berlaku bukan sahaja pada waktu pagi tetapi tidak mengira waktu. Mabuk yang melampau akan menyebabkan si ibu muntah.

Kerap kencing Masalah ini berlaku apabila kandungan semakin membesar. Ini kerana kandungan menekan pada pundi kencing.

Bengkak kaki Kaki membengkak biasa berlaku pada peringkat pertengahan kehamilan. Berat ibu yang betambah akan menjejaskan kaki dan pergelangan kaki.

(c) Proses kehamilan juga turut melibatkan perubahan fizikal si ibu. Bincangkan perubahan ini.

4. (a) Senaraikan aspek penting dalam pengurusan kesihatan diri.

(a) Pengurusan Kebersihan Tubuh
(b) Pengurusan Kebersihan Pakaian
(c) Pengurusan Pemakanan yang Sihat
(d) Pengurusan Tahap Kesihatan
(e) Pengurusan Berat Badan
(f) Pengurusan Tekanan (stress)

(b) Jelaskan dengan terperinci TIGA aspek penting dalam aspek pengurusan kendiri.




(c) Berdasarkan pemahaman anda bincangkan bagaimana kesedaran dan tanggungjawab menjaga tubuh badan dapat diterapkan.

Dalaman
Penjagaan dalaman iaitu pengambilan pemakanan yang sihat memainkan peranan penting dalam penjagaan atau pemulihan tubuh. Makanan yang seimbang akan membekalkan zat untuk setiap organ. Setiap Organ memerlukan zat yang berlainan untuk kesihatannya.

Luaran
Penjagaan luaran anggota tubuh lebih khursus kpd kaedah penjagaan kebersihan. Jika kita tidak membersihkan tubuh badan, kita membenarkan kuman atau hama berumah dalam tubuh kita. Keadaaan ini akan menyebabkan kita dijangkiti penyakit dan menjangkiti orang lain.

5. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keruntuhan rumah tangga.

Keruntuhan rumahtangga merujuk kepada
keadaan satu unit organisasi keluarga yang terlerai
daripada ikatan sama ada secara sah atau tidak.
Keruntuhan yang sah dimeterai oleh undang-
undang dengan bukti bahawa pasangan berkahwin
telah bercerai. Keruntuhan yang tidak sah merujuk
kepada pasangan yang berpisah secara tidak rasmi.

(b) Senaraikan TIGA faktor yang menyumbang kepada keruntuhan rumah tangga.

Kurang Penghayatan Terhadap Konsep Kekeluargaan
Konflik Peranan dan Tanggungjawab
Kemiskinan

(c) Bincangkan TIGA faktor penyumbang kepada keruntuhan keluarga. Berikan contoh untuk setiap faktor.

Kurang Penghayatan Terhadap Konsep Kekeluargaan
Kehidupan berkeluarga memerlukan perkongsian bijak dimana pasangan saling mempercayai, hormat-menghormati, bertolak-ansur, saling bermaafan, amanah dan komited dalam apa jua tanggungjawab.

Konflik Peranan dan Tanggungjawab
Keadaan menjadi lebih buruk jika suami enggan atau kurang membantu dalam urusan rumahtangga. Tekanan boleh menyebabkan hubungan antara pasangan menjadi tegang. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, pasangan suami isteri akan berpisah dan mengakhiri ikatan sebuah keluarga.

Kemiskinan
Kemiskinan adalah masalah sosial yang sering wujud dalam sesuatu kelompok masyarakat walaupun sesebuah negara diiktiraf sebagai negara maju. Kemiskinan biasanya ditafsir berdasarkan jumlah pendapatan yang ditetapkan sebagai di bawah garis kemiskinan (di negara kita pendapatan di bawah garis kemiskinan ialah RM687 untuk bandar dan RM698 untuk luar bandar).



0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP