info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Selasa, 2 Jun 2009

Pembelajaran Secara Kontekstual

Tip Tugasan HBHE1203 PK
Pembelajaran Secara Kontekstual
Dalam Pendidikan Kesihatan


PENGENALAN

Merupakan suatu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan menyediakan pembelajaran secara konkrit iaitu melibatkan aktiviti ‘hands-On’ dan ‘Minds’. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Pembelajaran adalah merupakan satu proses yang melibatkan pelbagai bentuk dan kompleks serta mengatasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Maka itu konsep kontektual diberi penekanan sebagai salah satu teknik pengajaran. Melalui persekitaran tersebut, para pelajar berupaya mengenalpasti perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Kesihatan berkenaan tajuk Penyakit berjangkit mungkin mengetahui bagaimana penyakit itu merebak dan bagaimana penyakit tersebut bertindak balas dengan persekitaran dan apakah langkah pencegahan penyakit-penyakit tersebut. Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran.

Matlamat

Matlamat pengajaran dan pembelajaran ialah supaya guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran. Kefahaman para guru adalah penting kerana guru mampu menyampaikan pembelajaran dengan berkesan dan menepati konsep kontekstual. Kontekstual ialah suatu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri iaitu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Di sekolah pelajar tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Pelajar tidak didedahkan kepentingan mempelajari sesuatu matapelajaran, mereka hanya diarahkan untuk belajar kerana merupakan salah satu daripada matapelajaran peperiksaan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak). Kaedah pengajaran lazim juga perlu difahami kerana konsep itu akan memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah.

Objektif

Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya
1. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual
2. Menerangkan kepentingan dan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
4. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.
5. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.
Pengajaran dan pembelajaran kontekstual adalah merupakan satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi sebenar. Keadaan tersebut secara tidak langsung berupaya memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dan mengaplikasinya di dalam kehidupan seharian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.


Teori Pembelajaran Kontekstual

Terdapat beberapa teori yang menyatakan bahawa murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda dan maklumat disampaikan dalam pelbagai konteks. Ia lebih bermakna kepada murid dan guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan lebih bermakna. Teori pembelajaran kontekstual lebih tertumpu pada aspek-aspek yang melibatkan pelbagai persekitaran pembelajaran, ia meliputi persekitaran dalam bilik darjah, makmal, makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Melalui teori ini juga ia menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan atau memvariasikan pelbagai bentuk pengalaman yang boleh melibatkan aspek-aspek sosial, fizikal, psikologikal untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Ciri-ciri teori pembelajaran kontekstual ialah murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna iaitu di dalam rangka minda. Melalui pengetahuan tersebut maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Peranan seorang guru ialah untuk mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Perkaitan dengan hubungan persekitaran, sekolah dan situasi pekerjaan adalah merupakan salah satu pendekatan dari kontekstual.


Mengapa Pendekatan Kontekstual Perlu dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan kontekstul menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-pengalaman yang mereka lalui seberapa banyak yang boleh. Pengalaman-pengalaman yang dilalui termasuklah dari aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Melalui persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Penghayatan konsep diperolehi melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.

Cara tradisional tidak menggalakkan pembelajaran yang mampu membina minda pelajar ke arah pemikiran saintifik seperti mana yang dirasakan amat perlu dikuasai setiap pelajar bagi membolehkan mereka menghayati pelajaran sebagai budaya kehidupan seharian.

Cara penyampaian guru menggunakan kaedah kontekstual secara langsung dan terus, sama ada secara sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu, akan membantu guru mengajar dan membantu pelajar mempelajari setiap matapelajaran secara berkesan.


0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP