info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Selasa, 30 Jun 2009

Lembaran Kerja HBHE1203 - contoh



Read more...

Proses “REACT” dalam pembelajaran secara kontekstual

"REACT"


Relating (Menghubungkan) situasi sehari-hari ke informasi baru atau masalah-masalah untuk dipecahkan.

Experiencing (Mengalami) dalam konteks eksplorasi, penemuan hal-hal yang sudah ada, dan penemuan hal-hal baru.

Applying (Menerapkan) konsep-konsep dan informasi di dalam sebuah konterks yang berguna seperti situasi-situasi nyata dalam kehidupan.

Cooperating (bekerja sama) dalam konteks berbagi (sharing), merespon, dan berkomunikasi dengan para pelajar lainnya.

Transferring (Mentransfer) pemakaian-pemakaian dan membangun berdasarkan apa yang telah diketahui oleh siswa.


Read more...

Isnin, 29 Jun 2009

Selamat Menyambut Bulan Rejab

Belum ketinggalan lagi,
walaupun dah beberapa hari menyambut awal Rejab.
Atas kesibukan tugas seharian.....


Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini.........Kebaikan mu’jizat yang ada dalam bulan REJAB.Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan.


Read more...

Sabtu, 27 Jun 2009

imann Qhayra


ni... anak aku yang bongsu


Nama Penuh : Nicq Imann Qhayra
Lahir : 6 Febuari 2007
Bil. Adik beradik : 4
Keistimewaan : Suka Bergaya, Berani dan Keletah




Read more...

Jumaat, 26 Jun 2009

Maklumat keberkesanan pengurusan bilik atau studio seni dengan menemuduga

CONTOH
3.1 Murid Kelas Pendidikan Seni Visual

Rahim : Bolehkah cikgu tahu nama penuh kamu?
Nur Shazlina : Nama penuh saya ialah NUR SHAZLINA BINTI ABD RAHIM

Rahim : Bolehkah beritahu cikgu, sekarang kamu dalam kelas apa?

Nur Shazlina : Saya sekarang dalam kelas 4 Teratai.

Rahim : Adakah kamu suka belajar mata pelajaran Pendidikan Seni?

Nur Shazlina : Ya, saya suka belajar mata pelajaran Pendidikan Seni.

Rahim : Adakah mata pelajaran ini membosankan kamu?

Nur Shazlina : Saya rasa mata pelajaran Pendidikan seni ini tidak membosankan, malah saya rasa begitu seronok.

Rahim : Apakah perasaan kamu ketika membuat kerja-kerja seni?

Nur Shazlina : Gembira dan seronok sekali,jika boleh setiap hari nak masuk bilik seni

Rahim : Apakah perasaan kamu selepas kerja seni anda siap?

Nur Shazlina : Perasaan saya gembira, puas dan rasa begitu seronok sekali.

Rahim : Adakah kamu sentiasa menunggu tajuk baru yang akan diajar oleh guru?

Nur Shazlina : Ya, saya sentiasa menunggu tajuk baru kerana dapat melukis benda yang baru.

Rahim : Adakah anda mengumpul dan menyimpan hasil seni lukisan anda
daripada Tahun 1 hingga sekarang?
Nur Shazlina : Seingat saya, saya tidak simpan hasil kerja lukisan.

Rahim : Pada kebiasaannya, selepas guru kamu memulangkan hasil seni lukisan,
di manakah anda menyimpannya?
Nur Shazlina : Dalam fail, hanya lukisan yang cantik dan dapat gred A sahaja yang saya simpan.

Rahim : Adakah kamu suka masuk bilik seni?

Nur Shazlina : Suka kerana di bilik seni banyak kemudahan peralatan seni yang boleh digunakan.

Rahim : Adakah ada catatan peraturan bilik seni yang ada di dalam bilik seni?

Nur Shazlina : Ada, peraturan bilik seni amat perlu kerana kita perlu menjaga bilik seni dengan baik.


Read more...

Khamis, 25 Jun 2009

Draf Assignment HBHE1203: PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN


(a) Pendahuluan
- Gambaran menyeluruh tentang strategi-strategi pengajaran

(b) Pembelajaran secara kontekstual
- Maksud pembelajaran secara kontekstual
Kepentingan pembelajaran secara kontekstual dalam P&P
Proses “REACT” dalam pembelajaran secara kontekstual
2 contoh lembaran kerja yang menunjukkan aplikasi pembelajaran secara kontekstual

(c) Kemahiran berfikir
- Maksud kemahiran berfikir
Kepentingan kemahiran berfikir dalam P&P
Model kemahiran berfikir

(i) Kemahiran berfikir kritis
Maksud kemahiran berfikir kritis
Kepentingan kemahiran berfikir kritis
Tiga (3) proses dalam kemahiran berfikir kritis – beri satu (1) contoh lembaran kerja bagi setiap proses

(ii) Kemahiran berfikir kreatif
Maksud kemahiran berfikir kreatif
Kepentingan kemahiran berfikir kreatif
Tiga (3) proses dalam kemahiran berfikir kreatif
– beri satu (1) contoh lembaran kerja bagi setiap proses

(d) Penutup
Kepentingan dua strategi ini dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan

Rujukan
Searaikan rujukanyang digunakan dengan menggunakan system American Psychologial Association (APA)

Read more...

Koleksi Gambar Johan Kawad Kaki Kebangsaan 2009

sekolah aku lagi....

Tarikh : 7 - 9 JUN 2009
Tempat : Nilai 3, Negeri Sembilan
Status : JOHAN (PUTERA) Kawad Kaki Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan
Platun Terbaik : Ahmad Syahmi Bin Munir (SK Sg. Binjai, Meru Klang Selangor)

Ini adalah keputusan pertandingan kawad peringkat yang telah berlangsung di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Kategori Putera

1 ( Selangor )
2 ( Johor )
3 ( Perak )
4 ( Pulau Pinang )


Kategori Puteri

1 ( Kuala Lumpur )
2 ( Johor )
3 ( Selangor )
4 ( Pulau Pinang )

















Read more...

Rabu, 24 Jun 2009

Contoh Borang Soal Selidik Guru Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

LAMPIRAN 2


Borang Soal Selidik Guru
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
SK Sungai Binjai, Meru, Klang, Selangor



1. Nama : ________________________________________________

2. Opsyen : _______________________________________________

3. Kelulusan Iktisas : ________________________________________

4. Bilangan Waktu Mengajar Pendidikan Seni Visual : _______________

5. Bilangan Kelas mengajar : __________________________________

6. Bilangan Tahun Mengajar Pendidikan Seni Visual : b ______________

7. Bilangan Tahun Pengalaman Mengajar : __________________
Panatia Pendidikan Seni Visual

8. Adakah suasana di bilik seni sekolah ini dapat memotivasikan murid untuk terlibat secara aktif dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini?

_______________________________________________________

_______________________________________________________


untuk soalan 9 hingga 12 atau seterusnya, boleh reka sendiri mengikut kesesuaian dan situasi sekolah dan bilik seni yang di kaji

Read more...

Ahad, 21 Jun 2009

Draf Assignment HBML1203 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Sebagai Panduan Membuat Tugasan HBML1203 BM untuk sem ini.
Tugasan ini bergantung juga kepada Draf / format
tutor masing-masing



Kandungan

i. Prakata / Sekapur Sireh
ii. Isi Kandungan

1.0. PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan – kepentingan / faedah kajian ini
1.2 Definisi Konsep
1.2.1 Fonem
1.2.2 Fonetik
1.2.3 Fonologi
1.3 Biodata / latar belakang responden
1.4 Jadual Perlaksanaan Tugas – tarikh, masa, tempat, catatan
1.5 Reflaksi Tugasan – rencana ringkas tentang kajian yang dijalankan

2.0 RAKAMAN FONEM, SUKUKATA DAN AYAT KANAK-KANAK

2.1 Fonem
2.1.1 Vokal (Jadual/keterangan dan contoh)
2.1.2 Konsonan (Jadual/ keterangan dan contoh)
2.2 Sukukata
2.3 Ayat Pendek

3.0 PENULISAN RAKAMAN PENUH

3.1 Penulisan rakaman dalam ejaan biasa

3.2 Penulisan rakaman dalam transkripsi fonetik

4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Read more...

Sabtu, 20 Jun 2009

Tips Membuat Assignment HBAE1203 Perkembangan Seni Dan Kanak-kanak

Cadangan soalan-soalan yang perlu diajukan untuk Temuduga (dialog)
untuk dijadikan bahan Tugasan


Ketua Panatia Pendidikan Seni

1. Bagaimana cikgu mengendalikan bilik seni dari segi keceriaan, kebersihan, keselamatan, pengurusan stok dan pengurusan karya murid?

2. Adakah cikgu menyediakan jadual penggunaan bilik seni dan adakah guru-guru masuk mengikut jadual?

3. Adakah bahan dan alatan seni disediakan secukupnya dan digunakan sepenuhnya?

4. Sepanjang cikgu menjadi Ketua Panatia, apakah masalah yang dihadapi dalam pengurusan bilik seni?

5. Sejaumanakah kesungguhan pihak pentadbir dalam memastikan bilik seni digunakan secara optima dan berkesan?


Guru Pendidikan Seni

1. Berapa lamakah cikgu mengajar mata pelajaran pendidikan seni?

2. Adakah cikgu menerima pendidikan formal dalam pendidikan seni ini?

3. Adakah cikgu menggunakan segala kemudahan dan alatan dalam bilik seni sekolah?

4. Adakah kelengkapan bilik seni ini mencukupi dan bersesuaian dengan P & P?

5. Adakah cikgu menggunakan segala kemudahan dan alatan dalam bilik seni?

6. Adakah bilik seni ini sesuai bagi meningkatkan proses P & P? Apa pendapat cikgu?


Murid

1. Adakah kamu suka masuk bilik seni? Mengapa?

2. Apakah catatan yang ada di dalam bilik seni?

3. Apakah alatan yang selalu kamu gunakan dalam bilik seni?

4. Selalukah kamu tidak masuk ke bilik seni?

5. Apakah yang kamu lakukan di dalam bilik seni?

Read more...

Jumaat, 19 Jun 2009

Assignment HBML1203 BM2009 DAPATKAN KAJIAN - Pemerolehan bahasa Imann Qhayra (imann)

CONTOH Jadual (satu untuk konsonan dan satu untuk vokal)


1. DAPATAN KAJIAN


1.1 Pemerolehan bahasa Imann Qhayra (imann)

Menurut Pn Fiza ibu kepada imann, pada usia dua tahun lima bulan, dia dapat menyebut lebih banyak perkataan berbanding sebelumnya. Di samping itu juga, keadaan sekeliling imann ialah orang dewasa seperti kedua-dua orang tuanya, ibu dan bapa saudaranya, kakak dan abang, jiran-jiran serta kebanyakan kawan-kawan di kawasan perumahannya turut mempengaruhi percakapan dan perkembangan pemerolehan bahasanya. Ibunya merupakan surirumah maka banyak masa yang dapat ditumpukan untuk imann. Lebih-lebih lagi imann ialah anak bongsu dalam keluarganya. Maka tidak hairanlah ramai yang suka melayan karenahnya. Jika ada yang bertanyakan soalan kepada Afif, maka dia akan memberi respond yang menggalakkan kerana dia merupakan seorang kanak-kanak yang keletah dan bijak.
1.2 Senarai bunyi, kata dan ayat yang diujarkan oleh IMANN

Di bawah ini adalah kata-kata yang mampu diujarkan oleh imann berserta maksudnya.




PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melalui beberapa proses seperti peringkat fonologi, morfologi dan sintaksis. Peringkat fonologi ialah peringkat mengeluarkan bunyi-bunyi dan membiasakan diri dengan bunyi-bunyi yang didengar. Peringkat mofologi ialah peringkat menggabungkan unit-unit bunyi menjadi bunyi-bunyi yang bermakna manakala peringkat sintaksis ialah peringkat menggabungkan mofem-mofem menjadi ungkapan-ungkapan atau ayat-ayat yang bermakna. Kemahiran bahasa adalah dikuasai secara beransur-ansur. Kanak-kanak mempelajari pertuturan menurut kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan seseorang individu atau kelompok penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai habit dalam cara bertutur yang tersendiri. Jadi kanak-kanak tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri.


Read more...

Rabu, 17 Jun 2009

Platun SK Sg Binjai kembali berkuasa

ini sekolah aku da....


MERU – Komitmen, kesungguhan dan keazaman tinggi ditunjukkan oleh anggota Pengakap Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai berbaloi apabila berjaya merampas semula gelaran johan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan Kategori Putera di Nilai, Negeri Sembilan pada cuti penggal lalu.

Guru Besar, Azman Mingan berkata, kemenangan tersebut berjaya menewaskan pasukan yang sering mengekori rapat iaitu pasukan dari Johor dan juga Perak dengan pungutan mata masing-masing 3,374 bagi Selangor, 3,323 bagi Johor dan 3,241 bagi Perak.

Lebih manis lagi menurutnya, Kategori Ketua Platun Terbaik turut dimenangi pasukan itu Ahmad Syahmi Mohd Munir dengan pungutan mata sebanyak 760.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT apabila SK Sungai Binjai diumumkan johan Kategori Putera pertandingan tersebut dan kemenangan tersebut memang dinanti-nantikan.

“Bagi saya, ia (kemenangan) sebagai satu ‘new brand’ bagi sekolah kerana apabila kita menyebut mengenai pertandingan kawad sudah tentu nama Pengakap SK Sungai Binjai dari daerah Klang akan diperkatakan,” katanya.

Menurut Azman, komitmen dan juga pengorbanan dari segi masa, tenaga dan juga kewangan daripada pelbagai pihak antaranya ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), tenaga pengajar dan juga murid amat bermakna dengan kejayaan manis tersebut.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua mereka yang terlibat dalam memberikan sumbangan sama individu perseorangan, ibu bapa ataupun beberapa syarikat memandangkan pihak sekolah masih belum dapat mengutip yuran PIBG pada waktu itu,” katanya.

Menurutnya, kemenangan sebelum ini diperoleh pada 2005 dan 2006, namun pada 2007 mereka hanya menduduki tempat kedua manakala pada tahun lalu pula mereka terkandas di peringkat negeri.

“Keadaan tersebut memberikan satu iktibar untuk pasukan kami meneruskan usaha yang bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan pada tahun ini,” katanya.

Selain itu, pertandingan kali ini yang menampilkan persaingan sengit kerana terdapat lebih daripada lima pasukan menunjukkan potensi dengan tahap yang sama tara dan yang hanya membezakan mereka melalui keseragaman dan kekemasan dilakukan semasa kawad tersebut.

“Bagi menghadapi persaingan yang sedemikian, pihak kami mengadakan latihan yang rapi bermula sejak minggu kedua sejak Januari lagi,” katanya.

Seramai 11 hakim terdiri daripada badan uniform seperti Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) mengadili pertandingan tersebut yang mana lapan daripada mereka memeriksa bahagian platun dan selebihnya memeriksa ketua platun.

Sementara itu, pasukan pengakap tersebut akan menyertai satu lawatan ke Cameron Highland bagi meraikan kejayaan tersebut pada pertengahan Julai nanti.

posted by Sinar Harian 17/6/09

Read more...

Isnin, 15 Jun 2009

Menggunakan alat perakam, rakam suara kanak-kanak berusia 1 tahun hingga 4 tahun


Cubaan alat perakam suara, tapi ni aku ambik dari phone, suara kanak-kanak boleh la dengar untuk dijadikan bahan assignment HBML1203




ni hanya 30 saat


yang ni pula 50 saat je...

cuba anda bayangkan sesi rakaman ambil masa 30minit dalam 1 hari, di darap dengan 14 hari jadinya....?
420minit

Apa yang harus dibuat?


1. Buat satu catatan semua bunyi / suku kata dan ayat yang membawa makna.

2. Susun atur bunyi dan masukkan ke dalam jadual (satu untuk konsonan, satu untuk vokal, satu
untuk suku kata dan satu untuk ayat pendek).

3. Seterusnya tulis satu catatan ringkas tentang latar belakang responden (nama, umur, jantina, nama
ibu bapa, hobi dan sebagainya).

4. Buatkan satu rencana ringkas tentang kajian yang dijalankan (kekuatan, kelemahan,
keseronokan atau kesusahan menjalankan kajian ini).

5. Semua bentuk maklumat tentang responden perlu disertakan apabila anda menyerahkan
tugasan anda nanti.

Jadual akan dimuat turun sedikit masa lagi, sabar.....


Read more...

Sabtu, 13 Jun 2009

Soalan tugasan HBML1203SMP - Pengenalan Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu (smp) yang telah dikemaskini.

SOALAN TUGASAN

Tugasan ini memerlukan anda menjalankan satu kajian pendek tentang pemerolehan bunyi oleh kanak-kanak berumur antara 1 hingga 4 tahun. Tindakan yang perlu diambil adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

1. Pilih seorang bayi / kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun (lelaki atau perempuan). Anda boleh memilih bayi anda sendiri atau bayi orang lain sebagai subjek.

2. Dengan menggunakan alat perakam (tape recorder), rakam suara bayi / kanak-kanak tersebut selama dua minggu.

3. Anda boleh merakam sendiri atau meminta orang lain merakam suara bayi tersebut.

4. Rakaman boleh dijalankan di tempat yang sesuai (di dalam rumah anda sendiri / atau rumah orang lain, di tempat permainan kanak-kanak, di luar rumah dan sebagainya). Rakam semua bunyi yang memberi makna.

5. Rakam fonem, suku kata dan ayat pendek. Selepas itu, buat catatan dan susun atur butir-butir rakaman anda dengan baik.

6. Rakaman dibuat selama setengah jam hingga satu jam dalam sehari.

7. Hasil rakaman perlu dicatat dan ditranskripsikan dengan menggunakan simbol fonetik.

8. Anda perlu membina dua jadual (satu untuk konsonan dan satu untuk vokal) dan meletakkan fonem tersebut di dalam petak yang betul mengikut tempat dan cara artikulasi seperti mana yang anda pelajari di dalam kelas atau yang terdapat daripada modul.

[Jumlah: 35 markah]

Read more...

Jumaat, 12 Jun 2009

Announcement - Kesilapan Soalan Tugasan HBML1203SMP

Penting: Kesilapan Soalan Tugasan HBML1203SMP

Friday, June 12, 2009
Posted By : LMS Administrator
Attachment :
________________________________________

Untuk makluman semua para tutor dan para pelajar,


Terdapat kesilapan pada soalan tugasan yang dimuat naik sebelum ini. Tugasan yang telah dikemaskini akan dimuat naik semula dengan kadar yang segera.
Sila abaikan soalan tugasan yang telah dimuatnaik sebelum ini.

Sekian, harap maklum

Read more...

Khamis, 4 Jun 2009

Kebolehpercayaan dan Kesahan dalam membina sesuatu ujian

Panduan Membuat Tugasan HBML1203 - BM

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN

Kebolehpercayaan merujuk kepada kestabilan dan ketekalan dalaman ujian atau alat ukur dalam mengukur sesuatu konsep atau aspek. Sekiranya penyelidik yang lain melakukan penyelidikan yang sama, keputusan yang diperolehi adalah sama. Ataupun soalan yang sama di beri pada masa yang berbeza, jawapan yang diperolehi bagi soalan tersebut tetap sama.

Di dalam kelas, banyak alat pengukur yang boleh digunakan untuk mengukur tahap kebolehpercayaan. Namun begitu, penyelidik tidak boleh mendapatkan data ketika mereka sedang sibuk bermain. Oleh itu, setiap tindakan penyelidik boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan data yang di perolehi dan penyelidik perlu mengambil langkah-langkah yang sesuai.

kesahan ialah suatu yang sangat sukar dan kompleks. Kesahan merujuk sejauhmanakah sesuatu ujian atau alat ukur itu mengukur atau menguji perkara yang hendak diuji dan tidak lebih daripada itu.

Tinjauan secara berterusan kepada soalan-solan berikut akan meningkatkan kesahan:

1. Sejauhmanakah soalan tersebut benar-benar menggambarkan tentang data yang diperolehi
2. Apakah terdapat bukti-bukti yang menyokong kesahan soalan, perancangan dan keterangan yang menunjukkan bagaimana data tersebut diperolehi

Kesahan Ujian

Soalan ujian mestilah relevan dan menguji apa yang hendak diuji. Soalan juga mestilah seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-tajuk kandungan yang diajar. Justeru, soalan yang dibina mestilah menepati objektif dan kandungan sesuatu kursus.

Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur. Sebagai contoh, jika pensyarah memberi satu ujian kepada pelajar bagi menentukan tahap kefahaman membaca berasaskan petikan rencana, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya mengukur kefahaman membaca. Isu kesahan boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kesahan berkaitan kriteria.

Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya.

Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik.


Mempertingkatkan Kebolehpercayaan

Berikut adalah cara bagaimana pensyarah boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dibina.
a. Arahan hendaklah jelas dan tepat.
b. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.
c. Soalan hendaklah seragam (homogen).
d. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal.
e. Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.
f. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.

Read more...

Rabu, 3 Jun 2009

Keberkesanan pengajaran dalam konteks pendidikan seni visual

Panduan Membuat Tugasan HBAE1203 - PSV

Keberkesanan pengajaran dalam konteks pendidikan seni visual
DAN
Cadangkan penambahbaikan pengurusan bilik seni
berdasarkan panduan asas
keperluan bilik seni


Pendahuluan
Isu mengenai keberkesanan pengajaran diperkatakan dan dikaji oleh penyelidik sejak bertahun-tahun lamanya. Contohnya, Cattell telah melihat pengajaran yang berkesan itu tertumpu kepada guru. Mengikutnya guru yang berkesan itu mesti mempunyai lima ciri:
1. Personaliti
2. Inteligen
3. Simpati
4. Berfikiran terbuka
5. Mempunyai unsur-unsur jenaka

Terdapat banyak kritikan yang menyatakan rumit untuk membuat kesimpulan yang menyatakan pencapaian tinggi menunjukkan ia berkesan atau pencapaian rendah menunjukkan tidak berkesan.

Kajian keberkesanan sekolah ini melibatkan kajian-kajian terhadap kepimpinan sekolah, guru, sekolah, pengajaran dalam bilik darjah, fenomena bilik darjah, hubungan sekolah dan institusi luar, kurikulum sekolah dan kokurikulum sekolah serta perkara-perkara lain.

Pengajaran Pendidikan Seni
Aliran baru telah mengemukakan cadangan yang baru iaitu penyelidikan dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tindakan langsung diambil bagi melihat keberkesanan pengajaran. Kajian seperti ini dipanggil "Action-Research'. "Action-Research' dilakukan oleh guru sendiri dalam kelas bertujuan untuk meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran. Perlunya "Action-Research' disebabkan

1. Lebih realistik
2. Lebih berakar umbi
3. Lebih menyelesaikan masalah
4. Boleh dilakukan berterusan


Menganalisis Ciri-ciri Pelajar
Menetapkan
Menulis
Objektif
Membentuk
Membentuk aktiviti pengajaran
Memilih media pengajaran
Melaksanakan
Memilih/ mengkaji semula
Menyemak

5 strategi pengajaran pendidikan seni yang berkesan.
1. Mencari jalan ke arah aktiviti yang berguna dan menyeronokkan yang membolehkan berkongsi idea serta boleh bercakap mengenainya.
2. Memahami dan menghormati idea, penerangan dan pemahaman pelajar-pelajar dengan cara mendengar melihat dan memberi maklum balas.
3. Meninggalkan paradigma lalu dengan menyoal diri kita dan belajar dari mereka melalui cara yang berbeza.
4. Adalah sangat penting melihat dan mendekati pelajar-pelajar ketika mereka sedang menjalankan aktiviti amali di samping membantu mereka secara individu atau kumpulan.
5. Berkongsi tentang apa yang telah pelajar-pelajar hasilkan melalui pendekatan dan personaliti mereka sendiri.


Cadangkan penambahbaikan pengurusan bilik seni berdasarkan panduan asas keperluan bilik seni
1 . Mengekalkan relevensi antara tingkah laku guru dan objektif tingkah laku.
2. Membimbing pelajar-pelajar yang lemah dengan menyediakan soalan-soala yang berbeza dengan latihan amali yang berbeza.
3. Menguruskan akauntabiliti melalui pameran hasil karya bagi memudahkan penilaian.
4. Menseimbangkan terminologi yang konkrit dan abstrak.
5. Gunakan contoh atau model yang tepat.
6. Berikan definisi, contoh-contoh dan label-label konsep.
7. Gunakan analogi antara bahan yang baru atau bahan yang mereka telah gunakan bagi mengurangkan perbezaan.
8. Mengemukakan soalan bagi menggalakkan pelajar mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan membuat penilaian.
9. Meningkatkan kebolehan dan kemahiran membaca bagi menggalakkan tabiat membaca di luar sekolah.
10. Menggalakkan pelajar memanipulasi bahan bagi menghasilkan idea yang baru.
11. Meningkatkan usaha eksperimentasi di kalangan pelajar terhadap media dan alat bertujuan menghasilkan produk baru.
12. Menggalakkan proses kreativiti di kalangan pelajar dengan meneroka idea mereka.


Beberapa kaedah boleh dilakukan oleh guru untuk memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar, antaranya:

§ Kaedah perbincangan
§ Kaedah inkuiri
§ Kaedah penyelesaian masalah
§ Kaedah pemerhatian

Kaedah perpustakaan:
Melaui kaedah ini pelajar dapat mengesan makna dan simbol. Pelajar-pelajar digalakkan mencari seberapa banyak makria dan simbol yang diperolehinuya serta mencatatkan dalam buku nota. Antara makna yang boleh dicari ialah:
§ Makna warna
§ Makna perspektif
§ Makna ruang
§ Makna reka bentuk
§ Makna bentuk
§ Makna rupa
§ Makna jalinan
§ Makna garisan
§ Makna estetika
§ Makna keseimbangan
§ Makna kontra
§ Makna ketegangan
§ Makna kesatuan
§ Makna harmoni


Kesimpulan
Pengajaran pendidikan seni yang berkesan memang bermula dari guru kemudian berkembang kepada kaedah dan teknik pengajaran, bahan yang digunakan hinggalah kepada produk yang dihasilkan. Selain itu pelajar-pelajar juga penting - minat dan bakat merupakan dimensi-dimensi yang wajar digilap dan diasuh oleb guru sehingga menjadi satu sumber penting dalam pengajaran yang lebih berkesan.

Read more...

Selasa, 2 Jun 2009

Pembelajaran Secara Kontekstual

Tip Tugasan HBHE1203 PK
Pembelajaran Secara Kontekstual
Dalam Pendidikan Kesihatan


PENGENALAN

Merupakan suatu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan menyediakan pembelajaran secara konkrit iaitu melibatkan aktiviti ‘hands-On’ dan ‘Minds’. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Pembelajaran adalah merupakan satu proses yang melibatkan pelbagai bentuk dan kompleks serta mengatasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Maka itu konsep kontektual diberi penekanan sebagai salah satu teknik pengajaran. Melalui persekitaran tersebut, para pelajar berupaya mengenalpasti perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Kesihatan berkenaan tajuk Penyakit berjangkit mungkin mengetahui bagaimana penyakit itu merebak dan bagaimana penyakit tersebut bertindak balas dengan persekitaran dan apakah langkah pencegahan penyakit-penyakit tersebut. Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran.

Matlamat

Matlamat pengajaran dan pembelajaran ialah supaya guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran. Kefahaman para guru adalah penting kerana guru mampu menyampaikan pembelajaran dengan berkesan dan menepati konsep kontekstual. Kontekstual ialah suatu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri iaitu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Di sekolah pelajar tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Pelajar tidak didedahkan kepentingan mempelajari sesuatu matapelajaran, mereka hanya diarahkan untuk belajar kerana merupakan salah satu daripada matapelajaran peperiksaan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak). Kaedah pengajaran lazim juga perlu difahami kerana konsep itu akan memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah.

Objektif

Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya
1. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual
2. Menerangkan kepentingan dan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
4. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.
5. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.
Pengajaran dan pembelajaran kontekstual adalah merupakan satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi sebenar. Keadaan tersebut secara tidak langsung berupaya memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dan mengaplikasinya di dalam kehidupan seharian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.


Teori Pembelajaran Kontekstual

Terdapat beberapa teori yang menyatakan bahawa murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda dan maklumat disampaikan dalam pelbagai konteks. Ia lebih bermakna kepada murid dan guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan lebih bermakna. Teori pembelajaran kontekstual lebih tertumpu pada aspek-aspek yang melibatkan pelbagai persekitaran pembelajaran, ia meliputi persekitaran dalam bilik darjah, makmal, makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Melalui teori ini juga ia menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan atau memvariasikan pelbagai bentuk pengalaman yang boleh melibatkan aspek-aspek sosial, fizikal, psikologikal untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Ciri-ciri teori pembelajaran kontekstual ialah murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna iaitu di dalam rangka minda. Melalui pengetahuan tersebut maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Peranan seorang guru ialah untuk mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Perkaitan dengan hubungan persekitaran, sekolah dan situasi pekerjaan adalah merupakan salah satu pendekatan dari kontekstual.


Mengapa Pendekatan Kontekstual Perlu dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan kontekstul menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-pengalaman yang mereka lalui seberapa banyak yang boleh. Pengalaman-pengalaman yang dilalui termasuklah dari aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Melalui persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Penghayatan konsep diperolehi melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.

Cara tradisional tidak menggalakkan pembelajaran yang mampu membina minda pelajar ke arah pemikiran saintifik seperti mana yang dirasakan amat perlu dikuasai setiap pelajar bagi membolehkan mereka menghayati pelajaran sebagai budaya kehidupan seharian.

Cara penyampaian guru menggunakan kaedah kontekstual secara langsung dan terus, sama ada secara sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu, akan membantu guru mengajar dan membantu pelajar mempelajari setiap matapelajaran secara berkesan.


Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP